Thursday, March 20, 2025

BERITA HARI INI - 20 MARCH 2025 KHAMIS

*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*

*‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*

*KHAMIS 20 MAC 2025 MASIHI BERSAMAAN 19 RAMADHAN 1446 HIJRAH* 

*LIVE FROM BANDAR SENTOSA KLANG*

*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*

*IMSAK* : *06:01am*
*SUBUH* : *06:11am*
*SYURUK* : *07:17am*
*ZOHOR* : *13:24pm*
*ASAR* : *16:29pm*
*MAGHRIB* : *19:26pm*
*ISYAK* : *20:35pm*

*artikel disiarkan pada tarikh 19mac*

*harianmetroonline*
*by:hanipiloiempire*
*since2011*

 *GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


*GOA_L* 1️⃣ *Putrajaya 19 Mac: Kerajaan menyasarkan 500 buah sekolah dijadikan sekolah angkat oleh syarikat korporat serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil. Beliau berkata sasaran tersebut ditetapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Kabinet hari ini.*

*GOA_L* 2️⃣ *Pendang 19 Mac: Tiga maut, manakala dua lagi dilaporkan cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda, kereta dan dua lori di Kilometer 58.4 Lebuhraya Utara Selatan dekat sini, awal pagi hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Zulkifli Manaf berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.24 pagi.*

*GOA_L* 3️⃣ *Johor Bahru 19 Mac: Seorang pesara kerajaan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang pemuda yang dikatakan tidak berpuasa', Ahad lalu. Bagaimanapun, Orang Kena Saman (OKS), Abdul Razak Ismail, 65, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan pindaan dibacakan di hadapan Majistret A Shaarmini.*

*GOA_L* 4️⃣ *Putrajaya 19 Mac: Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila gagal menimbangkan pembelaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sehingga pemimpin itu tidak mendapat keadilan. Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Syed Saddiq, 33, selaku perayu berkata, pemimpin itu tidak pernah mengarahkan bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali dan bekas Penolong Setiausaha Armada Ahmad Redzuan Mohamed Shafi untuk mengeluarkan RM1 juta daripada akaun rasmi Armada.*

*GOA_L* 5️⃣ *Ipoh 19 Mac: Dua pekerja cedera selepas terjatuh daripada kren yang patah ketika menebang pokok di Kampung Teluk Batik, Seri Manjung hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.22 petang, sebelum 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung digerakkan ke lokasi kejadian.*

*GOA_L* 6️⃣ *Pasir Mas 19 Mac: Pusat Tahan Reman (PTR) di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Pasir Mas akan dinaik taraf sebagai Pusat Saringan dan Penilaian Dadah (DAC) yang dijangka beroperasi pada April depan. Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh berkata proses transformasi itu sejajar dengan keperluan di Kelantan memandangkan menjadi negeri tertinggi mencatat bilangan penagih dadah iaitu seramai 1,113 penagih per 100,000 penduduk.*

*GOA_L* 7️⃣ *Johor Bahru 19 Mac: Masalah rumah tangga dipercayai punca seorang lelaki berusia 27 tahun mencederakan diri sendiri di hadapan sebuah restoran di Danga Bay di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat anggota polis bantuan Danga Bay berhubung kejadian 12.25 tengah malam itu.*

*GOA_L* 8️⃣ *Kota Kinabalu 19 Mac: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah berjaya merampas pelbagai barangan seludup bernilai RM2.44 juta dan menahan 19 individu menerusi 12 serbuan berasingan, baru-baru ini. Operasi berlangsung selama 14 hari berakhir 14 Mac lalu itu dijalankan di beberapa daerah antaranya Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu serta Telupid.*

*GOA_L* 9️⃣ *Putrajaya 19 Mac: Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini tidak membincangkan mengenai Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, bagaimanapun berkata masih ada masa sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan berhubung perkara terbabit.*

*GOA_L* 🔟 *Petaling Jaya 19 Mac: Kertas siasatan kes pembantu pengurusan murid yang dipercayai mengasari seorang murid autistik di sebuah sekolah rendah di Kelana Jaya, di sini, sedang dilengkapkan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada 24 Mac ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, suspek ditahan kelmarin dan sudah dijamin pada hari sama.*

*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Kuala Lumpur 19 Mac: Siasatan secara terbuka ke atas individu berprofil tinggi adalah amalan biasa dan bukan sesuatu yang melanggar etika selagi berlandaskan bukti, kata Presiden Pertubuhan Anti Korupsi Malaysia (Pakar) Nasir Ab Hadi. Beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak secara konsisten tanpa mengira individu atau parti politik.*

*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Kuala Lumpur 19 Mac: Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024 (RUU MMM 2024) yang antara lain bertujuan membuka jalan ke arah media yang lebih demokratik, bebas dan beretika di Malaysia. Rang Undang-undang yang dibentang untuk bacaan kali kedua oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching bagi penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 17 senator.*

*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Kuala Lumpur 19 Mac: Harga runcit RON97 dan RON95 kekal masing-masing pada RM3.28 dan RM2.05 seliter manakala harga diesel di Semenanjung turun tiga sen kepada RM3.03 sen seliter, bermula esok hingga 26 Mac. Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.*

*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Alor Setar 19 Mac: Seorang lelaki warga India ditemukan lemas di Tasik Dayang Bunting, Langkawi hari ini. Ketua Zon 4 Langkawi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Mohd Zamri Abd Ghani berkata mangsa dikenali sebagai Vivek Ashok, 55, ditemukan pada 2.29 petang.*

*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Putrajaya 19 Mac: Aspek keselamatan, aktiviti serta keberadaan antara syarat ketat bakal dikenakan ke atas 15 tawanan perang rakyat Palestin yang akan dibawa ke Malaysia. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, buat masa ini individu terbabit masih belum dibawa masuk ke negara ini dan prosesnya juga masih belum bermula.*

*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Sibu 19 Mac: Seorang pesara kerugian RM371,199 selepas terperdaya dengan tawaran pulangan lumayan daripada perniagaan dalam talian yang tidak wujud sejak bulan lepas. Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, lelaki berusia lingkungan 60-an itu membuka akaun perniagaan dalam talian menerusi aplikasi Amazon dan TikTok setelah diperkenalkan oleh seorang individu melalui aplikasi WhatsApp pada 26 Feb lepas.*

*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Kuching 19 Mac: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menempatkan anggotanya di 12 lokasi di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada musim perayaan ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, dua lebuh raya itu diberi tumpuan kerana jumlah kenderaan yang dijangka meningkat mendadak.*

*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Kuala Lumpur 19 Mac: Sebagai tanda solidariti dan doa buat saudara seagama di Palestin, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan solat hajat setiap malam di tiga masjid utama di bawah seliaannya bermula hari ini hingga akhir Ramadan. Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dalam kenyataan hari ini berkata, masjid yang akan terlibat ialah Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada setiap malam selepas solat Isyak.*

*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Mukah 19 Mac: Seorang daripada dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika mandi di tepi Sungai Batang Mukah berhampiran Jalan Kampung Bedanga, kira-kira 3.50 petang semalam ditemukan lemas. Kanak-kanak lelaki, Dexper Kiu Kuang Wei, 10, ditemukan oleh pasukan polis yang menyertai operasi mencari dan menyelamat, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian pada 4.40 petang hari ini.*

*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Kuala Lumpur 19 Mac: Pengurup wang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, lelaki terbabit antara individu terbaharu yang ditahan bagi siasatan lanjut kes berkenaan.*

*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Kuala Lumpur 19 Mac: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Johor hingga Jumaat. MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini berkata kawasan terbabit ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.*

*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Putrajaya 19 Mac: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya kajian mengenai mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun diteliti dengan mendalam. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu disentuh pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri hari ini.*

*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Putrajaya 19 Mac: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini. Beliau dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM pada 4.35 petang. Terdahulu beliau tiba di ibu pejabat SPRM pada 9.57 pagi dan proses merakam keterangan berlangsung lebih enam jam.*

*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Shah Alam 19 Mac: Penjawat awam Selangor akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) tambahan setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan disalurkan selepas Hari Raya Aidilfitri. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata bantuan menerusi Insentif Rekod Hasil Negeri tersebut diberi berikutan kutipan hasil memberangsangkan Selangor dan akan dibayar selewatnya 15 April depan.*

*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Seremban 19 Mac: Terdapat keperluan mendesak untuk membina hospital awam baharu di daerah ini bagi menampung peningkatan jumlah pesakit dan kebergantungan terhadap perkhidmatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pembinaan hospital kedua itu amat diperlukan demi kepentingan masyarakat dan keselesaan pesakit.*

*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Johor Bahru 19 Mac: Polis menahan seorang wanita yang bekerja sebagai penghantar barang bagi membantu siasatan kes penderaan terhadap anak lelakinya berusia enam tahun. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan polis pada 17 Mac lalu daripada seorang guru pra sekolah.*

*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 19 Mac: Dua rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi suapan RM17,000 kepada pembantu pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), bagi membantu proses permohonan sijil kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu, minggu lalu. Yap Foo Siong, 57, yang bekerja sebagai seorang buruh dan Ang Lay Peng, 40, seorang penjaja makanan, didakwa bersama-sama memberi suapan wang tunai itu kepada Pembantu Pendaftaran Gred KP1 JPN di Putrajaya, sebagai upah untuk membantu proses permohonan sijil kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu iaitu dokumen daftar kelahiran JPN.LM01 dan surat pengesahan bersalin.*

*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Putrajaya 19 Mac: Sebanyak 26 barang keperluan diletakkan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan berkuat kuasa 24 Mac hingga 7 April ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, jumlah barangan di bawah skim berlangsung 15 hari itu juga lebih banyak berbanding hanya 22 barangan pada SHMMP 2024.*

*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Georgetown 19 Mac: Kerajaan Pulau Pinang sudah mengemukakan senarai nama calon Yang Dipertua Negeri baharu kepada Pejabat Perdana Menteri bagi pertimbangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, senarai nama calon itu dikemukakan selepas mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri.*

*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Seremban 19 Mac: Pengasuh dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas empat pertuduhan melakukan penganiayaan fizikal terhadap kanak-kanak berusia lima dan enam tahun di sebuah pusat jagaan, Ogos tahun lalu. Tertuduh, Puteri Nurin Amalin Ahmad Daud, 21, mengekalkan pengakuan bersalah bagi kesemua empat pertuduhan yang dibacakan semula dalam prosiding di dua kamar mahkamah berasingan.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*

            
*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=


             🇵🇸 *Baitulmaqdis 19 Mac: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran pada Selasa bahawa serangan besar-besaran ke atas Gaza hanyalah "satu permulaan".*
            *Menurut Kementerian Kesihatan di wilayah kendalian Hamas, serangan itu adalah yang terbesar sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada Januari lalu dan membunuh lebih 400 individu di seluruh Gaza.*
             *Netanyahu dalam satu kenyataan video pada petang Selasa berkata, Hamas sudah merasai kesan serangan itu dalam tempoh 24 jam yang lalu.*
            *"Saya mahu berjanji kepada kamu dan mereka, ini hanya permulaan," katanya.

             🇵🇸 *Baitulmaqdis 19 Mac: Israel membelanjakan 112 bilion shekel (kira-kira RM135 bilion) untuk konflik ketenteraannya di Gaza dan Lubnan pada 2024, kata Kementerian Kewangan dalam laporan pada 16 Mac lalu.*
           *Antara 7 Oktober 2023 - apabila kumpulan Hamas menyerang Israel yang mencetuskan perang di Gaza dan serangan peluru berpandu berikutnya dari Hizbullah di Lubnan - dan penghujung 2024, perbelanjaan operasi ketenteraan itu mencecah 141.6 bilion shekel (kira-kira RM171 bilion).*
          *Israel sejak itu membuat perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan Hizbullah.*
          *Jumlah perbelanjaan pertahanan pada 2024 ialah 168.5 bilion shekel (kira-kira RM203 bilion), atau 8.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).*

            🇵🇸 *Ramallah 19 Mac: Tentera Israel menahan sekurang-kurangnya 40 lagi rakyat Palestin dalam serbuan tentera terbaru di seluruh Tebing Barat yang diduduki pada Selasa, menurut sebuah kumpulan yang memperjuangkan hak tahanan, lapor Anadolu Ajansi.*
           *Bekas tahanan turut termasuk dalam kalangan individu yang ditahan dalam serbuan yang menyasarkan beberapa bandar di Tebing Barat, menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Persatuan Banduan Palestin dalam satu kenyataan bersama.*
           *Penahanan itu berlaku ketika tentera Israel terus melancarkan serangan ketenteraan berdarah di utara Tebing Barat sejak 21 Jan, mengorbankan sekurang-kurangnya 70 rakyat Palestin dan menyebabkan ribuan kehilangan tempat tinggal.*

            🇵🇸 *Rafah 19 Mac: Seorang doktor dan seluruh keluarganya terbunuh dalam serangan terbaru Israel.*
          *Dr Majda Abu Aker, yang merupakan pakar obstetrik ginekologi (O&G) di klinik UNRWA di Rafah, dan lebih puluhan yang lain terbunuh akibat serangan udara Israel ke atas rumahnya di kejiranan al-Jenaina di Rafah.*
           *Al Jazeera melaporkan, sekurang-kurangnya 10 daripada rakyat Palestin yang terbunuh adalah ahli keluarga yang sama, termasuk beberapa wanita dan anak-anak mereka dengan yang bongsu ialah bayi perempuan berusia tiga hari.*
            *Tentera Israel telah mengebom di seluruh Gaza sejak awal pagi kelmarin, membunuh lebih 400 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 500 yang lain.*

            🇺🇸 *Washington 19 Mac: Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berkata, Hamas bertanggungjawab penuh atas serangan udara besar-besaran Israel, dengan berkata pihak berkenaan boleh menerima cadangan lanjutan gencatan senjata oleh utusan khas AS, Steve Witkoff.*
            *"Hamas memikul tanggungjawab sepenuhnya untuk perang, dan untuk menyambung semula permusuhan," kata jurucakap Jabatan Negara AS.*
             *"Setiap kematian pasti dan boleh dielakkan sekiranya Hamas menerima cadangan 'jambatan' yang ditawarkan Witkoff pada Rabu lalu."*
            *Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, Brian Hughes sebelum ini berkata: "Hamas boleh membebaskan tebusan untuk melanjutkan gencatan senjata tetapi sebaliknya memilih penolakan dan perang."*

            🇺🇸 *New York 19 Mac: Lebih 170 kanak-kanak terbunuh semasa serangan pendudukan Israel di Semenanjung Gaza sejak awal pagi Selasa, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).*
            *Dalam kenyataan di laman sesawang rasminya, OCHA memaklumkan bahawa pada Rabu, jumlah keseluruhan orang awam yang terkorban akibat serangan itu melebihi 400, termasuk lebih 170 kanak-kanak dan 80 wanita.*
           *Pasukan penyelamat dan paramedik dilaporkan tidak dapat mengakses ramai mangsa akibat kekurangan peralatan, bahan api dan jentera berat.*
          *OCHA turut menyatakan bahawa hanya empat hospital medan beroperasi sepenuhnya di kawasan itu manakala 22 hospital dan enam hospital medan beroperasi secara separa.*

             🇺🇸 *Washington 19 Mac: Arkib Negara Amerika Syarikat (AS) pada Selasa mengeluarkan kumpulan terakhir fail yang berkaitan dengan pembunuhan presiden John F Kennedy - kes yang masih menyemarakkan teori konspirasi lebih 60 tahun selepas kematiannya.*
            *Tindakan itu berikutan perintah eksekutif yang dikeluarkan oleh Presiden Donald Trump pada Januari lalu, yang mengarahkan pembebasan baki fail yang masih belum disunting berkaitan dengan pembunuhan Kennedy, adiknya, bekas peguam negara Robert F Kennedy, dan pemimpin hak sivil, Martin Luther King Jr.*
           *"Selaras dengan arahan Presiden Donald Trump... semua rekod yang sebelum ini ditahan untuk klasifikasi yang sebahagian daripada Koleksi Rekod Pembunuhan Presiden John F Kennedy dikeluarkan," kata Arkib dalam satu kenyataan di laman webnya, petang Selasa.*

            🇹🇷 *Ankara 18 Mac: Sekurang-kurangnya 404 rakyat Palestin terbunuh dan 562 lagi cedera dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza pada Selasa, melanggar gencatan senjata yang berlangsung hampir dua bulan, menurut Kementerian Kesihatan.*
             *"Banyak mangsa masih berada di bawah runtuhan, dan usaha menyelamat sedang giat dijalankan," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan, lapor Anadolu Ajansi.*
            *Tentera Israel menyatakan pada awal pagi Selasa bahawa mereka telah melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza, serangan terbesar sejak gencatan senjata dengan kumpulan Palestin Hamas berkuat kuasa pada 19 Jan.*

            🇨🇭 *Bern 19 Mac: Tiga individu dipercayai maut selepas sebuah pesawat yang berasal dari Denmark, terhempas di Switzerland, petang Isnin lalu.*
           *Nahas itu disahkan oleh jurucakap polis dari kanton Graubuenden, timur Switzerland, semalam.*
           *Bagaimanapun, mangsa terbabit dalam nahas itu masih belum dikenal pasti.*
           *Pesawat itu dilaporkan tiba dari Denmark pada 13 Mac lalu, dan dalam penerbangan pulang ketika nahas itu berlaku.*
           *Menurut polis, pesawat terhempas di kawasan berpenduduk di pinggir utara perkampungan La Punt Chamues-ch dan terbakar sepenuhnya.*

            🇨🇳 *Beijing 19 Mac: Seorang pengawal keselamatan di China menarik perhatian ramai kerana menjadi peguam selepas 10 tahun mengikuti pengajian undang-undang di Universiti Peking di sini.*
           *South China Morning Post (SCMP) melaporkan, Liu Zheng, 33, dibesarkan dalam sebuah keluarga di luar bandar di wilayah Hebei, utara China.*
             *Ibu bapanya menyara keluarga mereka dengan menanam anggur.*
             *Ketika berada di universiti swasta, Liu melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara dirinya, daripada tapak pembinaan hinggalah mengedar risal

No comments:

Post a Comment

BERITA HARI INI - 30 MAY 2025

*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI* *‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ* ‎            *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الل...