Wednesday, April 9, 2025

BERITA HARI INI - 10 APRIL 2025 KHAMIS

*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*

*‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*

*KHAMIS 10 APRIL 2025 MASIHI BERSAMAAN 11 SYAWAL 1446 HIJRAH* 

*LIVE FROM KAWAN FOOD FROZEN PULAU INDAH KLANG*

*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*

*IMSAK* : *05:52am*
*SUBUH* : *06:02am*
*SYURUK* : *07:09am*
*ZOHOR* : *13:18pm*
*ASAR* : *16:26pm*
*MAGHRIB* : *19:22pm*
*ISYAK* : *20:31pm*

*artikel disiarkan pada tarikh 9apr*

*harianmetroonline*
*by:hanipiloiempire*
*since2011*

 *GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


*GOA_L* 1️⃣ *Putrajaya 9 Apr: Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan negara ke Malaysia mulai 15 hingga 17 April ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. Beliau berkata, lawatan itu secara tidak langsung menunjukkan hubungan perdagangan erat antara kedua-dua negara. "Malaysia akan menerima Lawatan Negara oleh Presiden Xi Jinping bermula 15 hingga 17 April.*

*GOA_L* 2️⃣ *Petaling Jaya 9 Apr: Mahkamah Sesyen di sini hari ini ditunjukkan 10 rakaman video antaranya yang memaparkan kelibat dipercayai Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin dalam longkang, saksi berlari dan rakaman ibu kanak-kanak autistik itu di sebuah pasar raya. Sepuluh rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) dimainkan semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sabrina Zubairi pada perbicaraan hari ke-16 kes pengabaian dihadapi Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira Abdul Manaf, 30, di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.*

*GOA_L* 3️⃣ *Kuala Lumpur 9 Apr: Lelaki yang ditahan kerana dipercayai membuat ugutan jenayah terhadap anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di media sosial, direman dua hari bermula semalam. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata lelaki berusia 57 tahun itu direman dua hari untuk membantu siasatan.*

*GOA_L* 4️⃣ *Johor Bahru 9 Apr: Hasrat tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua wanita untuk mencari rezeki di daerah ini tidak kesampaian apabila ditahan, malam tadi. Mereka yang terdiri daripada warga Myanmar, Bangladesh, Vietnam dan Pakistan dan berusia antara 20 hingga 40 tahun itu ditahan ketika menaiki bas ekspres dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur menuju ke daerah ini.*

*GOA_L* 5️⃣ *Kangar 9 Apr: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyaman tiga pemandu kereta 'prebet sapu' selepas didapati berlegar di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Arau sehingga menimbulkan kesesakan lalu lintas, semalam. Tindakan kompaun diambil selepas menerima aduan awam mendakwa kehadiran kenderaan itu 'bersidai' di kawasan itu terutama ketika waktu ketibaan kereta api.*

*GOA_L* 6️⃣ *Kuala Lumpur 9 Apr: Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, membenarkan permohonan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad bagi menggantung prosiding pembelaan mereka terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta. Hakim Rosli Ahmad memutuskan demikian selepas peguam, M Athimulan memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak membantah permohonan itu, sehingga permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan pasangan terbabit membela diri atas pertuduhan berkenaan diputuskan.*

*GOA_L* 7️⃣ *Georgetown 9 Apr: Empat sekawan termasuk penganggur dan pelajar dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan memeras ugut seorang lelaki wang RM18,000, bulan lalu. Manakala, dua daripada mereka turut berdepan tiga lagi pertuduhan menyamar sebagai anggota polis dan memiliki pistol tiruan.*

*GOA_L* 8️⃣ *Kuala Lumpur 9 Apr: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menjelaskan kereta mewah jenis Lamborghini Aventador yang dipandu lelaki warga China tanpa lesen tidak disita seperti yang dilaporkan sebelum ini. JPJ WPKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemandu itu sebaliknya hanya dikenakan saman dalam Operasi Khas Bersepadu Hari Raya Aidilfitri 2025 di Jalan Bangsar, di sini semalam.*

*GOA_L* 9️⃣ *Kota Bharu 9 Apr: Kes rogol dan sumbang mahram di Kelantan kian membimbangkan dengan peningkatan kes yang berlaku setiap tahun, kebanyakannya membabitkan suka sama suka. Kebanyakan mangsa dan pelaku adalah remaja bawah umur, seawal usia 10 tahun bagi perempuan dan 11 tahun bagi lelaki, sehingga ada dalam kalangan mereka disahkan mengandung. Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat ketika mendedahkan perkara itu berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak 252 kes rogol dan sumbang mahram direkodkan, iaitu meningkat berbanding 2023 yang membabitkan 206 kes.*

*GOA_L* 🔟 *Melaka 9 Apr: Tindakan orang ramai melaporkan kesalahan pemandu kenderaan menerusi aplikasi MyJPJ berjaya memastikan golongan pemandu 'liar' ini dikenakan tindakan. Terbaru, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka memaklumkan menerima 183 aduan berkaitan kesalahan pengguna jalan raya sepanjang Operasi Sepadu sempena Op Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 yang berlangsung dari 24 Mac hingga 7 April.*

*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Putrajaya 10 Apr: Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyalurkan peruntukan bantuan bencana kepada Kerajaan Selangor berjumlah RM14.7 juta bagi tahun ini. Ketua Pengarah NADMA Datuk Khairul Shahril Idrus berkata peruntukan itu bagi pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana dan BWI Kematian sebanyak RM10,000 kepada waris mangsa bencana yang kehilangan nyawa.*

*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Putrajaya 9 Apr: Perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang mengalami gangguan kembali beroperasi seperti biasa 4 petang tadi. Menurut Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dalam kenyataan perkembangan terkini itu dimaklumkan menerusi semua platform sosial media syarikat berkenaan. "Susulan insiden kecurian kabel dan gangguan sistem isyarat yang menjejaskan perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit, ERL telah melaksanakan langkah-langkah segera untuk memudahkan pengguna kami serta terus mempertingkat langkah keselamatan di kawasan yang terjejas," menurut kenyataan itu.*

*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Johor Bahru 9 Apr: Tindakan seorang remaja lelaki memuat naik dan menjual gambar lucah yang disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam talian membawa padah apabila dia ditahan polis, semalam. Suspek berusia 16 tahun dan masih bersekolah itu ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, di sekitar Kulai, kira-kira jam 5 petang.*

*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Putrajaya 9 Apr: Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri (BPJPM) memohon untuk mengetepikan sepina yang dikeluarkan ke atasnya bagi menjadi saksi pada perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, pasukan peguam Datuk Seri Najib Razak menyerahkan sepina itu semalam supaya Ketua Pengarah BPJPM memberikan keterangan berhubung bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa.*

*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Subang Jaya 9 Apr: "Sebelum ini banjir, sekarang terbakar pula... saya akan cari rumah sewa di tempat lain," kata mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights. Norhaslizawati Mohd Tamizi, 39, memaklumkan ketika kejadian letupan berlaku, suaminya menerima panggilan telefon daripada rakan yang memberitahu rumah mereka terkesan akibat tragedi itu.*

*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Petaling Jaya 9 Apr: Pasukan pembelaan akan meminta penjelasan daripada Mahkamah Majistret, di sini berkenaan permohonan bagi mendapatkan carian minit prosiding reman yang didakwa ditolak 'pihak atasan'. Peguam Haresh Mahadevan memaklumkan demikian mewakili anak guamnya, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira Abdul Manaf, 30, yang kini dibicarakan atas pertuduhan pengabaian anak mereka, Zayn Rayyan Abdul Matin di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Dr Syahliza Warnoh.*

*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 9 Apr: Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 sebanyak 5 sen kepada RM3.28 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 sen kepada RM2.98 seliter bagi tempoh 10 hingga 16 April 2025. Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter. Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini berkata, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada paras RM2.15 seliter.*

*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Hulu Selangor 9 Apr: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor mengeluarkan Notis Larangan terhadap tapak pembinaan di Antara Gapi, di sini susulan pemandu lori maut dihempap lori yang dipandunya, kelmarin. JKKP Selangor dalam kenyataan berkata, notis itu dikeluarkan kerana projek pembangunan gagal mengadakan prosedur kerja dan lantikan 'banksman' bagi kerja tambakan tanah.*

*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Seremban 9 Apr: Ulang tahun kelahiran seorang warga wanita emas bertukar insiden malang apabila gelang emas dianggarkan bernilai RM6,500 diragut dua lelaki di perkarangan Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa Rubiah Harun, 65, baru pulang daripada membeli barang dengan menunggang motosikal.*

*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Tawau 9 Apr: Pemandu bas sekolah dipenjara 10 tahun dan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian penunggang motosikal tahun lalu.
Tertuduh, Muliandan Suniansah, 37, mengaku bersalah atas empat pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.*

*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Kuching 9 Apr: Bekas pembantu tadbir kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak dijatuhkan hukuman penjara 468 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas 36 pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) berjumlah lebih RM16 juta. Hakim Musli Ab Hamid turut memerintahkan tertuduh, Mohd Zairull Arzuan Mohd Shamsuddin Ja'afar @ Ang Chui Thong, 38, didenda RM180 juta dan jika gagal dikenakan penjara 36 bulan dan tiga sebatan.*

*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Pasir Mas 9 Apr: Pembantu jurujual warga Indonesia dipenjara lima tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana memiliki video pornografi kanak-kanak perempuan. Hukuman diputuskan Hakim Zulkipli Abdullah selepas tertuduh, Depison Ahlan, 25, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.*

*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Ulu Tiram 9 Apr: Penduduk kediaman Seri Baiduri, Bandar Tiram, di sini tidak perlu bimbang terhadap kedudukan pencawang elektrik yang terletak berhampiran cerun di sebelah kawasan pangsapuri terbabit. Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse berkata selepas membuat lawatan di tapak pencawang elektrik terbabit mendapati jarak antara pencawang dan hujung cerun adalah 25 meter.*

*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Kota Bharu 9 Apr: Sebanyak 47 kes kecederaan akibat bermain mercun direkodkan di Kelantan sepanjang bulan Ramadan sehingga kini. Pengarah Kesihatan negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, daripada angka itu, 12 kes membabitkan kecederaan parah sehingga mendatangkan kesan jangka panjang serta kekal.*

*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Kuala Krai 9 Apr: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh lembu melintas jalan di Kilometer 73 Jalan Kota Bharu - Gua Musang berhampiran Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai, awal pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Mohd Maizan Mustaffa berkata, kejadian berlaku kira-kira 2.17 pagi itu menyebabkan mangsa yang parah meninggal dunia di lokasi kejadian.*

*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Pasir Mas 9 Apr: Seorang bapa tiri dikenakan hukuman penjara 30 tahun dan 36 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan merogol anak perempuan di bawah umur antara Jun 2021 hingga Mac 2025. Tertuduh berusia 35 tahun yang bekerja sebagai buruh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Zulkipli Abdullah.*

*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Seremban 9 Apr: Anggota tentera sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, tadi, atas pertuduhan melakukan khianat terhadap kereta milik seorang wanita, hujung bulan lalu. Tertuduh, Abdul Hafiz Abu Bakar, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosli selepas kertas pertuduhan dibacakan.*

*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Kangar 9 Apr: Polis memberkas seorang wanita bagi membantu siasatan kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun menggunakan gunting di sebuah rumah, di sini, pada Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, suspek berusia 33 tahun ditahan berhampiran jejambat Titi Kerbau, Jalan Changlun-Kuala Perlis di Changlun, Kedah kira-kira jam 1.30 pagi semalam.*

*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Subang Jaya 9 Apr: Tunku Temenggong Kedah, Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah supaya setiap keperluan khas mangsa kejadian saluran paip gas meletup dan terbakar di Putra Heights, diteliti. Baginda yang juga Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bertitah, golongan rentan seperti warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU) yang cedera dalam insiden itu memerlukan penjagaan khusus.*

*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Seremban 9 Apr: Seorang lelaki dituduh di Mahkamah Majistret, di sini, tadi, atas dua pertuduhan masing-masing merosakkan peranti pemantauan elektronik (EMD) dipakainya dan melanggar syarat perintah sekatan dengan meninggalkan Mukim Setul tanpa kebenaran. Tertuduh, Mohd Amirul Afizam Mat, 38, mengaku bersalah terhadap kedua-dua tuduhan selepas ia dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*

            
*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=


              🇵🇸 *Gaza 9 Apr: Seorang pegawai kanan Hamas menegaskan bahawa adalah "perlu untuk gencatan senjata" di Gaza, selepas tiga minggu serangan udara Israel disambung semula ke atas wilayah Palestin itu.*
           *"Perang ini tidak boleh berlarutan tanpa penghujung. Oleh itu, perlu ada gencatan senjata," kata Hossam Badran, anggota Biro Politik Hamas kepada AFP.*
            *Hossam berkata, Hamas terbuka kepada sebarang cadangan yang boleh membawa kepada gencatan senjata dan menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.*

             🇺🇸 *New York 9 Apr: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata, Gaza telah menjadi "medan pembunuhan" berikutan perang pembunuhan beramai-ramai Israel yang berterusan, yang telah mengakibatkan kematian 50,810 rakyat Palestin dan mencederakan 115,688 yang lain, lapor Agensi Berita dan Info Palestin (WAFA).*
              *Beliau berkata, Semenanjung Gaza telah ditinggalkan tanpa "setitik bantuan" selama lebih daripada sebulan, dan keadaan itu terbukti buruk bagi penduduk Palestin di enklaf itu.*
             *"Lebih daripada sebulan penuh telah berlalu tanpa setitik bantuan ke Gaza. Tiada makanan. Tiada bahan api. Tiada ubat. Tiada bekalan komersial," katanya kepada pemberita di New York.*

             🇺🇸 *New York 9 Apr: Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres telah menyatakan kebimbangan yang mendalam mengenai keganasan baharu di Semenanjung Gaza dan memberi amaran tentang peningkatan selanjutnya di Timur Tengah, terutamanya di Tebing Barat yang diduduki, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).*
            *Risiko Tebing Barat yang diduduki bertukar menjadi Gaza kedua menjadikan keadaan lebih buruk," kata Guterres pada Selasa di New York.*
           *Beliau menggesa Israel dan masyarakat antarabangsa untuk menghormati undang-undang antarabangsa: "Kita mesti berpegang kepada prinsip teras kita. Negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mesti mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa. Dan mesti ada keadilan serta akauntabiliti apabila mereka gagal."*

              🇺🇸 *Washington 9 Apr: Bekas Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Lawrence Summers meramalkan negara itu berdepan kemelesetan ekonomi, dengan kemungkinan dua juta rakyat AS kehilangan pekerjaan susulan kenaikan tarif yang sedang dilaksanakan.*
            *Dalam temu bual bersama Bloomberg TV pada Selasa, Summers berkata, AS berkemungkinan besar akan mengalami kemelesetan, sekali gus menyaksikan tambahan dua juta individu menganggur, lapor Xinhua.*
           *"Kemungkinan besar kita akan berdepan kemelesetan - dan dalam konteks kemelesetan itu, kita akan melihat tambahan dua juta orang kehilangan pekerjaan," kata Summers dalam rancangan Wall Street Week di Bloomberg Television.*

              🇺🇸 *Washington 9 Apr: Saham di Amerika Syarikat (AS) ditutup rendah pada Selasa susulan ketegangan perdagangan yang semakin memuncak selepas Rumah Putih mengesahkan tarif ke atas barangan China akan meningkat lebih dua kali ganda, lapor Agensi Anadolu (AA).*
            *AS sebelum ini mengumumkan bahawa ia akan mengenakan tarif sebanyak 104 peratus ke atas China bermula Rabu.*
            *Saham Apple, yang mencatatkan kenaikan lebih empat peratus pada awal dagangan, ditutup susut hampir lima peratus.*

              🇺🇸 *Washington 9 Apr: Amerika Syarikat (AS) dan China sekali lagi bertembung dalam konflik perdagangan yang semakin memuncak apabila Presiden Donald Trump bersiap sedia melancarkan gelombang baharu tarif terhadap puluhan negara rakan dagang.*
             *Ekonomi global bergoncang sejak tarif 10 peratus AS mula berkuat kuasa hujung minggu lalu, menyebabkan pasaran saham dunia menjunam dengan ketara serta mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi.*
             *Kadar tarif ke atas import ke AS dari puluhan ekonomi dijangka meningkat lagi pada 12.01 tengah malam Rabu, sekali gus menyaksikan kadar tarif terhadap produk China sejak Trump kembali ke Rumah Putih, mencecah 104 peratus.*

              🇺🇸 *Washington 9 Apr: Amerika Syarikat (AS) akan mengenakan tarif sebanyak 104 peratus ke atas China bermula Rabu, menurut Rumah Putih.*
            *Jurucakapnya, Karoline Leavitt berkata, pada sidang media pada Selasa bahawa tarif itu akan berkuat kuasa tengah malam ini, lapor Agensi Anadolu (AA).*
            *"Akan ada tarif sebanyak 104 peratus yang akan berkuat kuasa ke atas China tengah malam ini," katanya.*
             *Leavitt berkata, Presiden Donald Trump percaya China "perlu mencapai perjanjian" dengan AS dan menyifatkan tindakan balas Beijing sebagai "satu kesilapan."*

              🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 *London 8 Apr: Pakar menyifatkan kelahiran seorang bayi selepas kejayaan pemindahan rahim pertama di UK sebagai "pencapaian besar" dan "keajaiban" bagi satu keluarga, lapor agensi berita Jerman (dpa).*
             *Stuart Lavery, perunding dalam bidang perubatan reproduktif di University College London Hospitals NHS Foundation Trust (UCLH) berkata "peristiwa menakjubkan yang bukan sahaja keajaiban peribadi bagi pasangan terlibat tetapi juga kejayaan pasukan pakar bedah dan saintis yang selama bertahun-tahun bekerja tanpa lelah untuk mencapai tahap ini.*
             *"Seperti banyak pencapaian penting dalam perubatan reproduktif UK, ia memerlukan gabungan pesakit yang berani dan pasukan perubatan yang komited, menyokong untuk menolak sempadan saintifik dengan harapan membantu lebih banyak pasangan memiliki keluarga yang mereka inginkan."*
              *Profesor Alison Campbell, ketua pegawai saintifik di Care Fertility berkata "sungguh luar biasa bagaimana sains memungkinkan kelahiran dan melihat kemajuan ini dalam perubatan reproduktif.*
   
              🇸🇦 *Jeddah 9 Apr: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memberi amaran kepada mereka yang berhasrat menunaikan ibadah haji agar tidak berurusan melalui saluran tidak rasmi.*
             *Kementerian itu menegaskan bahawa kemasukan bagi tujuan haji mesti melalui visa haji rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa Arab Saudi, menurut laporan 

No comments:

Post a Comment

BERITA HARI INI - 30 MAY 2025

*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI* *‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ* ‎            *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الل...