Thursday, September 10, 2026

BERITA HARI INI - 10 SEPTEMBER 2026

 *G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*


*‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*

‎            *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*


*KHAMIS 10 SEPTEMBER 2026 MASIHI BERSAMAAN 28 RABIUL' AWWAL 1448 HIJRAH* 


*LIVE FROM KAWAN FOOD FROZEN PULAU INDAH KLANG*


*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*


*IMSAK* : *05:49am*

*SUBUH* : *05:59am*

*SYURUK* : *07:06am*

*ZOHOR* : *13:14pm*

*ASAR* : *16:17pm*

*MAGHRIB* : *19:17pm*

*ISYAK* : *20:26pm*


*artikel disiarkan pada tarikh 9 sep*


*harianmetroonline*

*by:hanipiloiempire*

*repoterataspokok*

*since2011*


 *GOA_L DALAM NEGARA*

+=+=+=+=+=+=+=+=+=+



*GOA_L* 1️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan guna kedudukan untuk mendapatkan jawatan pengerusi sebuah syarikat dengan gaji RM690,000, 12 tahun lalu. Abdul Azeez, 60, meminta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.*


*GOA_L* 2️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: "Mommy, daddy balik kan esok? Sofia rindu daddy. Kenapa orang ramai dengan kita." "Sofia, mommy daddy sayang Sofia. Mommy pun masih berharap yang daddy akan balik. Kita kena kuat. Anak-anak mommy semua kuat." Demikian antara luahan pilu isteri kepada juruterbang Kapten Zainol Afiq, Izzati Syamimi di platform Threads selepas mengetahui suaminya antara lima individu yang disahkan meninggal dunia dalam kejadian helikopter terhempas di STOLport Long Lellang, Sarawak, semalam.*


*GOA_L* 3️⃣ *Kota Bharu 9 Sep: "Sebelum berlepas, isteri hubungi beritahu dia akan menaiki helikopter ke kawasan pedalaman. Beberapa jam kemudian saya dihubungi Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan isteri terbabit dalam nahas helikopter dan meninggal dunia," kata Muhammad Faiz Abdul Malik. Muhammad Faiz, 37, adalah suami kepada Dr Ainul Baraah Kamaruddin, salah seorang mangsa yang maut dalam nahas helikopter yang terhempas dan terbakar di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram di sini, petang semalam.*


*GOA_L* 4️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Polis menahan seorang lagi juruterbang warga Malaysia yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan dadah susulan penahanan seorang pembantu juruterbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, yang membawa dadah bernilai kira-kira RM45 juta. Suspek terbaharu berusia lingkungan 30-an itu ditahan di sekitar Lembah Klang dua hari lalu, sekali gus menjadikan tujuh individu ditahan di Malaysia berhubung kes berkenaan.*


*GOA_L* 5️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, kekal dalam tahanan polis sehingga esok selepas mahkamah mengeluarkan perintah reman selama dua hari terhadapnya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Peguamnya, Datuk Amer Hamzah Arshad berkata, Abdul Azeez, 60, perlu mematuhi perintah reman itu walaupun sudah diberikan ikat jamin sebanyak RM450,000 dengan dua orang penjamin tempatan berkaitan pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).*


*GOA_L* 6️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Lelaki yang ditembak mati polis dalam satu operasi di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini dipercayai dalang utama sindiket pemprosesan dadah berskala besar yang ditumpaskan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bulan lalu. Pengarah JSJN, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati lelaki berkenaan mengetuai sindiket makmal haram itu, yang mampu menghasilkan dadah dianggarkan bernilai RM2.4 bilion.*


*GOA_L* 7️⃣ *Batu Pahat 9 Sep: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menaikkan jumlah ikat jamin daripada RM3,000 kepada RM30,000 terhadap seorang lelaki yang dituduh memandu secara mabuk. Ia berikutan tertuduh, Tan Bing Lee, 44, gagal hadir bagi prosiding sebutan kes terhadapnya sebanyak enam kali.*


*GOA_L* 8️⃣ *SANDAKAN 9 Sep: Empat maut dalam kemalangan membabitkan kereta model Proton Saga yang bertembung dengan sebuah lori di Jalan Telupid-Sandakan, di sini. Dalam kejadian jam 7.30 pagi tadi, identiti semua mangsa bagaimanapun masih belum diperolehi.*


*GOA_L* 9️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Belum hilang dari ingatan, detik pasukan penyelamat melaungkan azan dan lafaz syahadah ketika menemukan jasad Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa, Selangor pada 26 Mei lalu, tetapi kini anggota terbabit pula hilang di Nepal. Pendaki profesional dan anggota Pasukan Khas, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, 44, sehingga kini masih gagal dihubungi selepas bencana banjir besar melanda Nepal pada 26 Ogos lalu.*


*GOA_L* 🔟 *Johor Bahru 9 Sep: Selepas tujuh tahun, 171 mangsa pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, mendapat pembelaan apabila Mahkamah Tinggi Sivil di sini, hari ini, memutuskan semua plaintif itu menang dalam saman sivil terhadap empat defendan. Hakim Manira Mohd Nor membuat keputusan itu sebelum mengarahkan empat defendan berkenaan iaitu sebuah kilang pemprosesan tayar terpakai, P Tech Resources Sdn Bhd; dua pengarah syarikat yang juga warga Singapura, Wang Jing Chao, 41, dan Yap Yoke Liang, 43 serta seorang pemandu lori, N Maridass, 42, untuk membayar kos guaman sebanyak RM100,000 kepada semua plaintif.*


*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Klang 9 Sep: Warga asing disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) bertempiaran lari sebaik melihat tiga trak 'black maria' Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor yang melaksanakan Op Sasar masuk ke satu kawasan di Pelabuhan Klang di sini, hari ini. Timbalan Pengarah Imigresen Selangor (Kawalan), Mohamad Khusairi Kamarudin berkata operasi itu dilakukan ke atas dua premis yang menyaksikan seramai 210 warga asing diperiksa.*


*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak terus 'hanyut' dengan kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, baru-baru ini. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kemenangan itu tidak bermakna parti itu dan Barisan Nasional (BN) akan terus menang pada pilihan raya akan datang, sebaliknya parti perlu terus bekerja keras bagi meyakinkan rakyat serta memperbaiki segala kelemahan yang ada.*


*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Kuala Krai 9 Sep: Seorang warga emas meninggal dunia selepas diserang gajah ketika mencari lembu yang baru dibelinya dan hilang di kawasan Ladang Lepan Kabu, di sini, jam 3.30 petang tadi. Mangsa, Ghazali Setapa, 66, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Anaknya, Muhammad Jawal Ghazali, 25, berkata, sebelum kejadian, dia dimaklumkan bapanya pergi ke kawasan ladang berkenaan untuk mencari lembu yang hilang.*


*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Putrajaya 9 Sep: Pihak pendakwaan telah memfailkan permohonan untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Datin Seri Rosmah Mansor mengemukakan bukti tambahan dalam rayuan kes rasuah projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion. Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah mengesahkan bahawa permohonan itu telah difailkan di Mahkamah Rayuan semalam.*


*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Memperkukuh solidariti, memperkemas gerak kerja jentera dan terus mendekati rakyat menjadi mesej teras Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sesi taklimat hari ini dalam memastikan kebangkitan semula parti itu pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Ahmad Zahid menggesa anggota parti supaya mensyukuri kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, namun tidak menjadikannya alasan untuk berasa selesa.*


*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Putrajaya 9 Sep: Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin serta dua lagi untuk membayar ganti rugi RM50,000 kepada Lim Guan Eng kerana memfitnah penasihat DAP itu. Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan Datuk Amarjeet Singh membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan Zuraida, editor MalaysiaNow Muhammad Abd Ar-Rahman Koya serta MNow Media Sdn Bhd.*


*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Kota Kinabalu 9 Sep: Mangsa kebakaran membabitkan tiga kampung di kawasan Numbak, di sini boleh membina semula rumah di kawasan berkenaan, namun hanya mereka yang benar-benar layak dibenarkan berbuat demikian.

Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata DBKK bersama dengan kerajaan negeri kini sedang menyusun semula kawasan itu supaya pembinaan rumah dapat dilakukan mengikut plot yang lebih teratur.*


*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat perkapalan akan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, esok. Berdasarkan semakan sistem mahkamah, lelaki berusia 60-an bergelar Datuk itu akan dituduh di hadapan Hakim Suzana Hussin pada jam 9 pagi.*


*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Shah Alam 9 Sep: Seramai 1,155 pekerja warga asing disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi serbuan Ops Sasar yang dijalankan di 40 lokasi seluruh negara, hari ini. Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Putrajaya Datuk Basri Othman berkata, 2,254 individu termasuk warga tempatan diperiksa menerusi operasi besar-besaran itu dalam usaha membanteras isu pekerja PATI.*


*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Dua pemimpin UMNO menafikan berada dalam mesyuarat yang dikaitkan dengan dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, menandatangani surat pengisytiharan menyingkirkan Tuanku Muhriz Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Penafian itu dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said.*


*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Polis menahan lima individu termasuk bekas pengerusi dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH), semalam bagi membantu siasatan kes melibatkan institusi berkenaan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata daripada jumlah itu, tiga individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu pembayaran hibah TH pada 2017.*


*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Kuantan 9 Sep: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Maran sedang menjalankan siasatan lanjut punca kematian penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM), Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal. Fadhlan Fakhry meninggal dunia pada 5 September lalu selepas rebah ketika menyertai acara lasak Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 di UiTM Kampus Jengka, Pahang.*


*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Nibong Tebal 9 Sep: Bau busuk dari sebuah rumah di Taman Seri Bistari di sini membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki dalam tangki kumbahan hari ini. Polis sebelum ini menerima laporan orang hilang daripada keluarga mangsa di daerah Seberang Perai Tengah. Mangsa, yang dipercayai berusia lingkungan 50-an, ditemukan dengan tangan dan kaki terikat di dalam tangki kumbahan di belakang sebuah rumah teres setingkat di Lorong 7, berhampiran dapur.*


*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Seorang penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya cedera selepas motosikal dinaiki mereka terbabas dan bergesel dengan besi penghadang di KM 47.1 Jalan Cyberjaya-Putrajaya, dekat sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang menerima maklumat mengenai kemalangan itu kira-kira jam 7.32 pagi.*


*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Sebanyak 8.5 juta atau 87.6 peratus pekerja kekal menyertai Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, angka itu mencerminkan keyakinan pekerja terhadap perlindungan yang diperluas di luar waktu bekerja terutama bagi menghadapi risiko kemalangan yang boleh berlaku pada bila-bila masa.*


*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong penuh cadangan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail, supaya kerajaan segera meminda undang-undang lapuk dan mengenakan hukuman lebih berat termasuk sebat serta penjara lebih lama terhadap penjenayah penipuan dalam talian (scammer). Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, langkah drastik itu amat perlu bagi membendung sindiket penipuan siber yang semakin berleluasa sehingga menyebabkan rakyat mengalami kerugian kewangan yang besar setiap hari.*


*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 9 Sep: Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang didakwa di mahkamah, hari ini, memilih sendiri untuk memakai pakaian lokap berwarna ungu. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pegawainya dan pegawai polis yang mengiringi Azeez sudah menasihati beliau untuk menukar pakaian lokap Polis Diraja Malaysia (PDRM) sewaktu hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.*


*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Bandar Baharu 9 Sep: Kewujudan ladang ternakan ayam di Serdang di sini, didakwa menjadi punca gangguan lalat luar biasa dan bau busuk melampau terhadap lebih 2,000 penduduk sekitar. Susulan itu pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah itu.*


*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Kuching 9 Sep: Kerajaan Sarawak menyalurkan sumbangan RM100,000 kepada setiap keluarga petugas Perkhidmatan Doktor Udara (Flying Doctor Service - FDS) yang terkorban dalam nahas helikopter berhampiran Long Lellang, Ulu Baram, semalam. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, turut bersetuju kerajaan negeri menanggung sepenuhnya yuran pendidikan anak-anak petugas yang terkorban dan masih bersekolah melalui Yayasan Sarawak.*


*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Kota Kinabalu 9 Sep: Pakar Perunding Psikiatri Forensik, Dr Chua Sze Hung memberitahu Mahkamah Koroner di sini, hari ini, beliau turut mengambil kira aspek positif dalam diari Allahyarham Zara Qairina Mahathir ketika membuat penilaiannya. Dr Sze Hung iaitu saksi yang dipanggil semula, berkata terdapat beberapa catatan mengenai interaksi kasual antara Allahyarham dan rakan-rakannya.*



*berita penuh sila follow harian metro online*


*#hanipiloiempire*

*#repoterataspokok*

*#hanisofeasupriseandgift*

*#legasisepuluh*


            

*GOA_L LUAR NEGARA*

=+=+=+=+=+=+=+=+=



             🇺🇸 *Washington 9 Sep: Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan ke atas beberapa syarikat penerbangan utama Iran sebagai sebahagian daripada perang terhadap negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).*

          *Jabatan Perbendaharaan AS pada Selasa mengumumkan langkah baharu yang menyasarkan syarikat penerbangan milik kerajaan dan swasta, dengan menambah 27 syarikat penerbangan Iran ke dalam senarai sekatannya.*

            *Antaranya Kish Airlines, Iran Air Tour dan ATA Airlines.*

           *Beberapa syarikat penerbangan terbesar Iran termasuk Mahan Air, Iran Air dan Meraj Air sebelum ini telah dikenakan sekatan AS.*


             🇺🇸 *Washington 9 Sep: Peta kontroversi Amerika Utara yang dikongsi Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di platform Truth Social mencetuskan kemarahan di Iceland, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).*

           *Menteri Luar negara itu Thorgerdur Katrín Gunnarsdottir, memanggil Duta AS pada Isnin, menurut jurucakap kementerian kepada dpa. Beliau berkata pihak AS telah dimaklumkan "dengan jelas" bahawa imej itu "sama sekali tidak wajar".*

           *Pada Isnin, Trump memuat naik peta Amerika Utara yang antara lain menunjukkan, antara lain, Kanada, Greenland, Mexico, Cuba dan Iceland di bawah bendera AS. Hanya satu nama negara tertera pada peta itu, iaitu AS. Trump tidak menyertakan sebarang ulasan bertulis pada peta berkenaan.*

           *Trump yang merupakan anggota Parti Republikan berulang kali menyuarakan idea untuk mengilhakkan negara dan pulau lain.*


             🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 *London 9 Sep: Pelancong di United Kingdom (UK) berdepan lebih banyak kesulitan hari ini apabila lebih 150 penerbangan di seluruh negara dibatalkan, dengan perkhidmatan kawalan trafik udara Britain bergelut memulihkan operasi selepas gangguan teknikal yang mencetuskan kekacauan perjalanan.*

           *Laman penjejakan pesawat FlightRadar24 melaporkan, 177 penerbangan yang dijadualkan hari ini sudah dibatalkan susulan 1,300 pembatalan penerbangan dari dan ke lapangan terbang UK, semalam.*

         *Hampir semua penerbangan yang dibatalkan hari ini membabitkan Lapangan Terbang Heathrow di London, menurut FlightRadar24 menerusi platform X.*

          *National Air Traffic Services (NATS) berkata, usaha masih diteruskan untuk membantu syarikat penerbangan dan lapangan terbang memulihkan operasi susulan gangguan itu.*


            🇨🇴 *Armenia, Colombia 9 Sep: Seorang wanita berusia 67 tahun mendakwa berjaya membeli dua rumah hasil perniagaan menjual 'gosip' di kawasan kejiranannya.*

         *Dalam temubual di media sosial bersama Lady Daniella, Miryam berkongsi kejayaannya dalam perniagaan itu dan menggelar dirinya sebagai profesional 'chismosa' - istilah Sepanyol bagi kaki gosip wanita.*

         *Menurut laporan Gulf Today, Miryam yang menetap di bandar Armenia, wilayah Quindio, barat Colombia mengenakan bayaran kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kehidupan peribadi jiran mereka.*

         *Dia menjadikan aktiviti memantau apa yang berlaku di sekelilingnya sebagai satu perniagaan, sama ada masalah hubungan dan dakwaan kecurangan hinggalah pertengkaran serta kejadian harian di kawasan kejiranan.*


             🇦🇺 *Canberra 9 Sep: Pengguna media sosial di Australia akan diberi pilihan untuk tidak menggunakan algoritma di bawah undang-undang yang dicadangkan kerajaan pada Selasa, yang akan memberi pengguna lebih kawalan terhadap kandungan pada paparan media sosial mereka, lapor Associated Press (AP).*

          *"Kami akan mewajibkan platform media sosial menyediakan alat yang memberi pengguna berusia 16 tahun ke atas kuasa untuk membuat pilihan sebenar dan berterusan mengenai apa yang mereka lihat di paparan masing-masing," kata Perdana Menteri Anthony Albanese kepada pemberita di Canberra.*

          *Undang-undang yang dicadangkan itu turut akan melindungi kanak-kanak daripada kandungan yang mempromosikan gangguan pemakanan, pandangan bermusuhan terhadap wanita, pornografi, jenayah, aksi berbahaya serta kandungan yang menyebabkan tekanan kesihatan mental yang serius.*


            🇸🇦 *Riyadh 9 Sep: Houthi yang disokong Iran dari Yaman menyerang empat bandar di Arab Saudi, menyebabkan 73 orang termasuk wanita dan kanak-kanak cedera serta beberapa kemudahan minyak terbakar.*

          *Arab Saudi berkata, negara itu akan mengambil semua langkah yang diperlukan untuk mempertahankan kedaulatannya susulan serangan pada waktu malam yang dilaporkan membabitkan puluhan dron dan peluru berpandu.*

           *Difahamkan, serangan itu menyasarkan beberapa kemudahan minyak di bahagian selatan Arab Saudi termasuk kemudahan Aramco di Jizan, selain pangkalan udara di Khamis Mushait dan sasaran milik syarikat minyak kerajaan di Abha serta Najran.*


            🇮🇩 *Jakarta 9 Sep: Lima petugas media Indonesia dilaporkan terputus hubungan ketika membuat liputan mengenai aktiviti letusan Gunung Anak Krakatau di sekitar Pulau Sebesi, Lampung, selatan Sumatera, tidak jauh dari gunung berapi itu, hari ini.*

         *Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Banten Al Amrad berkata pasukan SAR gabungan masih menjalankan operasi pencarian secara intensif bagi mengesan kesemua petugas media berkenaan.*

           *"Sehingga kini, pasukan SAR masih mencari kelima-lima petugas media yang terputus hubungan. Sehingga malam ini, belum ada maklumat mengenai penemuan mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.*


            🇮🇩 *Jakarta 9 Sep: Polis Negara Indonesia (Polri) menggerakkan unit khas bersama Agensi Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) bagi memperhebatkan operasi mencari sekumpulan petugas media yang hilang selepas bot dinaiki mereka terputus hubungan ketika membuat liputan letusan Gunung Anak Krakatau, lapor Antara.*

          *Difahamkan kumpulan itu membabitkan jurugambar Antara, M Bagus Khoirunnas, Arie Basuki (Merdeka), Yudhistira (iNews), Daus (Anadolu Agency), jurugambar bebas Donal Husni serta dua lagi individu yang identitinya masih disahkan pihak berkuasa.*    

           *Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Negara, Inspektor Jeneral Johnny Eddizon Isir berkata, pihaknya komited memberikan sokongan operasi sepenuhnya bagi mengesan semua kru yang hilang.*


            🇮🇩 *Jakarta 9 Sep: Letusan Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda mencetuskan pembelian panik pelitup muka dalam kalangan masyarakat apabila permintaannya meningkat hingga bekalan di beberapa premis dilaporkan berkurangan dan harga melonjak dalam tempoh singkat.*

         *Kompas melaporkan, keadaan itu antaranya dialami Diva, penduduk Kranggan, Bekasi yang membuat pesanan pelitup muka secara dalam talian menggunakan khidmat penghantaran ekspres pada waktu malam.*

          *Ketika membuat pesanan, harga pelitup muka yang mahu dibelinya masih sekitar Rp15,000 (RM3.48), namun pesanan berkenaan dibatalkan secara tiba-tiba pada keesokan harinya.*

           *Apabila cuba membuat pesanan semula, harga pelitup muka sama meningkat kepada sekitar Rp50,000 (RM11.60) bagi satu peket mengandungi 50 keping.*



*berita penuh sila follow harian metro online*


*#hanipiloiempire*

*#repoterataspokok*

*#hanisofeasupriseandgift*

*#legasisepuluh*



*GOA_L MEDSOS, POPULAR*

+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+



           😔 *Kuala Lumpur 9 Sep: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan dukacita susulan insiden nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang membawa empat petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seorang juruterbang berhampiran Long Lellang, Sarawak, petang semalam.*

          *Anwar memaklumkan bahawa beliau telah menghubungi bapa kepada Kapten Zainol Afiq Bee Sham bagi menyampaikan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.*

          *Zainol, 31 merupakan antara lima individu termasuk juruterbang, yang dilaporkan menaiki helikopter yang terhempas berhampiran Short Takeoff and Landing Port (STOLport) Long Lellang, Sarawak pada petang semalam.*

           *Menurut Anwar, kenangan ketika Allahyarham bertanggungjawab menerbangkannya sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022 amat menyentuh perasaannya.*


           📝 *Seremban 9 Sep: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menegaskan bahawa dokumen Surat Cara Proklamasi bagi menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang beliau tandatangani seperti tular dibuat tanpa rela hati dan dilakukan secara paksaan.*

         *Beliau berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis kira-kira jam 6 petang semalam bagi membolehkan siasatan dijalankan pihak berkuasa.*

          *"Saya ingin menjelaskan bahawa Surat Cara (Proklamasi) itu telah saya tandatangani tanpa rela hati dan secara paksaan (duress).*

           *"Saya sekali lagi menzahirkan sokongan penuh serta taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai satu-satunya Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, yang sah dan berdaulat," katanya.*


           🏢 *Gombak 9 Sep: Sampah sarap bertaburan, kesan sirih di merata tempat, bangunan lusuh dan kemudahan taman permainan kanak-kanak rosak.*

          *Begitulah keadaan keadaan Flat Taman Desa Bakti atau lebih dikenali sebagai Flat Columbia, di sini.*  

         *Flat berkenaan yang didakwa menjadi antara kawasan penempatan warga asing, kini semakin padat dengan kehadiran warga asing khususnya membabitkan warga Myanmar terutama Rohingya serta Bangladesh sehingga penduduk tempatan dikatakan kini menjadi golongan minoriti di situ.*

           *Seorang penduduk tempatan yang enggan dikenali berkata, dia sudah lebih 10 tahun menetap di flat berkenaan dan kehadiran warga asing di situ bukan perkara baharu.*

           *"Kalau dibiarkan, keadaan flat ini akan jadi semakin teruk," katanya.*

           *Sementara itu, Harian Metro sedang mendapatkan maklum balas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan pihak berkuasa tempatan berhubung isu ini, namun tiada sebarang maklum balas diterima setakat ini.*


            🌋 *Jakarta 9 Sep: Gunung Anak Krakatau kembali meletus awal hari ini ketika aktiviti gunung berapi yang terletak di Selat Sunda itu terus berlanjutan susulan beberapa letusan baru-baru ini.*

         *Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) memaklumkan letusan berlaku pada 12.47 pagi waktu tempatan dan direkodkan selama 28 saat dengan amplitud seismik maksimum 51 milimeter, manakala ketinggian letusan tidak dapat diperhatikan.*

          *Sementara itu, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) berkata, analisis imej satelit Himawari-9 pada 7 pagi Rabu menunjukkan abu gunung berapi dari Anak Krakatau mencapai ketinggian sehingga 7,000 kaki dan bergerak ke arah barat laut, meliputi sebahagian Teluk Lampung.*


            🤑 *Singapura 9 Sep: Gaji menteri di Singapura yang antara tertinggi di dunia akan dinaikkan mulai 15 Oktober ini, menjadikan gaji tahunan Perdana Menterinya, Lawrence Wong kepada S$3.6 juta (kira-kira RM11.56 juta).*

          *Ia peningkatan 64 peratus berbanding S$2.2 juta (kira-kira RM7.06 juta) sebelum ini.*

          *Singapura membayar gaji yang tinggi kepada pemimpin politiknya untuk menarik bakat dan mencegah rasuah, namun isu itu agak sensitif disebabkan pekerja dengan gaji median memperoleh S$5,775 (kira-kira RM 18,537.75) sebulan pada 2025.*

           *Wong mengakui perkara itu agak sensitif dalam ucapannya di Parlimen dengan berkata, gaji politik adalah topik yang sukar dan menimbulkan emosi.*


          😱 *Bhavnagar, India 9 Sep: Tindakan polis di Gujarat, India memukul suspek pembunuhan dengan kayu di khalayak ramai didakwa bertujuan untuk menimbulkan rasa takut dalam kalangan penjenayah.*

          *Bagaimanapun tindakan mengundang kemarahan dan mencetuskan persoalan mengenai layanan terhadap suspek dalam tahanan.*

          *Video kejadian yang tular di media sosial menunjukkan Lakhani, 20, diikat dengan tali dan dibawa polis mengelilingi kawasan terminal bas. Dia kemudian didakwa dipukul menggunakan kayu ketika ditahan pada kenderaan peronda, tiang dan dinding di situ dalam proses pembinaan semula tempat kejadian.*

          *Kejadian dipercayai berlaku selepas Lakhani didakwa menyerang Kajal dan seorang rakan mereka, Ravi pada 3 Sept lalu kerana menuduh mereka menjalin hubungan sulit ketika dia dipenjara atas kesalahan lain.*

             


*berita penuh sila follow harian metro online*


*#hanipiloiempire*

*#repoterataspokok*

*#hanisofeasupriseandgift*

*#legasisepuluh*

                 


*GOA_L ARENA SUKAN*

+=+=+=+=+=+=+=+=+=



            🤴🏼 *Barcelona 9 Sep: Bintang Barcelona, Lamine Yamal menegaskan dia tidak akan merayu untuk memenangi anugerah Ballon d'Or selepas membantu Sepanyol menjulang Piala Dunia dan Barcelona mengekalkan kejuaraan La Liga.*

        *Semalam, bintang Real Madrid, Kylian Mbappe mengemukakan hujahnya untuk memenangi anugerah itu selepas meraih Kasut Emas Piala Dunia, selain muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman kejohanan berkenaan.*

          *Yamal, 19, percaya dia mempamerkan prestasi terbaik sepanjang musim ketika membantu kelab dan negaranya meraih trofi, namun menyerahkan kepada orang lain untuk menentukan sama ada dia layak memenangi anugerah berkenaan.*

          *"Saya rasa tidak perlu berkempen untuknya. Saya tidak memikirkan apa yang saya layak terima kerana semua orang boleh membuat penilaian masing-masing.*


            😇 *Porto 9 Sep: Erling Haaland meledak dua gol ketika Manchester City membuka kempen Liga Juara-Juara dengan kemenangan 2-0 ke atas Porto, awal pagi tadi.*

          *Tiga percubaan Haaland dinafikan oleh aksi cemerlang penjaga gol Porto, Diogo Costa pada separuh masa pertama, namun penyerang Norway itu akhirnya tidak dapat disekat pada awal babak kedua apabila tandukannya menerjah penjuru bawah gawang.*

         *Porto terus memberi tekanan dan memaksa gergasi England itu bertahan sepanjang separuh masa kedua, namun kekurangan kualiti penyudah menyebabkan mereka gagal menghukum Manchester City yang melakukan beberapa kesilapan mudah.*

         *Haaland kemudian menunjukkan perbezaan kelas antara kedua-dua pasukan apabila tenang menyudahkan peluang ke penjuru bawah gawang lawan pada masa kecederaan untuk menjaringkan gol ke-167 bersama City, sekali gus muncul penjaring gol ketiga terbanyak sepanjang zaman kelab itu.*


            🤩 *London 9 Sep: Newcastle United mara ke pusingan keempat Piala Liga selepas gol lewat Joe Willock membantu mereka mencatat kemenangan 1-0 ke atas Millwall dalam aksi pusingan ketiga, awal pagi tadi.*

        *Skuad kendalian Matthias Jaissle itu hampir sahaja ketinggalan pada penghujung perlawanan di The Den apabila penyerang Millwall, Tairyk Arconte melepaskan rembatan yang terkena tiang.*

         *Namun, Newcastle memanfaatkan peluang selepas terselamat daripada detik cemas itu untuk mencuri kemenangan pada minit ke-81.*


            🥳 *Sunderland 9 Sep: Pemain Maghribi, Chemsdine Talbi muncul wira apabila jaringannya membantu Sunderland menewaskan pencabar Liga Perdana Inggeris (EPL), Hull City, 1-0 untuk mara ke pusingan 16 terbaik Piala Liga, awal pagi tadi.*

          *Talbi menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-71 apabila melakukan lambungan melepasi penjaga gol, Dillon Phillips, dalam satu-satunya aksi malam itu yang menemukan dua pasukan dari liga tertinggi England.*

           *Bournemouth pula mencatat kemenangan lebih besar apabila membelasah kelab divisyen dua, Lincoln City, 4-0 di Stadium Vitality, dengan Ryan Christie meledak hatrik dalam kemenangan kompetitif pertama di bawah pengendali baharu, Marco Rose.*


           🤨 *Bruges 9 Sep: Unai Emery menyifatkan Aston Villa sudah mengambil 'satu langkah besar ke hadapan' selepas meraih kemenangan pertama musim ini menerusi kejayaan 3-2 ke atas Club Brugge dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.*

         *Skuad kendalian Emery sebelum ini melalui permulaan hambar dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tempoh pramusim yang bergelora susulan pemergian beberapa tonggak yang membantu mereka menjuarai Liga Europa musim lalu.* 

             *Namun, aksi pembukaan fasa liga kejohanan kelab elit Eropah itu menjadi tonik terbaik buat Villa apabila mereka akhirnya mencatat kemenangan pertama musim ini.*


           😎 *Madrid 9 Sep: Jose Mourinho membimbing Real Madrid memulakan kempen Liga Juara-Juara Eropah dengan kemenangan 2-1 ke atas bekas kelabnya, Inter Milan, dalam aksi sengit di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.*

        *Juara Eropah 15 kali itu mendahului dua gol menerusi Kylian Mbappe dan Fede Valverde pada babak pertama hasil dua kesilapan pemain Inter.* 

        *Mourinho pernah membawa Inter menjulang Liga Juara-Juara pada tahun 2010 di stadium sama, sebelum menyertai Real Madrid bagi penggal pertamanya sebagai pengendali beberapa hari kemudian.*


            🤩 *Munich 9 Sep: Bayern Munich menjadikan Liga Juara-Juara Eropah sebagai sasaran utama musim ini selepas beberapa kali hampir menjulang trofi berprestij itu, dengan Harry Kane menegaskan 'ia perlu jadi tahun kami'.*

          *Bayern tersingkir dengan penuh kekecewaan kepada Paris Saint-Germain (PSG), yang kemudian muncul juara, dalam aksi separuh akhir musim lalu.*

          *PSG memenangi aksi pertama yang sengit 5-4 sebelum mengikat Bayern 1-1 pada aksi kedua di Munich untuk mara ke final, sebelum menewaskan Arsenal menerusi penentuan penalti bagi merangkul kejuaraan kedua berturut-turut.*

          *Bayern memulakan cabaran memburu Piala Eropah ketujuh apabila melayan kelab Norway, Bodo/Glimt, di laman sendiri pada Jumaat ini.*


          👑 *Madrid 9 Sep: Lionel Messi dilaporkan semakin hampir memuktamadkan perjanjian untuk membeli kelab divisyen dua Sepanyol, CD Eldense, sekali gus menambah portfolio pemilikan kelab bola sepaknya.*

          *Menurut beberapa laporan di Sepanyol, Messi sudah mencapai persetujuan secara prinsip untuk membeli semua saham yang dimiliki pemegang saham majoriti, TH Soluciones Group SAS, dengan pengumuman rasmi dijangka dibuat dalam beberapa hari lagi.*

           *Eldense berpangkalan di Elda, sebuah bandar dengan kira-kira 55,000 penduduk di wilayah Alicante, timur Sepanyol.*

           *Kelab itu menghabiskan sebahagian besar sejarah mereka dalam divisyen rendah bola sepak Sepanyol, namun hasil pelaburan baharu, mereka beraksi dalam divisyen kedua bagi tiga daripada empat musim terakhir.*


          🏁 *Misano 9 Sep: Jorge Martin percaya kedudukan sebagai pendahulu kejuaraan MotoGP pada tahap sekarang memang penting, tetapi dia tidak mahu terlalu memikirkannya ketika ini.*

         *Pelumba Aprilia itu kini memiliki kelebihan 19 mata ke atas Marc Marquez dalam kedudukan keseluruhan menjelang Grand Prix (GP) San Marino.*

         *Martin mula mendahului kejuaraan selepas GP Belanda dan kekal di tangga teratas sejak itu.*

          *Bagaimanapun, kelebihan terbesar juara MotoGP 2024 itu ialah 31 mata, yang dicatat sejurus selepas GP Britain.*


          🏎️ *London 9 Sep: Kimi Antonelli adalah satu fenomena dan berada di landasan tepat untuk menjadi juara dunia Formula Satu (F1) termuda pada usia 20 tahun.*

         *Namun ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff melihat pelumba Itali itu sebagai pembawa panji generasi baharu yang lebih bersedia berbanding sebelumnya untuk mencapai kejayaan.*

         *Ketika ditanya di Monza sama ada kereta F1 2026 yang memiliki elemen elektrik lebih besar serta ciri-ciri yang memerlukan pendekatan pemanduan baharu menjadi antara faktor di sebalik peningkatan mendadak Antonelli sebagai bakat luar biasa, Wolff mengakui perkara itu menarik untuk diberi perhatian.*


          🚵🏽‍♀️ *Palos de la Frontera 9 Sep: Matthew Brennan memecut lalu pada peringkat ke-16 Vuelta a Espana, semalam, sekali gus meraih kemenangan peringkat keempatnya dalam perlumbaan berbasikal berprestij itu.*

         *Pelumba Britain daripada pasukan Visma Lease-a-Bike itu menerima bantuan hebat daripada rakan sepasukannya, Wout van Aert, sebelum melintasi garisan penamat di depan Bryan Coquard dan Vito Braet di Palos de la Frontera, selatan-barat Sepanyol.*

         *Pelumba Sepanyol daripada pasukan Movistar, Enric Mas, mengekalkan kelebihan dua minit enam saat dalam klasifikasi keseluruhan ke atas Felix Gall, manakala Primoz Roglic ketinggalan empat saat lagi di tempat ketiga.*


          🎾 *New York 9 Sep: Juara bertahan dua kali, Aryna Sabalenka bangkit daripada ketinggalan satu break pada set penentuan sebelum menewaskan Linda Noskova 7-6 (7-1), 3-6, 7-6 (10-7) untuk mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS), awal pagi tadi.*

           *Aryna sebelum ini tidak kehilangan sebarang set untuk mara ke suku akhir, namun dia terpaksa mengerah segala kekuatan bagi menahan asakan pilihan keenam, Linda dalam pertembungan sengit di Stadium Arthur Armstrong.*

           *"Perlawanan yang luar biasa. Saya memaksa diri hingga ke had maksimum, terutama pada set ketiga.*


          🚀 *Kuala Lumpur 9 Sep: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tampak akan terus menabur bakti buat kontinjen negara selepas beliau dijangka menyertai temasya Sukan Asia 2026 Aichi-Nagoya, bulan ini.*

          *Perkembangan itu disahkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin pada sidang media pengumuman sasaran pingat bagi Sukan Asia 2026 dan Sukan Para Asia 2026 di MSN, hari ini.*   

          *"Ya, Azizulhasni ada dalam senarai (ke Sukan Asia 2026). Nama beliau sudah ada dalam senarai dan sekarang beliau pun berada dalam kes fasa akhir di Brisbane bersama pasukan kebangsaan untuk ke Sukan Asia," kata Jefri secara ringkas.*


          🏸 *Kuala Lumpur 9 Sep: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah perlu kembali berani melepaskan pukulan smash sebagai sebahagian daripada strategi permainan jika mahu terus dihormati dan kembali ke tahap terbaik, kata legenda badminton negara, Datuk Seri Jalani Sidek.*

          *Pemenang pingat gangsa Olimpik itu berkata, kecenderungan untuk mengurangkan serangan ketika berdepan lawan berpengalaman hanya akan menyebabkan corak permainan Pearly-Thinaah mudah dibaca, sekali gus memberi kelebihan kepada pihak lawan.*

          *"Apabila mereka sudah kurang tenaga, mereka tidak mahu smash dan hanya mahu bermain. Bagi saya itu bukan strategi. Dengan pemain yang ada pengalaman dan kuasa, suka atau tidak, mereka kena smash walaupun smash itu tidak kuat kerana ia sebahagian daripada strategi.*


           🏸 *Kuala Lumpur 9 Sep: Pasangan beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tidak mahu sekadar melengkapkan saingan di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 apabila pasangan beregu lelaki nombor enam dunia itu menyasarkan pingat emas di Jepun.*

        *Nur Izzuddin berkata, meskipun bakal berdepan barisan beregu terbaik dunia, prestasi konsisten sepanjang musim ini memberi keyakinan untuk mereka meletakkan sasaran tinggi pada temasya yang berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober itu.*

           *"Saya rasa kami mempunyai peluang yang baik walaupun banyak lawan kuat di Sukan Asia, tetapi kami meletakkan sasaran tinggi. Sudah tentu kami memburu emas," katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), hari ini.*

         *Sze Fei-Nur Izzuddin hadir ke Aichi-Nagoya dengan prestasi meyakinkan selepas menjuarai Terbuka Indonesia berstatus Super 1000 dan Masters Indonesia (Super 500) tahun ini, selain mara ke suku akhir Kejohanan Dunia di New Delhi bulan lalu.*


            🏸 *Kuala Lumpur 9 Sep: Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi mengakui sudah lama melihat potensi besar dimiliki Aaron Tai, malah pertukaran pasangan yang dilakukannya ketika ini bertujuan memberi peluang kepada pemain muda itu membuktikan kemampuan bersama gandingan berbeza.*

         *Jelas Herry, beliau ingin menggunakan kelebihan yang ada pada Aaron itu dengan sebaik mungkin dan cuba mencari pasangan yang boleh membentuk corak permainan lebih baik ketika beraksi di gelanggang dan sebab itu, dia boleh beraksi dengan baik semasa digandingkan dengan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.*

         *Justeru, keputusan memisahkan Aaron daripada Kang Khai Xing dibuat bagi melihat variasi permainan kedua-dua pemain, selain memberi peluang kepada mereka merasai pengalaman beraksi dengan pasangan lain dalam kejohanan kompetitif.*


             🌊 *Kuala Lumpur 9 Sep: Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 terus memantau perkembangan cuaca buruk dan banjir yang melanda beberapa kawasan di Jepun bagi memastikan keselamatan atlet serta pegawai negara terjamin.*

         *Timbalan Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia, Mohamad Azlan Iskandar berkata, pihaknya sentiasa berhubung dengan pasukan Sukan Asia di Jepun untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai keadaan di lapangan.*

        *"Kita pagi ini memang dapat kemas kini dan sentiasa berhubung dengan pasukan Sukan Asia di sana. Kita akan terus mendapat perkembangan sepanjang hari, tetapi masih terlalu awal dan kita perlu menilai keadaan di lapangan," katanya ketika lawatan ke Akademi Badminton Malaysia (ABM), hari ini.*


             🐯 *Kuala Lumpur 9 Sep: Dakwaan wujudnya 'budaya angguk' dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disifatkan tidak menggambarkan realiti proses perbincangan dan pembuatan keputusan yang berlaku dalam badan induk bola sepak negara itu.*

           *Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata, setiap ahli gabungan FAM mempunyai ruang untuk mengemukakan pandangan, cadangan dan persoalan, termasuk menyatakan perbezaan pendapat dalam mesyuarat serta perbincangan yang diadakan.*

           *Bekas Naib Presiden FAM itu menjelaskan, keputusan yang dicapai selepas melalui proses perbincangan tidak seharusnya dilabel sebagai 'budaya angguk'.*

            *"Dalam mesyuarat dan perbincangan FAM, setiap ahli diberikan ruang untuk menyuarakan pandangan, mengemukakan cadangan, bertanya soalan dan menyatakan perbezaan pendapat.*


             👀 *Kuala Lumpur 9 Sep: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sentiasa memantau proses pemilihan jawatankuasa tertinggi badan induk bolasepak yang bernaung di bawah mereka, termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).*

            *Perkara itu ditegaskan Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John, ketika mengulas mengenai pemilihan Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM yang dijadual berlangsung pada 17 September ini.*

            *Menurut Windsor, pemantauan terhadap proses pemilihan jawatankuasa tertinggi persatuan bolasepak bukan perkara baharu kerana ia sememangnya dilakukan oleh AFC dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).*

             *"AFC dan FIFA sentiasa memantau pemilihan jawatankuasa tertinggi setiap persatuan bolasepak yang bernaung dengan mereka termasuklah membabitkan FAM," katanya, ketika dihubungi, di sini.*


            🐅 *Johor Bahru 9 Sep: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz menegaskan tiada niat untuk memalukan UM Damansara United selepas membelasah pasukan itu 10-0 dan layak ke suku akhir Piala FA dengan agregat 14-1 dalam aksi kedua timbal balik pusingan 16 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskanfar Puteri, semalam.*

         *Bekas jurulatih Watford itu tetap gembira dengan kualiti permainan kesebelasan utama yang diturunkan menentang skuad kendali Mohd Asri Ninggal apabila memahami perkara yang harus dilakukan sepanjang perlawanan dan memberi 100 peratus komitmen untuk meraih kemenangan.*

          *"Yang penting dalam perlawanan itu, pemain mengekalkan konsistensi dan mengelak daripada dibolos kerana pada aksi pertama lalu, saya memang marah selepas gawang bolos dan aksi kali ini cukup berbeza apabila barisan serangan dan pertahanan menunjukkan kematangan dengan menguasai keseluruhan permainan.*


            🏟️ *Kuala Lumpur 9 Sep: Selangor FC (SFC) belum lagi 'tewas' sekalipun Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menolak permohonan mereka untuk penangguhan pelaksanaan hukuman bermain tanpa penyokong untuk dua aksi Piala FA yang dikenakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).*

          *Dalam satu kenyataan, SFC menegaskan permohonan pasukan itu membabitkan perkara itu masih lagi berada dalam perbicaraan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC).*

          *Justeru, SFC menjelaskan pihaknya sentiasa menunggu perkembangan berhubung permohonan itu sekalipun keputusan CAS itu menyaksikan penyokong tidak dapat menghadiri aksi kedua Pusingan 16 Piala FA berdepan Sabah FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.*


          🐃 *Seremban 9 Sep: Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC), Daniel Gimenez Alcaniz mengakui keliru dengan situasi yang berlaku terhadap pasukan bimbingannya selepas tewas kepada Kelantan City FC dengan agregat 3-4, sekali gus tersingkir dalam saingan Piala FA, musim ini.*

          *Meskipun mencatat kemenangan 3-2, dalam aksi timbal balik di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, petang semalam, namun ia tidak cukup untuk skuad Hobin Jang Hobin melayakkan diri ke peringkat suku akhir saingan kalah mati itu selepas mereka tewas 0-2 kepada Kelantan City di Kota Bharu, sebelum ini.*

          *Alcaniz berkata, beliau cuba untuk memahami hakikat sebenar terhadap apa yang pemain persembahkan dalam perlawanan semalam ketika segala persiapan terbaik sudah cuba dilakukan termasuk perancangan taktikal bagi menghadapi saingan penentuan itu.*


           🐈 *Kuala Lumpur 9 Sep: Kuching City FC melangkah ke suku akhir Piala FA dengan bergaya apabila menewaskan Kelantan Red Warrior (KRW) FC 5-1 dalam aksi kedua pusingan 16 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.*

          *Selepas terikat tanpa jaringan pada aksi pertama di Stadium Sultan Muhammad IV, 1 September lalu, Kuching City tampil dengan persembahan lebih garang dan berada di depan menerusi jaringan Wenzel Halls Dylan seawal minit kesembilan.*

         *Tidak cukup dengan itu, Kuching City terus menambah derita KRW apabila Kaishu Yamazaki menanduk masuk bola sepak penjuru Ramadhan Saifullah Usman pada minit ke-80, sekali gus menutup malam gemilang The Cats.*


           ⭐️ *Kangar 9 Sep: Star City FC (SCFC) menewaskan Kedah FA 2-0 untuk mara ke suku akhir Piala FA dengan agregat 4-2 di Stadium Syed Putra, Kangar, sebentar tadi.*

        *Kejayaan skuad kendalian Mehmet Durakovic pada saingan Piala FA kali ini merupakan rekod terbaik selepas gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir musim lalu apabila tewas kepada Terengganu FC (TFC) dengan agregat 4-2.*

         *Kedudukan 2-0 itu kekal sehingga wisel penamat sekali gus menyaksikan Star City FC melangkah ke suku akhir buat pertama kali sejak menyertai Liga Malaysia (Liga M).*


              

*berita penuh sila follow harian metro online*


*#hanipiloiempire*

*#repoterataspokok*

*#hanisofeasupriseandgift*

*#legasisepuluh*

No comments:

Post a Comment

BERITA HARI INI - 11 SEPTEMBER 2026

 *G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI* *‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ* ‎            *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ال...