Thursday, September 10, 2026

BERITA HARI INI - 11 SEPTEMBER 2026

 *G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*


*‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*

‎            *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*


*LAST GOA_L MINGGU INI*


*JUMAAT 11 SEPTEMBER 2026 MASIHI BERSAMAAN 29 RABIUL' AWWAL 1448 HIJRAH* 


*LIVE FROM KAWAN FOOD FROZEN PULAU INDAH KLANG*


*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*


*IMSAK* : *05:49am*

*SUBUH* : *05:59am*

*SYURUK* : *07:05am*

*ZOHOR* : *13:13pm*

*ASAR* : *16:16pm*

*MAGHRIB* : *19:17pm*

*ISYAK* : *20:26pm*


*artikel disiarkan pada tarikh 10 sep*


*harianmetroonline*

*by:hanipiloiempire*

*repoterataspokok*

*since2011*


 *GOA_L DALAM NEGARA*

+=+=+=+=+=+=+=+=+=+



*GOA_L* 1️⃣ *Kuala Lumpur 10 Sep: Laporan awal nahas helikopter di Long Lellang, Sarawak, dijangka dikeluarkan dalam tempoh 30 hari selepas kejadian selaras keperluan Lampiran 13 (Annex 13) Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, laporan penuh pula dijangka dikeluarkan dalam tempoh setahun selepas nahas berkenaan.*


*GOA_L* 2️⃣ *Kuala Lumpur 10 Sep: Pemuda UMNO memohon kepemimpinan parti itu tidak menamakan Pakatan Harapan (PH) sebagai rakan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, UMNO sebaliknya perlu menggunakan kebijaksanaan dan menjadikan PRN Melaka sebagai platform pelaksanaan agenda penyatuan ummah demi sokongan akar umbi yang lebih kuat.*


*GOA_L* 3️⃣ *Miri 10 Sep: Keluarga mendiang pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, yang terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang pada Selasa, masih menunggu keputusan bedah siasat sebelum menetapkan tarikh dan waktu penghormatan terakhir serta pengebumiannya. Adik mendiang Annastasia Luyah Henry menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, pihak keluarga akan memaklumkan butiran lanjut berkenaan urusan berkenaan sebaik sahaja keputusan bedah siasat diperoleh daripada pihak hospital.*


*GOA_L* 4️⃣ *Kota Bharu 10 Sep: "Menerusi penerangan (pihak berkuasa) yang dibuat kepada keluarga semalam, jenazah anak saya sempurna, namun kena fahamlah apabila terbabit dalam kebakaran," kata Kamaruddin Salleh, 69.Warga emas itu adalah bapa Dr Ainul Baraah Kamaruddin yang maut dalam nahas helikopter berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram, kelmarin. Menurutnya, jenazah anaknya dijangka dibawa pulang ke Kelantan esok, dengan jenazah akan terus dibawa ke Masjid Al-Karamah untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Kedeper.*


*GOA_L* 5️⃣ *Kluang 10 Sep: "Saya diberitahu dua anak ditemukan dalam keadaan berpelukan, manakala isteri bersebelahan mereka. "Saya sedih kerana tiada lagi insan yang nak marah pada saya selepas ini. Hidup saya sudah kesepian, saya kehilangan mereka buat selama-lamanya," kata Khairul Nizam Wahid, 50. Khairul Nizam adalah suami dan bapa kepada tiga beranak yang ditemukan maut dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Taman Titiwangsa di sini, malam tadi.*


*GOA_L* 6️⃣ *Kluang 10 Sep: Seorang ibu dan dua anak lelakinya maut dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Titiwangsa di sini, malam tadi. Mangsa dikenal pasti sebagai Noraini Ibrahim, 49, Khairul Nurhaziqq Khairulnizam, 18, dan Khairul Nurhadiff Khairulnizam, 11.*


*GOA_L* 7️⃣ *Kota Bharu 10 Sep: Seramai tujuh daripada 14 ketua bahagian BERSATU di Kelantan meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lawan. Bagaimanapun, Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor berkata, perkembangan itu tidak menjejaskan operasi parti berkenaan.*


*GOA_L* 8️⃣ *Sik 10 Sep: Seramai 140 pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara dihantar pulang ke negara asal menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2, semalam. Jabatan Imigresen (Imigresen) Kedah dalam kenyataan berkata, PATI terbabit turut dikenakan tindakan senarai hitam dalam sistem agensi itu bagi menghalang mereka daripada memasuki semula Malaysia pada masa akan datang.*


*GOA_L* 9️⃣ *Kulim 10 Sep: Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya tahun lalu. Tertuduh yang berusia 33 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Jamaliah Abd Manap.*


*GOA_L* 🔟 *Balik Pulau 10 Sep: Empat warga China termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Singapura untuk mendapatkan wang tebusan pada 26 Julai lalu. Liu Ting Jun, 46; Huang Jian, 39; Wang Hao Yu, 32; dan Guan Siqi, 24, didakwa bersama dua individu lain yang masih bebas serta dua lagi yang sudah meninggal dunia, menculik Quek Aik Teng, seorang warga Singapura, di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas, kira-kira jam 5.15 petang, 26 Julai lalu.*


*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Kuantan 10 Sep: Kerajaan Pahang menghargai usaha Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dalam memperkemas proses pengesahan serta permohonan bekalan utiliti bagi rumah generasi baharu FELDA, khususnya melibatkan rumah kedua di atas satu lot. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inisiatif itu penting bagi menyelesaikan isu yang telah lama dihadapi sebahagian peneroka dan generasi baharu, terutama mereka yang telah membina serta menduduki rumah tetapi masih mengalami kekangan dalam mendapatkan bekalan elektrik dan air.*


*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Kangar 10 Sep: Seorang buruh kontrak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan rompakan dengan meragut rantai emas bernilai RM10,000 dan mencederakan seorang wanita di sebuah rumah di Arau, Sabtu lalu. Tertuduh Wan Afandi Wan Salehudin, 26, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.*


*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Kuala Krai 10 Sep: Seorang warga emas yang mengalami masalah nyanyuk dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Kuala Pertang, di sini, petang semalam. Fauzi Deris, 74, dilihat kali terakhir memakai baju putih dan berseluar hitam ketika berada di kawasan Ladang Kuala Pertang, kira-kira 6 petang.*


*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Maran 10 Sep: Seramai 21 pesakit di Hospital Jengka, termasuk 11 kanak-kanak, dipindahkan ke hospital berhampiran susulan kebakaran siling wad pediatrik, semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang memberi jaminan bahawa perkhidmatan penjagaan kesihatan di hospital itu tetap berjalan lancar tanpa gangguan. Pesakit yang terjejas sudah dipindahkan ke Hospital Jerantut dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di Temerloh.*


*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Kuala Lumpur 10 Sep: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mengesahkan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan bermesyuarat esok. Hannah berkata, beliau antara individu yang dipanggil untuk menghadiri mesyuarat terbabit. Beliau bagaimanapun enggan memperincikan maklumat lanjut berhubung perkara itu. "Ya saya boleh sahkan jam 8.30 pagi esok ada mesyuarat pengampunan. Ketika ditanya sama ada mesyuarat itu akan membincangkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah, Hannah bagaimanapun enggan mengulas lanjut.*


*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Kuala Lumpur 10 Sep: Sebanyak 51.686 kilogram (kg) serbuk dadah disyaki MDMA bernilai RM7.75 juta dirampas dalam serbuan terhadap unit kondominium di Jalan Ceylon, di sini, Ogos lalu. Serbuan dijalankan pada jam 3.30 petang, 19 Ogos lalu, hasil maklumat dan risikan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.*


*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 10 Sep: Seorang lelaki warga asing yang dipercayai mencalarkan sekurang-kurangnya lapan kenderaan di kawasan parkir berhampiran The Exchange TRX, di sini, ditahan petang semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nuzulan Mohd Din berkata, suspek berusia 34 tahun yang juga disyaki gelandangan itu ditahan pada petang hari sama di kawasan berhampiran pusat beli-belah berkenaan.*


*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Kangar 10 Sep: Pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang sejak kelmarin, akhirnya ditemui terapung di parit berhampiran Batu 1 1/2, Jalan Tambun Tulang, Simpang Empat, di sini, tadi. Mayat mangsa, Saiful Adli Safini, 40, dijumpai seorang penduduk di kawasan itu selepas terhidu bau busuk dari arah parit berkenaan pada jam 10.45 pagi.*


*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Kuala Lumpur 10 Sep: Datuk Bandar Pulau Pinang, Datuk Rajendran Anthony akan dipanggil sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah dihadapi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung projek jalan utama dan terowong dasar laut Pulau Pinang. Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, pendakwaan akan memanggil Rajendran pada 28 September ini, untuk memberikan keterangannya.*


*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Kuala Lumpur 10 Sep: UMNO akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika terdapat bukti kukuh yang membolehkan tindakan pendakwaan diambil terhadap pemimpinnya. Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun menegaskan bahawa sebarang siasatan, termasuk membabitkan pemimpin kanan parti, mestilah dijalankan secara adil dan telus.*


*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Bachok 10 Sep: Maklumat daripada klien Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) bukan sekadar membantu proses pemulihan, malah menjadi antara sumber risikan penting polis dalam membongkar kegiatan sindiket dadah. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, maklumat berkenaan turut membantu pihaknya menjejaki anggota sindiket, sekali gus membawa kepada kejayaan beberapa operasi serbuan dan tangkapan.*


*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Ipoh 10 Sep: "Ini bukan amaran yang pertama." Demikian kenyataan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang menggesa kerajaan memastikan hanya pengangkutan disahkan selamat digunakan untuk membawa petugas kesihatan selepas lima nyawa terkorban dalam tragedi helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Sarawak. Presiden MMA, Datuk Dr Thirunavukkarasu Rajoo berkata, aspek keselamatan perlu menjadi keutamaan dalam setiap tugasan petugas kesihatan, termasuk ketika menggunakan pesawat, ambulans, bot dan kenderaan darat.*


*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Putrajaya 10 Sep: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang bekas menteri akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin ini. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim, berkata pendakwaan itu berkait siasatan Laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) Tabung Haji (TH).*


*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Kuala Lumpur 10 Sep: Wanita MCA Sabah menggesa pendekatan seimbang diambil berhubung operasi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS), dengan keselamatan petugas kesihatan diberi keutamaan tanpa menjejaskan akses masyarakat pedalaman kepada perkhidmatan perubatan. Pengerusinya, Datuk Dr Pamela Yong, berkata gesaan Hartal Doktor Kontrak (HDK) supaya FDS digantung sementara menunggu audit keselamatan pesawat secara menyeluruh perlu diteliti dengan berhati-hati.*


*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Seremban 10 Sep: Bapa kepada Kapten Zainol Afiq Bee Sham memohon doa semua supaya urusan terutama untuk membawa jenazah juruterbang itu pulang ke Negeri Sembilan berjalan lancar. Bee Sham Ahmad, 59, berkata dia dan isteri bersama besannya kini masih berada di Miri, Sarawak untuk beberapa urusan seperti bedah siasat dan pengecaman asid deoksiribonukleik (DNA).*


*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Shah Alam 10 Sep: Tiga daripada tujuh individu diburu polis berhubung kes pergaduhan menyebabkan seorang lelaki maut di Taman Alam Megah di sini, bulan lalu, berjaya diberkas polis. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata, ketiga-tiga suspek lelaki berusia 20 hingga 40-an ditahan sekitar daerah ini antara 4 hingga 7 September lalu.*


*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Shah Alam 10 Sep: Polis mengesahkan seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun maut ditembak di hadapan sebuah rumah di Telok Bunut, Banting, kelmarin. Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata, kejadian berkenaan dipercayai berlaku antara 10.30 malam hingga 11 malam.*


*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Kuala Lumpur 10 Sep: Seorang rakan Penolong Pegawai Perubatan (MA), Alexson Adit Henry yang maut dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS), kelmarin, menyifatkan mendiang sebagai sahabat baik yang dikenalinya sejak zaman persekolahan di Sibu, Sarawak. Menerusi komen di ruangan hantaran Threads oleh balu Alexson, Stephanie Essah, beliau berkata, mereka kemudian menjadi rakan sebilik pada semester pertama di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Samarahan, selain sering bermain permainan dalam talian bersama.*


*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Putrajaya 10 Sep: Semua operasi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Sarawak ditangguhkan sementara berikutan insiden nahas membabitkan sebuah helikopter yang digunakan bagi perkhidmatan itu di Long Lellang. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, penangguhan itu bagi membolehkan siasatan serta semakan terhadap mekanisme keselamatan dan operasi dilaksanakan pihak berkaitan.*


*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Kuala Lumpur 10 Sep: Dua daripada lima mangsa nahas helikopter di Long Lellang, Miri, Sarawak pada Selasa lalu merupakan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan waris mereka layak menerima faedah bulanan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan. Beliau berkata, waris juruterbang helikopter Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, layak menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) berjumlah RM5,355 sebulan manakala waris pegawai perubatan, Allahyarham Dr Ainul Baraah Kamarudin, 33, turut layak menerima pencen penakat bulanan.*



*berita penuh sila follow harian metro online*


*#hanipiloiempire*

*#repoterataspokok*

*#hanisofeasupriseandgift*

*#legasisepuluh*


            

*GOA_L LUAR NEGARA*

=+=+=+=+=+=+=+=+=



           🇺🇸 *Washington/Hamilton 10 Sep: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata perang antara AS dan Iran akan 'berakhir serta-merta' selepas pilihan raya pertengahan penggal AS pada 3 November.*

           *"Saya fikir perang akan berakhir serta-merta selepas pilihan raya kerana mereka tidak mampu bertahan lebih lama," kata Trump kepada pemberita semalam, sebelum berlepas ke Dallas, Texas untuk berucap pada konvensyen pertengahan penggal pertama Parti Republikan.*

            *Trump mendakwa Tehran "terdesak untuk cuba mempengaruhi pilihan raya" dan berkata Washington tidak berhasrat kembali kepada rundingan nuklear, menurut Anadolu Ajansi.*

           *"Kami tidak mengusahakannya. Ya, rundingan mungkin boleh berlaku, tetapi ia bukan sesuatu yang sedang kami pertimbangkan," kata Trump.*


          🇮🇹 *Turin, Itali 10 Sep: Seorang lelaki Itali disiasat selepas pihak berkuasa menemui kepala buaya terancam yang disembunyikan dalam bagasinya di Lapangan Terbang Caselle di Turin, Itali.*

         *Memetik UPI, lelaki itu tiba dari Miami melalui Istanbul, sebelum pihak berkuasa menemui kepala reptilia berkenaan ketika melakukan pemeriksaan terhadap bagasinya.*

          *Agensi penguatkuasaan Guardia di Finanza dalam kenyataan berkata, pihaknya bekerjasama dengan pegawai kastam bagi meningkatkan pemeriksaan berkaitan perdagangan spesis yang dilindungi dan terancam.*

           *"Secara khusus, kepala reptilia itu dikeringkan dan dibalut dengan kertas pembalut biasa, sekali gus mengelakkan pemeriksaan keselamatan di negara berlepas," kata polis dalam kenyataan itu.*


          🇰🇪 *Nairobi 10 Sep: Keriangan jelas terpancar pada wajah kanak-kanak pekak di sebuah sekolah khas di Kenya apabila menyaksikan tangan robotik menterjemahkan suara guru kepada bahasa isyarat secara langsung.*

           *Teknologi yang dibangunkan syarikat tempatan, ZeroBionic itu berpotensi mengubah kaedah pembelajaran golongan berkenaan sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk belajar bersama murid arus perdana.*

          *Kira-kira 300,000 kanak-kanak di Kenya mengalami masalah pendengaran, namun hanya 20,000 daripada mereka bersekolah setakat 2024.*

         *ZeroBionic yang diasaskan Norah Kimathi, 22, berharap teknologi itu dapat menangani sebahagian cabaran pendidikan yang dihadapi kanak-kanak pekak di negara Afrika Timur itu.*


           🇳🇵 *Kathmandu 10 Sep: Nepal yang terjejas akibat banjir akan meminta bantuan kewangan daripada negara kaya dan agensi antarabangsa, minggu ini untuk pembangunan semula daripada bencana yang disifatkan kesan daripada perubahan iklim yang tidak seimbang terhadap negara miskin.*

          *Reuters melaporkan pertama kali Nepal merancang mengetengahkan keperluan AS$5 bilion (RM20.3 bilion) untuk usaha pembinaan semula itu sebagai isu keadilan iklim dalam rundingan dengan negara dan agensi penderma.*

           *Sekurang-kurangnya 1,300 orang disahkan terkorban sejak bencana banjir akibat runtuhan glasier Himalaya, lewat Ogos lalu dan lebih 5,300 orang hilang di seluruh Nepal dan wilayah Tibet, China.*

          *Banjir berarus deras turut memusnahkan lebih 12 loji janakuasa hidroelektrik, selain laluan perdagangan, jalan raya, jambatan dan rumah.*


          🇮🇳 *Bhubaneswar 10 Sep: Penemuan lima anak orang utan di kawasan hutan berhampiran perkampungan di daerah Balasore, Odisha di India menggemparkan penduduk hingga ribuan orang berpusu ke lokasi dalam tempoh sejam selepas berita mengenainya tersebar.*

          *India bukan habitat semula jadi orang utan, sebaliknya haiwan itu spesies asli Asia Tenggara yang habitat asalnya terletak di Borneo dan Sumatera.*

          *Memetik laporan The Indian Express, haiwan berkenaan ditemui penduduk yang sedang merayau di kawasan hutan sebelum berita penemuannya tersebar meluas.*

          *Jabatan Hutan Balasore kemudian bertindak pantas menyelamatkan kesemua anak orang utan itu dan membawanya ke pejabat hutan untuk pemeriksaan lanjut.*


           🇮🇳 *New Delhi 10 Sep: Pengarah Pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Asia Tenggara, Saima Wazed yang juga anak perempuan bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina meletak jawatan semalam.*

         *Ia berdasarkan surat peletakan jawatan yang dilihat Reuters susulan siasatan berkaitan penipuan oleh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pihak berkuasa Bangladesh.*

          *Kes Saima antara gambaran kejatuhan Hasina akibat kebangkitan berdarah pada pertengahan 2024 yang kini memberi kesan kepada ahli keluarganya, selain sekutu politiknya.*

           *Kebanyakan sekutu Hasina kini berdepan pertuduhan jenayah termasuk dakwaan rasuah di Bangladesh atau memilih untuk hidup dalam buangan seperti Hasina.*


           🇵🇭 *Manila 10 Sep: Sekurang-kurangnya lima orang terkorban, manakala 87 lagi masih hilang selepas feri terbakar berhampiran lokasi tumpuan pelancong di wilayah Palawan, menurut pengawal pantai hari ini.*

           *Pengawal Pantai Filipina (PCG) berkata, kebakaran membabitkan kapal M/V June Aster itu berlaku pada malam Rabu, kira-kira 2.2 kilometer dari pantai.*

           *Lima mangsa yang terkorban sudah dibawa ke darat manakala operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan.*

          *Rakaman video yang dikongsi pengawal pantai menerusi Facebook menunjukkan kapal berkenaan terbakar sepenuhnya.*

  

            🇹🇭 *Chonburi 10 Sep: Sebuah tadika di daerah Bang Lamung di sini ditutup selepas seorang guru maut ditembak, dipercayai oleh suaminya yang juga anggota polis pada Rabu, menurut Polis Diraja Thailand.*

          *Ketua Balai Polis Bang Lamung Kol Polis Sarawut Nuchanart berkata kejadian berlaku di Tadika Perbandaran Nong Pla Lai kira-kira 11 pagi selepas suspek memasuki sekolah itu dan menembak isterinya yang bertugas sebagai guru di situ.*

           *Sarawut berkata suspek melarikan diri selepas kejadian, manakala kesemua 44 kanak-kanak di tadika itu dipindahkan ke tempat selamat.*

          *Suspek dilaporkan melarikan diri ke rumahnya di sebuah kawasan perumahan berhampiran selepas kejadian sebelum polis berjaya memujuknya menyerah diri," katanya dalam kenyataan pada Rabu.*


            🇹🇭 *Bangkok 10 Sep: Pihak berkuasa Thailand menahan 12 warga Korea Selatan dan seorang warga China yang disyaki menjalankan pusat panggilan penipuan dari sebuah rumah sewa mewah di selatan Bangkok.*

          *Polis Thailand dalam kenyataan semalam berkata, suspek memasuki Thailand dari negara jiran sebelum bersembunyi di wilayah Samut Prakan dengan menyewa sebuah rumah mewah.*

           *Di dalam rumah itu, pihak berkuasa menemukan kelengkapan pusat panggilan dengan 13 stesen kerja yang dilengkapi telefon Voice over Internet Protocol (VoIP), selain berpuluh-puluh komputer, telefon bimbit dan skrip yang didakwa digunakan dalam penipuan dalam talian.*

          *Polis turut menemukan senarai mangsa dari Korea Selatan dan dokumen palsu yang didakwa sebagai surat rasmi daripada pejabat pendakwa raya Korea Selatan.*


            🇮🇩 *Jakarta 10 Sep: Abu gunung berapi daripada tiga lagi gunung berapi di Indonesia dilaporkan merentasi beberapa kawasan di kepulauan itu pada Rabu, selain Gunung Anak Krakatau, dengan abu satu daripada gunung berapi berkenaan terus menjejaskan perjalanan udara di Nusa Tenggara Timur.*

           *Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) memaklumkan analisis imej satelit Himawari-9 pada 7 pagi mengesan abu gunung berapi dari Gunung Ili Lewotolok di Nusa Tenggara Timur serta Gunung Dukono dan Gunung Ibu di Maluku Utara, selain abu dari Anak Krakatau di Selat Sunda.*

           *Daripada empat gunung berapi itu, BMKG memaklumkan abu dari Ili Lewotolok yang terletak di Pulau Lembata, Nusa Tenggara Timur di timur Indonesia, dikesan pada altitud tertinggi sehingga 8,000 kaki (kira-kira 2,438 meter), bergerak dari barat laut ke utara merentasi beberapa kawasan di Kabupaten Lembata dan Selat Flores.*



*berita penuh sila follow harian metro online*


*#hanipiloiempire*

*#repoterataspokok*

*#hanisofeasupriseandgift*

*#legasisepuluh*



*GOA_L MEDSOS, POPULAR*

+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+



            🌍 *Beijing 10 Sep: Seorang lelaki China mencapai impiannya untuk mengembara ke 233 negara dan wilayah di seluruh dunia selepas menamatkan pengembaraan global selama 33 tahun.*

         *Chen Jinwei, 53, yang juga pemilik syarikat jentera pulang ke kampung halamannya di Zhuji, wilayah Zhejiang, timur China, selepas kembali dari Peru, destinasi terakhir pengembaraannya.*

          *Menurut SCMP hanya kira-kira 70 individu di China sebelum ini pernah mengembara ke 233 negara, wilayah dan kawasan di seluruh dunia dan antaranya Chen.*

           *Media tempatan melaporkan Chen membelanjakan 10 juta yuan (kira-kira RM6.03 juta) untuk pengembaraannya yang bermula pada 1993, dengan misi dimulakan di Singapura, Malaysia dan Thailand.*

          *Pada ketika itu, internet masih belum meluas dan Chen mahu melihat sendiri 'rupa dunia di sebelah sana' menerusi pengalaman secara langsung, bukan melalui buku atau cerita orang lain.*


           👶🏻 *Athens 10 Sep: Wanita Greece berusia 54 tahun selamat melahirkan bayi perempuan hasil pemindahan embrio yang dibekukan lebih 22 tahun lalu.*

           *Kelahiran penuh emosi itu beberapa bulan selepas anak lelakinya yang lahir hasil daripada prosedur dan embrio sama pada 2004 meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.*

            *Pakar ginekologi, Dr Konstantinos Pantos berkata, kelahiran anak perempuan itu sangat bermakna buat Christina Rapti-Tzelepi.*

            *"Pada 2004, Rapti-Tzelepi melahirkan bayi lelaki yang sihat selepas pemindahan embrio (rawatan persenyawaan in vitro (IVF) pada percubaan pertama.*

            *"Namun pada Oktober 2025, keluarga mereka berhadapan kehilangan tragik anak lelaki yang berusia 21 tahun dalam kemalangan jalan raya," katanya.*

           *Rapti-Tzelepi masih pada usia yang dibenarkan Greece untuk menjalani IVF. Had usia maksimum adalah 54 tahun.*

            *Wanita itu melahirkan bayi perempuannya pada Rabu lalu hasil rawatan IVF pada Disember tahun lalu yang menggunakan embrio daripada kumpulan sama dengan mendiang anak lelakinya.*


           🏛️ *London 10 Sep: Pelakon dan penerbit filem British, Noel Clarke didakwa atas enam kesalahan seksual, termasuk dua pertuduhan serangan seksual, kata Perkhidmatan Pendakwaan Diraja (CPS) semalam.*

        *Menurut CPS, Clarke didakwa susulan dakwaan salah laku seksual oleh lima wanita terhadapnya antara 2007 hingga 2016.*

          *Lelaki berusia 50 tahun itu turut didakwa atas tiga pertuduhan voyeurisme (perbuatan mengintip) dan satu pertuduhan mendedahkan alat sulit serta dijadualkan hadir di Mahkamah Majistret Westminster di London pada 21 Oktober.*

         *Clarke terkenal kerana menulis skrip dan membintangi 'Kidulthood' (2006), yang meneroka buli, penyalahgunaan dadah dan keganasan ekstrem dalam kalangan orang muda di London, selain kerana peranan berulang dalam rancangan sains fiksyen 'Doctor Who'.*


            👚 *Rome 10 Sep: AS Roma bakal menggunakan pentas Liga Juara-Juara untuk menyampaikan mesej solidariti kepada mangsa tragedi banjir besar di Nepal apabila memakai jersi khas pada aksi menentang Fenerbahce di Istanbul, Khamis ini.*

          *Jersi berkenaan akan memaparkan logo Program Makanan Sedunia (WFP) di bahagian depan, selain mesej 'Together for Nepal' sebagai tanda sokongan terhadap usaha bantuan kemanusiaan di negara berkenaan.*

           *Langkah itu dibuat selepas Roma tidak dibenarkan mempamerkan logo penaja utama mereka pada jersi berikutan syarikat berkenaan terbabit dalam industri pertaruhan sukan yang tidak dibenarkan mengiklankan perkhidmatan di Turkiye.*

           *"Pasukan pelawat akan turun ke padang dengan logo Program Makanan Sedunia (WFP) di bahagian depan jersi mereka," kata Roma dalam satu kenyataan.*

             


*berita penuh sila follow harian metro online*


*#hanipiloiempire*

*#repoterataspokok*

*#hanisofeasupriseandgift*

*#legasisepuluh*

                 


*GOA_L ARENA SUKAN*

+=+=+=+=+=+=+=+=+=



           🐐 *Riyadh 10 Sep: Cristiano Ronaldo sekali lagi mencipta detik luar biasa dalam sejarah bola sepak apabila membantu Al-Nassr menewaskan Abha 2-1 awal pagi tadi sekali gus mencapai sesuatu yang sebelum ini tidak pernah dilakukan selama beberapa generasi.*

          *Gol terbaharu kapten Portugal itu membawa makna jauh lebih besar daripada sekadar tiga mata yang meletakkan kelab Riyadh itu sebaris dengan antara pasukan paling terkenal dalam sejarah sukan berkenaan.*

           *River Plate mencipta rekod jaringan antara 1936 hingga 1939 apabila meledak gol dalam 93 perlawanan liga domestik berturut-turut. Rekod itu bertahan kira-kira 87 tahun sebelum Al-Nassr akhirnya menyamainya.*

          *Al-Nassr kini sudah menjaringkan gol dalam 93 perlawanan Liga Pro Saudi berturut-turut, sekali gus menyamai rekod bersejarah berkenaan dan berpeluang melepasi rekod itu apabila kembali beraksi dalam liga menentang Al-Khaleej. Kelab itu dijadualkan bertandang ke Stadium Prince Mohammed bin Fahd di Dammam Sabtu depan bagi aksi minggu ketujuh.*

          *Jika berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan itu, Al-Nassr akan mencatat jaringan dalam 94 perlawanan Liga Pro Saudi berturut-turut.*


          👑 *Madrid 10 Sep: Kelab divisyen dua Sepanyol, CD Eldense, mengesahkan bintang Argentina, Lionel Messi, mencapai persetujuan pada prinsipnya untuk menjadi pemilik baharu kelab berkenaan.*

          *Penyerang Inter Miami itu hampir memuktamadkan pembelian 100 peratus saham milik kumpulan pelaburan Colombia, TH Soluciones Group SAS, yang kini ialah pemegang saham majoriti Eldense.*

          *Messi, 39, bakal menjadi pemilik majoriti kelab keduanya di Sepanyol selepas membeli UE Cornella pada 16 April tahun ini.*

          *Cornella, yang beraksi di divisyen kelima piramid bola sepak Sepanyol, mempunyai reputasi melahirkan pemain berbakat menerusi program bola sepak akar umbi dan akademi remaja, dengan beberapa pemain keluaran akademi mereka menyertai bekas kelab Messi, Barcelona, selama ini.*


         🥳 *London 10 Sep: Chelsea bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 selepas Cole Palmer dan Danny Welbeck menjadi penyelamat The Blues dalam aksi klasik pusingan ketiga Piala Liga, awal pagi tadi.*

           *Skuad kendalian Xabi Alonso berada dalam bahaya tersingkir selepas Tarik Muharemovic membuka jaringan pada separuh masa pertama sebelum Brenden Aaronson menggandakan kelebihan Leeds sejurus selepas rehat di Stamford Bridge.*

           *Kekalahan 1-2 kepada juara Liga Perdana Inggeris, Arsenal, Ahad lalu menamatkan permulaan tiga kemenangan berturut-turut Alonso sejak dilantik sebagai pengurus Chelsea.*

          *Namun, pengendali itu kembali ke landasan kemenangan menerusi aksi penuh dramatik yang menjadi ciri awal pemerintahannya di Stamford Bridge.*

           *Chelsea sudah menjaringkan 16 gol dalam lima perlawanan pertama di bawah Alonso, sekali gus menyerlahkan kekuatan jentera serangan mereka.*


           😎 *London 10 Sep: Morgan Rogers menyifatkan Xabi Alonso berjaya mengubah Chelsea menjadi pasukan 'menarik' selepas kemenangan 6-3 ke atas Leeds dalam Piala Liga meneruskan permulaan musim The Blues yang cukup tajam di depan gol.*

        *Alonso menyaksikan pesta gol luar biasa sejak mengambil alih tugas di Stamford Bridge pada awal musim dan kemenangan besar 6-3 ke atas Leeds pada pusingan ketiga, awal pagi tadi, tidak terkecuali.*

          *Chelsea sudah meledak 16 gol dalam lima perlawanan pertama Alonso dalam semua pertandingan, dengan empat daripadanya berakhir dengan kemenangan, sekali gus menyerlahkan kekuatan serangan mereka.*

          *"Memang menyeronokkan bermain bersama pemain berkualiti tinggi yang ada di sini. Saya menikmati bola sepak saya, cuba bermain dengan bebas dan menunjukkan kemampuan," kata Rogers.*


          🤩 *Naples 10 Sep: Mikel Arteta memuji kapten Arsenal, Martin Odegaard yang sekali lagi muncul wira pasukan apabila jaringannya memastikan kemenangan 1-0 ke atas Napoli dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.*

           *Arteta berkata keputusan itu tidak menggambarkan persembahan "luar biasa" Arsenal yang menghasilkan 26 percubaan, rekod kelab bagi aksi tempat lawan dalam pertandingan berkenaan.*

           *Naib juara musim lalu itu membuka kempen Liga Juara-Juara dengan kemenangan di Stadium Diego Armando Maradona hasil rembatan kencang Odegaard pada minit ke-75.*

           *Odegaard memulakan musim 2026-27 dengan prestasi cemerlang apabila menjaringkan empat gol dalam lima perlawanan, termasuk gol kemenangan berturut-turut ketika menentang Chelsea dan Napoli.*


         🐔 *Liverpool 10 Sep: Pengendali Liverpool, Andoni Iraola, berkata sukar untuk meminta lebih daripada apa yang dipamerkan pada penampilan sulungnya sebagai jurulatih dalam Liga Juara-Juara selepas The Reds bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Atletico Madrid 2-1, awal pagi tadi.*

         *Skuad kendalian Iraola bermula dengan buruk apabila Marcos Llorente meletakkan pasukan pelawat di depan menerusi gol kelimanya dalam tiga kunjungan ke Anfield.*

           *Bagaimanapun, Dominik Szoboszlai menyamakan kedudukan sejurus sebelum rehat manakala Alexis Mac Allister meledak gol kemenangan pada separuh masa kedua untuk memastikan kempen Liga Juara-Juara Liverpool bermula dengan langkah positif.*

            *"Sukar untuk meminta lebih daripada ini," kata Iraola yang sebelum ini tidak pernah mengendalikan pasukan dalam pertandingan utama bola sepak Eropah itu.*


         🥳 *Paris 10 Sep: Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique, memuji persembahan hebat pemenang Ballon d'Or, Ousmane Dembele ketika kelab Perancis itu memulakan usaha memburu kejuaraan Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut dengan kemenangan besar, awal pagi tadi.*

          *"Itulah Ousmane yang kita semua kenali dan telah lihat sepanjang tiga tahun lalu. Apabila melihat keupayaannya mencipta peluang, melakukan tekanan dan membantu pasukan, ia benar-benar satu keseronokan," kata jurulatih dari Sepanyol itu selepas Dembele menjaringkan dua gol pertama dalam kemenangan besar PSG 6-1 ke atas Slovan Bratislava.*

           *Sebelum ini, Dembele hanya digunakan secara terhad dalam beberapa perlawanan PSG musim ini ketika dia cuba mendapatkan semula kecergasan selepas Piala Dunia.*

           *"Dia bermain dengan sangat baik. Dia akan membina kecergasannya secara beransur-ansur tetapi amat menakjubkan untuk melihat pemain seperti itu," tambah Luis Enrique.*


          🤩 *Barcelona 10 Sep: Raphinha meneruskan ketajamannya di depan gawang apabila meledak dua gol ketika Barcelona membelasah Feyenoord 5-1 untuk memulakan kempen Liga Juara-Juara dengan sempurna, awal pagi tadi.*

          *Karim Adeyemi turut mencipta jaringan menarik dari jarak jauh di antara dua gol Raphinha, manakala Lamine Yamal menyumbat gol menerusi sepakan percuma ketika skuad kendalian Hansi Flick mudah mengatasi pelawat dari Belanda itu.*

           *Selepas Sem Steijn merapatkan jurang buat Feyenoord, pemain gantian Barcelona, Gabriel Jesus, melengkapkan kemenangan dengan gol kelima - jaringan pertamanya sejak menyertai kelab berkenaan dari Arsenal musim panas ini.*

           *Barcelona, yang kali terakhir memenangi pertandingan itu pada tahun 2015, kini memenangi kesemua lima perlawanan dalam semua pertandingan musim ini dan menjaringkan lima gol dalam empat daripadanya.*


          😇 *Manchester 10 Sep: Pengurus Manchester United, Michael Carrick percaya skuadnya memiliki kekuatan untuk bersaing dengan kelab terbaik Eropah apabila kembali beraksi dalam Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun.*

           *Carrick mendapat kepercayaan untuk dilantik sebagai pengurus tetap selepas membimbing The Red Devils menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga ketiga ketika menjadi pengendali sementara musim lalu.*

           *United membuka kempen Liga Juara-Juara musim ini pada Khamis dengan menentang juara Azerbaijan, Sabah di Old Trafford.*

            *"Ia pertandingan yang cukup istimewa. Di sinilah kita semua mahu berada. Apabila tidak menyertainya, kita sedar betapa istimewanya kejohanan ini dan apabila berada di dalamnya, kita mahu memanfaatkan peluang sebaik mungkin.*


          😇 *London 10 Sep: Pengurus Sabah, Valdas Dambrauskas bakal melengkapkan peningkatan luar biasa daripada peserta rancangan kuiz televisyen kepada jurulatih Liga Juara-Juara apabila membuat kepulangan penuh emosi ke Old Trafford untuk menentang Manchester United, awal pagi esok.*

          *Kelab Azerbaijan itu membuat penampilan sulung dalam fasa liga pertandingan kelab elit Eropah berkenaan, hanya sembilan tahun selepas ditubuhkan.*

          *Perkembangan pantas Sabah sehingga mampu berkongsi pentas dengan juara Eropah tiga kali, Manchester United, sememangnya satu pencapaian luar biasa.*

           *"Kami sudah mencapai satu tahap yang kadangkala di luar imaginasi kami," kata Dambrauskas kepada pemberita di Manchester, semalam.*


          🙌🏻 *Brussels 10 Sep: Thibaut Courtois tidak akan bersama Belgium dalam kempen Liga Negara-Negara musim ini, namun penjaga gol Real Madrid itu belum membuat keputusan untuk bersara daripada arena antarabangsa.*

          *Penjaga gol berusia 34 tahun itu sebelum ini menyatakan selepas Piala Dunia bahawa dia mungkin berhenti mewakili Belgium atau mengambil tempoh rehat musim ini.*

          *Belgium diundi dalam kumpulan bersama Perancis, Itali dan Turkiye untuk kempen Liga Negara-Negara yang membabitkan enam perlawanan dalam tempoh tiga bulan akan datang.*

          *Courtois berkata, jurulatih baharu Belgium, Mark van Bommel, memahami keputusannya untuk tidak beraksi dalam kempen berkenaan.*

 

          🤩 *Rio de Janeiro 10 Sep: Penyerang Chelsea, Joao Pedro dan Estevao dipanggil semula ke skuad Brazil bagi aksi persahabatan September dan Oktober ketika jurulatih Carlo Ancelotti memulakan proses membentuk semula pasukan kebangsaan selepas kempen Piala Dunia yang mengecewakan.*

          *Joao Pedro antara pemain diketepikan Ancelotti bagi memberi ruang kepada Neymar dalam skuad Brazil untuk Piala Dunia, namun juara lima kali itu tersingkir kepada Norway pada pusingan 16 terakhir.*

          *Estevao pula menjadi antara tonggak penting Brazil sebelum mengalami kecederaan menjelang Piala Dunia.*

         *Dalam senarai skuad pertamanya selepas kegagalan di Piala Dunia, Ancelotti turut menyenaraikan beberapa muka baharu termasuk penjaga gol Pedro Morisco dan Otavio, pertahanan Mauro Junior serta pemain tengah Breno Bidon dan Gabriel Bontempo.*


          🎾 *New York 10 Sep: Alexander Zverev semakin menghampiri gelaran Grand Slam keduanya selepas menewaskan pemain Belanda, Botic van de Zandschulp 6-2, 7-5, 6-1 untuk mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) dan akan berdepan Karen Khachanov.*

           *Juara Terbuka Perancis berusia 29 tahun itu bermula perlahan di Flushing Meadows, namun semakin menemui rentak permainannya sepanjang kejohanan.*

              *"Saya rasa anda dapat lihat dalam dua pusingan pertama, saya benar-benar tidak bermain dengan baik," kata Zverev.*

            *"Dalam kejohanan lain, saya mungkin sudah tersingkir pada pusingan pertama, tetapi di sini saya mampu bangkit dan bermain dalam format lima set, malah beraksi sehingga empat jam setengah. Saya mula bermain lebih baik sepanjang kejohanan dan pastinya gembira dapat mara ke separuh akhir di sini."*


         🏎️ *London 10 Sep: Ferrari digesa campur tangan bagi mengelak ketegangan antara Lewis Hamilton dan Charles Leclerc daripada terus memuncak, kata bekas pelumba Formula 1 (F1), Juan Pablo Montoya.*

          *Hamilton dan Leclerc bertembung di selekoh pertama perlumbaan Grand Prix (GP) Itali di laman sendiri Ferrari ketika berebut tempat ketiga selepas kedua-duanya memulakan perlumbaan bersebelahan di barisan kedua.*

            *Juara dunia tujuh kali itu terbabas ke kawasan batu kerikil sebelum jatuh ke tangga ke-10. Leclerc tidak kehilangan kedudukan, namun mengalami kemalangan teruk di Parabolica pada penghujung pusingan kedua.*

            *Hamilton kemudian menamatkan perlumbaan di tempat keenam dalam apa yang menjadi perlumbaan Monza yang mengecewakan buat Ferrari.*


           🎌 *Tokyo 10 Sep: Hampir 10,000 anggota polis akan dikerah bagi mengawal keselamatan pada upacara pembukaan Sukan Asia yang berlangsung minggu depan di Nagoya, Jepun, menurut Agensi Polis Kebangsaan Jepun, lapor Kyodo News, hari ini.*

          *Upacara pembukaan Sukan Asia Aichi-Nagoya dijadual berlangsung pada 19 September di sebuah stadium olahraga di bandar berkenaan dan akan dihadiri Maharaja Naruhito serta Permaisuri Masako.* 

           *Perdana Menteri Sanae Takaichi bagaimanapun dijangka tidak menghadiri upacara berkenaan.*

           *Daripada jumlah itu, kira-kira 3,100 anggota akan dihantar khas daripada pasukan polis di seluruh Jepun.*


          🏀 *Kuala Lumpur 10 Sep: Pangsapuri dua bilik bernilai lebih RM400,000 menanti setiap pemain dan jurulatih skuad bola keranjang negara jika berjaya menghadiahkan pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya yang berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober ini.*

        *Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Datuk Seri Lee Tian Hock berkata, selain ganjaran lumayan berbentuk pangsapuri, setiap pemain dan jurulatih turut akan menerima wang tunai bagi setiap warna pingat yang dimenangi.*

          *"Kalau mereka menang pingat gangsa, setiap pemain akan mendapat ganjaran RM10,000 manakala jurulatih pula menerima dua kali ganda iaitu RM20,000.*

          *"Jika menang pingat perak, setiap pemain akan mendapat RM20,000 dan jurulatih RM40,000.*

          *"Untuk pingat emas, setiap pemain akan menerima RM50,000 manakala jurulatih RM100,000 selain sebuah pangsapuri di Puchong," katanya ketika majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada skuad negara, hari ini.*


         🥋 *Kuala Lumpur 10 Sep: Skuad karate negara memperoleh suntikan semangat menjelang Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 apabila Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) menjanjikan kereta Proton e.MAS kepada pemenang pingat emas temasya berkenaan.*

         *Presidennya, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, ganjaran berkenaan adalah satu motivasi buat atlet memburu kilauan emas buat kontinjen negara di temasya terbesar Asia itu.*

           *"Walaupun sasaran kontinjen negara begitu kecil tetapi sumbangan satu pingat emas itu adalah penting.*

            *"Dan bagi karate, insya-Allah kita akan cuba yang terbaik dan ganjaran ini adalah ganjaran besar untuk atlet (karate) dan saya tidak kira kategori (manakah) yang dapat pingat emas.*


          🏸 *Kuala Lumpur 10 Sep: Gandingan utama beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah percaya tiada yang mustahil pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 apabila mereka enggan meletakkan had terhadap peluang memburu pingat buat Malaysia.*

        *Thinaah berkata, persiapan mereka berjalan baik selepas pulang dari Masters Chinadengan fokus diberikan kepada peningkatan prestasi setiap hari menjelang saingan diJepun.*

         *"Saya rasa apa saja boleh berlaku. Itu yang kami percaya. Setiap sukan lain juga mempunyai pemain yang bagus dan semua orang hebat dalam bidang masing-masing.*


          🏸 *Kuala Lumpur 10 Sep: Ketua jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky mengimpikan pingat emas badminton pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, namun sasaran rasmi kontinjen negara kekal satu perak dan satu gangsa.*

          *Rexy berkata, sasaran berkenaan dibuat berdasarkan realiti semasa termasuk undian yang sukar serta prestasi tidak menentu beberapa pemain, namun beliau percaya barisan negara mempunyai keupayaan untuk melangkaui sasaran itu di Nagoya.*

          *"Secara rasmi, kita masih dengan sasaran realistik iaitu perak dan gangsa. Tetapi jauh di sudut hati, saya percaya pemain mampu buat lebih daripada itu. Sudah tentu kita mahu emas kerana semua orang mahu Malaysia menang emas.*


           🏑 *Kuala Lumpur 10 Sep: Ketua jurulatih skuad hoki remaja lelaki negara, Nor Saiful Zaini Nasiruddin mahu barisan pemainnya meneruskan misi memburu penamat terbaik pada Kejohanan Hoki Remaja Asia di Moqi, China, selepas mengesahkan tiket automatik ke Piala Dunia Hoki Remaja tahun depan.*

          *Malaysia menempah slot ke Piala Dunia selepas mara ke separuh akhir dengan menamatkan saingan Kumpulan B di tempat kedua, sekali gus mencapai sasaran awal Nor Saiful.*

           *Enam pasukan terbaik daripada kejohanan ini akan layak secara automatik ke Piala Dunia Hoki Remaja tahun depan.*

           *Skuad negara menutup aksi peringkat kumpulan dengan meraih sembilan mata selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas tuan rumah, China menerusi jaringan padang Muhammad Safwan Salihe pada minit kelapan dalam perlawanan terakhir, semalam.*


           🥳 *Petaling Jaya 10 Sep: Selangor FC (SFC) mengesahkan slot ke suku akhir Piala FA selepas menyingkirkan Sabah FC 4-3 secara agregat, semalam.*

           *Selepas terikat 2-2 pada aksi pertama Pusingan 16 di Stadium Likas, anak buah Kim Pan-gon berjaya menewaskan Sabah FC 2-1 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).*

            *The Red Giants' akan menentang Star City FC yang menyingkirkan pasukan Liga A1 Semi-Pro, Kedah FA 4-2 secara agregat.*


           🤯 *Kuala Lumpur 10 Sep: Penyusunan jadual 'maut' Liga Malaysia (Liga M) membuatkan pengendali Selangor FC (SFC), Kim Pan-gon 'meletup' selepas beliau mendakwa tindakan memaksa pemain beraksi setiap 48 jam secara perlahan-lahan membunuh kualiti bola sepak tempatan.*

           *Pan-gon meluahkan rasa kecewanya secara terbuka selepas skuad Gergasi Merah terpaksa mengharungi tiga perlawanan padat dalam tempoh seminggu, sekali gus meragut tahap kecergasan optimum anak buahnya pemainnya ketika menentang Sabah FC, kelmarin.*

           *Menurutnya, kualiti permainan yang merosot serta risiko kecederaan tinggi kini berada di atas bahu pihak penganjur yang gagal menyediakan tempoh rehat dan pemulihan sewajarnya buat pasukan bertanding.*

           *"Ya, bagi saya perlawanan malam ini (kelmarin) sangat sukar. Kami baru sahaja bermain dua hari lepas dan kami kena main tiga perlawanan dalam tempoh seminggu . Siapa yang susun jadual sebegini dan kualiti perlawanan apa yang mereka harapkan?*


           🥳 *Kuala Lumpur 10 Sep: Bekas juara Piala FA sebanyak tiga kali, Kuala Lumpur City FC (KL City) meneruskan kemaraan ke suku akhir kempen Piala FA apabila mengenepikan Perak FA di pusingan 16 terbaik.*

         *Dalam aksi timbal balik kedua di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras malam semalam, skuad The City Boys diikat Perak tanpa jaringan sepanjang 90 minit permainan.*

         *Begitupun, anak buah Datuk Dollah Salleh tetap meraih slot ke pusingan berikutnya apabila menang secara agregat 1-0 selepas menang di tempat lawan sebelum ini.*

           *Gol di Manjung pada 1 September lalu itu diraih menerusi jaringan Paulo Josue.*


          🐆 *Georgetown 10 Sep: Penang FC mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala FA selepas bangkit menundukkan Melaka FC dengan agregat 3-1 pada aksi timbal balik di Stadium Bandaraya, petang semalam.*

          *Kemenangan itu menyaksikan Penang hampir pasti mengulangi skrip musim lalu apabila sekali lagi bakal berdepan juara bertahan, Johor Darul Ta'zim FC (JDT) yang baru membelasah UM Damansara United dengan agregat 14-1 di Stadium Sultan Ibrahim kelmarin.*

           *Ketika perlawanan dilihat seakan berkesudahan 1-1, pemain gantian Penang, Celestine Enzo muncul wira apabila meledak gol kedua pada masa kecederaan sekali gus meranapkan sisa harapan Melaka dalam perjuangan Piala FA musim ini.*


           🦌 *Kuala Lumpur 10 Sep: Kekangan pendaftaran pemain akibat sekatan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memaksa Kelantan Red Warriors (KRW) mengambil langkah luar biasa apabila terpaksa memanggil semula lapan hingga sembilan pemain yang sebelum ini sudah digugurkan.*

         *Situasi itu didedahkan ketua jurulatih KRW, Irfan Bakti Abu Salim, selepas pasukannya tersingkir daripada saingan Piala FA susulan kekalahan 5-1 kepada Kuching City pada aksi kedua, sekali gus tewas dengan agregat 5-1.*

          *Menurut Irfan, KRW ketika ini hanya mempunyai antara 16 hingga 18 pemain untuk digunakan dan keadaan itu menyebabkan beliau tidak mempunyai banyak pilihan dalam membentuk barisan pasukan bagi menghadapi baki saingan musim ini.*


          🥳 *SEREMBAN 10 Sep: Kejayaan Kelantan City FC mara ke peringkat suku akhir Piala FA musim ini selepas mengenepikan pasukan dari Liga Super, Negeri Sembilan FC (NSFC) dengan agregat 4-3, pada saingan peringkat 16 pasukan terbaik, ternyata melegakan ketua jurulatih pasukan itu, Alfredo Gonzalez.*

        *Pengendali berasal dari Uruguay itu mengakui tidak menyangka pasukan bimbingannya dapat melepasi halangan berkenaan meskipun tewas tipis, 2-3 pada aksi timbal balik di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.*

           *"Memang tidak menyangka kita mampu melepasi halangan mencabar ini kerana beraksi di tempat lawan, tapi pemain telah tunjukkan persembahan terbaik dan keyakinan tinggi untuk bantu pasukan mara ke peringkat suku akhir.*


           ⭐️ *Alor Setar 10 Sep: Kemaraan Star City FC (SCFC) ke saingan suku akhir Piala FA pada musim ini selepas menewaskan Kedah FA dengan keputusan 2-0 (agregat 4-2) pada saingan pusingan 16 Piala FA di Stadium Tuanku Syed Putra Kangar semalam, melegakan pengendalinya Mehmet Durakovic.*

         *Menurut pengendali skuad The Northern Stars ini, kesungguhan dan penampilan lebih meyakinkan yang ditampilkan pemainnya semalam merupakan faktor penting dalam mengutip kemenangan 2-0 pada aksi kedua selepas seri 2-2 pada aksi pertama pada 2 September lalu.*

          *Sementara itu, Ketua Jurulatih Kedah FA Akmal Rizal Ahmad Rakhli mahu pemainnya kembali bangkit dan kekal fokus bagi meneruskan aksi mereka dalam saingan Liga A1 Semi-Pro musim ini.*


              

*berita penuh sila follow harian metro online*


*#hanipiloiempire*

*#repoterataspokok*

*#hanisofeasupriseandgift*

*#legasisepuluh*

No comments:

Post a Comment

BERITA HARI INI - 11 SEPTEMBER 2026

 *G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI* *‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ* ‎            *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ال...