*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*
*RABU 19 MAC 2025 MASIHI BERSAMAAN 18 RAMADHAN 1446 HIJRAH*
*LIVE FROM BANDAR SENTOSA KLANG*
*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*
*IMSAK* : *06:01am*
*SUBUH* : *06:11am*
*SYURUK* : *07:17am*
*ZOHOR* : *13:24pm*
*ASAR* : *16:30pm*
*MAGHRIB* : *19:26pm*
*ISYAK* : *20:35pm*
*artikel disiarkan pada tarikh 18mac*
*harianmetroonline*
*by:hanipiloiempire*
*since2011*
*GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+
*GOA_L* 1️⃣ *Kuala Lumpur 18 Mac: Kebanjiran warga asing termasuk pendatang asing tanpa izin (Pati) menimbulkan kebimbangan masyarakat terutama apabila ada yang terbabit dengan pelbagai jenayah, sekali gus mengancam keselamatan. Sepanjang tempoh empat tahun dari 2021 hingga 2024 (November) seramai 9,684 warga asing dari pelbagai negara ditahan terbabit dengan jenayah kekerasan, samun, curi, bunuh, rogol dan jenayah lain.*
*GOA_L* 2️⃣ *Kuala Lumpur 18 Mac: Gempa bumi bermagnitud 5.6 dilaporkan berlaku di Mandailing Natal, Sumatera Utara, Indonesia, pada 6,23 pagi waktu tempatan. Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) mengesahkan kejadian itu menerusi satu hantaran di platform X. BMKG melaporkan, kedalaman pusat gempa adalah 109 kilometer. Bagaimanapun, pihaknya menyatakan bahawa gempa tidak berpotensi menyebabkan ancaman tsunami. Gegaran turut dilaporkan dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, terutamanya di Lembah Klang.*
*GOA_L* 3️⃣ *Kuala Lumpur 18 Mac: Pendedahan mengenai peningkatan mendadak jumlah transaksi skim Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) yang mencatatkan RM7.1 bilion pada separuh kedua 2024 adalah sesuatu yang mengejutkan. Lebih mengejutkan apabila golongan paling aktif menggunakan BNPL terdiri daripada individu berusia antara 21 hingga 45 tahun, dengan pendapatan bulanan kurang RM5,000.*
*GOA_L* 4️⃣ *Kuala Lumpur 18 Mac: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak sehingga Khamis ini. Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata, kawasan terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) serta Bintulu.*
*GOA_L* 5️⃣ *Kuala Lumpur 18 Mac: Bazar Ramadan meriah namun pelanggan pula semakin kurang berbelanja. Tinjauan Harian Metro di Bazar Jalan Telawi, Bangsar, semalam, mendapati rata-rata peniaga mengeluh hasil jualan mereka berkurang antara 50 hingga 75 peratus ekoran pelanggan hanya singgah namun tidak membeli. Peniaga roti john, Muhammad Farhan Alif Mohd Ridzwan, 30, berkata, jualan hariannya pada minggu ini berkurang sehingga 75 peratus berbanding minggu pertama Ramadan. "Sebelum ini saya boleh jual sebanyak 400 roti, tetapi sekarang hanya 100 roti terjual dalam sehari.*
*GOA_L* 6️⃣ *Kuching 18 Mac: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas sisa elektronik (e-waste) bernilai lebih RM14.69 juta dalam tiga serbuan di sekitar bandar raya ini menerusi Op Hazard Sarawak, semalam. Komander PGA Briged Sarawak Senior Asisten Komisioner Dr Che Ghazali Che Awang berkata, serbuan di premis disyaki beroperasi tanpa permit atau lesen antara 10 pagi hingga 4 petang itu, turut membabitkan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak dan pihak berkuasa tempatan (PBT).*
*GOA_L* 7️⃣ *Sungai Petani 18 Mac: Penuntut lelaki direman enam hari untuk membantu siasatan berhubung kes mencederakan seorang penuntut wanita sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di sini, semalam. Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Sungai Petani, M Kalairasi terhadap suspek yang berusia 19 tahun itu di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bermula hari ini sehingga 23 Mac ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Kesiksaan.*
*GOA_L* 8️⃣ *Kepala Batas 18 Mac: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja di utara Semenanjung selepas merampas 147.67 kilogram (kg) dadah itu bernilai lebih RM487,000, 15 Mac lalu. Hasil maklumat risikan, operasi khas dilancarkan sebelum dua lelaki ditahan di Plaza Tol Sungai Dua dan Plaza Tol Juru menghala arah selatan, dekat sini.*
*GOA_L* 9️⃣ *Kota Bharu 18 Mac: Seekor gajah liar yang berkeliaran di Kampung Bukit Tok Ali, Kuala Balah dekat Jeli sejak Ahad lalu sudah ditangkap. Penduduk kampung Zuraidah Mohamad, 47, berkata kehadiran gajah itu disedari oleh penduduk kira-kira jam 12 tengah malam Ahad lalu.*
*GOA_L* 🔟 *Seremban 18 Mac: Dua pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas dua pertuduhan menggunakan invois dan dokumen palsu berkaitan perkhidmatan fotografi serta promosi media sosial bagi perlumbaan motorcross Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Zon Selatan 2022, dua tahun lalu. Tertuduh, Pegawai Belia dan Sukan, Rosdi Pilus, 50, dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Mohd Saiful Abdul Talib, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan bersama di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.*
*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Kota Kinabalu 18 Mac: Pasukan Polis Marin (PPM) menumpaskan kegiatan memindahkan diesel bersubsidi secara haram di perairan Sepanggar, di sini, semalam. Dalam operasi itu, sebuah kapal kargo bersama 39,780 liter minyak diesel dirampas dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM7.1 juta.*
*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Iskandar Puteri 18 Mac: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor berjaya menumpaskan satu sindiket dadah antarabangsa selepas menyerbu tiga makmal dadah dan sebuah kilang penyimpanan serta peralatan dadah dengan rampasan berjumlah RM12.9 juta. Ia hasil operasi khas yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPF) Iskandar Puteri bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor menerusi lima serbuan di daerah ini dan Seri Alam pada 6 hingga 11 Mac lalu.*
*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Melaka 18 Mac: Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, atas lapan pertuduhan memberi rasuah kepada rakan lain untuk tidak bertindak terhadap pengusaha lori lebih muatan. Hakim Elesabet Paya Wan membuat keputusan itu selepas meneliti keseluruhan keterangan saksi pembelaan, pendakwaan serta hujah kedua-dua pihak.*
*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Membakut 18 Mac: Remaja ditemui maut oleh bapanya di dalam bilik gelanggang futsal, di sini, 9.30 malam tadi. Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintendan Wong Leong Meng berkata, mangsa, 17, disedari tidak berada di rumah selama dua jam selepas keluar bersama keluarga ke gereja berdekatan.*
*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Petaling Jaya 18 Mac: Polis masih mengesan wanita yang memuat naik video memaparkan ibu anak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memegang tangan dua anaknya di kawasan parkir motosikal Blok R Apartment Idaman Damansara Damai di dalam kumpulan WhatsApp. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, usaha mengesan wanita itu sedang dijalankan bagi membantu siasatan.*
*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Kuala Lumpur 18 Mac: Hanya 30 peniaga yang menyelesaikan bayaran lesen untuk menjalankan perniagaan di Bazar Aidilfitri Chow Kit, Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam maklum balas kepada Harian Metro berkata, pihaknya menawarkan sebanyak 150 petak perniagaan di kawasan berkenaan.*
*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Seremban 18 Mac: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan masing-masing menyimpan haiwan dilindungi tanpa lesen iaitu landak raya dan burung murai batu, tahun lalu. Tertuduh, Muhammad Nazrin Md Yunus, 30, dijatuhi hukuman denda RM5,000 bagi setiap pertuduhan selepas membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.*
*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Muar 18 Mac: Buruh ladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuan tirinya di sebuah rumah kongsi ladang sawit, lima tahun lalu. Tertuduh berusia 41 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dikemukakan jurubahasa di hadapan Hakim Nariman Badruddin.*
*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Jitra 18 Mac: Dua lelaki tempatan ditahan ketika cuba menyeludup masuk 40 tan beras putih bernilai RM160,000 pada operasi dijalankan Cawangan Risik, Ibu Pejabat Risik Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Ahad lalu. Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Perak Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, beras putih itu disyaki diseludup masuk dari negara jiran melalui Rantau Panjang, Kelantan sebelum dibawa ke utara tanah air untuk proses selanjutnya.*
*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Tuaran 18 Mac: Bazar Ramadan pekan Tuaran yang beroperasi sejak 17 hari lalu disifatkan pengunjungi sebagai bazar "senyap" dan "lesu" kerana hampir tidak kedengaran riuh rendah peniaga mempromosi juadah jualan masing-masing. Bazar Ramadan Tuaran mengandungi lebih 80 gerai menjual pelbagai juadah berbuka puasa, namun makanan yang ada hampir sama dari satu gerai dengan gerai lain.*
*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Ipoh 18 Mac: Latihan pengurusan dan pengendalian krisis keganasan, Ex Kurung yang dilaksanakan selama dua hari sejak semalam disifatkan berjaya mencapai objektif dan matlamatnya, kata Komander 69 Komando SAC Hamzah Hashim. Hamzah berkata latihan seperti Ex Kurung adalah kaedah yang sangat signifikan dalam memberikan gambaran sebenar berkaitan persediaan dan strategi 69 Komando bagi mematahkan tindakan atau serangan pengganas.*
*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Kuala Lumpur 18 Mac: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sentiasa komited untuk menangani penyeludupan hidupan liar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan dan kerjasama strategik dengan agensi-agensi penguatkuasaan. Dalam satu kenyataan hari ini, sebagai pengendali KLIA, MAHB berkata, pasukan Keselamatan Penerbangannya (AVSEC) menumpukan kepada pencegahan aktiviti-aktiviti haram yang boleh membahayakan keselamatan penumpang dan pengangkutan udara.*
*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Tapah 18 Mac: Pemandu dan kelindan treler, dipercayai dua beranak, rentung selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 331.8, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kemalangan, jam 7.46 pagi sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dan BBP Bidor dikejarkan ke lokasi.*
*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Kuala Lumpur 18 Mac: Sijil kelahiran lewat yang disediakan sindiket seperti didedahkan pihak berkuasa baru-baru ini dipercayai dijual kepada ibu bapa mempunyai anak angkat atau anak tidak mempunyai kewarganegaraan pada nilai antara RM10,000 ke RM50,000. Taktik digunakan sindiket ialah mengupah pemaklum yang menyamar sebagai waris bayi untuk mengemukakan dokumen kelahiran palsu di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semasa pendaftaran.*
*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Putrajaya 18 Mac: Proses mengambil keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditangguhkan ke esok. Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung rakaman percakapan yang tidak diadakan hari ini.*
*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Batu Pahat 18 Mac: Tukang rumah dipenjara 10 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki buku lima kononnya untuk pertahanan diri. Mohamad Fitry Amirul Ezzy Abdullah, 28, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh sebaik pertuduhan dikemukakan terhadapnya.*
*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Shah Alam 18 Mac: Sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang dikesan menjadikan sebuah stor haram di Jalan Kampung Jawa di sini, untuk menjalankan aktiviti mereka dibongkar pihak berkuasa, Jumaat lalu. Ia dibongkar pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Putrajaya yang berjaya menahan empat individu serta merampas barang kawalan bersubsidi itu dianggarkan bernilai RM200,000.*
*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Melaka 18 Mac: Sebanyak 60.7 tan lebihan makanan dianggarkan bernilai RM726,000 diselamatkan daripada dibuang menerusi pelaksanaan Program MySaveFood, pada tahun lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Khalid Mohamed berkata inisiatif itu membabitkan 149 bazar Ramadan di Perlis, Kedah, Pahang, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.*
*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Kota Kinabalu 18 Mac: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijadual bersidang pada 10 April hingga 17 April depan. Mesyuarat Pertama Penggal Kelima 2025 DUN Sabah ke-16 itu dijangka menjadi persidangan terakhir sebelum dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).*
*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Muar 18 Mac: Wanita maut apabila motosikal ditunggang merempuh sebuah lori berhenti di lorong kecemasan lebuh raya selepas kehabisan minyak, semalam. Kemalangan pada 6.30 petang di Kilometer 136.8, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) dekat sini itu, menyebabkan mangsa parah dan meninggal di tempat kejadian.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=
🇵🇸 *Gaza 18 Mac: Pekan Beit Hanoun, utara Semenanjung Gaza, menyaksikan penghijrahan besar-besaran penduduk ke arah bandar Jabalia pada pagi Selasa, mencari tempat selamat, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).*
*Ia susulan penyambungan semula serangan pasukan tentera pendudukan Israel ke atas Semenanjung Gaza.*
*Perpindahan itu berlaku di tengah-tengah kebimbangan peningkatan pengeboman, kemusnahan, dan pembunuhan, terutamanya selepas pasukan pendudukan Israel mengarahkan penduduk untuk mengosongkan Beit Hanoun di utara, serta Khirbet Khuza'a, Abasan al-Kabira, dan al-Jadidah di selatan, ke kawasan barat Bandar Gaza dan kawasan Mawasi Khan Yunis.*
*Pasukan pendudukan Israel meneruskan serangan mereka terhadap Semenanjung Gaza pada waktu subuh selepas berehat lebih dua bulan, melancarkan beberapa siri serangan udara intensif dan menembak peluru berpandu ke beberapa kawasan di Semenanjung Gaza.*
🇵🇸 *Gaza 18 Mac: Dua sumber Hamas memberitahu AFP bahawa serangan ke atas Bandar Gaza, pada Selasa, membunuh jeneral Mahmoud Abu Watfa, yang mengetuai kementerian dalam negeri di wilayah itu, lapor AFP.*
*Abu Watfa, yang mengetuai polis Hamas dan perkhidmatan keselamatan dalam negeri di Gaza, terbunuh dalam serangan ke atas Bandar Gaza, kata dua sumber itu, yang salah seorang daripadanya pegawai di kementerian dalam negeri.*
*Israel pada Selasa melancarkan serangan besar-besaran di Gaza sejak gencatan senjata pada Januari lalu, dengan penyelamat melaporkan sekurang-kurangnya 330 individu terbunuh.*
🇵🇸 *Baitulmaqdis 18 Mac: Israel pada Selasa melancarkan kempen serangan paling sengitnya di Gaza sejak gencatan senjata pada Januari lalu, dengan penyelamat melaporkan lebih 121 individu terbunuh.*
*"Serangan itu diarahkan selepas penolakan berulang kali Hamas untuk membebaskan tebusan kami dan semua cadangan yang sudah diterima daripada Duta Presiden Amerika Syarikat (AS) Steve Witkoff dan daripada pengantara," kata kenyataan pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.*
*Seorang pegawai Israel memberitahu AFP bahawa operasi itu akan diteruskan selagi perlu, dan akan berkembang melangkaui serangan udara.*
*"Netanyahu dan kerajaan pelampaunya memutuskan untuk membatalkan perjanjian gencatan senjata, mendedahkan tahanan di Gaza kepada nasib yang tidak diketahui," kata Hamas dalam satu kenyataan.*
🇵🇸 *Gaza 18 Mac: Tentera Israel mendakwa pada Selasa bahawa pihaknya melakukan serangan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.*
*Pengeboman dilakukan di seluruh wilayah terbabit, menurut media tempatan.*
*Dalam pada itu, sumber paramedik Gaza berkata, serangan itu membunuh sekurang-kurangnya 30 orang.*
🇺🇸 *Washington 18 Mac: Rumah Putih pada Isnin menolak permintaan ahli politik Perancis untuk mengembalikan Patung Liberty ke Perancis, lapor Xinhua.*
*"Sudah pasti tidak," kata Setiausaha akhbar White House Karoline Leavitt memberitahu taklimat akhbar yang disiarkan di televisyen, sebagai tindak balas kepada permintaan ahli Parlimen Eropah Perancis Raphael Glucksmann.*
*"Nasihat saya kepada ahli politik Perancis yang tidak dinamakan itu adalah untuk mengingatkan mereka bahawa atas bantuan Amerika Syarikat, Perancis tidak bercakap Jerman sekarang," kata Leavitt, seolah-olah merujuk kepada pakatan Amerika-Perancis semasa Perang Dunia II menentang Nazi Jerman.*
*Glucksmann pada Ahad berkata beliau tidak fikir bahawa AS mewakili nilai-nilai Patung Liberty lagi dan menyeru agar ia dikembalikan ke Perancis.*
🇺🇸 *Washington 18 Mac: Selepas lebih sembilan bulan terkandas di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), dua angkasawan akhirnya berlepas ke Bumi pada awal hari ini, sekali gus menamatkan misi panjang mereka yang menarik perhatian dunia.*
*Kapten Butch Wilmore dan Kapten Suni Williams terbang ke makmal orbit itu pada Jun tahun lalu, dalam perjalanan pergi balik selama beberapa hari untuk menguji kapal angkasa Starliner milik Boeing pada penerbangan berkru pertamanya.*
*Bagaimanapun, kapal angkasa itu mengalami masalah pendorongan dan dianggap tidak sesuai untuk membawa mereka pulang, sebaliknya ia kembali ke Bumi, tanpa membawa kru.*
*Bekas juruterbang Tentera Laut, Wilmore dan Williams, masing-masing 62 dan 59, kemudian ditugaskan semula ke misi kapal angkasa Crew-9 di bawah SpaceX dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (Nasa).*
🇺🇸 *Washington 18 Mac: Amerika Syarikat (AS) bersedia membayar El Salvador dengan AS$6 juta (kira-kira RM27 juta) untuk memenjarakan 300 individu yang didakwa menjadi ahli kumpulan Tren de Aragua dari Venezuela yang dihantar pulang ke negara Amerika Tengah itu, selama setahun, lapor Associated Press (AP) pada 15 Mac, memetik memo dalaman.*
*"El Salvador mengesahkan akan menempatkan individu berkenaan selama satu tahun," lapor AP yang memetik memo dari Kementerian Luar El Salvador.*
*Pejabat presiden El Salvador memberitahu Reuters bahawa pihaknya hanya tahu apa yang didedahkan kepada umum.*
*Manakala, Rumah Putih dan Kementerian Penerangan Venezuela tidak menjawab permintaan Reuters untuk komen.*
🇹🇼 *Taipei 18 Mac: Seorang wanita di Taiwan dihukum penjara lima bulan dan denda NT$150,000 (kira-kira RM20,208) kerana menyebabkan kaki bayinya melecur teruk hingga tiga jari dipotong akibat kecuaiannya.*
*South China Morning Post (SCMP) melaporkan, insiden malang itu berlaku pada 16 September 2023 selepas Wu tertidur ketika menggunakan pengering rambut untuk mengeringkan cadar bayinya yang baru lahir.*
*Berikutan itu, kaki bayinya terdedah kepada bahang panas selama tiga jam.*
*Wu hanya terjaga pada 4 petang sebelum mendapati kaki anak perempuannya melepuh hingga terpaksa menghubungi pasukan kecemasan untuk membawa anaknya ke hospital.*
🇮🇩 *Jakarta 18 Mac: Seramai tiga anggota polis Indonesia maut ketika melakukan serbuan ke atas pusat perjudian sabung ayam haram di daerah Way Kanan, wilayah Lampung, yang terletak di hujung selatan Pulau Sumatera.*
*Ketiga-tiga anggota ditembak oleh individu tidak dikenali pada malam Isnin ketika mereka berada di Kampung Karang Manik, mukim Negara Batin.*
*Menurut kenyataan polis, kesemua mangsa parah akibat tembakan di kepala dan disahkan meningga
No comments:
Post a Comment