Thursday, September 10, 2026

BERITA HARI INI - 11 SEPTEMBER 2026

 *G๐Ÿ…ฐ️RA๐Ÿ…ฟ️AN ๐Ÿ”›9️⃣ ๐Ÿ…ฐ️L_LI๐Ÿ†–GI*


*‎ุจِุณูۡ€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ูฑู„ู„ู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญูۡ€ู…َู€ٰู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ูŠู…ِ*

‎            *ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*


*LAST GOA_L MINGGU INI*


*JUMAAT 11 SEPTEMBER 2026 MASIHI BERSAMAAN 29 RABIUL' AWWAL 1448 HIJRAH* 


*LIVE FROM KAWAN FOOD FROZEN PULAU INDAH KLANG*


*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*


*IMSAK* : *05:49am*

*SUBUH* : *05:59am*

*SYURUK* : *07:05am*

*ZOHOR* : *13:13pm*

*ASAR* : *16:16pm*

*MAGHRIB* : *19:17pm*

*ISYAK* : *20:26pm*


*artikel disiarkan pada tarikh 10 sep*


*harianmetroonline*

*by:hanipiloiempire*

*repoterataspokok*

*since2011*


 *GOA_L DALAM NEGARA*

+=+=+=+=+=+=+=+=+=+



*GOA_L* 1️⃣ *Kuala Lumpur 10 Sep: Laporan awal nahas helikopter di Long Lellang, Sarawak, dijangka dikeluarkan dalam tempoh 30 hari selepas kejadian selaras keperluan Lampiran 13 (Annex 13) Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, laporan penuh pula dijangka dikeluarkan dalam tempoh setahun selepas nahas berkenaan.*


*GOA_L* 2️⃣ *Kuala Lumpur 10 Sep: Pemuda UMNO memohon kepemimpinan parti itu tidak menamakan Pakatan Harapan (PH) sebagai rakan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, UMNO sebaliknya perlu menggunakan kebijaksanaan dan menjadikan PRN Melaka sebagai platform pelaksanaan agenda penyatuan ummah demi sokongan akar umbi yang lebih kuat.*


*GOA_L* 3️⃣ *Miri 10 Sep: Keluarga mendiang pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, yang terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang pada Selasa, masih menunggu keputusan bedah siasat sebelum menetapkan tarikh dan waktu penghormatan terakhir serta pengebumiannya. Adik mendiang Annastasia Luyah Henry menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, pihak keluarga akan memaklumkan butiran lanjut berkenaan urusan berkenaan sebaik sahaja keputusan bedah siasat diperoleh daripada pihak hospital.*


*GOA_L* 4️⃣ *Kota Bharu 10 Sep: "Menerusi penerangan (pihak berkuasa) yang dibuat kepada keluarga semalam, jenazah anak saya sempurna, namun kena fahamlah apabila terbabit dalam kebakaran," kata Kamaruddin Salleh, 69.Warga emas itu adalah bapa Dr Ainul Baraah Kamaruddin yang maut dalam nahas helikopter berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram, kelmarin. Menurutnya, jenazah anaknya dijangka dibawa pulang ke Kelantan esok, dengan jenazah akan terus dibawa ke Masjid Al-Karamah untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Kedeper.*


*GOA_L* 5️⃣ *Kluang 10 Sep: "Saya diberitahu dua anak ditemukan dalam keadaan berpelukan, manakala isteri bersebelahan mereka. "Saya sedih kerana tiada lagi insan yang nak marah pada saya selepas ini. Hidup saya sudah kesepian, saya kehilangan mereka buat selama-lamanya," kata Khairul Nizam Wahid, 50. Khairul Nizam adalah suami dan bapa kepada tiga beranak yang ditemukan maut dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Taman Titiwangsa di sini, malam tadi.*


*GOA_L* 6️⃣ *Kluang 10 Sep: Seorang ibu dan dua anak lelakinya maut dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Titiwangsa di sini, malam tadi. Mangsa dikenal pasti sebagai Noraini Ibrahim, 49, Khairul Nurhaziqq Khairulnizam, 18, dan Khairul Nurhadiff Khairulnizam, 11.*


*GOA_L* 7️⃣ *Kota Bharu 10 Sep: Seramai tujuh daripada 14 ketua bahagian BERSATU di Kelantan meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lawan. Bagaimanapun, Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor berkata, perkembangan itu tidak menjejaskan operasi parti berkenaan.*


*GOA_L* 8️⃣ *Sik 10 Sep: Seramai 140 pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara dihantar pulang ke negara asal menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2, semalam. Jabatan Imigresen (Imigresen) Kedah dalam kenyataan berkata, PATI terbabit turut dikenakan tindakan senarai hitam dalam sistem agensi itu bagi menghalang mereka daripada memasuki semula Malaysia pada masa akan datang.*


*GOA_L* 9️⃣ *Kulim 10 Sep: Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya tahun lalu. Tertuduh yang berusia 33 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Jamaliah Abd Manap.*


*GOA_L* ๐Ÿ”Ÿ *Balik Pulau 10 Sep: Empat warga China termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Singapura untuk mendapatkan wang tebusan pada 26 Julai lalu. Liu Ting Jun, 46; Huang Jian, 39; Wang Hao Yu, 32; dan Guan Siqi, 24, didakwa bersama dua individu lain yang masih bebas serta dua lagi yang sudah meninggal dunia, menculik Quek Aik Teng, seorang warga Singapura, di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas, kira-kira jam 5.15 petang, 26 Julai lalu.*


*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Kuantan 10 Sep: Kerajaan Pahang menghargai usaha Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dalam memperkemas proses pengesahan serta permohonan bekalan utiliti bagi rumah generasi baharu FELDA, khususnya melibatkan rumah kedua di atas satu lot. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inisiatif itu penting bagi menyelesaikan isu yang telah lama dihadapi sebahagian peneroka dan generasi baharu, terutama mereka yang telah membina serta menduduki rumah tetapi masih mengalami kekangan dalam mendapatkan bekalan elektrik dan air.*


*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Kangar 10 Sep: Seorang buruh kontrak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan rompakan dengan meragut rantai emas bernilai RM10,000 dan mencederakan seorang wanita di sebuah rumah di Arau, Sabtu lalu. Tertuduh Wan Afandi Wan Salehudin, 26, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.*


*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Kuala Krai 10 Sep: Seorang warga emas yang mengalami masalah nyanyuk dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Kuala Pertang, di sini, petang semalam. Fauzi Deris, 74, dilihat kali terakhir memakai baju putih dan berseluar hitam ketika berada di kawasan Ladang Kuala Pertang, kira-kira 6 petang.*


*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Maran 10 Sep: Seramai 21 pesakit di Hospital Jengka, termasuk 11 kanak-kanak, dipindahkan ke hospital berhampiran susulan kebakaran siling wad pediatrik, semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang memberi jaminan bahawa perkhidmatan penjagaan kesihatan di hospital itu tetap berjalan lancar tanpa gangguan. Pesakit yang terjejas sudah dipindahkan ke Hospital Jerantut dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di Temerloh.*


*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Kuala Lumpur 10 Sep: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mengesahkan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan bermesyuarat esok. Hannah berkata, beliau antara individu yang dipanggil untuk menghadiri mesyuarat terbabit. Beliau bagaimanapun enggan memperincikan maklumat lanjut berhubung perkara itu. "Ya saya boleh sahkan jam 8.30 pagi esok ada mesyuarat pengampunan. Ketika ditanya sama ada mesyuarat itu akan membincangkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah, Hannah bagaimanapun enggan mengulas lanjut.*


*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Kuala Lumpur 10 Sep: Sebanyak 51.686 kilogram (kg) serbuk dadah disyaki MDMA bernilai RM7.75 juta dirampas dalam serbuan terhadap unit kondominium di Jalan Ceylon, di sini, Ogos lalu. Serbuan dijalankan pada jam 3.30 petang, 19 Ogos lalu, hasil maklumat dan risikan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.*


*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 10 Sep: Seorang lelaki warga asing yang dipercayai mencalarkan sekurang-kurangnya lapan kenderaan di kawasan parkir berhampiran The Exchange TRX, di sini, ditahan petang semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nuzulan Mohd Din berkata, suspek berusia 34 tahun yang juga disyaki gelandangan itu ditahan pada petang hari sama di kawasan berhampiran pusat beli-belah berkenaan.*


*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Kangar 10 Sep: Pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang sejak kelmarin, akhirnya ditemui terapung di parit berhampiran Batu 1 1/2, Jalan Tambun Tulang, Simpang Empat, di sini, tadi. Mayat mangsa, Saiful Adli Safini, 40, dijumpai seorang penduduk di kawasan itu selepas terhidu bau busuk dari arah parit berkenaan pada jam 10.45 pagi.*


*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Kuala Lumpur 10 Sep: Datuk Bandar Pulau Pinang, Datuk Rajendran Anthony akan dipanggil sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah dihadapi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung projek jalan utama dan terowong dasar laut Pulau Pinang. Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, pendakwaan akan memanggil Rajendran pada 28 September ini, untuk memberikan keterangannya.*


*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Kuala Lumpur 10 Sep: UMNO akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika terdapat bukti kukuh yang membolehkan tindakan pendakwaan diambil terhadap pemimpinnya. Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun menegaskan bahawa sebarang siasatan, termasuk membabitkan pemimpin kanan parti, mestilah dijalankan secara adil dan telus.*


*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Bachok 10 Sep: Maklumat daripada klien Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) bukan sekadar membantu proses pemulihan, malah menjadi antara sumber risikan penting polis dalam membongkar kegiatan sindiket dadah. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, maklumat berkenaan turut membantu pihaknya menjejaki anggota sindiket, sekali gus membawa kepada kejayaan beberapa operasi serbuan dan tangkapan.*


*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Ipoh 10 Sep: "Ini bukan amaran yang pertama." Demikian kenyataan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang menggesa kerajaan memastikan hanya pengangkutan disahkan selamat digunakan untuk membawa petugas kesihatan selepas lima nyawa terkorban dalam tragedi helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Sarawak. Presiden MMA, Datuk Dr Thirunavukkarasu Rajoo berkata, aspek keselamatan perlu menjadi keutamaan dalam setiap tugasan petugas kesihatan, termasuk ketika menggunakan pesawat, ambulans, bot dan kenderaan darat.*


*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Putrajaya 10 Sep: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang bekas menteri akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin ini. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim, berkata pendakwaan itu berkait siasatan Laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) Tabung Haji (TH).*


*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Kuala Lumpur 10 Sep: Wanita MCA Sabah menggesa pendekatan seimbang diambil berhubung operasi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS), dengan keselamatan petugas kesihatan diberi keutamaan tanpa menjejaskan akses masyarakat pedalaman kepada perkhidmatan perubatan. Pengerusinya, Datuk Dr Pamela Yong, berkata gesaan Hartal Doktor Kontrak (HDK) supaya FDS digantung sementara menunggu audit keselamatan pesawat secara menyeluruh perlu diteliti dengan berhati-hati.*


*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Seremban 10 Sep: Bapa kepada Kapten Zainol Afiq Bee Sham memohon doa semua supaya urusan terutama untuk membawa jenazah juruterbang itu pulang ke Negeri Sembilan berjalan lancar. Bee Sham Ahmad, 59, berkata dia dan isteri bersama besannya kini masih berada di Miri, Sarawak untuk beberapa urusan seperti bedah siasat dan pengecaman asid deoksiribonukleik (DNA).*


*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Shah Alam 10 Sep: Tiga daripada tujuh individu diburu polis berhubung kes pergaduhan menyebabkan seorang lelaki maut di Taman Alam Megah di sini, bulan lalu, berjaya diberkas polis. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata, ketiga-tiga suspek lelaki berusia 20 hingga 40-an ditahan sekitar daerah ini antara 4 hingga 7 September lalu.*


*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Shah Alam 10 Sep: Polis mengesahkan seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun maut ditembak di hadapan sebuah rumah di Telok Bunut, Banting, kelmarin. Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata, kejadian berkenaan dipercayai berlaku antara 10.30 malam hingga 11 malam.*


*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Kuala Lumpur 10 Sep: Seorang rakan Penolong Pegawai Perubatan (MA), Alexson Adit Henry yang maut dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS), kelmarin, menyifatkan mendiang sebagai sahabat baik yang dikenalinya sejak zaman persekolahan di Sibu, Sarawak. Menerusi komen di ruangan hantaran Threads oleh balu Alexson, Stephanie Essah, beliau berkata, mereka kemudian menjadi rakan sebilik pada semester pertama di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Samarahan, selain sering bermain permainan dalam talian bersama.*


*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Putrajaya 10 Sep: Semua operasi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Sarawak ditangguhkan sementara berikutan insiden nahas membabitkan sebuah helikopter yang digunakan bagi perkhidmatan itu di Long Lellang. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, penangguhan itu bagi membolehkan siasatan serta semakan terhadap mekanisme keselamatan dan operasi dilaksanakan pihak berkaitan.*


*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Kuala Lumpur 10 Sep: Dua daripada lima mangsa nahas helikopter di Long Lellang, Miri, Sarawak pada Selasa lalu merupakan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan waris mereka layak menerima faedah bulanan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan. Beliau berkata, waris juruterbang helikopter Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, layak menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) berjumlah RM5,355 sebulan manakala waris pegawai perubatan, Allahyarham Dr Ainul Baraah Kamarudin, 33, turut layak menerima pencen penakat bulanan.*



*berita penuh sila follow harian metro online*


*#hanipiloiempire*

*#repoterataspokok*

*#hanisofeasupriseandgift*

*#legasisepuluh*


            

*GOA_L LUAR NEGARA*

=+=+=+=+=+=+=+=+=



           ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ธ *Washington/Hamilton 10 Sep: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata perang antara AS dan Iran akan 'berakhir serta-merta' selepas pilihan raya pertengahan penggal AS pada 3 November.*

           *"Saya fikir perang akan berakhir serta-merta selepas pilihan raya kerana mereka tidak mampu bertahan lebih lama," kata Trump kepada pemberita semalam, sebelum berlepas ke Dallas, Texas untuk berucap pada konvensyen pertengahan penggal pertama Parti Republikan.*

            *Trump mendakwa Tehran "terdesak untuk cuba mempengaruhi pilihan raya" dan berkata Washington tidak berhasrat kembali kepada rundingan nuklear, menurut Anadolu Ajansi.*

           *"Kami tidak mengusahakannya. Ya, rundingan mungkin boleh berlaku, tetapi ia bukan sesuatu yang sedang kami pertimbangkan," kata Trump.*


          ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡น *Turin, Itali 10 Sep: Seorang lelaki Itali disiasat selepas pihak berkuasa menemui kepala buaya terancam yang disembunyikan dalam bagasinya di Lapangan Terbang Caselle di Turin, Itali.*

         *Memetik UPI, lelaki itu tiba dari Miami melalui Istanbul, sebelum pihak berkuasa menemui kepala reptilia berkenaan ketika melakukan pemeriksaan terhadap bagasinya.*

          *Agensi penguatkuasaan Guardia di Finanza dalam kenyataan berkata, pihaknya bekerjasama dengan pegawai kastam bagi meningkatkan pemeriksaan berkaitan perdagangan spesis yang dilindungi dan terancam.*

           *"Secara khusus, kepala reptilia itu dikeringkan dan dibalut dengan kertas pembalut biasa, sekali gus mengelakkan pemeriksaan keselamatan di negara berlepas," kata polis dalam kenyataan itu.*


          ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ช *Nairobi 10 Sep: Keriangan jelas terpancar pada wajah kanak-kanak pekak di sebuah sekolah khas di Kenya apabila menyaksikan tangan robotik menterjemahkan suara guru kepada bahasa isyarat secara langsung.*

           *Teknologi yang dibangunkan syarikat tempatan, ZeroBionic itu berpotensi mengubah kaedah pembelajaran golongan berkenaan sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk belajar bersama murid arus perdana.*

          *Kira-kira 300,000 kanak-kanak di Kenya mengalami masalah pendengaran, namun hanya 20,000 daripada mereka bersekolah setakat 2024.*

         *ZeroBionic yang diasaskan Norah Kimathi, 22, berharap teknologi itu dapat menangani sebahagian cabaran pendidikan yang dihadapi kanak-kanak pekak di negara Afrika Timur itu.*


           ๐Ÿ‡ณ๐Ÿ‡ต *Kathmandu 10 Sep: Nepal yang terjejas akibat banjir akan meminta bantuan kewangan daripada negara kaya dan agensi antarabangsa, minggu ini untuk pembangunan semula daripada bencana yang disifatkan kesan daripada perubahan iklim yang tidak seimbang terhadap negara miskin.*

          *Reuters melaporkan pertama kali Nepal merancang mengetengahkan keperluan AS$5 bilion (RM20.3 bilion) untuk usaha pembinaan semula itu sebagai isu keadilan iklim dalam rundingan dengan negara dan agensi penderma.*

           *Sekurang-kurangnya 1,300 orang disahkan terkorban sejak bencana banjir akibat runtuhan glasier Himalaya, lewat Ogos lalu dan lebih 5,300 orang hilang di seluruh Nepal dan wilayah Tibet, China.*

          *Banjir berarus deras turut memusnahkan lebih 12 loji janakuasa hidroelektrik, selain laluan perdagangan, jalan raya, jambatan dan rumah.*


          ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ *Bhubaneswar 10 Sep: Penemuan lima anak orang utan di kawasan hutan berhampiran perkampungan di daerah Balasore, Odisha di India menggemparkan penduduk hingga ribuan orang berpusu ke lokasi dalam tempoh sejam selepas berita mengenainya tersebar.*

          *India bukan habitat semula jadi orang utan, sebaliknya haiwan itu spesies asli Asia Tenggara yang habitat asalnya terletak di Borneo dan Sumatera.*

          *Memetik laporan The Indian Express, haiwan berkenaan ditemui penduduk yang sedang merayau di kawasan hutan sebelum berita penemuannya tersebar meluas.*

          *Jabatan Hutan Balasore kemudian bertindak pantas menyelamatkan kesemua anak orang utan itu dan membawanya ke pejabat hutan untuk pemeriksaan lanjut.*


           ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ *New Delhi 10 Sep: Pengarah Pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Asia Tenggara, Saima Wazed yang juga anak perempuan bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina meletak jawatan semalam.*

         *Ia berdasarkan surat peletakan jawatan yang dilihat Reuters susulan siasatan berkaitan penipuan oleh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pihak berkuasa Bangladesh.*

          *Kes Saima antara gambaran kejatuhan Hasina akibat kebangkitan berdarah pada pertengahan 2024 yang kini memberi kesan kepada ahli keluarganya, selain sekutu politiknya.*

           *Kebanyakan sekutu Hasina kini berdepan pertuduhan jenayah termasuk dakwaan rasuah di Bangladesh atau memilih untuk hidup dalam buangan seperti Hasina.*


           ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ญ *Manila 10 Sep: Sekurang-kurangnya lima orang terkorban, manakala 87 lagi masih hilang selepas feri terbakar berhampiran lokasi tumpuan pelancong di wilayah Palawan, menurut pengawal pantai hari ini.*

           *Pengawal Pantai Filipina (PCG) berkata, kebakaran membabitkan kapal M/V June Aster itu berlaku pada malam Rabu, kira-kira 2.2 kilometer dari pantai.*

           *Lima mangsa yang terkorban sudah dibawa ke darat manakala operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan.*

          *Rakaman video yang dikongsi pengawal pantai menerusi Facebook menunjukkan kapal berkenaan terbakar sepenuhnya.*

  

            ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ *Chonburi 10 Sep: Sebuah tadika di daerah Bang Lamung di sini ditutup selepas seorang guru maut ditembak, dipercayai oleh suaminya yang juga anggota polis pada Rabu, menurut Polis Diraja Thailand.*

          *Ketua Balai Polis Bang Lamung Kol Polis Sarawut Nuchanart berkata kejadian berlaku di Tadika Perbandaran Nong Pla Lai kira-kira 11 pagi selepas suspek memasuki sekolah itu dan menembak isterinya yang bertugas sebagai guru di situ.*

           *Sarawut berkata suspek melarikan diri selepas kejadian, manakala kesemua 44 kanak-kanak di tadika itu dipindahkan ke tempat selamat.*

          *Suspek dilaporkan melarikan diri ke rumahnya di sebuah kawasan perumahan berhampiran selepas kejadian sebelum polis berjaya memujuknya menyerah diri," katanya dalam kenyataan pada Rabu.*


            ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ *Bangkok 10 Sep: Pihak berkuasa Thailand menahan 12 warga Korea Selatan dan seorang warga China yang disyaki menjalankan pusat panggilan penipuan dari sebuah rumah sewa mewah di selatan Bangkok.*

          *Polis Thailand dalam kenyataan semalam berkata, suspek memasuki Thailand dari negara jiran sebelum bersembunyi di wilayah Samut Prakan dengan menyewa sebuah rumah mewah.*

           *Di dalam rumah itu, pihak berkuasa menemukan kelengkapan pusat panggilan dengan 13 stesen kerja yang dilengkapi telefon Voice over Internet Protocol (VoIP), selain berpuluh-puluh komputer, telefon bimbit dan skrip yang didakwa digunakan dalam penipuan dalam talian.*

          *Polis turut menemukan senarai mangsa dari Korea Selatan dan dokumen palsu yang didakwa sebagai surat rasmi daripada pejabat pendakwa raya Korea Selatan.*


            ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ *Jakarta 10 Sep: Abu gunung berapi daripada tiga lagi gunung berapi di Indonesia dilaporkan merentasi beberapa kawasan di kepulauan itu pada Rabu, selain Gunung Anak Krakatau, dengan abu satu daripada gunung berapi berkenaan terus menjejaskan perjalanan udara di Nusa Tenggara Timur.*

           *Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) memaklumkan analisis imej satelit Himawari-9 pada 7 pagi mengesan abu gunung berapi dari Gunung Ili Lewotolok di Nusa Tenggara Timur serta Gunung Dukono dan Gunung Ibu di Maluku Utara, selain abu dari Anak Krakatau di Selat Sunda.*

           *Daripada empat gunung berapi itu, BMKG memaklumkan abu dari Ili Lewotolok yang terletak di Pulau Lembata, Nusa Tenggara Timur di timur Indonesia, dikesan pada altitud tertinggi sehingga 8,000 kaki (kira-kira 2,438 meter), bergerak dari barat laut ke utara merentasi beberapa kawasan di Kabupaten Lembata dan Selat Flores.*



*berita penuh sila follow harian metro online*


*#hanipiloiempire*

*#repoterataspokok*

*#hanisofeasupriseandgift*

*#legasisepuluh*



*GOA_L MEDSOS, POPULAR*

+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+



            ๐ŸŒ *Beijing 10 Sep: Seorang lelaki China mencapai impiannya untuk mengembara ke 233 negara dan wilayah di seluruh dunia selepas menamatkan pengembaraan global selama 33 tahun.*

         *Chen Jinwei, 53, yang juga pemilik syarikat jentera pulang ke kampung halamannya di Zhuji, wilayah Zhejiang, timur China, selepas kembali dari Peru, destinasi terakhir pengembaraannya.*

          *Menurut SCMP hanya kira-kira 70 individu di China sebelum ini pernah mengembara ke 233 negara, wilayah dan kawasan di seluruh dunia dan antaranya Chen.*

           *Media tempatan melaporkan Chen membelanjakan 10 juta yuan (kira-kira RM6.03 juta) untuk pengembaraannya yang bermula pada 1993, dengan misi dimulakan di Singapura, Malaysia dan Thailand.*

          *Pada ketika itu, internet masih belum meluas dan Chen mahu melihat sendiri 'rupa dunia di sebelah sana' menerusi pengalaman secara langsung, bukan melalui buku atau cerita orang lain.*


           ๐Ÿ‘ถ๐Ÿป *Athens 10 Sep: Wanita Greece berusia 54 tahun selamat melahirkan bayi perempuan hasil pemindahan embrio yang dibekukan lebih 22 tahun lalu.*

           *Kelahiran penuh emosi itu beberapa bulan selepas anak lelakinya yang lahir hasil daripada prosedur dan embrio sama pada 2004 meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.*

            *Pakar ginekologi, Dr Konstantinos Pantos berkata, kelahiran anak perempuan itu sangat bermakna buat Christina Rapti-Tzelepi.*

            *"Pada 2004, Rapti-Tzelepi melahirkan bayi lelaki yang sihat selepas pemindahan embrio (rawatan persenyawaan in vitro (IVF) pada percubaan pertama.*

            *"Namun pada Oktober 2025, keluarga mereka berhadapan kehilangan tragik anak lelaki yang berusia 21 tahun dalam kemalangan jalan raya," katanya.*

           *Rapti-Tzelepi masih pada usia yang dibenarkan Greece untuk menjalani IVF. Had usia maksimum adalah 54 tahun.*

            *Wanita itu melahirkan bayi perempuannya pada Rabu lalu hasil rawatan IVF pada Disember tahun lalu yang menggunakan embrio daripada kumpulan sama dengan mendiang anak lelakinya.*


           ๐Ÿ›️ *London 10 Sep: Pelakon dan penerbit filem British, Noel Clarke didakwa atas enam kesalahan seksual, termasuk dua pertuduhan serangan seksual, kata Perkhidmatan Pendakwaan Diraja (CPS) semalam.*

        *Menurut CPS, Clarke didakwa susulan dakwaan salah laku seksual oleh lima wanita terhadapnya antara 2007 hingga 2016.*

          *Lelaki berusia 50 tahun itu turut didakwa atas tiga pertuduhan voyeurisme (perbuatan mengintip) dan satu pertuduhan mendedahkan alat sulit serta dijadualkan hadir di Mahkamah Majistret Westminster di London pada 21 Oktober.*

         *Clarke terkenal kerana menulis skrip dan membintangi 'Kidulthood' (2006), yang meneroka buli, penyalahgunaan dadah dan keganasan ekstrem dalam kalangan orang muda di London, selain kerana peranan berulang dalam rancangan sains fiksyen 'Doctor Who'.*


            ๐Ÿ‘š *Rome 10 Sep: AS Roma bakal menggunakan pentas Liga Juara-Juara untuk menyampaikan mesej solidariti kepada mangsa tragedi banjir besar di Nepal apabila memakai jersi khas pada aksi menentang Fenerbahce di Istanbul, Khamis ini.*

          *Jersi berkenaan akan memaparkan logo Program Makanan Sedunia (WFP) di bahagian depan, selain mesej 'Together for Nepal' sebagai tanda sokongan terhadap usaha bantuan kemanusiaan di negara berkenaan.*

           *Langkah itu dibuat selepas Roma tidak dibenarkan mempamerkan logo penaja utama mereka pada jersi berikutan syarikat berkenaan terbabit dalam industri pertaruhan sukan yang tidak dibenarkan mengiklankan perkhidmatan di Turkiye.*

           *"Pasukan pelawat akan turun ke padang dengan logo Program Makanan Sedunia (WFP) di bahagian depan jersi mereka," kata Roma dalam satu kenyataan.*

             


*berita penuh sila follow harian metro online*


*#hanipiloiempire*

*#repoterataspokok*

*#hanisofeasupriseandgift*

*#legasisepuluh*

                 


*GOA_L ARENA SUKAN*

+=+=+=+=+=+=+=+=+=



           ๐Ÿ *Riyadh 10 Sep: Cristiano Ronaldo sekali lagi mencipta detik luar biasa dalam sejarah bola sepak apabila membantu Al-Nassr menewaskan Abha 2-1 awal pagi tadi sekali gus mencapai sesuatu yang sebelum ini tidak pernah dilakukan selama beberapa generasi.*

          *Gol terbaharu kapten Portugal itu membawa makna jauh lebih besar daripada sekadar tiga mata yang meletakkan kelab Riyadh itu sebaris dengan antara pasukan paling terkenal dalam sejarah sukan berkenaan.*

           *River Plate mencipta rekod jaringan antara 1936 hingga 1939 apabila meledak gol dalam 93 perlawanan liga domestik berturut-turut. Rekod itu bertahan kira-kira 87 tahun sebelum Al-Nassr akhirnya menyamainya.*

          *Al-Nassr kini sudah menjaringkan gol dalam 93 perlawanan Liga Pro Saudi berturut-turut, sekali gus menyamai rekod bersejarah berkenaan dan berpeluang melepasi rekod itu apabila kembali beraksi dalam liga menentang Al-Khaleej. Kelab itu dijadualkan bertandang ke Stadium Prince Mohammed bin Fahd di Dammam Sabtu depan bagi aksi minggu ketujuh.*

          *Jika berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan itu, Al-Nassr akan mencatat jaringan dalam 94 perlawanan Liga Pro Saudi berturut-turut.*


          ๐Ÿ‘‘ *Madrid 10 Sep: Kelab divisyen dua Sepanyol, CD Eldense, mengesahkan bintang Argentina, Lionel Messi, mencapai persetujuan pada prinsipnya untuk menjadi pemilik baharu kelab berkenaan.*

          *Penyerang Inter Miami itu hampir memuktamadkan pembelian 100 peratus saham milik kumpulan pelaburan Colombia, TH Soluciones Group SAS, yang kini ialah pemegang saham majoriti Eldense.*

          *Messi, 39, bakal menjadi pemilik majoriti kelab keduanya di Sepanyol selepas membeli UE Cornella pada 16 April tahun ini.*

          *Cornella, yang beraksi di divisyen kelima piramid bola sepak Sepanyol, mempunyai reputasi melahirkan pemain berbakat menerusi program bola sepak akar umbi dan akademi remaja, dengan beberapa pemain keluaran akademi mereka menyertai bekas kelab Messi, Barcelona, selama ini.*


         ๐Ÿฅณ *London 10 Sep: Chelsea bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 selepas Cole Palmer dan Danny Welbeck menjadi penyelamat The Blues dalam aksi klasik pusingan ketiga Piala Liga, awal pagi tadi.*

           *Skuad kendalian Xabi Alonso berada dalam bahaya tersingkir selepas Tarik Muharemovic membuka jaringan pada separuh masa pertama sebelum Brenden Aaronson menggandakan kelebihan Leeds sejurus selepas rehat di Stamford Bridge.*

           *Kekalahan 1-2 kepada juara Liga Perdana Inggeris, Arsenal, Ahad lalu menamatkan permulaan tiga kemenangan berturut-turut Alonso sejak dilantik sebagai pengurus Chelsea.*

          *Namun, pengendali itu kembali ke landasan kemenangan menerusi aksi penuh dramatik yang menjadi ciri awal pemerintahannya di Stamford Bridge.*

           *Chelsea sudah menjaringkan 16 gol dalam lima perlawanan pertama di bawah Alonso, sekali gus menyerlahkan kekuatan jentera serangan mereka.*


           ๐Ÿ˜Ž *London 10 Sep: Morgan Rogers menyifatkan Xabi Alonso berjaya mengubah Chelsea menjadi pasukan 'menarik' selepas kemenangan 6-3 ke atas Leeds dalam Piala Liga meneruskan permulaan musim The Blues yang cukup tajam di depan gol.*

        *Alonso menyaksikan pesta gol luar biasa sejak mengambil alih tugas di Stamford Bridge pada awal musim dan kemenangan besar 6-3 ke atas Leeds pada pusingan ketiga, awal pagi tadi, tidak terkecuali.*

          *Chelsea sudah meledak 16 gol dalam lima perlawanan pertama Alonso dalam semua pertandingan, dengan empat daripadanya berakhir dengan kemenangan, sekali gus menyerlahkan kekuatan serangan mereka.*

          *"Memang menyeronokkan bermain bersama pemain berkualiti tinggi yang ada di sini. Saya menikmati bola sepak saya, cuba bermain dengan bebas dan menunjukkan kemampuan," kata Rogers.*


          ๐Ÿคฉ *Naples 10 Sep: Mikel Arteta memuji kapten Arsenal, Martin Odegaard yang sekali lagi muncul wira pasukan apabila jaringannya memastikan kemenangan 1-0 ke atas Napoli dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.*

           *Arteta berkata keputusan itu tidak menggambarkan persembahan "luar biasa" Arsenal yang menghasilkan 26 percubaan, rekod kelab bagi aksi tempat lawan dalam pertandingan berkenaan.*

           *Naib juara musim lalu itu membuka kempen Liga Juara-Juara dengan kemenangan di Stadium Diego Armando Maradona hasil rembatan kencang Odegaard pada minit ke-75.*

           *Odegaard memulakan musim 2026-27 dengan prestasi cemerlang apabila menjaringkan empat gol dalam lima perlawanan, termasuk gol kemenangan berturut-turut ketika menentang Chelsea dan Napoli.*


         ๐Ÿ” *Liverpool 10 Sep: Pengendali Liverpool, Andoni Iraola, berkata sukar untuk meminta lebih daripada apa yang dipamerkan pada penampilan sulungnya sebagai jurulatih dalam Liga Juara-Juara selepas The Reds bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Atletico Madrid 2-1, awal pagi tadi.*

         *Skuad kendalian Iraola bermula dengan buruk apabila Marcos Llorente meletakkan pasukan pelawat di depan menerusi gol kelimanya dalam tiga kunjungan ke Anfield.*

           *Bagaimanapun, Dominik Szoboszlai menyamakan kedudukan sejurus sebelum rehat manakala Alexis Mac Allister meledak gol kemenangan pada separuh masa kedua untuk memastikan kempen Liga Juara-Juara Liverpool bermula dengan langkah positif.*

            *"Sukar untuk meminta lebih daripada ini," kata Iraola yang sebelum ini tidak pernah mengendalikan pasukan dalam pertandingan utama bola sepak Eropah itu.*


         ๐Ÿฅณ *Paris 10 Sep: Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique, memuji persembahan hebat pemenang Ballon d'Or, Ousmane Dembele ketika kelab Perancis itu memulakan usaha memburu kejuaraan Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut dengan kemenangan besar, awal pagi tadi.*

          *"Itulah Ousmane yang kita semua kenali dan telah lihat sepanjang tiga tahun lalu. Apabila melihat keupayaannya mencipta peluang, melakukan tekanan dan membantu pasukan, ia benar-benar satu keseronokan," kata jurulatih dari Sepanyol itu selepas Dembele menjaringkan dua gol pertama dalam kemenangan besar PSG 6-1 ke atas Slovan Bratislava.*

           *Sebelum ini, Dembele hanya digunakan secara terhad dalam beberapa perlawanan PSG musim ini ketika dia cuba mendapatkan semula kecergasan selepas Piala Dunia.*

           *"Dia bermain dengan sangat baik. Dia akan membina kecergasannya secara beransur-ansur tetapi amat menakjubkan untuk melihat pemain seperti itu," tambah Luis Enrique.*


          ๐Ÿคฉ *Barcelona 10 Sep: Raphinha meneruskan ketajamannya di depan gawang apabila meledak dua gol ketika Barcelona membelasah Feyenoord 5-1 untuk memulakan kempen Liga Juara-Juara dengan sempurna, awal pagi tadi.*

          *Karim Adeyemi turut mencipta jaringan menarik dari jarak jauh di antara dua gol Raphinha, manakala Lamine Yamal menyumbat gol menerusi sepakan percuma ketika skuad kendalian Hansi Flick mudah mengatasi pelawat dari Belanda itu.*

           *Selepas Sem Steijn merapatkan jurang buat Feyenoord, pemain gantian Barcelona, Gabriel Jesus, melengkapkan kemenangan dengan gol kelima - jaringan pertamanya sejak menyertai kelab berkenaan dari Arsenal musim panas ini.*

           *Barcelona, yang kali terakhir memenangi pertandingan itu pada tahun 2015, kini memenangi kesemua lima perlawanan dalam semua pertandingan musim ini dan menjaringkan lima gol dalam empat daripadanya.*


          ๐Ÿ˜‡ *Manchester 10 Sep: Pengurus Manchester United, Michael Carrick percaya skuadnya memiliki kekuatan untuk bersaing dengan kelab terbaik Eropah apabila kembali beraksi dalam Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun.*

           *Carrick mendapat kepercayaan untuk dilantik sebagai pengurus tetap selepas membimbing The Red Devils menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga ketiga ketika menjadi pengendali sementara musim lalu.*

           *United membuka kempen Liga Juara-Juara musim ini pada Khamis dengan menentang juara Azerbaijan, Sabah di Old Trafford.*

            *"Ia pertandingan yang cukup istimewa. Di sinilah kita semua mahu berada. Apabila tidak menyertainya, kita sedar betapa istimewanya kejohanan ini dan apabila berada di dalamnya, kita mahu memanfaatkan peluang sebaik mungkin.*


          ๐Ÿ˜‡ *London 10 Sep: Pengurus Sabah, Valdas Dambrauskas bakal melengkapkan peningkatan luar biasa daripada peserta rancangan kuiz televisyen kepada jurulatih Liga Juara-Juara apabila membuat kepulangan penuh emosi ke Old Trafford untuk menentang Manchester United, awal pagi esok.*

          *Kelab Azerbaijan itu membuat penampilan sulung dalam fasa liga pertandingan kelab elit Eropah berkenaan, hanya sembilan tahun selepas ditubuhkan.*

          *Perkembangan pantas Sabah sehingga mampu berkongsi pentas dengan juara Eropah tiga kali, Manchester United, sememangnya satu pencapaian luar biasa.*

           *"Kami sudah mencapai satu tahap yang kadangkala di luar imaginasi kami," kata Dambrauskas kepada pemberita di Manchester, semalam.*


          ๐Ÿ™Œ๐Ÿป *Brussels 10 Sep: Thibaut Courtois tidak akan bersama Belgium dalam kempen Liga Negara-Negara musim ini, namun penjaga gol Real Madrid itu belum membuat keputusan untuk bersara daripada arena antarabangsa.*

          *Penjaga gol berusia 34 tahun itu sebelum ini menyatakan selepas Piala Dunia bahawa dia mungkin berhenti mewakili Belgium atau mengambil tempoh rehat musim ini.*

          *Belgium diundi dalam kumpulan bersama Perancis, Itali dan Turkiye untuk kempen Liga Negara-Negara yang membabitkan enam perlawanan dalam tempoh tiga bulan akan datang.*

          *Courtois berkata, jurulatih baharu Belgium, Mark van Bommel, memahami keputusannya untuk tidak beraksi dalam kempen berkenaan.*

 

          ๐Ÿคฉ *Rio de Janeiro 10 Sep: Penyerang Chelsea, Joao Pedro dan Estevao dipanggil semula ke skuad Brazil bagi aksi persahabatan September dan Oktober ketika jurulatih Carlo Ancelotti memulakan proses membentuk semula pasukan kebangsaan selepas kempen Piala Dunia yang mengecewakan.*

          *Joao Pedro antara pemain diketepikan Ancelotti bagi memberi ruang kepada Neymar dalam skuad Brazil untuk Piala Dunia, namun juara lima kali itu tersingkir kepada Norway pada pusingan 16 terakhir.*

          *Estevao pula menjadi antara tonggak penting Brazil sebelum mengalami kecederaan menjelang Piala Dunia.*

         *Dalam senarai skuad pertamanya selepas kegagalan di Piala Dunia, Ancelotti turut menyenaraikan beberapa muka baharu termasuk penjaga gol Pedro Morisco dan Otavio, pertahanan Mauro Junior serta pemain tengah Breno Bidon dan Gabriel Bontempo.*


          ๐ŸŽพ *New York 10 Sep: Alexander Zverev semakin menghampiri gelaran Grand Slam keduanya selepas menewaskan pemain Belanda, Botic van de Zandschulp 6-2, 7-5, 6-1 untuk mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) dan akan berdepan Karen Khachanov.*

           *Juara Terbuka Perancis berusia 29 tahun itu bermula perlahan di Flushing Meadows, namun semakin menemui rentak permainannya sepanjang kejohanan.*

              *"Saya rasa anda dapat lihat dalam dua pusingan pertama, saya benar-benar tidak bermain dengan baik," kata Zverev.*

            *"Dalam kejohanan lain, saya mungkin sudah tersingkir pada pusingan pertama, tetapi di sini saya mampu bangkit dan bermain dalam format lima set, malah beraksi sehingga empat jam setengah. Saya mula bermain lebih baik sepanjang kejohanan dan pastinya gembira dapat mara ke separuh akhir di sini."*


         ๐ŸŽ️ *London 10 Sep: Ferrari digesa campur tangan bagi mengelak ketegangan antara Lewis Hamilton dan Charles Leclerc daripada terus memuncak, kata bekas pelumba Formula 1 (F1), Juan Pablo Montoya.*

          *Hamilton dan Leclerc bertembung di selekoh pertama perlumbaan Grand Prix (GP) Itali di laman sendiri Ferrari ketika berebut tempat ketiga selepas kedua-duanya memulakan perlumbaan bersebelahan di barisan kedua.*

            *Juara dunia tujuh kali itu terbabas ke kawasan batu kerikil sebelum jatuh ke tangga ke-10. Leclerc tidak kehilangan kedudukan, namun mengalami kemalangan teruk di Parabolica pada penghujung pusingan kedua.*

            *Hamilton kemudian menamatkan perlumbaan di tempat keenam dalam apa yang menjadi perlumbaan Monza yang mengecewakan buat Ferrari.*


           ๐ŸŽŒ *Tokyo 10 Sep: Hampir 10,000 anggota polis akan dikerah bagi mengawal keselamatan pada upacara pembukaan Sukan Asia yang berlangsung minggu depan di Nagoya, Jepun, menurut Agensi Polis Kebangsaan Jepun, lapor Kyodo News, hari ini.*

          *Upacara pembukaan Sukan Asia Aichi-Nagoya dijadual berlangsung pada 19 September di sebuah stadium olahraga di bandar berkenaan dan akan dihadiri Maharaja Naruhito serta Permaisuri Masako.* 

           *Perdana Menteri Sanae Takaichi bagaimanapun dijangka tidak menghadiri upacara berkenaan.*

           *Daripada jumlah itu, kira-kira 3,100 anggota akan dihantar khas daripada pasukan polis di seluruh Jepun.*


          ๐Ÿ€ *Kuala Lumpur 10 Sep: Pangsapuri dua bilik bernilai lebih RM400,000 menanti setiap pemain dan jurulatih skuad bola keranjang negara jika berjaya menghadiahkan pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya yang berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober ini.*

        *Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Datuk Seri Lee Tian Hock berkata, selain ganjaran lumayan berbentuk pangsapuri, setiap pemain dan jurulatih turut akan menerima wang tunai bagi setiap warna pingat yang dimenangi.*

          *"Kalau mereka menang pingat gangsa, setiap pemain akan mendapat ganjaran RM10,000 manakala jurulatih pula menerima dua kali ganda iaitu RM20,000.*

          *"Jika menang pingat perak, setiap pemain akan mendapat RM20,000 dan jurulatih RM40,000.*

          *"Untuk pingat emas, setiap pemain akan menerima RM50,000 manakala jurulatih RM100,000 selain sebuah pangsapuri di Puchong," katanya ketika majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada skuad negara, hari ini.*


         ๐Ÿฅ‹ *Kuala Lumpur 10 Sep: Skuad karate negara memperoleh suntikan semangat menjelang Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 apabila Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) menjanjikan kereta Proton e.MAS kepada pemenang pingat emas temasya berkenaan.*

         *Presidennya, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, ganjaran berkenaan adalah satu motivasi buat atlet memburu kilauan emas buat kontinjen negara di temasya terbesar Asia itu.*

           *"Walaupun sasaran kontinjen negara begitu kecil tetapi sumbangan satu pingat emas itu adalah penting.*

            *"Dan bagi karate, insya-Allah kita akan cuba yang terbaik dan ganjaran ini adalah ganjaran besar untuk atlet (karate) dan saya tidak kira kategori (manakah) yang dapat pingat emas.*


          ๐Ÿธ *Kuala Lumpur 10 Sep: Gandingan utama beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah percaya tiada yang mustahil pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 apabila mereka enggan meletakkan had terhadap peluang memburu pingat buat Malaysia.*

        *Thinaah berkata, persiapan mereka berjalan baik selepas pulang dari Masters Chinadengan fokus diberikan kepada peningkatan prestasi setiap hari menjelang saingan diJepun.*

         *"Saya rasa apa saja boleh berlaku. Itu yang kami percaya. Setiap sukan lain juga mempunyai pemain yang bagus dan semua orang hebat dalam bidang masing-masing.*


          ๐Ÿธ *Kuala Lumpur 10 Sep: Ketua jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky mengimpikan pingat emas badminton pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, namun sasaran rasmi kontinjen negara kekal satu perak dan satu gangsa.*

          *Rexy berkata, sasaran berkenaan dibuat berdasarkan realiti semasa termasuk undian yang sukar serta prestasi tidak menentu beberapa pemain, namun beliau percaya barisan negara mempunyai keupayaan untuk melangkaui sasaran itu di Nagoya.*

          *"Secara rasmi, kita masih dengan sasaran realistik iaitu perak dan gangsa. Tetapi jauh di sudut hati, saya percaya pemain mampu buat lebih daripada itu. Sudah tentu kita mahu emas kerana semua orang mahu Malaysia menang emas.*


           ๐Ÿ‘ *Kuala Lumpur 10 Sep: Ketua jurulatih skuad hoki remaja lelaki negara, Nor Saiful Zaini Nasiruddin mahu barisan pemainnya meneruskan misi memburu penamat terbaik pada Kejohanan Hoki Remaja Asia di Moqi, China, selepas mengesahkan tiket automatik ke Piala Dunia Hoki Remaja tahun depan.*

          *Malaysia menempah slot ke Piala Dunia selepas mara ke separuh akhir dengan menamatkan saingan Kumpulan B di tempat kedua, sekali gus mencapai sasaran awal Nor Saiful.*

           *Enam pasukan terbaik daripada kejohanan ini akan layak secara automatik ke Piala Dunia Hoki Remaja tahun depan.*

           *Skuad negara menutup aksi peringkat kumpulan dengan meraih sembilan mata selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas tuan rumah, China menerusi jaringan padang Muhammad Safwan Salihe pada minit kelapan dalam perlawanan terakhir, semalam.*


           ๐Ÿฅณ *Petaling Jaya 10 Sep: Selangor FC (SFC) mengesahkan slot ke suku akhir Piala FA selepas menyingkirkan Sabah FC 4-3 secara agregat, semalam.*

           *Selepas terikat 2-2 pada aksi pertama Pusingan 16 di Stadium Likas, anak buah Kim Pan-gon berjaya menewaskan Sabah FC 2-1 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).*

            *The Red Giants' akan menentang Star City FC yang menyingkirkan pasukan Liga A1 Semi-Pro, Kedah FA 4-2 secara agregat.*


           ๐Ÿคฏ *Kuala Lumpur 10 Sep: Penyusunan jadual 'maut' Liga Malaysia (Liga M) membuatkan pengendali Selangor FC (SFC), Kim Pan-gon 'meletup' selepas beliau mendakwa tindakan memaksa pemain beraksi setiap 48 jam secara perlahan-lahan membunuh kualiti bola sepak tempatan.*

           *Pan-gon meluahkan rasa kecewanya secara terbuka selepas skuad Gergasi Merah terpaksa mengharungi tiga perlawanan padat dalam tempoh seminggu, sekali gus meragut tahap kecergasan optimum anak buahnya pemainnya ketika menentang Sabah FC, kelmarin.*

           *Menurutnya, kualiti permainan yang merosot serta risiko kecederaan tinggi kini berada di atas bahu pihak penganjur yang gagal menyediakan tempoh rehat dan pemulihan sewajarnya buat pasukan bertanding.*

           *"Ya, bagi saya perlawanan malam ini (kelmarin) sangat sukar. Kami baru sahaja bermain dua hari lepas dan kami kena main tiga perlawanan dalam tempoh seminggu . Siapa yang susun jadual sebegini dan kualiti perlawanan apa yang mereka harapkan?*


           ๐Ÿฅณ *Kuala Lumpur 10 Sep: Bekas juara Piala FA sebanyak tiga kali, Kuala Lumpur City FC (KL City) meneruskan kemaraan ke suku akhir kempen Piala FA apabila mengenepikan Perak FA di pusingan 16 terbaik.*

         *Dalam aksi timbal balik kedua di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras malam semalam, skuad The City Boys diikat Perak tanpa jaringan sepanjang 90 minit permainan.*

         *Begitupun, anak buah Datuk Dollah Salleh tetap meraih slot ke pusingan berikutnya apabila menang secara agregat 1-0 selepas menang di tempat lawan sebelum ini.*

           *Gol di Manjung pada 1 September lalu itu diraih menerusi jaringan Paulo Josue.*


          ๐Ÿ† *Georgetown 10 Sep: Penang FC mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala FA selepas bangkit menundukkan Melaka FC dengan agregat 3-1 pada aksi timbal balik di Stadium Bandaraya, petang semalam.*

          *Kemenangan itu menyaksikan Penang hampir pasti mengulangi skrip musim lalu apabila sekali lagi bakal berdepan juara bertahan, Johor Darul Ta'zim FC (JDT) yang baru membelasah UM Damansara United dengan agregat 14-1 di Stadium Sultan Ibrahim kelmarin.*

           *Ketika perlawanan dilihat seakan berkesudahan 1-1, pemain gantian Penang, Celestine Enzo muncul wira apabila meledak gol kedua pada masa kecederaan sekali gus meranapkan sisa harapan Melaka dalam perjuangan Piala FA musim ini.*


           ๐ŸฆŒ *Kuala Lumpur 10 Sep: Kekangan pendaftaran pemain akibat sekatan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memaksa Kelantan Red Warriors (KRW) mengambil langkah luar biasa apabila terpaksa memanggil semula lapan hingga sembilan pemain yang sebelum ini sudah digugurkan.*

         *Situasi itu didedahkan ketua jurulatih KRW, Irfan Bakti Abu Salim, selepas pasukannya tersingkir daripada saingan Piala FA susulan kekalahan 5-1 kepada Kuching City pada aksi kedua, sekali gus tewas dengan agregat 5-1.*

          *Menurut Irfan, KRW ketika ini hanya mempunyai antara 16 hingga 18 pemain untuk digunakan dan keadaan itu menyebabkan beliau tidak mempunyai banyak pilihan dalam membentuk barisan pasukan bagi menghadapi baki saingan musim ini.*


          ๐Ÿฅณ *SEREMBAN 10 Sep: Kejayaan Kelantan City FC mara ke peringkat suku akhir Piala FA musim ini selepas mengenepikan pasukan dari Liga Super, Negeri Sembilan FC (NSFC) dengan agregat 4-3, pada saingan peringkat 16 pasukan terbaik, ternyata melegakan ketua jurulatih pasukan itu, Alfredo Gonzalez.*

        *Pengendali berasal dari Uruguay itu mengakui tidak menyangka pasukan bimbingannya dapat melepasi halangan berkenaan meskipun tewas tipis, 2-3 pada aksi timbal balik di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.*

           *"Memang tidak menyangka kita mampu melepasi halangan mencabar ini kerana beraksi di tempat lawan, tapi pemain telah tunjukkan persembahan terbaik dan keyakinan tinggi untuk bantu pasukan mara ke peringkat suku akhir.*


           ⭐️ *Alor Setar 10 Sep: Kemaraan Star City FC (SCFC) ke saingan suku akhir Piala FA pada musim ini selepas menewaskan Kedah FA dengan keputusan 2-0 (agregat 4-2) pada saingan pusingan 16 Piala FA di Stadium Tuanku Syed Putra Kangar semalam, melegakan pengendalinya Mehmet Durakovic.*

         *Menurut pengendali skuad The Northern Stars ini, kesungguhan dan penampilan lebih meyakinkan yang ditampilkan pemainnya semalam merupakan faktor penting dalam mengutip kemenangan 2-0 pada aksi kedua selepas seri 2-2 pada aksi pertama pada 2 September lalu.*

          *Sementara itu, Ketua Jurulatih Kedah FA Akmal Rizal Ahmad Rakhli mahu pemainnya kembali bangkit dan kekal fokus bagi meneruskan aksi mereka dalam saingan Liga A1 Semi-Pro musim ini.*


              

*berita penuh sila follow harian metro online*


*#hanipiloiempire*

*#repoterataspokok*

*#hanisofeasupriseandgift*

*#legasisepuluh*

BERITA HARI INI - 10 SEPTEMBER 2026

 *G๐Ÿ…ฐ️RA๐Ÿ…ฟ️AN ๐Ÿ”›9️⃣ ๐Ÿ…ฐ️L_LI๐Ÿ†–GI*


*‎ุจِุณูۡ€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ูฑู„ู„ู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญูۡ€ู…َู€ٰู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ูŠู…ِ*

‎            *ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*


*KHAMIS 10 SEPTEMBER 2026 MASIHI BERSAMAAN 28 RABIUL' AWWAL 1448 HIJRAH* 


*LIVE FROM KAWAN FOOD FROZEN PULAU INDAH KLANG*


*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*


*IMSAK* : *05:49am*

*SUBUH* : *05:59am*

*SYURUK* : *07:06am*

*ZOHOR* : *13:14pm*

*ASAR* : *16:17pm*

*MAGHRIB* : *19:17pm*

*ISYAK* : *20:26pm*


*artikel disiarkan pada tarikh 9 sep*


*harianmetroonline*

*by:hanipiloiempire*

*repoterataspokok*

*since2011*


 *GOA_L DALAM NEGARA*

+=+=+=+=+=+=+=+=+=+



*GOA_L* 1️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan guna kedudukan untuk mendapatkan jawatan pengerusi sebuah syarikat dengan gaji RM690,000, 12 tahun lalu. Abdul Azeez, 60, meminta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.*


*GOA_L* 2️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: "Mommy, daddy balik kan esok? Sofia rindu daddy. Kenapa orang ramai dengan kita." "Sofia, mommy daddy sayang Sofia. Mommy pun masih berharap yang daddy akan balik. Kita kena kuat. Anak-anak mommy semua kuat." Demikian antara luahan pilu isteri kepada juruterbang Kapten Zainol Afiq, Izzati Syamimi di platform Threads selepas mengetahui suaminya antara lima individu yang disahkan meninggal dunia dalam kejadian helikopter terhempas di STOLport Long Lellang, Sarawak, semalam.*


*GOA_L* 3️⃣ *Kota Bharu 9 Sep: "Sebelum berlepas, isteri hubungi beritahu dia akan menaiki helikopter ke kawasan pedalaman. Beberapa jam kemudian saya dihubungi Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan isteri terbabit dalam nahas helikopter dan meninggal dunia," kata Muhammad Faiz Abdul Malik. Muhammad Faiz, 37, adalah suami kepada Dr Ainul Baraah Kamaruddin, salah seorang mangsa yang maut dalam nahas helikopter yang terhempas dan terbakar di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram di sini, petang semalam.*


*GOA_L* 4️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Polis menahan seorang lagi juruterbang warga Malaysia yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan dadah susulan penahanan seorang pembantu juruterbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, yang membawa dadah bernilai kira-kira RM45 juta. Suspek terbaharu berusia lingkungan 30-an itu ditahan di sekitar Lembah Klang dua hari lalu, sekali gus menjadikan tujuh individu ditahan di Malaysia berhubung kes berkenaan.*


*GOA_L* 5️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, kekal dalam tahanan polis sehingga esok selepas mahkamah mengeluarkan perintah reman selama dua hari terhadapnya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Peguamnya, Datuk Amer Hamzah Arshad berkata, Abdul Azeez, 60, perlu mematuhi perintah reman itu walaupun sudah diberikan ikat jamin sebanyak RM450,000 dengan dua orang penjamin tempatan berkaitan pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).*


*GOA_L* 6️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Lelaki yang ditembak mati polis dalam satu operasi di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini dipercayai dalang utama sindiket pemprosesan dadah berskala besar yang ditumpaskan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bulan lalu. Pengarah JSJN, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati lelaki berkenaan mengetuai sindiket makmal haram itu, yang mampu menghasilkan dadah dianggarkan bernilai RM2.4 bilion.*


*GOA_L* 7️⃣ *Batu Pahat 9 Sep: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menaikkan jumlah ikat jamin daripada RM3,000 kepada RM30,000 terhadap seorang lelaki yang dituduh memandu secara mabuk. Ia berikutan tertuduh, Tan Bing Lee, 44, gagal hadir bagi prosiding sebutan kes terhadapnya sebanyak enam kali.*


*GOA_L* 8️⃣ *SANDAKAN 9 Sep: Empat maut dalam kemalangan membabitkan kereta model Proton Saga yang bertembung dengan sebuah lori di Jalan Telupid-Sandakan, di sini. Dalam kejadian jam 7.30 pagi tadi, identiti semua mangsa bagaimanapun masih belum diperolehi.*


*GOA_L* 9️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Belum hilang dari ingatan, detik pasukan penyelamat melaungkan azan dan lafaz syahadah ketika menemukan jasad Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa, Selangor pada 26 Mei lalu, tetapi kini anggota terbabit pula hilang di Nepal. Pendaki profesional dan anggota Pasukan Khas, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, 44, sehingga kini masih gagal dihubungi selepas bencana banjir besar melanda Nepal pada 26 Ogos lalu.*


*GOA_L* ๐Ÿ”Ÿ *Johor Bahru 9 Sep: Selepas tujuh tahun, 171 mangsa pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, mendapat pembelaan apabila Mahkamah Tinggi Sivil di sini, hari ini, memutuskan semua plaintif itu menang dalam saman sivil terhadap empat defendan. Hakim Manira Mohd Nor membuat keputusan itu sebelum mengarahkan empat defendan berkenaan iaitu sebuah kilang pemprosesan tayar terpakai, P Tech Resources Sdn Bhd; dua pengarah syarikat yang juga warga Singapura, Wang Jing Chao, 41, dan Yap Yoke Liang, 43 serta seorang pemandu lori, N Maridass, 42, untuk membayar kos guaman sebanyak RM100,000 kepada semua plaintif.*


*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Klang 9 Sep: Warga asing disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) bertempiaran lari sebaik melihat tiga trak 'black maria' Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor yang melaksanakan Op Sasar masuk ke satu kawasan di Pelabuhan Klang di sini, hari ini. Timbalan Pengarah Imigresen Selangor (Kawalan), Mohamad Khusairi Kamarudin berkata operasi itu dilakukan ke atas dua premis yang menyaksikan seramai 210 warga asing diperiksa.*


*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak terus 'hanyut' dengan kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, baru-baru ini. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kemenangan itu tidak bermakna parti itu dan Barisan Nasional (BN) akan terus menang pada pilihan raya akan datang, sebaliknya parti perlu terus bekerja keras bagi meyakinkan rakyat serta memperbaiki segala kelemahan yang ada.*


*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Kuala Krai 9 Sep: Seorang warga emas meninggal dunia selepas diserang gajah ketika mencari lembu yang baru dibelinya dan hilang di kawasan Ladang Lepan Kabu, di sini, jam 3.30 petang tadi. Mangsa, Ghazali Setapa, 66, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Anaknya, Muhammad Jawal Ghazali, 25, berkata, sebelum kejadian, dia dimaklumkan bapanya pergi ke kawasan ladang berkenaan untuk mencari lembu yang hilang.*


*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Putrajaya 9 Sep: Pihak pendakwaan telah memfailkan permohonan untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Datin Seri Rosmah Mansor mengemukakan bukti tambahan dalam rayuan kes rasuah projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion. Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah mengesahkan bahawa permohonan itu telah difailkan di Mahkamah Rayuan semalam.*


*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Memperkukuh solidariti, memperkemas gerak kerja jentera dan terus mendekati rakyat menjadi mesej teras Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sesi taklimat hari ini dalam memastikan kebangkitan semula parti itu pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Ahmad Zahid menggesa anggota parti supaya mensyukuri kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, namun tidak menjadikannya alasan untuk berasa selesa.*


*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Putrajaya 9 Sep: Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin serta dua lagi untuk membayar ganti rugi RM50,000 kepada Lim Guan Eng kerana memfitnah penasihat DAP itu. Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan Datuk Amarjeet Singh membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan Zuraida, editor MalaysiaNow Muhammad Abd Ar-Rahman Koya serta MNow Media Sdn Bhd.*


*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Kota Kinabalu 9 Sep: Mangsa kebakaran membabitkan tiga kampung di kawasan Numbak, di sini boleh membina semula rumah di kawasan berkenaan, namun hanya mereka yang benar-benar layak dibenarkan berbuat demikian.

Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata DBKK bersama dengan kerajaan negeri kini sedang menyusun semula kawasan itu supaya pembinaan rumah dapat dilakukan mengikut plot yang lebih teratur.*


*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat perkapalan akan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, esok. Berdasarkan semakan sistem mahkamah, lelaki berusia 60-an bergelar Datuk itu akan dituduh di hadapan Hakim Suzana Hussin pada jam 9 pagi.*


*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Shah Alam 9 Sep: Seramai 1,155 pekerja warga asing disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi serbuan Ops Sasar yang dijalankan di 40 lokasi seluruh negara, hari ini. Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Putrajaya Datuk Basri Othman berkata, 2,254 individu termasuk warga tempatan diperiksa menerusi operasi besar-besaran itu dalam usaha membanteras isu pekerja PATI.*


*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Dua pemimpin UMNO menafikan berada dalam mesyuarat yang dikaitkan dengan dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, menandatangani surat pengisytiharan menyingkirkan Tuanku Muhriz Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Penafian itu dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said.*


*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Polis menahan lima individu termasuk bekas pengerusi dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH), semalam bagi membantu siasatan kes melibatkan institusi berkenaan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata daripada jumlah itu, tiga individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu pembayaran hibah TH pada 2017.*


*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Kuantan 9 Sep: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Maran sedang menjalankan siasatan lanjut punca kematian penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM), Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal. Fadhlan Fakhry meninggal dunia pada 5 September lalu selepas rebah ketika menyertai acara lasak Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 di UiTM Kampus Jengka, Pahang.*


*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Nibong Tebal 9 Sep: Bau busuk dari sebuah rumah di Taman Seri Bistari di sini membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki dalam tangki kumbahan hari ini. Polis sebelum ini menerima laporan orang hilang daripada keluarga mangsa di daerah Seberang Perai Tengah. Mangsa, yang dipercayai berusia lingkungan 50-an, ditemukan dengan tangan dan kaki terikat di dalam tangki kumbahan di belakang sebuah rumah teres setingkat di Lorong 7, berhampiran dapur.*


*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Seorang penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya cedera selepas motosikal dinaiki mereka terbabas dan bergesel dengan besi penghadang di KM 47.1 Jalan Cyberjaya-Putrajaya, dekat sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang menerima maklumat mengenai kemalangan itu kira-kira jam 7.32 pagi.*


*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Sebanyak 8.5 juta atau 87.6 peratus pekerja kekal menyertai Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, angka itu mencerminkan keyakinan pekerja terhadap perlindungan yang diperluas di luar waktu bekerja terutama bagi menghadapi risiko kemalangan yang boleh berlaku pada bila-bila masa.*


*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong penuh cadangan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail, supaya kerajaan segera meminda undang-undang lapuk dan mengenakan hukuman lebih berat termasuk sebat serta penjara lebih lama terhadap penjenayah penipuan dalam talian (scammer). Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, langkah drastik itu amat perlu bagi membendung sindiket penipuan siber yang semakin berleluasa sehingga menyebabkan rakyat mengalami kerugian kewangan yang besar setiap hari.*


*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang didakwa di mahkamah, hari ini, memilih sendiri untuk memakai pakaian lokap berwarna ungu. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pegawainya dan pegawai polis yang mengiringi Azeez sudah menasihati beliau untuk menukar pakaian lokap Polis Diraja Malaysia (PDRM) sewaktu hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.*


*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Bandar Baharu 9 Sep: Kewujudan ladang ternakan ayam di Serdang di sini, didakwa menjadi punca gangguan lalat luar biasa dan bau busuk melampau terhadap lebih 2,000 penduduk sekitar. Susulan itu pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah itu.*


*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Kuching 9 Sep: Kerajaan Sarawak menyalurkan sumbangan RM100,000 kepada setiap keluarga petugas Perkhidmatan Doktor Udara (Flying Doctor Service - FDS) yang terkorban dalam nahas helikopter berhampiran Long Lellang, Ulu Baram, semalam. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, turut bersetuju kerajaan negeri menanggung sepenuhnya yuran pendidikan anak-anak petugas yang terkorban dan masih bersekolah melalui Yayasan Sarawak.*


*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Kota Kinabalu 9 Sep: Pakar Perunding Psikiatri Forensik, Dr Chua Sze Hung memberitahu Mahkamah Koroner di sini, hari ini, beliau turut mengambil kira aspek positif dalam diari Allahyarham Zara Qairina Mahathir ketika membuat penilaiannya. Dr Sze Hung iaitu saksi yang dipanggil semula, berkata terdapat beberapa catatan mengenai interaksi kasual antara Allahyarham dan rakan-rakannya.*



*berita penuh sila follow harian metro online*


*#hanipiloiempire*

*#repoterataspokok*

*#hanisofeasupriseandgift*

*#legasisepuluh*


            

*GOA_L LUAR NEGARA*

=+=+=+=+=+=+=+=+=



             ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ธ *Washington 9 Sep: Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan ke atas beberapa syarikat penerbangan utama Iran sebagai sebahagian daripada perang terhadap negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).*

          *Jabatan Perbendaharaan AS pada Selasa mengumumkan langkah baharu yang menyasarkan syarikat penerbangan milik kerajaan dan swasta, dengan menambah 27 syarikat penerbangan Iran ke dalam senarai sekatannya.*

            *Antaranya Kish Airlines, Iran Air Tour dan ATA Airlines.*

           *Beberapa syarikat penerbangan terbesar Iran termasuk Mahan Air, Iran Air dan Meraj Air sebelum ini telah dikenakan sekatan AS.*


             ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ธ *Washington 9 Sep: Peta kontroversi Amerika Utara yang dikongsi Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di platform Truth Social mencetuskan kemarahan di Iceland, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).*

           *Menteri Luar negara itu Thorgerdur Katrรญn Gunnarsdottir, memanggil Duta AS pada Isnin, menurut jurucakap kementerian kepada dpa. Beliau berkata pihak AS telah dimaklumkan "dengan jelas" bahawa imej itu "sama sekali tidak wajar".*

           *Pada Isnin, Trump memuat naik peta Amerika Utara yang antara lain menunjukkan, antara lain, Kanada, Greenland, Mexico, Cuba dan Iceland di bawah bendera AS. Hanya satu nama negara tertera pada peta itu, iaitu AS. Trump tidak menyertakan sebarang ulasan bertulis pada peta berkenaan.*

           *Trump yang merupakan anggota Parti Republikan berulang kali menyuarakan idea untuk mengilhakkan negara dan pulau lain.*


             ๐Ÿด๓ ง๓ ข๓ ฅ๓ ฎ๓ ง๓ ฟ *London 9 Sep: Pelancong di United Kingdom (UK) berdepan lebih banyak kesulitan hari ini apabila lebih 150 penerbangan di seluruh negara dibatalkan, dengan perkhidmatan kawalan trafik udara Britain bergelut memulihkan operasi selepas gangguan teknikal yang mencetuskan kekacauan perjalanan.*

           *Laman penjejakan pesawat FlightRadar24 melaporkan, 177 penerbangan yang dijadualkan hari ini sudah dibatalkan susulan 1,300 pembatalan penerbangan dari dan ke lapangan terbang UK, semalam.*

         *Hampir semua penerbangan yang dibatalkan hari ini membabitkan Lapangan Terbang Heathrow di London, menurut FlightRadar24 menerusi platform X.*

          *National Air Traffic Services (NATS) berkata, usaha masih diteruskan untuk membantu syarikat penerbangan dan lapangan terbang memulihkan operasi susulan gangguan itu.*


            ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ด *Armenia, Colombia 9 Sep: Seorang wanita berusia 67 tahun mendakwa berjaya membeli dua rumah hasil perniagaan menjual 'gosip' di kawasan kejiranannya.*

         *Dalam temubual di media sosial bersama Lady Daniella, Miryam berkongsi kejayaannya dalam perniagaan itu dan menggelar dirinya sebagai profesional 'chismosa' - istilah Sepanyol bagi kaki gosip wanita.*

         *Menurut laporan Gulf Today, Miryam yang menetap di bandar Armenia, wilayah Quindio, barat Colombia mengenakan bayaran kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kehidupan peribadi jiran mereka.*

         *Dia menjadikan aktiviti memantau apa yang berlaku di sekelilingnya sebagai satu perniagaan, sama ada masalah hubungan dan dakwaan kecurangan hinggalah pertengkaran serta kejadian harian di kawasan kejiranan.*


             ๐Ÿ‡ฆ๐Ÿ‡บ *Canberra 9 Sep: Pengguna media sosial di Australia akan diberi pilihan untuk tidak menggunakan algoritma di bawah undang-undang yang dicadangkan kerajaan pada Selasa, yang akan memberi pengguna lebih kawalan terhadap kandungan pada paparan media sosial mereka, lapor Associated Press (AP).*

          *"Kami akan mewajibkan platform media sosial menyediakan alat yang memberi pengguna berusia 16 tahun ke atas kuasa untuk membuat pilihan sebenar dan berterusan mengenai apa yang mereka lihat di paparan masing-masing," kata Perdana Menteri Anthony Albanese kepada pemberita di Canberra.*

          *Undang-undang yang dicadangkan itu turut akan melindungi kanak-kanak daripada kandungan yang mempromosikan gangguan pemakanan, pandangan bermusuhan terhadap wanita, pornografi, jenayah, aksi berbahaya serta kandungan yang menyebabkan tekanan kesihatan mental yang serius.*


            ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฆ *Riyadh 9 Sep: Houthi yang disokong Iran dari Yaman menyerang empat bandar di Arab Saudi, menyebabkan 73 orang termasuk wanita dan kanak-kanak cedera serta beberapa kemudahan minyak terbakar.*

          *Arab Saudi berkata, negara itu akan mengambil semua langkah yang diperlukan untuk mempertahankan kedaulatannya susulan serangan pada waktu malam yang dilaporkan membabitkan puluhan dron dan peluru berpandu.*

           *Difahamkan, serangan itu menyasarkan beberapa kemudahan minyak di bahagian selatan Arab Saudi termasuk kemudahan Aramco di Jizan, selain pangkalan udara di Khamis Mushait dan sasaran milik syarikat minyak kerajaan di Abha serta Najran.*


            ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ *Jakarta 9 Sep: Lima petugas media Indonesia dilaporkan terputus hubungan ketika membuat liputan mengenai aktiviti letusan Gunung Anak Krakatau di sekitar Pulau Sebesi, Lampung, selatan Sumatera, tidak jauh dari gunung berapi itu, hari ini.*

         *Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Banten Al Amrad berkata pasukan SAR gabungan masih menjalankan operasi pencarian secara intensif bagi mengesan kesemua petugas media berkenaan.*

           *"Sehingga kini, pasukan SAR masih mencari kelima-lima petugas media yang terputus hubungan. Sehingga malam ini, belum ada maklumat mengenai penemuan mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.*


            ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ *Jakarta 9 Sep: Polis Negara Indonesia (Polri) menggerakkan unit khas bersama Agensi Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) bagi memperhebatkan operasi mencari sekumpulan petugas media yang hilang selepas bot dinaiki mereka terputus hubungan ketika membuat liputan letusan Gunung Anak Krakatau, lapor Antara.*

          *Difahamkan kumpulan itu membabitkan jurugambar Antara, M Bagus Khoirunnas, Arie Basuki (Merdeka), Yudhistira (iNews), Daus (Anadolu Agency), jurugambar bebas Donal Husni serta dua lagi individu yang identitinya masih disahkan pihak berkuasa.*    

           *Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Negara, Inspektor Jeneral Johnny Eddizon Isir berkata, pihaknya komited memberikan sokongan operasi sepenuhnya bagi mengesan semua kru yang hilang.*


            ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ *Jakarta 9 Sep: Letusan Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda mencetuskan pembelian panik pelitup muka dalam kalangan masyarakat apabila permintaannya meningkat hingga bekalan di beberapa premis dilaporkan berkurangan dan harga melonjak dalam tempoh singkat.*

         *Kompas melaporkan, keadaan itu antaranya dialami Diva, penduduk Kranggan, Bekasi yang membuat pesanan pelitup muka secara dalam talian menggunakan khidmat penghantaran ekspres pada waktu malam.*

          *Ketika membuat pesanan, harga pelitup muka yang mahu dibelinya masih sekitar Rp15,000 (RM3.48), namun pesanan berkenaan dibatalkan secara tiba-tiba pada keesokan harinya.*

           *Apabila cuba membuat pesanan semula, harga pelitup muka sama meningkat kepada sekitar Rp50,000 (RM11.60) bagi satu peket mengandungi 50 keping.*



*berita penuh sila follow harian metro online*


*#hanipiloiempire*

*#repoterataspokok*

*#hanisofeasupriseandgift*

*#legasisepuluh*



*GOA_L MEDSOS, POPULAR*

+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+



           ๐Ÿ˜” *Kuala Lumpur 9 Sep: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan dukacita susulan insiden nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang membawa empat petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seorang juruterbang berhampiran Long Lellang, Sarawak, petang semalam.*

          *Anwar memaklumkan bahawa beliau telah menghubungi bapa kepada Kapten Zainol Afiq Bee Sham bagi menyampaikan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.*

          *Zainol, 31 merupakan antara lima individu termasuk juruterbang, yang dilaporkan menaiki helikopter yang terhempas berhampiran Short Takeoff and Landing Port (STOLport) Long Lellang, Sarawak pada petang semalam.*

           *Menurut Anwar, kenangan ketika Allahyarham bertanggungjawab menerbangkannya sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022 amat menyentuh perasaannya.*


           ๐Ÿ“ *Seremban 9 Sep: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menegaskan bahawa dokumen Surat Cara Proklamasi bagi menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang beliau tandatangani seperti tular dibuat tanpa rela hati dan dilakukan secara paksaan.*

         *Beliau berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis kira-kira jam 6 petang semalam bagi membolehkan siasatan dijalankan pihak berkuasa.*

          *"Saya ingin menjelaskan bahawa Surat Cara (Proklamasi) itu telah saya tandatangani tanpa rela hati dan secara paksaan (duress).*

           *"Saya sekali lagi menzahirkan sokongan penuh serta taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai satu-satunya Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, yang sah dan berdaulat," katanya.*


           ๐Ÿข *Gombak 9 Sep: Sampah sarap bertaburan, kesan sirih di merata tempat, bangunan lusuh dan kemudahan taman permainan kanak-kanak rosak.*

          *Begitulah keadaan keadaan Flat Taman Desa Bakti atau lebih dikenali sebagai Flat Columbia, di sini.*  

         *Flat berkenaan yang didakwa menjadi antara kawasan penempatan warga asing, kini semakin padat dengan kehadiran warga asing khususnya membabitkan warga Myanmar terutama Rohingya serta Bangladesh sehingga penduduk tempatan dikatakan kini menjadi golongan minoriti di situ.*

           *Seorang penduduk tempatan yang enggan dikenali berkata, dia sudah lebih 10 tahun menetap di flat berkenaan dan kehadiran warga asing di situ bukan perkara baharu.*

           *"Kalau dibiarkan, keadaan flat ini akan jadi semakin teruk," katanya.*

           *Sementara itu, Harian Metro sedang mendapatkan maklum balas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan pihak berkuasa tempatan berhubung isu ini, namun tiada sebarang maklum balas diterima setakat ini.*


            ๐ŸŒ‹ *Jakarta 9 Sep: Gunung Anak Krakatau kembali meletus awal hari ini ketika aktiviti gunung berapi yang terletak di Selat Sunda itu terus berlanjutan susulan beberapa letusan baru-baru ini.*

         *Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) memaklumkan letusan berlaku pada 12.47 pagi waktu tempatan dan direkodkan selama 28 saat dengan amplitud seismik maksimum 51 milimeter, manakala ketinggian letusan tidak dapat diperhatikan.*

          *Sementara itu, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) berkata, analisis imej satelit Himawari-9 pada 7 pagi Rabu menunjukkan abu gunung berapi dari Anak Krakatau mencapai ketinggian sehingga 7,000 kaki dan bergerak ke arah barat laut, meliputi sebahagian Teluk Lampung.*


            ๐Ÿค‘ *Singapura 9 Sep: Gaji menteri di Singapura yang antara tertinggi di dunia akan dinaikkan mulai 15 Oktober ini, menjadikan gaji tahunan Perdana Menterinya, Lawrence Wong kepada S$3.6 juta (kira-kira RM11.56 juta).*

          *Ia peningkatan 64 peratus berbanding S$2.2 juta (kira-kira RM7.06 juta) sebelum ini.*

          *Singapura membayar gaji yang tinggi kepada pemimpin politiknya untuk menarik bakat dan mencegah rasuah, namun isu itu agak sensitif disebabkan pekerja dengan gaji median memperoleh S$5,775 (kira-kira RM 18,537.75) sebulan pada 2025.*

           *Wong mengakui perkara itu agak sensitif dalam ucapannya di Parlimen dengan berkata, gaji politik adalah topik yang sukar dan menimbulkan emosi.*


          ๐Ÿ˜ฑ *Bhavnagar, India 9 Sep: Tindakan polis di Gujarat, India memukul suspek pembunuhan dengan kayu di khalayak ramai didakwa bertujuan untuk menimbulkan rasa takut dalam kalangan penjenayah.*

          *Bagaimanapun tindakan mengundang kemarahan dan mencetuskan persoalan mengenai layanan terhadap suspek dalam tahanan.*

          *Video kejadian yang tular di media sosial menunjukkan Lakhani, 20, diikat dengan tali dan dibawa polis mengelilingi kawasan terminal bas. Dia kemudian didakwa dipukul menggunakan kayu ketika ditahan pada kenderaan peronda, tiang dan dinding di situ dalam proses pembinaan semula tempat kejadian.*

          *Kejadian dipercayai berlaku selepas Lakhani didakwa menyerang Kajal dan seorang rakan mereka, Ravi pada 3 Sept lalu kerana menuduh mereka menjalin hubungan sulit ketika dia dipenjara atas kesalahan lain.*

             


*berita penuh sila follow harian metro online*


*#hanipiloiempire*

*#repoterataspokok*

*#hanisofeasupriseandgift*

*#legasisepuluh*

                 


*GOA_L ARENA SUKAN*

+=+=+=+=+=+=+=+=+=



            ๐Ÿคด๐Ÿผ *Barcelona 9 Sep: Bintang Barcelona, Lamine Yamal menegaskan dia tidak akan merayu untuk memenangi anugerah Ballon d'Or selepas membantu Sepanyol menjulang Piala Dunia dan Barcelona mengekalkan kejuaraan La Liga.*

        *Semalam, bintang Real Madrid, Kylian Mbappe mengemukakan hujahnya untuk memenangi anugerah itu selepas meraih Kasut Emas Piala Dunia, selain muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman kejohanan berkenaan.*

          *Yamal, 19, percaya dia mempamerkan prestasi terbaik sepanjang musim ketika membantu kelab dan negaranya meraih trofi, namun menyerahkan kepada orang lain untuk menentukan sama ada dia layak memenangi anugerah berkenaan.*

          *"Saya rasa tidak perlu berkempen untuknya. Saya tidak memikirkan apa yang saya layak terima kerana semua orang boleh membuat penilaian masing-masing.*


            ๐Ÿ˜‡ *Porto 9 Sep: Erling Haaland meledak dua gol ketika Manchester City membuka kempen Liga Juara-Juara dengan kemenangan 2-0 ke atas Porto, awal pagi tadi.*

          *Tiga percubaan Haaland dinafikan oleh aksi cemerlang penjaga gol Porto, Diogo Costa pada separuh masa pertama, namun penyerang Norway itu akhirnya tidak dapat disekat pada awal babak kedua apabila tandukannya menerjah penjuru bawah gawang.*

         *Porto terus memberi tekanan dan memaksa gergasi England itu bertahan sepanjang separuh masa kedua, namun kekurangan kualiti penyudah menyebabkan mereka gagal menghukum Manchester City yang melakukan beberapa kesilapan mudah.*

         *Haaland kemudian menunjukkan perbezaan kelas antara kedua-dua pasukan apabila tenang menyudahkan peluang ke penjuru bawah gawang lawan pada masa kecederaan untuk menjaringkan gol ke-167 bersama City, sekali gus muncul penjaring gol ketiga terbanyak sepanjang zaman kelab itu.*


            ๐Ÿคฉ *London 9 Sep: Newcastle United mara ke pusingan keempat Piala Liga selepas gol lewat Joe Willock membantu mereka mencatat kemenangan 1-0 ke atas Millwall dalam aksi pusingan ketiga, awal pagi tadi.*

        *Skuad kendalian Matthias Jaissle itu hampir sahaja ketinggalan pada penghujung perlawanan di The Den apabila penyerang Millwall, Tairyk Arconte melepaskan rembatan yang terkena tiang.*

         *Namun, Newcastle memanfaatkan peluang selepas terselamat daripada detik cemas itu untuk mencuri kemenangan pada minit ke-81.*


            ๐Ÿฅณ *Sunderland 9 Sep: Pemain Maghribi, Chemsdine Talbi muncul wira apabila jaringannya membantu Sunderland menewaskan pencabar Liga Perdana Inggeris (EPL), Hull City, 1-0 untuk mara ke pusingan 16 terbaik Piala Liga, awal pagi tadi.*

          *Talbi menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-71 apabila melakukan lambungan melepasi penjaga gol, Dillon Phillips, dalam satu-satunya aksi malam itu yang menemukan dua pasukan dari liga tertinggi England.*

           *Bournemouth pula mencatat kemenangan lebih besar apabila membelasah kelab divisyen dua, Lincoln City, 4-0 di Stadium Vitality, dengan Ryan Christie meledak hatrik dalam kemenangan kompetitif pertama di bawah pengendali baharu, Marco Rose.*


           ๐Ÿคจ *Bruges 9 Sep: Unai Emery menyifatkan Aston Villa sudah mengambil 'satu langkah besar ke hadapan' selepas meraih kemenangan pertama musim ini menerusi kejayaan 3-2 ke atas Club Brugge dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.*

         *Skuad kendalian Emery sebelum ini melalui permulaan hambar dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tempoh pramusim yang bergelora susulan pemergian beberapa tonggak yang membantu mereka menjuarai Liga Europa musim lalu.* 

             *Namun, aksi pembukaan fasa liga kejohanan kelab elit Eropah itu menjadi tonik terbaik buat Villa apabila mereka akhirnya mencatat kemenangan pertama musim ini.*


           ๐Ÿ˜Ž *Madrid 9 Sep: Jose Mourinho membimbing Real Madrid memulakan kempen Liga Juara-Juara Eropah dengan kemenangan 2-1 ke atas bekas kelabnya, Inter Milan, dalam aksi sengit di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.*

        *Juara Eropah 15 kali itu mendahului dua gol menerusi Kylian Mbappe dan Fede Valverde pada babak pertama hasil dua kesilapan pemain Inter.* 

        *Mourinho pernah membawa Inter menjulang Liga Juara-Juara pada tahun 2010 di stadium sama, sebelum menyertai Real Madrid bagi penggal pertamanya sebagai pengendali beberapa hari kemudian.*


            ๐Ÿคฉ *Munich 9 Sep: Bayern Munich menjadikan Liga Juara-Juara Eropah sebagai sasaran utama musim ini selepas beberapa kali hampir menjulang trofi berprestij itu, dengan Harry Kane menegaskan 'ia perlu jadi tahun kami'.*

          *Bayern tersingkir dengan penuh kekecewaan kepada Paris Saint-Germain (PSG), yang kemudian muncul juara, dalam aksi separuh akhir musim lalu.*

          *PSG memenangi aksi pertama yang sengit 5-4 sebelum mengikat Bayern 1-1 pada aksi kedua di Munich untuk mara ke final, sebelum menewaskan Arsenal menerusi penentuan penalti bagi merangkul kejuaraan kedua berturut-turut.*

          *Bayern memulakan cabaran memburu Piala Eropah ketujuh apabila melayan kelab Norway, Bodo/Glimt, di laman sendiri pada Jumaat ini.*


          ๐Ÿ‘‘ *Madrid 9 Sep: Lionel Messi dilaporkan semakin hampir memuktamadkan perjanjian untuk membeli kelab divisyen dua Sepanyol, CD Eldense, sekali gus menambah portfolio pemilikan kelab bola sepaknya.*

          *Menurut beberapa laporan di Sepanyol, Messi sudah mencapai persetujuan secara prinsip untuk membeli semua saham yang dimiliki pemegang saham majoriti, TH Soluciones Group SAS, dengan pengumuman rasmi dijangka dibuat dalam beberapa hari lagi.*

           *Eldense berpangkalan di Elda, sebuah bandar dengan kira-kira 55,000 penduduk di wilayah Alicante, timur Sepanyol.*

           *Kelab itu menghabiskan sebahagian besar sejarah mereka dalam divisyen rendah bola sepak Sepanyol, namun hasil pelaburan baharu, mereka beraksi dalam divisyen kedua bagi tiga daripada empat musim terakhir.*


          ๐Ÿ *Misano 9 Sep: Jorge Martin percaya kedudukan sebagai pendahulu kejuaraan MotoGP pada tahap sekarang memang penting, tetapi dia tidak mahu terlalu memikirkannya ketika ini.*

         *Pelumba Aprilia itu kini memiliki kelebihan 19 mata ke atas Marc Marquez dalam kedudukan keseluruhan menjelang Grand Prix (GP) San Marino.*

         *Martin mula mendahului kejuaraan selepas GP Belanda dan kekal di tangga teratas sejak itu.*

          *Bagaimanapun, kelebihan terbesar juara MotoGP 2024 itu ialah 31 mata, yang dicatat sejurus selepas GP Britain.*


          ๐ŸŽ️ *London 9 Sep: Kimi Antonelli adalah satu fenomena dan berada di landasan tepat untuk menjadi juara dunia Formula Satu (F1) termuda pada usia 20 tahun.*

         *Namun ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff melihat pelumba Itali itu sebagai pembawa panji generasi baharu yang lebih bersedia berbanding sebelumnya untuk mencapai kejayaan.*

         *Ketika ditanya di Monza sama ada kereta F1 2026 yang memiliki elemen elektrik lebih besar serta ciri-ciri yang memerlukan pendekatan pemanduan baharu menjadi antara faktor di sebalik peningkatan mendadak Antonelli sebagai bakat luar biasa, Wolff mengakui perkara itu menarik untuk diberi perhatian.*


          ๐Ÿšต๐Ÿฝ‍♀️ *Palos de la Frontera 9 Sep: Matthew Brennan memecut lalu pada peringkat ke-16 Vuelta a Espana, semalam, sekali gus meraih kemenangan peringkat keempatnya dalam perlumbaan berbasikal berprestij itu.*

         *Pelumba Britain daripada pasukan Visma Lease-a-Bike itu menerima bantuan hebat daripada rakan sepasukannya, Wout van Aert, sebelum melintasi garisan penamat di depan Bryan Coquard dan Vito Braet di Palos de la Frontera, selatan-barat Sepanyol.*

         *Pelumba Sepanyol daripada pasukan Movistar, Enric Mas, mengekalkan kelebihan dua minit enam saat dalam klasifikasi keseluruhan ke atas Felix Gall, manakala Primoz Roglic ketinggalan empat saat lagi di tempat ketiga.*


          ๐ŸŽพ *New York 9 Sep: Juara bertahan dua kali, Aryna Sabalenka bangkit daripada ketinggalan satu break pada set penentuan sebelum menewaskan Linda Noskova 7-6 (7-1), 3-6, 7-6 (10-7) untuk mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS), awal pagi tadi.*

           *Aryna sebelum ini tidak kehilangan sebarang set untuk mara ke suku akhir, namun dia terpaksa mengerah segala kekuatan bagi menahan asakan pilihan keenam, Linda dalam pertembungan sengit di Stadium Arthur Armstrong.*

           *"Perlawanan yang luar biasa. Saya memaksa diri hingga ke had maksimum, terutama pada set ketiga.*


          ๐Ÿš€ *Kuala Lumpur 9 Sep: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tampak akan terus menabur bakti buat kontinjen negara selepas beliau dijangka menyertai temasya Sukan Asia 2026 Aichi-Nagoya, bulan ini.*

          *Perkembangan itu disahkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin pada sidang media pengumuman sasaran pingat bagi Sukan Asia 2026 dan Sukan Para Asia 2026 di MSN, hari ini.*   

          *"Ya, Azizulhasni ada dalam senarai (ke Sukan Asia 2026). Nama beliau sudah ada dalam senarai dan sekarang beliau pun berada dalam kes fasa akhir di Brisbane bersama pasukan kebangsaan untuk ke Sukan Asia," kata Jefri secara ringkas.*


          ๐Ÿธ *Kuala Lumpur 9 Sep: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah perlu kembali berani melepaskan pukulan smash sebagai sebahagian daripada strategi permainan jika mahu terus dihormati dan kembali ke tahap terbaik, kata legenda badminton negara, Datuk Seri Jalani Sidek.*

          *Pemenang pingat gangsa Olimpik itu berkata, kecenderungan untuk mengurangkan serangan ketika berdepan lawan berpengalaman hanya akan menyebabkan corak permainan Pearly-Thinaah mudah dibaca, sekali gus memberi kelebihan kepada pihak lawan.*

          *"Apabila mereka sudah kurang tenaga, mereka tidak mahu smash dan hanya mahu bermain. Bagi saya itu bukan strategi. Dengan pemain yang ada pengalaman dan kuasa, suka atau tidak, mereka kena smash walaupun smash itu tidak kuat kerana ia sebahagian daripada strategi.*


           ๐Ÿธ *Kuala Lumpur 9 Sep: Pasangan beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tidak mahu sekadar melengkapkan saingan di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 apabila pasangan beregu lelaki nombor enam dunia itu menyasarkan pingat emas di Jepun.*

        *Nur Izzuddin berkata, meskipun bakal berdepan barisan beregu terbaik dunia, prestasi konsisten sepanjang musim ini memberi keyakinan untuk mereka meletakkan sasaran tinggi pada temasya yang berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober itu.*

           *"Saya rasa kami mempunyai peluang yang baik walaupun banyak lawan kuat di Sukan Asia, tetapi kami meletakkan sasaran tinggi. Sudah tentu kami memburu emas," katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), hari ini.*

         *Sze Fei-Nur Izzuddin hadir ke Aichi-Nagoya dengan prestasi meyakinkan selepas menjuarai Terbuka Indonesia berstatus Super 1000 dan Masters Indonesia (Super 500) tahun ini, selain mara ke suku akhir Kejohanan Dunia di New Delhi bulan lalu.*


            ๐Ÿธ *Kuala Lumpur 9 Sep: Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi mengakui sudah lama melihat potensi besar dimiliki Aaron Tai, malah pertukaran pasangan yang dilakukannya ketika ini bertujuan memberi peluang kepada pemain muda itu membuktikan kemampuan bersama gandingan berbeza.*

         *Jelas Herry, beliau ingin menggunakan kelebihan yang ada pada Aaron itu dengan sebaik mungkin dan cuba mencari pasangan yang boleh membentuk corak permainan lebih baik ketika beraksi di gelanggang dan sebab itu, dia boleh beraksi dengan baik semasa digandingkan dengan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.*

         *Justeru, keputusan memisahkan Aaron daripada Kang Khai Xing dibuat bagi melihat variasi permainan kedua-dua pemain, selain memberi peluang kepada mereka merasai pengalaman beraksi dengan pasangan lain dalam kejohanan kompetitif.*


             ๐ŸŒŠ *Kuala Lumpur 9 Sep: Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 terus memantau perkembangan cuaca buruk dan banjir yang melanda beberapa kawasan di Jepun bagi memastikan keselamatan atlet serta pegawai negara terjamin.*

         *Timbalan Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia, Mohamad Azlan Iskandar berkata, pihaknya sentiasa berhubung dengan pasukan Sukan Asia di Jepun untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai keadaan di lapangan.*

        *"Kita pagi ini memang dapat kemas kini dan sentiasa berhubung dengan pasukan Sukan Asia di sana. Kita akan terus mendapat perkembangan sepanjang hari, tetapi masih terlalu awal dan kita perlu menilai keadaan di lapangan," katanya ketika lawatan ke Akademi Badminton Malaysia (ABM), hari ini.*


             ๐Ÿฏ *Kuala Lumpur 9 Sep: Dakwaan wujudnya 'budaya angguk' dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disifatkan tidak menggambarkan realiti proses perbincangan dan pembuatan keputusan yang berlaku dalam badan induk bola sepak negara itu.*

           *Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata, setiap ahli gabungan FAM mempunyai ruang untuk mengemukakan pandangan, cadangan dan persoalan, termasuk menyatakan perbezaan pendapat dalam mesyuarat serta perbincangan yang diadakan.*

           *Bekas Naib Presiden FAM itu menjelaskan, keputusan yang dicapai selepas melalui proses perbincangan tidak seharusnya dilabel sebagai 'budaya angguk'.*

            *"Dalam mesyuarat dan perbincangan FAM, setiap ahli diberikan ruang untuk menyuarakan pandangan, mengemukakan cadangan, bertanya soalan dan menyatakan perbezaan pendapat.*


             ๐Ÿ‘€ *Kuala Lumpur 9 Sep: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sentiasa memantau proses pemilihan jawatankuasa tertinggi badan induk bolasepak yang bernaung di bawah mereka, termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).*

            *Perkara itu ditegaskan Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John, ketika mengulas mengenai pemilihan Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM yang dijadual berlangsung pada 17 September ini.*

            *Menurut Windsor, pemantauan terhadap proses pemilihan jawatankuasa tertinggi persatuan bolasepak bukan perkara baharu kerana ia sememangnya dilakukan oleh AFC dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).*

             *"AFC dan FIFA sentiasa memantau pemilihan jawatankuasa tertinggi setiap persatuan bolasepak yang bernaung dengan mereka termasuklah membabitkan FAM," katanya, ketika dihubungi, di sini.*


            ๐Ÿ… *Johor Bahru 9 Sep: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz menegaskan tiada niat untuk memalukan UM Damansara United selepas membelasah pasukan itu 10-0 dan layak ke suku akhir Piala FA dengan agregat 14-1 dalam aksi kedua timbal balik pusingan 16 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskanfar Puteri, semalam.*

         *Bekas jurulatih Watford itu tetap gembira dengan kualiti permainan kesebelasan utama yang diturunkan menentang skuad kendali Mohd Asri Ninggal apabila memahami perkara yang harus dilakukan sepanjang perlawanan dan memberi 100 peratus komitmen untuk meraih kemenangan.*

          *"Yang penting dalam perlawanan itu, pemain mengekalkan konsistensi dan mengelak daripada dibolos kerana pada aksi pertama lalu, saya memang marah selepas gawang bolos dan aksi kali ini cukup berbeza apabila barisan serangan dan pertahanan menunjukkan kematangan dengan menguasai keseluruhan permainan.*


            ๐ŸŸ️ *Kuala Lumpur 9 Sep: Selangor FC (SFC) belum lagi 'tewas' sekalipun Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menolak permohonan mereka untuk penangguhan pelaksanaan hukuman bermain tanpa penyokong untuk dua aksi Piala FA yang dikenakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).*

          *Dalam satu kenyataan, SFC menegaskan permohonan pasukan itu membabitkan perkara itu masih lagi berada dalam perbicaraan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC).*

          *Justeru, SFC menjelaskan pihaknya sentiasa menunggu perkembangan berhubung permohonan itu sekalipun keputusan CAS itu menyaksikan penyokong tidak dapat menghadiri aksi kedua Pusingan 16 Piala FA berdepan Sabah FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.*


          ๐Ÿƒ *Seremban 9 Sep: Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC), Daniel Gimenez Alcaniz mengakui keliru dengan situasi yang berlaku terhadap pasukan bimbingannya selepas tewas kepada Kelantan City FC dengan agregat 3-4, sekali gus tersingkir dalam saingan Piala FA, musim ini.*

          *Meskipun mencatat kemenangan 3-2, dalam aksi timbal balik di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, petang semalam, namun ia tidak cukup untuk skuad Hobin Jang Hobin melayakkan diri ke peringkat suku akhir saingan kalah mati itu selepas mereka tewas 0-2 kepada Kelantan City di Kota Bharu, sebelum ini.*

          *Alcaniz berkata, beliau cuba untuk memahami hakikat sebenar terhadap apa yang pemain persembahkan dalam perlawanan semalam ketika segala persiapan terbaik sudah cuba dilakukan termasuk perancangan taktikal bagi menghadapi saingan penentuan itu.*


           ๐Ÿˆ *Kuala Lumpur 9 Sep: Kuching City FC melangkah ke suku akhir Piala FA dengan bergaya apabila menewaskan Kelantan Red Warrior (KRW) FC 5-1 dalam aksi kedua pusingan 16 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.*

          *Selepas terikat tanpa jaringan pada aksi pertama di Stadium Sultan Muhammad IV, 1 September lalu, Kuching City tampil dengan persembahan lebih garang dan berada di depan menerusi jaringan Wenzel Halls Dylan seawal minit kesembilan.*

         *Tidak cukup dengan itu, Kuching City terus menambah derita KRW apabila Kaishu Yamazaki menanduk masuk bola sepak penjuru Ramadhan Saifullah Usman pada minit ke-80, sekali gus menutup malam gemilang The Cats.*


           ⭐️ *Kangar 9 Sep: Star City FC (SCFC) menewaskan Kedah FA 2-0 untuk mara ke suku akhir Piala FA dengan agregat 4-2 di Stadium Syed Putra, Kangar, sebentar tadi.*

        *Kejayaan skuad kendalian Mehmet Durakovic pada saingan Piala FA kali ini merupakan rekod terbaik selepas gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir musim lalu apabila tewas kepada Terengganu FC (TFC) dengan agregat 4-2.*

         *Kedudukan 2-0 itu kekal sehingga wisel penamat sekali gus menyaksikan Star City FC melangkah ke suku akhir buat pertama kali sejak menyertai Liga Malaysia (Liga M).*


              

*berita penuh sila follow harian metro online*


*#hanipiloiempire*

*#repoterataspokok*

*#hanisofeasupriseandgift*

*#legasisepuluh*

BERITA HARI INI - 11 SEPTEMBER 2026

 *G๐Ÿ…ฐ️RA๐Ÿ…ฟ️AN ๐Ÿ”›9️⃣ ๐Ÿ…ฐ️L_LI๐Ÿ†–GI* *‎ุจِุณูۡ€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ูฑู„ู„ู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญูۡ€ู…َู€ٰู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ูŠู…ِ* ‎            *ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„...