*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*
*LAST GOA_L MINGGU INI*
*JUMAAT 18 SEPTEMBER 2026 MASIHI BERSAMAAN 6 RABIUL' AKHIR 1448 HIJRAH*
*LIVE FROM KAWAN FOOD FROZEN PULAU INDAH KLANG*
*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*
*IMSAK* : *05:47am*
*SUBUH* : *05:57am*
*SYURUK* : *07:03am*
*ZOHOR* : *13:11pm*
*ASAR* : *16:13pm*
*MAGHRIB* : *19:13pm*
*ISYAK* : *20:22pm*
*artikel disiarkan pada tarikh 17 sep*
*harianmetroonline*
*by:hanipiloiempire*
*repoterataspokok*
*since2011*
*GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+
*GOA_L* 1️⃣ *Putrajaya 17 Sep: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan ada khabar baik berhubung isu kenaikan bil elektrik yang membebankan sebahagian isi rumah. Perdana Menteri berkata, satu kenyataan akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat berhubung perkara itu. "Yang Tenaga Nasional Berhad (TNB), ia selesai, akan dikeluarkan kenyataan segera. Okay? "It's good news (Ada berita baik), (akan) keluarkan kenyataan sekarang," katanya ketika ditemui di Kementerian Kewangan (MOF), hari ini.*
*GOA_L* 2️⃣ *Kuala Lumpur 17 Sep: Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, mengingatkan kepimpinan negeri supaya mempunyai pendirian jelas dan tidak mudah berubah dalam membuat keputusan, terutama ketika negeri itu berdepan kemelut membabitkan institusi diraja. Beliau berkata kepimpinan negeri tidak seharusnya mengambil pendirian yang berubah-ubah sehingga mengulangi kesilapan sama. "Kepada pimpinan, jangan ulang. Sekejap lain, sekejap lain. Kita tak boleh lagi tak ada pendirian. Hari ini lain, esok lain, macam apa ni.*
*GOA_L* 3️⃣ *Jakarta 17 Sep: Malaysia secara rasmi menawarkan bantuan kepada Indonesia bagi membantu memadamkan kebakaran hutan di negara itu, termasuk sebuah pesawat Bombardier CL-415MP yang pernah digunakan Malaysia untuk menolong negara jiran itu mengatasi kebakaran hutan sebelum ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tawaran itu disampaikan kepada Naib Presiden Indonesia Gibran Rakabuming Raka dalam satu pertemuan bersempena dengan lawatan kerja ke Indonesia yang bermula hari ini.*
*GOA_L* 4️⃣ *Kuala Lumpur 17 Sep: Gambar dan rakaman video ikan didakwa sebagai piranha perut merah (Pygocentrus nattereri) yang ditemukan di Empangan Klau, Raub, Pahang, baru-baru ini, adalah konsisten dengan ciri-ciri 'morfologi genus Pygocentrus', iaitu kumpulan ikan piranha. Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain pada kenyataan berkata, dapatan itu diperoleh hasil daripada penilaian teknikal oleh Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Glami Lemi, Negeri Sembilan.*
*GOA_L* 5️⃣ *Kuala Lumpur 17 Sep: Pemilik berdaftar yang layak di bawah BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) boleh memindahkan kelayakan kepada maksimum tiga individu yang benar-benar menggunakan kenderaan terbabit, berkuat kuasa serta-merta. Ia susulan pengumuman Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sambutan Hari Malaysia malam ini, yang mana Kerajaan MADANI bersetuju untuk memperluas kemudahan pemindahan kelayakan BUDI Diesel.*
*GOA_L* 6️⃣ *Kuala Lumpur 17 Sep: Seorang rakyat Malaysia dilaporkan maut selepas dipercayai berdepan situasi arus kuat ketika melakukan aktiviti selam skuba di perairan Crystal Bay, Desa Sakti, Bali, Indonesia, semalam. Wanita yang dikenali sebagai Siti Nuraini Rusidi, 40, itu dilaporkan meninggal dunia dalam tragedi yang berlaku pada 11.10 pagi waktu tempatan.*
*GOA_L* 7️⃣ *Kuala Lumpur 17 Sep: "Dia sihat, cukup rehat dan ceria. Malah tidak batuk ketika melakukan selaman," kata rakan kepada penyelam skuba rakyat Malaysia, Siti Nuraini Rusidi, 40, yang meninggal dunia di perairan Crystal Bay, Desa Sakti, Bali, Indonesia di sini, semalam. Rakan yang mahu dikenali sebagai Firdaus berkata, mangsa bukan penyelam baharu sebaliknya memiliki sijil Rescue Diver (penyelam penyelamat) dengan rekod lebih 50 log selaman, selain sudah tiga kali menyelam di lokasi yang sama.*
*GOA_L* 8️⃣ *Kuala Lumpur 17 Sep: Mahkamah Tinggi Muar mengetepikan hukuman penjara 20 tahun yang dikenakan terhadap seorang lelaki kerana merogol anak tirinya, berikutan ketiadaan alasan penghakiman yang menjelaskan keputusan sabitan kes itu. Pesuruhjaya Kehakiman Kalyana Kumar Sockalingam kemudian memerintahkan supaya lelaki itu dibicarakan semula di hadapan hakim Mahkamah Sesyen yang lain, memandangkan ketiadaan alasan penghakiman itu - ditambah pula dengan kekurangan prosedur lain - menyebabkan Mahkamah Tinggi tidak dapat menilai dengan sewajarnya sama ada sabitan itu sah dan selamat.*
*GOA_L* 9️⃣ *Pendang 17 Sep: Tindakan pantas tiga guru mengarahkan 41 murid keluar dari bangunan menyelamatkan mereka daripada menjadi mangsa kebakaran di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) An-Nur, Kampung Charok Kudong, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, semua murid berjaya dibawa keluar dan dikumpulkan di kawasan selamat sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.*
*GOA_L* 🔟 *Kuala Lumpur 17 Sep: Jabatan Peguam Negara (AGC) masih meneliti representasi dikemukakan seorang juruteknik untuk mempertimbangkan semula pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki dalam insiden 'jelingan' di sebuah restoran di Kepong, di sini Mei lalu. Timbalan Pendakwa Raya Adiba Iman Hassan berkata, representasi oleh tertuduh kedua, Lai Kae Bin dikemukakan pada 2 Sept lalu dan kini masih dalam penelitian.*
*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Klang 17 Sep: Satu lagi mayat dipercayai pemancing yang dilaporkan hilang di perairan One Fathom Bank berdekatan Pulau Ketam di sini ditemukan di sekitar perairan Hutan Melintang, Perak petang tadi. Pegawai Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Leftenan Mohd Syafiq Sazali berkata mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan terapung oleh nelayan tempatan pada 4.26 petang.*
*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Kuala Lumpur 17 Sep: Makmal haram bagi memproses dadah methamphetamine bernilai RM35.24 juta didalangi dua warga asing Kanada dan Australia terbongkar hasil Operasi (Op) Rumbia pada 10 September lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata, operasi di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur itu menyaksikan enam siri serbuan dengan 11 suspek berusia antara 25 hingga 48 tahun ditahan.*
*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Klang 17 Sep: Keluarga kepada Muhammad Ridzuan Ruhaizat, 37, yang hilang di perairan One Fathom Bank berdekatan Pulau Ketam di sini, baru-baru ini mengharapkan pemancing itu ditemukan dalam keadaan selamat. Bapa saudara mangsa Khairul Muhidin, 47, berkata dia kali terakhir berjumpa dengan kontraktor sebuah syarikat utiliti itu di kediamannya di Jalan Kebun di sini pada 4 Sept dan mereka berbual seperti biasa khususnya melibatkan hal kerja.*
*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Besut 17 Sep: Pasangan suami isteri, Mohd Zamri Mohd Zaki, 41, dan Norlyana Ismail, 45, yang meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Gong Kedak, di sini, jam 9.45 pagi tadi, sempat bersarapan bersama-sama ahli konvoi bermotosikal disertai mereka. Seorang daripada peserta konvoi, Md Faizal Md Yusof, 52, berkata, dia baru sebulan mengenali pasangan itu.*
*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Besut 17 Sep: Suami isteri meninggal dunia, manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dengan tiga motosikal di Jalan Gong Kedak, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, Mohd Zamri Mohd Zaki, 41, dan Norlyana Ismail, 45, dari Batu Rakit, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.*
*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Klang 17 Sep: Sektor pencarian dua pemancing yang dilaporkan hilang di One Fathom Bank berdekatan Pulau Ketam di sini, diperluas kepada radius 1,366.2 batu nautika persegi sehingga ke perairan Lumut, Perak. Pegawai Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Lt Mohd Syafiq Sazali berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari keempat diteruskan pihaknya bersama-sama beberapa agensi penguatkuasaan bermula 7 pagi tadi.*
*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Kota Kinabalu 17 Sep: Polis Sabah menerima 13 laporan berhubung ucapan Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said yang didakwa menyentuh sensitiviti agama. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, semua laporan diterima sehingga tengah hari tadi daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin setempat. Isu berkenaan mendapat perhatian selepas rakaman ucapan Noorazli pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini tular di media sosial.*
*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Kuala Lumpur 17 Sep: Pemerkasaan Makmal Analisis DNA Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui peruntukan RM11.1 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), berjaya membantu PDRM melaksanakan 420 kes padanan asid deoksiribonukleik (DNA) termasuk bagi kes jenayah berat. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail bagaimanapun berkata PDRM masih memerlukan penambahan logistik, peralatan dan teknologi bagi memperkukuh lagi keupayaan siasatan, serta membantu menyelesaikan lebih banyak kes yang memerlukan analisis forensik.*
*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Padang Besar 17 Sep: Penderitaan seorang murid perempuan berusia 12 tahun yang terlantar hampir lumpuh selepas dipercayai menjadi mangsa buli di sekolah memasuki episod baharu apabila dia disyorkan didaftarkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU). Ibu mangsa, Norasikin Hasin, 32, berkata, pihak hospital baru-baru ini mengeluarkan surat pengesahan bagi membolehkan anaknya yang mesra disapa 'Kakak' didaftarkan di bawah kategori OKU berikutan tahap fizikal dan kesihatannya yang semakin merosot.*
*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Kuala Lumpur 17 Sep: Hasrat seorang pelancong wanita warga China untuk menukar bilik penginapannya bertukar kecoh apabila dia mendakwa dipukul sehingga cedera oleh suami isteri di lobi hotel di Bukit Bintang, di sini, semalam. Kejadian didakwa bermula selepas mangsa yang datang melancong secara bersendirian ke negara ini sejak 9 September lalu, turun ke kaunter hadapan untuk memohon pertukaran bilik kerana tidak berpuas hati dengan pemandangan dari bilik asalnya.*
*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Klang 17 Sep: Selangor memperuntukkan RM20 juta bagi tempoh dua tahun bermula tahun lalu dalam usaha menyelesaikan pelbagai isu hak milik strata di negeri ini yang tertangguh sejak sekian lama. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, antara isu yang dikenal-pasti termasuk kelulusan pelan bangunan, pihak berkuasa tempatan (PBT), pejabat tanah atau bayaran cukai tanah, selain memerlukan pengumpulan dan pengemaskinian maklumat pemilik.*
*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Sungai Petani 17 Sep: Sindiket pecah rumah dikenali sebagai Geng Mak Tok yang menyasarkan kediaman pemilik kenderaan mewah, di sini akhirnya tumpas selepas beberapa bulan diburu. Ia susulan penahanan empat lelaki minggu lalu termasuk ketua kumpulan mereka.*
*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Masjid Tanah 17 Sep: DAP bebas menentukan jumlah kerusi yang mahu ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang, namun sebarang keputusan berkaitan pembahagian kerusi hanya boleh dimuktamadkan menerusi persetujuan antara parti terbabit. Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata, pihaknya tidak mempunyai hak untuk menghalang mana-mana parti daripada menyuarakan hasrat masing-masing berhubung kerusi yang ingin ditandingi.*
*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Dungun 17 Sep: "Sehingga hari ini saya belum dimaklumkan punca kematiannya," kata Nurul Sahuda Rusli, 30, berhubung kematian bayinya yang meninggal di sebuah Taska di Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) pada 7 September lalu. Nurul Sahuda berkata, dia amat sedih dengan kematian bayinya, Nur Helena Safya Mohamad Hazrin berusia empat bulan selepas tiga hari menghantar anaknya ke taska itu.*
*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Kuala Lumpur 17 Sep: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khairy Jamaluddin, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Datuk Seri Rafizi Ramli muncul sebagai lima tokoh paling menonjol yang berpotensi menjadi Perdana Menteri. Dapatan itu diperoleh berdasarkan kajian nasional terbaharu yang dijalankan Vodus Research membabitkan 1,482 rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas di seluruh negara dari 18 Ogos hingga 1 September lalu.*
*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Kuala Lumpur 17 Sep: Prosiding merekodkan bukti tambahan daripada saksi pendakwaan ke-16 (SP16), Rayyan Radzwill Abdullah dalam rayuan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kes rasuah projek solar hibrid Sarawak ditangguhkan susulan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini. Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili isteri bekas Perdana Menteri itu ketika prosiding di Mahkamah Tinggi hari ini, selepas Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan pelaksanaan perintah Mahkamah Rayuan pada 1 September lalu sehingga rayuan pendakwaan di Mahkamah Persekutuan diputuskan.*
*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 17 Sep: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mahu cadangan pembinaan mega Bandar Madani di Bukit Jalil di sini, dikaji semula. Katanya, beliau juga akan membawa isu pembangunan berlebihan di Bukit Jalil itu pada sidang Parlimen akan datang. Menurutnya, isu terbabit pernah dibangkitkan di Parlimen sebelum ini dan kesal kerana kerajaan tidak pernah menjawab teguran berkenaan.*
*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Gua Musang 17 Sep: Lebih 1,000 penduduk beberapa kampung di sini, lega apabila penantian selama 12 tahun bagi mendapatkan jambatan baharu akhirnya menjadi kenyataan pada Ogos lalu. Jambatan bernilai RM11.6 juta merentasi Sungai Galas itu menjadi laluan utama menghubungkan beberapa kampung antaranya Kampung Batu 5, Batu 6, Batu 7, Batu 8 serta menjadi jalan pintas bagi penduduk di Kampung Serian untuk membawa keluar hasil pertanian.*
*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Pendang 17 Sep: Sebuah sekolah agama PASTI di sini musnah dalam kebakaran, hari ini. Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan, 10 pagi tadi. Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Ahmad Huzaini Halil tiba di lokasi tidak lama kenudian, dibantu pasukan BBP Jalan Raja.*
*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Kuala Lumpur 17 Sep: Pegawai awam yang bakal mencapai umur persaraan wajib dinasihati tidak mengambil mudah urusan semakan gaji akhir dan rekod perkhidmatan kerana perkara itu boleh memberi kesan kepada faedah persaraan diterima. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dalam kenyataan berkata, antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah kelayakan menerima Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) yang diawalkan sekiranya seseorang pegawai bersara paksa kerana mencapai umur persaraan wajib sebelum Tarikh Pergerakan Gaji (TPG).*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=
🏴 *London 17 Sep: Seorang pengedar dadah separuh berbogel ditahan ketika bersembunyi di dalam almari selepas lokasi persembunyiannya terbongkar akibat tersilap menggunakan sambungan Wi-Fi awam, lapor The Sun.*
*Polis Metropolitan sebelum ini menjalankan siasatan terhadap Rangkaian 'Bobby' selepas memeriksa telefon bimbit yang dirampas daripada kanak-kanak yang disyaki terbabit dalam pembekalan bahan terlarang berkenaan.*
*Pengedar yang mengendalikan rangkaian itu bagaimanapun mengambil langkah rapi untuk menyembunyikan lokasinya dengan mengendalikan semua peranti menggunakan Rangkaian Persendirian Maya (VPN).*
*Pihak polis berjaya mengenal pasti pemilik rangkaian itu sebagai Joel Louis, 34, dari Wembley, London Utara, selepas dia tidak sengaja menyambung ke rangkaian Wi-Fi awam di alamat persembunyiannya.*
🏴 *London 17 Sep: Kerajaan Scotland memperkenalkan peraturan yang lebih ketat bagi permohonan pusat data kecerdasan buatan (AI) menjelang undian berkenaan moratorium bagi projek berkaitan pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi memetik akhbar The National.*
*Pusat data baharu dengan kapasiti kuasa melebihi 50 megawatt, yang juga dikenali sebagai pusat 'skala hiper,' akan diwajibkan mengemukakan penilaian impak alam sekitar pada peringkat perancangan.*
*Langkah itu diambil menjelang perbahasan yang dijadualkan di Holyrood, iaitu parlimen Scotland.*
*Wakil rakyat akan membahaskan usul daripada parti Scottish Greens berkenaan keperluan pelaksanaan moratorium bagi permohonan perancangan pusat data skala hiper baharu, susulan ura-ura pembinaan kemudahan berskala besar di negara itu.*
🏴 *London 17 Sep: Seorang wanita terselamat selepas terlanggar rakan penerjun dan pengsan ketika melakukan terjun udara bebas dari ketinggian 3,657 meter sebelum tersedar lalu membuka payung terjunnya pada saat genting, lapor People.*
*Ketika muncul dalam rancangan This Morning di United Kingdom (UK) pada Isnin, Holly Wiffen mengimbas kembali detik menakutkan apabila payung terjunnya terbuka beberapa saat sebelum dia terhempas di atas pokok konifer.*
*Wiffen, 35, dari Okehampton, Devon, menyertai aktiviti terjun udara berkumpulan pada 7 Ogos lalu sebelum kejadian itu berlaku.*
*Dia terlanggar rakan penerjun sejurus selepas keluar dari pesawat sebelum jatuh pada kelajuan sehingga 241 kilometer sejam.*
*Wiffen kemudian jatuh sejauh 3,048 meter sebelum sedarkan diri dan sempat membuka payung terjunnya.*
*Dalam kejadian itu, dia mengalami patah kaki serta retak tulang belakang.*
*Ketika ditanya mengenai perasaannya selepas menonton semula video kejadian itu, Wiffen berkata, pengalaman berkenaan sangat aneh untuk ditonton dan kelihatan seperti tidak masuk akal.*
🇧🇷 *Rio de Janeiro 17 Sep: Sekurang-kurangnya enam individu terkorban manakala 43 lagi cedera selepas bas persiaran bertembung dengan sebuah lori di Minas Gerais, tenggara Brazil pada malam Selasa.*
*Menurut Jabatan Bomba Minas Gerais, bas yang membawa penumpang dan barangan itu dalam perjalanan pulang dari Sao Paulo ke Senhor do Bonfim di Bahia, manakala lori berkenaan datang dari arah Conselheiro Pena, selepas menghantar muatan keju.*
*Pemandu bas dilaporkan hilang kawalan lalu merempuh lori berkenaan hingga menyebabkan kedua-duanya terbalik.*
*Kedua-dua pemandu selamat, manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan.*
🇨🇴 *Bogota 17 Sep: Presiden Colombia Abelardo de la Espriella pada Rabu mengesahkan kematian lima individu di dalam sebuah pesawat kecil yang terhempas Ahad lalu ketika dalam penerbangan dari Condoto ke Lapangan Terbang Guaymaral di sini.*
*"Dukacita dimaklumkan, pihak berkuasa mengesahkan semua penumpang ditemukan meninggal dunia. Ucapan takziah saya tujukan kepada keluarga, rakan-rakan dan insan tersayang dalam saat kesakitan yang amat mendalam ini," katanya di platform X, lapor Xinhua.*
*Pesawat Cessna T206 dengan nombor pendaftaran HK-4985 itu dilaporkan hilang di kawasan hutan Choco pada Ahad lalu dan ditemukan pada Isnin di kawasan yang sukar diakses pada ketinggian kira-kira 2,700 meter.*
🇬🇹 *Guatemala City 17 Sep: Guatemala akan menyediakan bantuan makanan kepada lebih satu juta keluarga yang menghadapi kemarau akibat fenomena cuaca El Nino yang kuat, umum kerajaan pada Rabu.*
*El Nino meningkatkan suhu permukaan di bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik khatulistiwa, sekali gus menyebabkan perubahan angin dan taburan hujan di peringkat global serta keadaan cuaca yang tidak menentu.*
*Tanaman dan ternakan dilapor musnah serta mati berikutan cuaca melampau di kawasan gersang di sini, yang merangkumi sebahagian Honduras, Guatemala, El Salvador, Nicaragua dan Costa Rica.*
🇨🇳 *Shanghai 17 Sep: Seorang wanita warga emas berusia 75 tahun di China dilaporkan membelanjakan lebih tiga juta yuan (kira-kira RM1.8 juta) daripada wang simpanan persaraannya untuk mendapatkan pelbagai rawatan kecantikan dan kesihatan di premis di bawah satu kumpulan perniagaan sama sejak beberapa tahun lalu.*
*Anak perempuan wanita yang hanya dikenali sebagai Yu itu terkejut selepas mendapati hampir keseluruhan wang simpanan ibunya sudah habis dibelanjakan.*
*Yu dikatakan kerap mengunjungi cawangan syarikat dandanan rambut dan kecantikan Yongqi serta sebuah klinik kecantikan perubatan yang mempunyai rangkaian sama sejak 2016.*
*Anak perempuannya kemudian meminta bantuan program televisyen di Shanghai selepas mengetahui perkara berkenaan, lapor South China Morning Post.*
🇰🇷 *Chuncheon, Korea Selatan 17 Sep: Seorang lelaki berusia 60-an yang cuba membunuh penduduk kampung dengan mencampurkan racun perosak ke dalam makanan kekal dihukum penjara setahun enam bulan selepas mahkamah menolak rayuan pihak pendakwaan yang mahu hukuman lebih berat, lapor SBS News.*
*Mahkamah Tinggi Seoul Cawangan Chuncheon menolak rayuan pihak pendakwaan dan mengekalkan keputusan mahkamah rendah yang menjatuhkan hukuman penjara setahun enam bulan terhadap lelaki terbabit atas kesalahan percubaan membunuh.*
*Lelaki itu didakwa cuba membunuh sebilangan penduduk yang jumlahnya tidak dinyatakan di Chuncheon pada Jun 2024 dengan menuang racun perosak ke dalam gulai ikan pedas yang disediakan penduduk kampung untuk makan tengah hari ketika dia berada di bawah pengaruh alkohol.*
🇮🇳 *New Delhi 17 Sep: Niatnya mahu meraih lebih banyak tontonan di YouTube, namun seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun tidak menyangka tindakannya membelanjakan wang untuk iklan membawa kepada bil mencecah AS$118,000 (kira-kira RM483,600) menggunakan kad kredit syarikat bapanya, lapor India Today.*
*Mike mengendalikan saluran YouTube bernama Mighty Mike Plays yang memaparkan kandungan permainan video Minecraft dan Roblox.*
*Seperti pencipta kandungan kecil yang lain, dia berasa kecewa kerana videonya kurang mendapat tontonan.*
*Bapanya, Dave, kemudian mengajar dan membimbing Mike menjalankan kempen iklan YouTube bernilai AS$20 (kira-kira RM82) termasuk cara menetapkan belanjawan, memilih khalayak sasaran dan melancarkan kempen.*
*Katanya, dia masih tidak mengetahui sama ada akan diminta membayar semula jumlah berkenaan atau kehilangan pekerjaannya.*
🇵🇭 *Manila 17 Sep: Angka korban akibat kebakaran feri pada 9 September lalu di luar pantai Palawan, destinasi pelancongan terkenal di Filipina, meningkat kepada 77 orang, dengan lapan lagi masih hilang dan 43 terselamat, menurut Pengawal Pantai Filipina (PCG) pada Rabu, lapor Xinhua.*
*PCG menjelaskan angka korban yang disemak semula itu susulan seorang anak kapal yang pada awalnya terselamat dalam kejadian berkenaan, namun kemudian meninggal dunia di hospital.*
*Sementara itu, empat individu yang tersenarai sebagai penumpang didapati tidak menaiki feri itu sebelum ia berlepas.*
🇸🇬 *Singapura 17 Sep: Seorang wanita warga Singapura berusia 67 tahun dilanggar dan digilis sebuah bas pada pagi 16 September ketika bercuti bersama keluarganya di Taiwan, menurut laporan media tempatan.*
*Wanita berkenaan sedang melintas jalan di pusat bandar Taichung kira-kira jam 11 pagi apabila sebuah bas yang membuat belokan ke kanan merempuh dan menggilisnya, sekali gus menyebabkan mangsa terperangkap di bawah kenderaan berkenaan.*
*Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa dengan menggunakan beg udara pengangkat serta papan tulang belakang, menurut beberapa agensi media tempatan termasuk Central News Agency dan LTN.*
*Media tempatan melaporkan bahawa mangsa mengalami keadaan jantung terhenti selepas diselamatkan, selain patah terbuka pada lengan kanan atas dan kaki kiri bawah serta patah pinggul.*
🇮🇩 *Jakarta 17 Sep: Operasi mencari lima wartawan, dua kru bot dan seorang pemandu arah yang hilang di Selat Sunda memasuki hari ke-10 pada Khamis, tanpa sebarang petunjuk berkenaan mereka atau bot laju yang dinaiki setakat ini, sementara pihak berkuasa meluaskan kawasan pencarian.*
*Ketua Operasi Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Banten Rizky Dwianto berkata pencarian kini meliputi perairan dari sekitar Selat Sunda hingga ke Lautan Hindi menghala ke Pulau Enggano di luar pantai barat daya wilayah Bengkulu, Sumatera.*
*"Kawasan pencarian sudah diperluas kepada 8,509 batu nautika persegi, dengan sejumlah 24 kapal daripada pelbagai agensi bersiap sedia di 10 sektor. Semua kawasan yang dibahagikan kepada 10 sektor ini terletak di lokasi di mana bot atau individu dicari itu mungkin sudah hanyut," katanya, menurut Agensi Berita Antara.*
🇮🇩 *Jakarta 17 Sep: Indonesia menutup kira-kira 50 syarikat di lapan wilayah selepas titik panas kebakaran hutan dan tanah dikesan di kawasan operasi syarikat berkenaan.*
*Timbalan Menteri Alam Sekitar Diaz Hendropriyono berkata tindakan itu sebahagian daripada usaha penguatkuasaan undang-undang, dengan pihak berkuasa memantau syarikat terbabit bagi menentukan sama ada mereka terlibat dalam kebakaran berkenaan.*
*"Kami sedang memantau syarikat ini dan 50 daripadanya kini telah ditutup. Ini bermakna terdapat kebakaran di kawasan berkenaan dan jika terbukti syarikat terbabit terlibat, tindakan akan dikenakan," katanya menurut agensi berita Antara pada Rabu.*
🇮🇩 *Jakarta 17 Sep: Polis Daerah Metropolitan Jakarta Raya (Polda Metro Jaya) akan memanggil beberapa saksi untuk disoal siasat, susulan satu laporan kes dakwaan penipuan pelaburan yang mengaitkan pempengaruh terkenal dari Malaysia, Aisar Khaled.*
*Memetik laporan portal kumparan. com, Ketua Subdirektorat Penerangan Masyarakat (Kasubdit Penmas) Polda Metro Jaya, Asisten Komisioner Besar Polis (AKBP) Onkoseno berkata, pihak penyiasat kini melengkapkan urusan pentadbiran siasatan sebelum memanggil pihak-pihak berkaitan.*
*Mengulas lanjut, Onkoseno mengesahkan bahawa pihaknya akan memanggil Aisar Khaled bagi membantu siasatan, dalam masa terdekat.*
*Terdahulu, Aisar dilaporkan kepada Polda Metro Jaya pada Isnin lalu atas dakwaan berkaitan penipuan.*
*Laporan berkenaan difailkan oleh peguam yang mewakili sebuah syarikat yang mendakwa mengalami kerugian pelaburan dianggarkan berjumlah 5.7 bilion Rupiah (kira-kira RM1.6 juta).*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L MEDSOS, POPULAR*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+
👑 *Seremban 17 Sep: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dijadual pulang daripada perjalanan ke luar negara hari ini, yang mana baginda dijangka tiba di Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, jam 8.30 malam.*
*Memetik poster yang tular di media sosial, penganjur menggesa orang ramai dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk berhimpun di tempat letak kereta tingkat lima, Terminal Satu KLIA, jam 8.30 malam ini bagi menyambut ketibaan dan menzahirkan sokongan kepada baginda.*
*Perhimpunan itu dikatakan dianjurkan oleh Profans, Waris Dato Siamang Gagap, Waris Negeri Sembilan dan Pekan.*
*Kepulangan baginda pastinya menjadi tumpuan susulan krisis pelantikan takhta istana Negeri Sembilan yang sedang memuncak selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) semalam, mendakwa proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz adalah sah.*
😅 *Beijing 17 Sep: Bebanan pembelajaran yang dirasakan berat oleh kanak-kanak di China kini cuba 'ditelan' menerusi trend snek berbentuk kerja sekolah yang diperbuat daripada kertas beras, lapor South China Morning Post (SCMP).*
*Snek dikenali sebagai 'kerja sekolah' itu baru-baru ini tular dan meraih populariti dalam kalangan murid sekolah rendah serta menengah.*
*Menyerupai miniatur buku teks dan buku latihan China, snek berkenaan dipasarkan sebagai makanan yang boleh dimakan sepenuhnya.*
*Di platform e-dagang China, snek berbentuk buku latihan itu dijual pada harga kurang daripada 0.50 yuan (kira-kira 32 sen) setiap satu.*
*Dr He Sijun dari Hospital Mindong di Universiti Perubatan Fujian memberitahu SCMP bahawa kertas beras dan pewarna gred makanan adalah selamat, namun penggunaan pewarna industri berpotensi menjejaskan fungsi hati dan buah pinggang kanak-kanak.*
📄 *Idaho 17 Sep: Pemegang Rekod Dunia Guinness (GWR) bersiri dari Amerika Syarikat (AS) menambah satu lagi rekod dalam koleksi lebih 200 gelaran miliknya selepas berjaya melipat 415 pesawat kertas dalam tempoh sejam.*
*Memetik laporan United Press International (UPI), David Rush yang memegang gelaran GWR terbanyak secara serentak, melakukan cabaran itu di gelanggang raketbol YMCA di Boise, Idaho, bagi merebut rekod melipat pesawat kertas terbanyak dalam tempoh sejam.*
*Rush berkata, peraturan organisasi penyimpan rekod itu menghendakinya mematuhi proses tujuh langkah lipatan yang ketat bagi menghasilkan setiap pesawat kertas.*
*"Saya mempunyai pasukan pembantu untuk menguruskan bekalan kertas, meluncurkan pesawat yang siap kepada saksi yang dilantik untuk pengesahan dan melemparnya bagi memastikan ia merentasi jarak penerbangan wajib," katanya menerusi hantaran dalam talian.*
👑 *Rabat 17 Sep: Seorang pelukis kartun Maghribi dihadapkan ke mahkamah di sini, pada Rabu atas pertuduhan menghina institusi perlembagaan selepas memuat naik karikatur raja di media sosial.*
*Sumber di pejabat pendakwaan awam yang enggan dikenali berkata, Yasser Mounbir, 22, ditahan tiga bulan lalu.*
*Menurut sumber itu, pihak pendakwaan memutuskan untuk mendakwa Mounbir atas pertuduhan menghina institusi perlembagaan menerusi media elektronik serta menghina pegawai awam.*
*Wakil Persatuan Hak Asasi Manusia Maghribi yang memantau kes berkenaan, Hakim Sikouk berkata, pertuduhan dibuat selepas Mounbir memuat naik karikatur Raja Mohammed VI di Instagram.*
😬 *Gurugram, India 17 Sep: Seorang lelaki di sini mencuri tumpuan pengguna media sosial selepas mengakui tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu ibu bapanya bahawa dia sudah diberhentikan kerja oleh syarikatnya, lapor NDTV.*
*Menerusi hantaran yang kini tular di media sosial, lelaki berkenaan menceritakan bagaimana dia meninggalkan rumah setiap hari dan berpura-pura pergi bekerja kerana tidak berterus terang kepada keluarganya mengenai status pekerjaannya.*
*Lelaki itu berkata, dia sudah bekerja di sebuah syarikat multinasional (MNC) selama tujuh tahun lalu sebelum perkhidmatannya ditamatkan secara tiba-tiba.*
*"Saya diberhentikan kerja daripada sebuah MNC di Cyber City Gurugram pada 10 September lalu selepas berkhidmat selama tujuh tahun di organisasi berkenaan dan masih belum mempunyai keberanian untuk memberitahu ibu bapa saya," tulisnya.*
🏤 *New Hampshire, Amerika Syarikat 17 Sep: Selepas 132 tahun tersimpan di rumah, sebuah majalah akhirnya dikembalikan ke perpustakaan, namun pemulangan itu tidak menyebabkan pemiliknya perlu membayar denda tertunggak berjumlah AS$12,055 (kira-kira RM49,400), lapor United Press International (UPI).*
*Perpustakaan Awam Concord di New Hampshire memaklumkan, seorang lelaki dikenali sebagai John baru-baru ini hadir ke premis berkenaan untuk memulangkan majalah The Century Illustrated Monthly edisi September 1894.*
*John memberitahu pustakawan bahawa majalah itu berada di rumahnya selama bertahun-tahun, namun dia tidak mengetahui bagaimana bahan bacaan berkenaan boleh berada dalam simpanannya.*
🥰 *Shanghai 17 Sep: Hasrat seorang wanita warga China untuk berhubung semula dengan bekas gurunya dari Amerika Syarikat (AS) yang banyak mempengaruhi pandangan hidupnya mencetuskan usaha dalam talian bagi mengesan lelaki berkenaan.*
*Wang Yu, pekerja komuniti di Shanghai, menamatkan pengajian dalam bidang pengurusan pelancongan di Universiti Normal China Timur pada 2005.*
*Pada Ogos lalu, Wang memuat naik surat dalam bahasa Inggeris di platform RedNote dengan harapan dapat mengesan Evans.*
*Hantaran itu kemudian tular dan mendorong bekas pelajar lain berkongsi kenangan serta petunjuk termasuk nama penuh Evans, Curtis Roy Evans dan tahun kelahirannya yang dianggarkan pada 1953.*
*Antara kenangan yang dikongsi termasuk Evans yang sentiasa membawa kamus bahasa Inggeris tebal, menyanyikan lagu 'Scarborough Fair' dan 'You Are My Sunshine' bersama pelajar selain pertunjukan silap mata serta pesanan supaya sentiasa memakai topi keledar ketika menunggang basikal.*
*Pengguna dalam talian yang menetap di AS pula mencadangkan Evans mungkin pernah tinggal di Hawaii sebelum berpindah ke lokasi lain.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L ARENA SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=
🤩 *London 17 Sep: Pengarah bola sepak Manchester City, Hugo Viana percaya Enzo Fernandez, Elliot Anderson dan Ayyoub Bouaddi mampu mengulangi impak besar yang pernah diberikan Rodri dan Bernardo Silva di Etihad.*
*Viana menjadi individu penting dalam usaha City mendapatkan trio tengah berkenaan dengan nilai keseluruhan £327 juta (RM1.83 bilion) pada jendela perpindahan baru-baru ini.*
*Fernandez, Anderson dan Bouaddi tiba di Manchester sebagai sebahagian daripada rombakan besar skuad berikutan pemergian pengendali Pep Guardiola serta beberapa pemain utama selepas tamat musim lalu.*
*Rodri menyertai Barcelona, manakala pemain tengah Portugal, Silva berpindah ke Real Madrid, sekali gus meninggalkan kekosongan besar di bahagian tengah City.*
😔 *Manchester 17 Sep: Michael Carrick mengambil tanggungjawab selepas Manchester United tewas kepada Brighton dalam Piala Liga dengan penyokong sendiri mengejek pasukannya di Old Trafford, awal pagi tadi.*
*Carrick dan pemainnya diejek ketika meninggalkan padang selepas wisel penamat susulan kekalahan 3-2 yang menyaksikan United mensia-siakan kelebihan dua gol.*
*Kekalahan itu menjadi tamparan terbaru buat United selepas mereka tewas 1-0 kepada Manchester City dalam aksi kontroversi di laman sendiri, Ahad lalu.*
*Carrick menyifatkan kekalahan pada pusingan ketiga itu tidak boleh diterima, namun mengambil sebahagian besar tanggungjawab berkenaan.*
*"Kami berada dalam keadaan yang kami mahukan dan kemudian membiarkannya terlepas. Itulah cerita perlawanan ini.*
👀 *London 17 Sep: Penyerang Liverpool, Rio Ngumoha dilaporkan menarik minat pencabar mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal.*
*Ngumoha membuat penampilan sulung di peringkat senior bersama Liverpool ketika baru berusia 16 tahun menentang Accrington Stanley pada Januari 2025, sekali gus menjadi pemain termuda kelab itu yang beraksi dalam Piala FA.*
*Pemain sayap yang kini berusia 18 tahun itu kemudian berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain tetap dalam skuad utama di Anfield dan dianggap antara bakat muda paling menyerlah dalam bola sepak England.*
*Musim ini, Ngumoha beraksi dalam tiga daripada empat perlawanan pembukaan Liverpool di pentas EPL, selain diturunkan dalam kesebelasan utama ketika menewaskan Atletico Madrid pada aksi Liga Juara-Juara, minggu lalu.*
✍🏻 *London 17 Sep: Clearlake Capital Group akan mengambil alih pegangan minoriti Todd Boehly dan Mark Walter untuk menguasai sepenuhnya kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea.*
*Chelsea mengesahkan perkara itu semalam, sekali gus menyaksikan Boehly berundur daripada jawatan pengerusi kelab London berkenaan.*
*Media Britain melaporkan urus niaga itu bernilai kira kira £950 juta (RM5.08 bilion), dengan Clearlake bekerjasama bersama seorang lagi pemilik minoriti, jutawan Switzerland Hansjorg Wyss, untuk membeli pegangan yang membentuk kira kira satu perempat daripada kelab.*
😰 *London 17 Sep: Thomas Tuchel mengakui England seolah-olah 'menunggu kematian' ketika tewas 2-1 kepada Argentina pada separuh akhir Piala Dunia, sambil mempertahankan keputusannya melakukan beberapa pertukaran pemain berunsur bertahan.*
*Ketua jurulatih England itu bakal mengumumkan skuad untuk aksi pertama mereka sejak kempen Piala Dunia berakhir dengan kekecewaan.*
*Menjelang aksi Liga Negara-Negara menentang Sepanyol, Croatia dan Republik Czech, Tuchel mengakui masih dihantui kekecewaan gagal membawa England ke final Piala Dunia pertama mereka sejak 1966.*
*Dia sebelum ini berjanji untuk menjadikan England lebih menyerang berbanding era bekas pengurus Gareth Southgate.*
😎 *Barcelona 17 Sep: Hansi Flick menjadi pengendali Barcelona pertama memenangi tujuh perlawanan kompetitif pembukaan musim apabila juara bertahan LaLiga itu membelasah Racing Santander 7-2 di Camp Nou, awal pagi tadi, sekali gus membuka kelebihan tiga mata di depan Real Madrid.*
*Raphinha meledak hatrik, manakala Joao Cancelo, Gabriel Jesus dan Lamine Yamal turut mencetak nama sebagai penjaring.*
*Pemain Racing, Asier Villalibre menjaringkan gol sendiri ketika Barcelona menguasai perlawanan menentang barisan Racing yang banyak dirombak.*
*Pengendali Racing, Jose Lopez, merehatkan beberapa pemain utama, manakala Flick menurunkan sebahagian besar kesebelasan pilihan. Perbezaan rentak antara kedua-dua pasukan jelas kelihatan sejak awal permainan.*
😉 *Madrid 17 Sep: Real Madrid mempertahankan hak pemainnya untuk mempunyai pandangan berbeza selepas Kylian Mbappe dan Vinicius Jr memilih tidak memaparkan mesej sokongan kepada penduduk Ceuta sebelum aksi LaLiga menentang Elche, Selasa lalu.*
*Kedua-dua pasukan keluar ke padang dengan memakai kemeja-T tertera mesej 'Todos somos caballa' yang bermaksud 'Kita semua caballas', dengan caballas adalah gelaran bagi penduduk wilayah Sepanyol, Ceuta.*
*Bagaimanapun, Mbappe dan Vinicius menggulung kemeja-T masing-masing sehingga mesej berkenaan tidak dapat dibaca sebelum menanggalkannya ketika keluar dari terowong menuju padang.*
*Rakan sepasukan mereka, Ibrahima Konate pula sekadar memegang kemeja-T berkenaan di tangannya.*
*Aksi itu hadir susulan lebih 70,000 kemasukan tidak teratur ke Ceuta dari Maghribi pada Julai, sekali gus mencetuskan gerakan solidariti di beberapa kawasan di Sepanyol.*
*Pegawai Real Madrid memberitahu Reuters bahawa kelab menerima permintaan Elche untuk menunjukkan solidariti dengan memakai kemeja-T itu, namun sebagai sebuah organisasi, mereka menghormati perbezaan pandangan dan memberi kebebasan kepada setiap pemain untuk menentukan sama ada mahu memakainya atau tidak.*
😪 *Milan 17 Sep: AC Milan mengalami kekalahan pertama di bawah kendalian Ruben Amorim selepas tewas 2-0 kepada Benfica di laman sendiri ketika saingan Liga Europa bermula, manakala Sunderland meraikan kemenangan dalam kepulangan ke pentas Eropah selepas penantian 53 tahun, awal pagi tadi.*
*Milan, juara Eropah tujuh kali, memenangi dua dan seri dua daripada empat perlawanan pembukaan Serie A sebelum Benfica menunjukkan tahap saingan Eropah pada hari pertama fasa liga Liga Europa.*
*Milan mensia-siakan banyak peluang di hadapan gawang dan dihukum pasukan pelawat yang meneruskan permulaan tanpa kalah musim ini.*
⚽️ *Madrid 17 Sep: Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) masih berusaha mencari calon berwibawa untuk mencabar Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino pada pemilihan badan induk bola sepak dunia itu Mac depan.*
*Naib Presiden UEFA, Laura McAllister berkata calon berkenaan tidak semestinya dari Eropah, namun perlu mempunyai kemampuan untuk menewaskan Infantino, menyatukan semua konfederasi dan melaksanakan pembaharuan tadbir urus secara berkekalan.*
*Beliau berkata usaha UEFA bukan untuk meletakkan tokoh Eropah sebagai pencabar semata mata, sebaliknya membina sokongan terhadap calon yang mempunyai program pembaharuan jelas.*
🏍️ *Mugello 17 Sep: Pendahulu Kejuaraan Dunia Superbike, Nicolo Bulega, dikejarkan ke hospital selepas terbabit kemalangan ketika menguji motosikal Ducati Desmosedici 850 di Litar Mugello, semalam.*
*Bulega terbabit kemalangan berkelajuan tinggi di selekoh Arrabbiata 2 sekitar tengah hari pada hari kedua dan terakhir sesi ujian di litar berkenaan.*
*Pelumba Ducati itu dilaporkan mengalami kemalangan jenis highside ketika menunggang Desmosedici 850, jentera yang bakal digunakan dalam saingan MotoGP musim depan.*
*Pemeriksaan mendapati pelumba berusia 26 tahun itu tidak mengalami sebarang keretakan tulang dan hanya mengalami beberapa lebam.*
*Bulega kemudian dibenarkan keluar dari hospital sebelum pulang ke rumah.*
🏎️ *Silverstone 17 Sep: Juara dunia Formula Satu (F1) empat kali, Max Verstappen, hanya mengambil masa 35 minit dan 13 pusingan untuk memintas 100 pesaing dalam acara go-kart santai 'Max vs 100' yang disiarkan secara langsung dari Silverstone, awal pagi tadi.*
*Penganjur menetapkan maksimum 30 pusingan dan 75 minit untuk pelumba Red Bull dari Belanda itu meredah kelompok peserta bermula dari kedudukan paling belakang di litar kart yang diubah suai dalam kawasan litar Grand Prix Britain. Namun, Verstappen memerlukan masa jauh lebih singkat.*
*Pelumba berusia 28 tahun itu memintas lebih 60 pesaing pada pusingan pembukaan yang berlangsung penuh sesak, sebelum mereka disingkirkan daripada perlumbaan.*
🎾 *Beijing 17 Sep: Novak Djokovic kembali menyertai Kejohanan Terbuka China selepas 11 tahun, dengan juara 24 Grand Slam itu mahu membina semula momentum selepas mengalami kemerosotan ranking dunia dan tersingkir mengejut pada pusingan pertama Terbuka Amerika Syarikat (AS).*
*Pemain Serbia berusia 39 tahun itu mengumumkan penyertaannya pada Rabu, sekali gus kembali ke kejohanan ATP 500 di Beijing yang pernah dikuasainya dengan rekod sempurna.*
*Djokovic memegang rekod enam kejuaraan di kejohanan berkenaan, termasuk kemenangan terakhirnya pada 2015, yang juga menjadi penampilan terakhirnya di Beijing sebelum ini.*
🚵🏽♀️ *Kuala Lumpur 17 Sep: Sembilan pelumba Malaysia Pro Cycling (MPC) kini bersaing sengit untuk merebut enam slot bagi mewakili pasukan berstatus benua itu pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026, dengan ujian di laluan utara minggu ini menjadi penilaian terakhir sebelum senarai akhir diumumkan.*
*Prinsipal MPC, Sayuti Zahit berkata, pihaknya masih belum membuat keputusan muktamad berhubung enam pelumba yang akan dibawa ke perlumbaan berstatus UCI 2.Pro itu, terutama bagi mengimbangi kekuatan pakar pendakian dan pelumba pecut.*
*Menurutnya, MPC mempunyai dua perancangan komposisi pasukan iaitu lima pendaki dan seorang pelumba pecut atau empat pendaki serta dua pelumba pecut.*
🏸 *Kuala Lumpur 17 Sep: Legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek mempersoalkan tahap persiapan skuad negara menjelang Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 yang akan membuka tirai secara rasmi Sabtu ini, terutama selepas Malaysia menanti selama 20 tahun untuk kembali meraih pingat emas dalam sukan berkenaan.*
*Misbun berkata, berdasarkan prestasi pemain dalam kejohanan sebelum ini, beliau melihat pemain negara masih belum mencapai tahap yang sepatutnya untuk menghadapi temasya berkenaan yang dianggap antara pertandingan terbesar di Asia.*
*"Kalau betul-betul untuk Sukan Asia ini ialah satu pertandingan yang besar, sepatutnya mereka sudah siapkan daripada awal.*
🏸 *Kuala Lumpur 17 Sep: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mensasarkan sekurang-kurangnya dua gelaran juara pada saingan Malaysia Super 100 yang akan berlangsung di Iskandar Puteri, Johor, dari 13 hingga 18 Oktober ini.*
*Timbalan Presiden BAM, Datuk V Subramaniam percaya barisan pemain negara khususnya daripada skuad pelapis dan remaja sudah melakukan persiapan terbaik bagi menghadapi kejohanan berkenaan.*
*Justeru, beliau berharap pemain negara mampu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mencipta kejayaan lebih besar berbanding edisi tahun lalu yang menyaksikan Malaysia hanya meraih satu gelaran menerusi beregu lelaki Aaron Tai-Kang Khai Xing.*
🏸 *Kuala Lumpur 17 Sep: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menghantar jurulatih beregu remaja kebangsaan, Pang Cheh Chang menjalani pemeriksaan kesihatan penuh selepas insiden dia hampir pitam ketika mengendalikan perlawanan pada Kejohanan Kebangsaan Bawah 18 Tahun di Alor Setar, Kedah, semalam.*
*Timbalan Presiden BAM, Datuk V Subramaniam berkata, jurulatih berusia 52 tahun itu sudah dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Bahiyah pagi ini selepas keadaannya kembali stabil.*
*"Sudah tentu keputusan saya adalah apabila dia pulang nanti, saya akan minta pihak pejabat menghantarnya menjalani pemeriksaan kesihatan penuh kerana kita tidak boleh mengambil risiko.*
🐯 *Kuala Lumpur 17 Sep: Datuk Ab Ghani Hassan dipilih sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu selepas memperoleh kemenangan besar pada Kongres Luar Biasa FAM, hari ini.*
*Ab Ghani meraih 20 undi berbanding hanya lima undi yang diperoleh pencabarnya, Datuk Seri Shahril Mokhtar dalam pemilihan yang menyaksikan persaingan dua penjuru bagi jawatan tertinggi badan induk bola sepak negara itu.*
*Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Ab Ghani, yang mempunyai latar belakang sebagai bekas pemain sebelum bergelumang dalam pentadbiran bola sepak, kini berada di kerusi nombor satu FAM bagi baki penggal 2025-2029.*
🐯 *Kuala Lumpur 17 Sep: Kongres Luar Biasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pagi ini 'tegang' apabila kelayakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan badan induk itu, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said dipertikaikan.*
*Ia susulan surat bantahan yang diserahkan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) pada 8 September lalu yang diserahkan kepada Setiausaha Agung FAM dan salinannya turut diberikan kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).*
*Dalam mesyuarat pagi ini, Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John yang bertindak sebagai Pengerusi Majlis memulakan dengan membangkitkan surat yang diserahkan FAS.*
🐯 *Kuala Lumpur 17 Sep: Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan mempertahankan jawatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas dipilih sebagai wakil EXCO Profesional pada Kongres Luar Biasa FAM Kedua 2026, hari ini.*
*Zainal meraih 22 undi untuk mengatasi pencabarnya, Azlan Johar yang memperoleh tiga undi.*
*Bagi kerusi EXCO Kelab Bolasepak (FA), Mohd Azizudin Mohd Shariff dan Datuk Mohd Azhar Jamaluddin mengungguli persaingan apabila masing-masing memperoleh 19 undi.*
🐢 *Kuala Terengganu 17 Sep: Kesilapan sendiri menjadi punca Terengganu FC (TFC) terpaksa melupakan impian untuk mara ke peringkat suku akhir saingan Piala FA musim 2026/2027.*
*Ketua jurulatihnya, Nafuzi Zain mengakui kecewa dengan keputusan berkenaan, namun beliau tetap memuji kesungguhan pemainnya yang memberikan segala-galanya sepanjang perlawanan.*
*"Secara keseluruhannya, pemain bermain agak baik dan kita banyak mencipta peluang. Namun, kesilapan sendiri menyebabkan pasukan lawan mengambil kesempatan untuk menjaringkan gol.*
🥳 *Kuala Terengganu 17 Sep: Pengendali DPMM FC, Jamie McAllister akui kebangkitan pada babak kedua membolehkan pasukannya melakar kemenangan luar biasa untuk mara ke suku akhir saingan Piala FA selepas mengecewakan tuan rumah, Terengganu FC (TFC).*
*Jurulatih itu berkata, kemenangan itu cukup bermakna selepas anak buahnya berdepan cabaran getir menentang pasukan yang dianggap memiliki kualiti serta daya saing tinggi.*
*Pada perlawanan berkenaan, kelab dari Brunei itu melakar kemenangan 3-1 menerusi jaringan Danial Asri, Oliveira dan Murray manakala TFC menerusi Manuel Ott untuk pelawat menang dengan agregat 5-4 biarpun tewas 2-3 pada aksi pertama pusingan 16.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*