*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*
*KHAMIS 13 MAC 2025 MASIHI BERSAMAAN 12 RAMADHAN 1446 HIJRAH*
*LIVE FROM KAWAN FOOD FROZEN PULAU INDAH KLANG*
*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*
*IMSAK* : *06:03am*
*SUBUH* : *06:13am*
*SYURUK* : *07:20am*
*ZOHOR* : *13:26pm*
*ASAR* : *16:35pm*
*MAGHRIB* : *19:28pm*
*ISYAK* : *20:37pm*
*artikel disiarkan pada tarikh 12mac*
*harianmetroonline*
*by:hanipiloiempire*
*since2011*
*GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+
*GOA_L* 1️⃣ *Kuala Lumpur 12 Mac: Guna medium media sosial terutama platform TikTok yang menjadi pilihan selain digemari dalam kalangan anak muda bagi mempromosi aktiviti mereka. Itu 'gerakan' kumpulan kongsi gelap yang 'beralih' mempromosi kegiatan dan dakyah mereka menggunakan TikTok bagi mencari ahli baru dan merekrut generasi muda bagi menyertai geng berkenaan. Malah, kumpulan ini turut bertindak berani apabila menayangkan logo kumpulan kongsi gelap masing-masing berserta peralatan dan pakaian berlambangkan geng masing-masing di TikTok.*
*GOA_L* 2️⃣ *Sungai Buloh 12 Mac: Polis sudah merakam keterangan ibu kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berhubung satu video memaparkan wanita itu berjalan sambil memegang tangan dua anaknya di kawasan parkir motosikal Blok R Apartment Idaman Damansara Damai dekat Petaling Jaya. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, proses rakaman keterangan pengadu itu dijalankan pihaknya kelmarin.*
*GOA_L* 3️⃣ *Tawau 12 Mac: Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini bahawa dia tidak memukul mangsa di bilik asrama 7 Resak, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu. Saksi pembelaan keenam itu berkata, tindakan berkenaan juga selepas mendapat maklumat bahawa mangsa mencuri wang tertuduh ketiga serta keempat.*
*GOA_L* 4️⃣ *Kuala Lumpur 12 Mac: Pelaporan berkaitan maklumat percukaian secara tepat penting bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran pembayar cukai terhadap tanggungjawab mereka kepada negara. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata, ia juga berupaya menanam rasa bangga membayar cukai dan bukan bebanan.*
*GOA_L* 5️⃣ *Alor Setar 12 Mac: Seramai 13 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang diisytiharkan bankrap dikenakan tindakan disiplin dalam tempoh lima tahun sejak 2020, kata Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad. Beliau berkata, terdapat beberapa faktor yang menjerumuskan kakitangan JPBM dalam isu itu, antaranya menjadi penjamin kepada pihak lain yang membuat pinjaman bank.*
*GOA_L* 6️⃣ *Kuala Lumpur 12 Mac: Dua belas individu ditangkap selepas didapati tidak berpuasa dalam operasi pemantauan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sepanjang 11 hari Ramadan setakat hari ini. Tujuh daripadanya diberikan Notis Surat Perintah Hadir (SPH) untuk hadir bagi siasatan dan akan ditempatkan di bawah program bimbingan khas, Kursus Pemantauan Akhlak (KPA) anjuran Jawi.*
*GOA_L* 7️⃣ *Butterworth 12 Mac: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton bunga api dan mercun bernilai RM225,343.30 selepas melakukan dua serbuan di Seberang Jaya dan Nibong Tebal, dekat sini, pada 24 Januari lalu. Pengarah Kastam negeri, Rohaizad Ali berkata, dalam operasi itu pihaknya menahan seorang wanita dan seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 50-an yang juga pemilik premis untuk tindakan lanjut.*
*GOA_L* 8️⃣ *Kuala Lumpur 12 Mac: Paparan harga ubat-ubatan di hospital dan klinik swasta harus dilaksanakan seperti mana peraturan meletakkan tanda harga yang dikenakan terhadap peniaga lain. Seorang peniaga pakaian, Noraini Ariffin, 57, berkata, tindakan mempamerkan harga ubat-ubatan di fasiliti berkenaan perlu dilaksanakan bagi mengelak orang ramai menjadi mangsa manipulasi harga.*
*GOA_L* 9️⃣ *Kuching 12 Mac: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak merampas rokok dan minuman keras belum lulus kastam termasuk makanan sejuk beku bernilai RM13.5 juta di empat lokasi pada Ahad serta Isnin lalu. Komander Briged Sarawak PGA Dr Che Ghazali Che Awang berkata, pihaknya menyerbu dua premis di Betong dipercayai dijadikan tempat menyimpan rokok dan minuman keras pada jam 2 petang.*
*GOA_L* 🔟 *Kuala Lumpur 12 Mac: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung dana syarikat itu berjumlah RM21.08 juta berkaitan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Hakim Suzana Hussin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden supaya Ahmad Ramli, 81, yang juga bekas Panglima Tentera Laut dilepas tanpa dibebaskan, susulan keputusan laporan pakar psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengenai keadaan mentalnya yang didapati tidak sesuai untuk dibicarakan.*
*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Kuala Lumpur 12 Mac: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan beberapa pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) yang terbabit dalam kejadian bas terbalik di Kilometer 245.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di Rembau awal pagi hari ini, dalam keadaan baik. Nanta menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata semua kakitangan JKR itu adalah penumpang bas berkenaan..*
*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *George Town 12 Mac: Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes doktor perubatan sebuah hospital di sini yang ditahan kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakitnya. Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya membuka tiga kertas siasatan berhubung kes membabitkan doktor lelaki berusia 43 tahun itu.*
*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Marang 12 Mac: Seramai 26 lelaki ditahan selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti melombong emas dan mineral secara haram dalam serbuan di tiga lokasi berasingan di daerah ini, semalam. Serbuan dilakukan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu itu turut merampas peralatan melombong emas dan mineral yang dianggarkan bernilai RM2.11 juta.*
*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Kuala Lumpur 12 Mac: Sebanyak 31 kertas siasatan membabitkan isu 3R sudah dibuka bagi tempoh tahun ini membabitkan penghinaan institusi Diraja, perkauman dan agama. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, daripada jumlah itu, 17 kes membabitkan institusi Diraja, 12 kes isu perkauman dan 12 kes berkaitan agama.*
*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Putrajaya 12 Mac: Bekas Pegawai Penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) R. Rajagopal memaklumkan Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak menerima arahan untuk mendakwa beberapa pegawai kanan syarikat pelaburan negara itu. Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman itu berkata beliau tidak menerima arahan untuk mendakwa dua bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB iaitu Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Mohd Hazem Abdul Rahman, bekas Ketua Pegawai Kewangan Azmi Tahir dan Radhi Mohamad serta bekas peguam syarikat itu Jasmine Loo Ai Swan.*
*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Kota Bharu 12 Mac: Kerajaan Kelantan membuat keputusan untuk mengambil alih bagi menyiapkan Terminal Bas Kota Bharu (KB) Sentral seiring dengan siapnya projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Timbalan Menteri Besarnya Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pihaknya menjangka KB Sentral siap pada 2027.*
*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 12 Mac: Polis masih menunggu arahan daripada pejabat Peguam Negara (AGC) berhubung siasatan ke atas pendakwah bebas, Zamri Vinoth yang didakwa menghina agama Hindu susulan laporan polis yang dibuat pelbagai pihak ke atasnya baru-baru ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini sebanyak 894 laporan polis diterima ke atas Zamri Vinoth.*
*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Kuala Lumpur 12 Mac: Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPPBWPKL) akan mendedahkan secara terperinci kegiatan kartel dalam jual beli tapak lot bazar Ramadan di sekitar ibu negara, esok. Berdasarkan surat jemputan sidang media daripada persatuan berkenaan hari ini, yang turut diterima Harian Metro, tajuk surat itu memaparkan - Jemputan Sidang Media: Pendedahan Kartel Bazar Ramadan 1446H di Premis Milik Agensi DBKL, MARA & UDA.*
*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Johor Bahru 12 Mac: Sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) berjaya ditumpaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor selepas sebuah stor di Ulu Tiram di sini, diserbu semalam. Dalam serbuan itu, KPDN turut melakukan rampasan membabitkan jumlah RM860,000.*
*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Petaling Jaya 12 Mac: Kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin didiagnosis sebagai 'receptive and expressive language delay' tahap teruk berdasarkan rekod klinikal terapi pertuturan. Saksi pendakwaan ke-23, Dr Nur Hanisah Abd Nasir, 37, yang bertugas di Jabatan Otorhinolaryngologi (ORL) (turut dikenali sebelum ini Jabatan ENT) Hospital Sungai Buloh memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, berdasarkan pemahamannya ketika menyediakan laporan perubatan Zayn Rayyan mendapati kanak-kanak itu tidak berminat dan tidak dapat mengikut arahan diberikan juruterapi pertuturan.*
*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Kuala Lumpur 12 Mac: Selepas diserbu dan dikompaun berjumlah ratusan ribu ringgit tahun lalu, sebuah kilang rokok elektronik atau vape di Jalan Shamelin, di sini, tidak lagi menggajikan pendatang asing tanpa izin (Pati). Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, hasil pemeriksaan hari ini mendapati, kesemua pekerja warga asing di premis berkenaan memiliki permit kerja sah.*
*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Putrajaya 12 Mac: Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang mendengar perbicaraan penyelewengan dana RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengingatkan semua pihak kes itu sudah berlanjutan selama tujuh tahun. Sehubungan itu, Sequerah meminta semua pihak untuk memberikan kerjasama supaya perbicaraan kes berprofil tinggi itu yang membabitkan bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak dapat diselesaikan.*
*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Kota Kinabalu 12 Mac: Pasukan Polis Marin (PPM) membongkar kegiatan penyeludupan minuman keras yang menjadikan rumah sebagai 'stor' dalam serbuan di Telupid, di sini, Sabtu lalu. Serbuan dilakukan PPM Sandakan bersama Unit Gempur Marin Wilayah Empat Sabah membawa rampasan minuman keras pelbagai jenama tidak bercukai bernilai RM120,411.*
*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Kuala Lumpur 12 Mac: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, agama dan kaum. Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata, mesej itu disampaikan Perdana Menteri ketika menghadiri Majlis Iftar Bersama Pengamal Media di Angkasapuri, malam tadi.*
*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Kuala Lumpur 12 Mac: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin akan memanggil Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beberapa kali bagi memberi keterangan selepas beliau dijangka hadir ke Ibu Pejabat SPRM, esok. Menurut sumber, bagaimanapun, proses itu akan dilakukan bergantung kepada keterangan yang akan diambil oleh SPRM, esok.*
*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Klang 12 Mac: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan cubaan penyelewengan minyak masak peket dan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi termasuk merampas dua lori dianggarkan keseluruhannya bernilai RM200,000 menerusi serbuan di sebuah stor haram di Jalan Syapadu, Rantau Panjang, dekat sini, Isnin lalu. Pengarah KPDN Selangor Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, serbuan bermula jam 4 petang itu dilaksanakan selepas risikan selama sebulan terhadap kegiatan sindiket penyelewengan terbabit.*
*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Kota Bharu 12 Mac: Suami isteri terkejut apabila ikan cencaru berlada yang dibeli di sebuah gerai di Wakaf Zin, Bachok dekat sini untuk dijadikan lauk sahur didapati berulat. Juadah itu dibeli Azura (bukan nama sebenar), 34, petang semalam apabila mendapati hanya premis itu sahaja yang masih banyak lauk dijual.*
*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Alor Setar 12 Mac: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) akan mengambil tindakan sekiranya ada pegawai atau anggota memberi komen negatif di media sosial termasuk menyentuh isu 3R (raja, kaum, agama). Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohamad berkata, setiap komen yang ditulis di media sosial tidak boleh melanggar garis panduan sebagai penjawat awam.*
*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Muar 12 Mac: Seorang lepasan sebuah kolej kemahiran dipenjara lima tahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan, tahun lalu. Tertuduh, Muhammad Lukman Hamidon, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dikemukakan jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.*
*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Batu Kawan 12 Mac: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengeluarkan 154 notis kompaun berjumlah RM23,000 terhadap pengendali makanan di negeri itu yang melakukan pelbagai kesalahan bermula Januari hingga semalam. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen berkata JKNPP menerusi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) memeriksa 1,176 premis makan termasuk kilang ais.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=
🇵🇸 *Bandaraya Gaza 12 Mac: Sekurang-kurangnya 137 rakyat Palestin terbunuh sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Januari, kata pihak berkuasa tempatan pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).*
*Dalam satu kenyataan, Salama Marouf, ketua pejabat media kerajaan Gaza menuduh Israel sengaja memperhebat serangannya ke atas rakyat Palestin sejak 10 hari lepas yang melanggar perjanjian gencatan senjata.*
*"Jenayah terbaru tentera rejim ialah serangan udara yang menyasarkan sekumpulan orang awam di tengah Gaza, membunuh lima orang, termasuk dua beradik, menjadikan jumlah yang syahid sejak gencatan senjata bermula kepada 137 orang," kata Marouf.*
🇪🇬 *Kaherah 12 Mac: Pusingan baharu rundingan gencatan senjata di Gaza bermula pada 11 Mac di Doha, Qatar, dengan Palestin menghampiri rundingan itu secara positif dan bertanggungjawab.*
*"Pusingan baharu rundingan gencatan senjata bermula hari ini.*
*"Pergerakan kami menangani rundingan ini secara positif dan bertanggungjawab," kata pegawai kanan Hamas, Abdul Rahman Shadid dalam satu kenyataan.*
*Israel juga menghantar satu pasukan perunding untuk rundingan yang bertujuan melanjutkan gencatan senjata rapuh di Gaza, namun tidak mengulas lanjut mengenainya setakat ini.*
🇺🇸 *Washington 11 Mac: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata beliau akan membeli "Tesla serba baharu" untuk menunjukkan sokongan kepada penderma dan penasihat kempen utamanya, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk.*
*"Kepada Republikan, Konservatif, dan semua rakyat Amerika yang hebat, Elon Musk 'membuatnya dalam barisan' untuk membantu negara kita, dan dia melakukan kerja yang hebat!," Trump menyiarkan di platform Truth Socialnya sejurus selepas tengah malam pada Selasa.*
*"Tetapi Radical Left Lunatics, seperti yang sering mereka lakukan, cuba memboikot Tesla secara haram dan bersubahat, menyerang dan membahayakan Elon, dan semua yang dia pertahankan," kata Trump.*
*"Saya akan membeli Tesla serba baharu pagi esok sebagai menunjukkan keyakinan dan sokongan untuk Elon Musk, seorang warga Amerika yang benar-benar hebat.*
🇵🇰 *Mach, Pakistan 12 Mac: Tiga orang terbunuh dan kira-kira 100 tebusan dibebaskan oleh tentera Pakistan pada Selasa, selepas militan bersenjata menyerang kereta api yang membawa lebih 450 penumpang di wilayah Balochistan di barat daya negara itu.*
*Tidak jelas berapa ramai orang yang masih berada di dalam kereta api itu kerana pasukan keselamatan meneruskan operasi semalaman.*
*Sebelum merampas kereta api pada petang Selasa, militan meletupkan landasan kereta api, memaksa ia berhenti di kawasan terpencil.*
*"Orang ramai mula bersembunyi di bawah tempat duduk dalam keadaan panik. Militan memisahkan lelaki daripada wanita. Mereka membenarkan saya dan keluarga saya pergi kerana saya memberitahu mereka saya seorang pesakit jantung," kata Allahditta, 49, kepada AFP dari hospital sementara di stesen kereta api di Mach.*
🇵🇰 *Sibi, Pakistan 12 Mac: Pasukan keselamatan Pakistan melancarkan operasi "berskala penuh" pada Rabu lalu untuk menyelamatkan penumpang kereta api yang dijadikan tebusan oleh militan di barat daya pergunungan negara itu.*
*Dalam tempoh dua hari, tentera Pakistan berjaya membebaskan 155 tebusan dari kereta api yang ditawan. Jumlah penumpang yang tidak diketahui masih berada di dalam kereta api berkenaan.*
*Militan mengebom sebahagian landasan kereta api dan menyerbu kereta api itu pada petang Selasa, di barat daya wilayah Balochistan, di mana serangan oleh pemisah semakin meningkat.*
*Menurut sumber keselamatan, "pengganas meletakkan pengebom berani mati betul-betul di sebelah penumpang tebusan yang tidak bersalah."*
🇵🇰 *Mach, Pakistan 12 Mac: Tebusan dibebaskan dari kereta api di barat daya Pakistan pada Selasa, mendedahkan mereka berjalan selama berjam-jam melalui kawasan pergunungan untuk tiba di kawasan selamat.*
*Militan yang melancarkan perang untuk menuntut kemerdekaan terhadap Pakistan mencetuskan letupan di landasan kereta api di kawasan terpencil Balochistan.*
*Ia memaksa kereta api terbabit berhenti dan kumpulan bersenjata itu menjadikan lebih 450 penumpang sebagai tebusan.*
*"Saya tidak dapat mencari perkataan untuk menggambarkan bagaimana kami berjaya melarikan diri. Ia menakutkan," kata Muhammad Bilal kepada AFP.*
🇰🇪 *Nairobi 11 Mac: Klinik kesihatan tempat Alice Okwirry mengumpul ubat HIVnya di Nairobi telah mencatu bekalan antiretroviral (ARV) kepada pengisian semula sebulan sejak kerajaan Amerika Syarikat (AS) membekukan bantuan asing.*
*Sementara itu, di pinggir bandar, berjuta-juta dos yang menyelamatkan nyawa berada di rak gudang, tidak digunakan dan tidak dapat dicapai.*
*Klinik ini terletak setengah jam pemanduan dari gudang.*
*Tanpa pembiayaan AS, pengedaran dari gudang, yang menyimpan semua ubat HIV derma kerajaan AS kepada Kenya, telah terhenti, menyebabkan bekalan beberapa ubat sangat membimbangkan, menurut bekas pegawai USAID dan pegawai kesihatan di Kenya.*
🇦🇪 *Abu Dhabi 12 Mac: Bekas presiden Filipina Rodrigo Duterte, yang ditangkap di Manila atas waran Polis Antarabangsa (Interpol) berpunca daripada tindakan kerasnya dalam memerangi dadah, tiba di Dubai pada Rabu menuju Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague.*
*Menurut ICC, lelaki berusia 79 tahun itu berdepan pertuduhan jenayah kemanusiaan iaitu pembunuhan.*
*Kumpulan hak asasi manusia menyatakan bahawa 'perang dadah' itu membunuh puluhan ribu kebanyakannya lelaki miskin, selalunya tanpa bukti mereka dikaitkan dengan dadah.*
*Presiden Ferdinand Marcos ketika taklimat media pada Selasa berkata, pesawat yang membawa Duterte, berlepas jam 11.03 malam.*
🇰🇵 *Pyongyang 12 Mac: Penggodam yang dikaitkan dengan kumpulan Lazarus yang terkenal di Korea Utara dilaporkan mengeluarkan ratusan juta daripada AS$1.46 bilion (kira-kira RM6.5 bilion) yang mereka curi dalam rompakan kripto terbesar dunia pada bulan lepas, lapor portal Independent.*
*Penyiasat termasuk firma analitik blockchain Britain, Elliptic yang menjejaki dana yang dicuri mengatakan kira-kira 20 peratus daripada nilai AS$1.46 bilion (kira-kira RM6.5 bilion) yang dicuri dalam mata wang digital itu kini sudah tidak dapat dikesan.*
*Mata wang digital itu dicuri daripada bursa mata wang kripto yang berpangkalan di Dubai, ByBit, pada 21 Februari lalu.*
*Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mengesahkan rompakan itu, mengatakan Korea Utara bertanggungjawab.*
🇰🇷 *Seoul 12 Mac: Pihak berkuasa trafik udara Korea Selatan akan melarang penggunaan dron di sekitar Mahkamah Perlembagaan di Seoul mulai Khamis menjelang keputusan mengenai pendakwaan Presiden Yoon Suk Yeol.*
*Langkah itu akan berkuat kuasa dari Khamis hingga Rabu minggu depan, menurut notis yang dikeluarkan oleh sistem maklumat aeronautik Kementerian Pengangkutan pada Rabu.*
*Mahkamah dijangka membuat keputusan mengenai pendakwaan Yoon dalam masa beberapa hari lagi, walaupun tarikh rasmi belum diumumkan.*
🇯🇵 *Tokyo 12 Mac: Seorang wanita di Jepun maut ditikam dipercayai ketika bersiaran langsung di satu jalan dekat Takadanobaba, Shinjuku, semalam.*
*The Japan News melaporkan, polis menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu kira-kira 9.50 pagi.*
*Sebaik pegawai dari Balai Polis Totsuka Jabatan Polis Metropolitan Tokyo tiba di tempat kejadian, mereka mendapati seorang wanita berusia 20-an terbaring dengan kesan tikaman di kepala, leher dan dada.*
*Wanita itu disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital.*
*Menurut seorang pegawai kanan polis, lelaki itu mengakui salah atas perbuatannya.*
*Sebilah pisau dipercayai senjata pembunuhan dirampas di tempat kejadian.*
🇯🇵 *Tokyo 12 Mac: Sebuah bandar di Jepun yang mengenakan peraturan datang lima minit lebih awal setiap hari untuk menghadiri mesyuarat diperintahkan membayar pampasan lebih 10 juta yen (kira-kira RM299,267) buat semua kakitangan terbabit kerana kerja lebih masa.*
*South China Morning Post (SCMP) melaporkan, penyelesaian tunai untuk kakitangan itu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.*
*Ia bermula pada 26 Februari 2021 apabila 146 kakitangan kerajaan di bandar Ginan, wilayah Gifu, dekat pulau utama Jepun iaitu Honshu, dikehendaki datang kerja pada 8.25 pagi iaitu lima minit lebih awal daripada sepatutnya.*
*Dasar itu dilaksanakan oleh bekas datuk bandar, Hideo Kojima, yang mewajibkan 146 kakitangannya mematuhi peraturan itu mulai 1 Mac 2021.*
🇵🇭 *Manila 12 Mac: Sebuah pesawat sewa khas membawa bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda pada malam Selasa, kurang 12 jam selepas beliau ditahan, lapor Xinhua.*
*Menerusi hantaran di media sosial, seorang daripada peguamnya, Martin Delgra, menunjukkan gambar sebuah pesawat kecil yang akan membawa Duterte, 79, ke The Hague. Turut menaiki pesawat itu ialah Salvador Medialdea, sekutu rapat Duterte.*
*Duterte ditahan pada pagi Selasa susulan waran tangkap yang dikeluarkan oleh ICC berhubung kempen "perang terhadap dadah" beliau, tindakan yang dipersoalkan oleh bekas presiden itu.*
🇵🇭 *Manila 12 Mac: Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung dengan perang dadahnya yang kontroversial, kata Malacanang pada Rabu.*
*"Namun, ini bergantung kepada pembelaan yang boleh diambil oleh bekas presiden," kata Setiausaha Rendah Pejabat Komunikasi Presiden dan Pegawai Akhbar Istana Claire Castro dalam satu taklimat media, menurut Agensi Berita Filipina (PNA).*
*Menurut laman sesawang ICC, mahkamah tidak mengenakan hukuman mati.*
*Namun, hakim-hakimnya boleh menjatuhkan hukuman penjara hingga 30 tahun atau penjara seumur hidup dalam kes-kes luar biasa. Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L MEDSOS, POPULAR*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+
🗣️ *Kuala Lumpur 12 Mac: Di sebalik kekalahan Johor Darul Ta'zim (JDT) di tangan Buriram United malam tadi, ada satu perkara yang menarik perhatian penyokong di laman sosial.*
*Segelintir penyokong mendakwa pemilik Buriram United, Newin Chidchob seperti melakukan 'ritual' atau 'membaca jampi' beberapa jam sebelum perlawanan timbal balik pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) itu.*
*Menerusi satu video yang dirakam peminat yang kemudiannya tular di laman sosial kelihatan kelibat Newin Chidchob mengelilingi sekitar permukaan padang di Stadium Sultan Ibrahim.*
*Beliau bergerak dari segenap sudut padang termasuk di kedua-dua pintu gawang gol sambil membacakan sesuatu.*
*Keadaan itu nyata menimbulkan persoalan, malah ramai yang meninggalkan komen dengan mendakwa apa yang dilakukan Newin Chidchob itu seolah berjaya membantu pasukannya melakar kejutan di depan ribuan penyokong JDT.*
🎱 *Seremban 12 Mac: Jika sebelum ini sebuah masjid di Nilai, dekat sini, menyediakan pusat asuhan 'soopa doopa' untuk mencuri perhatian kanak-kanak, namun masjid di Forest Height, di sini, pula menyediakan meja pool untuk menarik golongan remaja ke masjid.*
*Berbeza dengan nurseri 'soopa doopa' yang menyediakan kemudahan itu sempena Ramadan, namun permainan 'indoor' di Masjid Muhammad Al-Fateh ini sudah wujud sejak hujung tahun lalu.*
*Bagaimanapun, tular satu video baru-baru ini memaparkan sekumpulan kanak-kanak sedang leka bermain pool ketika jemaah lain sedang solat yang sedikit sebanyak mencalarkan imej masjid berkenaan.*
*Imam 1 Muhammad Mustakim Hamidun berkata, berdasarkan pengamatannya, video berkenaan mungkin diambil sebelum Ramadan, namun tular sejak beberapa hari lalu.*
*Beliau yang juga Ketua Eksekutif masjid itu berkata, meja pool dan dua lagi permainan 'indoor' itu disumbangkan sepenuhnya oleh ibu bapa di kawasan berkenaan tanpa menggunakan dana masjid.*
*"Saya juga difahamkan mereka akan melepak di kedai snuker selepas solat. Jadi ibu bapa mencadangkan supaya diletakkan meja pool dan beberapa permainan indoor lain," katanya.*
📻 *Cyberjaya 12 Mac: Penyampai radio 3 Pagi Era, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin masih lagi direhatkan sehingga siasatan dalaman selesai.*
*Ketua Strategi Astro Radio, Rizal Sahimy berkata, pengumuman mengenai status tiga penyampai itu akan dibuat selepas siasatan selesai.*
*"Siasatan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sudah pun selesai, lesen tidak digantung, saman pun sudah ada.*
*"Bagaimanapun, kami masih lagi melakukan siasatan dalaman secara terperinci dari segala sudut bagi memastikan kesilapan sama tidak berulang.*
👦🏻 *Seoul 12 Mac: Tindakan pantas seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun di Korea Selatan, baru-baru ini, yang cekap melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) membantu menyelamatkan nyawa ibunya.*
*The Korea Herald melaporkan, usaha Jeong Tae-un yang juga pelajar gred tiga itu mendapat perhatian sebuah balai bomba di Korea Selatan yang menganugerahkannya sijil penghargaan pada 9 Mac lalu.*
*Menurut Balai Bomba Bucheon, ibu kanak-kanak berumur sembilan tahun itu rebah akibat masalah jantung di rumah mereka di Buncheong, wilayah Gyeonggi, jam 10.20 malam pada 8 Januari lalu,*
*Kanak-kanak itu segera menghubungi talian 119 bagi mendapatkan pertolongan.*
*Pada masa sama, dia melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) ke atas ibunya.*
*Sementara itu, Ketua Balai Bomba Bucheon, Ji Jun-ho, memuji tindakan pantas Tae-un yang berkesan dalam menyelamatkan insan tersayang.*
🫀 *Sydney 12 Mac: Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang dengan jantung tiruan sepenuhnya, menurut hospital Sydney tempat pembedahan itu dilakukan pada Rabu.*
*Lelaki itu, yang menderita kegagalan jantung yang teruk, hidup menggunakan BiVACOR Total Artificial Heart (TAH) iaitu pam darah yang diperbuat daripada titanium, selama lebih dari 100 hari sebelum menerima pemindahan jantung pada Mac, lapor agensi berita Jerman dpa.*
*Pada November, lelaki itu dipasang dengan jantung tiruan di Hospital St Vincent's Sydney sebagai langkah sementara sementara menunggu jantung penderma, pembedahan pertama seumpamanya dilakukan di Australia.*
*Dia dibenarkan keluar dengan alat itu pada Februari sebelum menerima jantung penderma pada Mac.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L ARENA SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=
😊 *Liverpool 12 Mac: Pengurus Paris St Germain, Luis Enrique, berkata PSG dan Liverpool berhak mendapat tempat di suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) memandangkan pertarungan hebat dan mendebarkan antara kedua-dua pasukan dalam pusingan 16 terakhir pertandingan ini.*
*Enrique tersenyum bangga dengan bagaimana pasukannya bangkit selepas ketinggalan satu gol selepas perlawanan pertama minggu lalu untuk menewaskan Liverpool yang mendahului Liga Perdana (EPL) dengan keputusan 4-1 dalam penentuan sepakan penalti di Anfield awal pagi tadi.*
*PSG, pendahulu Ligue 1, belum pernah memenangi UCL, kalah kepada Bayern Munich dalam final 2020, manakala Liverpool, juara 2019, dianggap sebagai pilihan utama untuk mara selepas menduduki tangga teratas dalam fasa liga lapan perlawanan.*
🤩 *Liverpool 12 Mac: Paris St Germain menewaskan Liverpool 4-1 dalam penentuan sepakan penalti untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) selepas menang 1-0 dalam perlawanan timbal balik pusingan 16 di Anfield awal pagi tadi hasil daripada jaringan Ousmane Dembele.*
*Selepas kedudukan terikat 1-1 secara agregat, penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma, berjaya menyelamatkan sepakan penalti dari Darwin Nunez dan Curtis Jones, manakala pasukan pelawat menyempurnakan semua sepakan mereka.*
🥳 *Barcelona 12 Mac: Lamine Yamal dan Raphinha mempamerkan aksi memukau apabila Barcelona menewaskan Benfica 3-1 awal pagi tadi sekali gus mara ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) dengan kemenangan agregat 4-1.*
*Raphinha menjaringkan gol di kedua-dua babak dengan satu lagi dihasilkan Yamal menerusi rembatan menakjubkan ketika pasukan Catalan itu mendominasi separuh masa pertama selepas menang 1-0 pada perlawanan pertama pusingan 16 di Lisbon.*
*Skuad kendalian Hansi Flick akan bertemu Borussia Dortmund atau Lille di suku akhir, dengan matlamat untuk memenangi kejohanan ini buat kali pertama sejak 2015, ketika era Lionel Messi, Neymar, dan Luis Suarez.*
😇 *Leverkusen, Jerman 12 Mac: Harry Kane membantu Bayern Munich menjaringkan satu gol dan mencipta satu lagi gol ketika pasukannya menewaskan tuan rumah, Bayer Leverkusen 2-0 dalam perlawanan timbal balik pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi tadi.*
*Kemenangan itu menyaksikan Bayern mara ke suku akhir dengan kemenangan agregat 5-0, di mana mereka akan menentang Inter Milan pada bulan depan.*
*Kane, yang menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-0 pada perlawanan pertama minggu lalu, menanduk bola dari jarak dekat pada minit ke-52 untuk gol ke-10 dalam UCL yang menjadikannya pemain Inggeris pertama menjaringkan 10 gol dalam satu musim Piala Eropah.*
🏛️ *Buenos Aires 12 Mac: Tujuh kakitangan perubatan yang merawat legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona pada hari-hari terakhir sebelum kematiannya telah dibicarakan hari ini selepas didakwa atas tuduhan membunuh.*
*Maradona meninggal dunia pada 25 November 2020 di usia 60 tahun ketika dalam proses pemulihan selepas pembedahan otak akibat darah beku, selepas bertahun-tahun bergelut dengan ketagihan kokain dan alkohol.*
*Jika disabitkan kesalahan atas tuduhan "pembunuhan dengan niat" - yang didakwa kerana meneruskan tindakan walaupun sedar ia boleh membawa kepada kematian ke atas bekas pemain bola sepak itu - barisan tertuduh berdepan hukuman penjara antara lapan hingga 25 tahun.*
🚵🏽♀️ *Paris 12 Mac: Jonas Vingegaard kembali beraksi minggu ini, di Paris-Nice.*
*Pemenang dua kali Tour de France ini kini akan lebih mudah dikenali berbanding sebelumnya itu apabila dia akan memakai topi keledar baru yang unik yang dibuat khas untuk Vingegaard.*
*Topi keledar itu pasti akan membantu pelumba Denmark itu lebih menonjol di kalangan peloton dalam kamera TV.*
*Vingegaard bagaimanapun bukanlah pelumba pertama yang memiliki topi keledar peribadi, dengan rakan sepasukannya dari Team Visma Lease a Bike, Wout van Aert, turut pernah mempunyai topi keledar Red Bull miliknya.*
🎾 *Indian Wells, Amerika Syarikat 12 Mac: Juara bertahan Iga Swiatek menempah slot ke suku akhir Indian Wells selepas membenam Karolina Muchova, 6-1, 6-1 biarpun beraksi dalam keadaan hujan.*
*Pemain nombor dua dunia dari Poland itu hanya memerlukan 57 minit untuk menewaskan Karolina yang membawa Iga beraksi tiga set di final Terbuka Perancis 2023.*
*Iga tidak perlu berdepan sebarang mata untuk perlawanan ketiga berturut-turut dan dia hanya melepaskan dua permainan kepada lawannya.*
*Iga yang memenangi gelaran di Indian Wells pada 2022 dan 2024, berpeluang untuk menjadi wanita pertama yang merangkul trofi tiga kali dan menyertai Martina Navratilova sebagai satu-satunya wanita yang memenangi gelaran berturut-turut di padang pasir California itu.*
🏌🏻♂️ *Los Angeles 12 Mac: Tiger Woods memaklumkan bahawa dia sudahpun menjalani pembedahan untuk memperbaiki tendon Achilles kiri yang terkoyak, menjejaskan rancangan kembali bermain golf tergendala sekali gus menjadi satu lagi tamparan dalam kariernya yang semakin hampir ke penghujungnya.*
*"Semasa saya mula meningkatkan latihan dan latihan di rumah, saya merasakan kesakitan teruk di tendon Achilles kiri saya, yang didiagnosis sebagai terkoyak," kata Woods dalam satu posting di X.*
*"Pagi ini, Dr Charlton Stucken dari Hospital Pembedahan Khas di West Palm Beach, Florida, melakukan pembedahan pemulihan tendon Achilles secara invasif minimum untuk tendon yang terkoyak."*
🏎️ *London 12 Mac: Oscar Piastri menandatangani lanjutan kontrak jangka panjang bersama McLaren menjelang Grand Prix Australia yang membuka musim ini di Melbourne.*
*Pemandu Australia berusia 23 tahun itu sudah pun terikat kontrak hingga 2026, tetapi kini memastikan masa depan untuk jangka masa lebih panjang bersama McLaren, yang memenangi kejuaraan pengeluar tahun lalu.*
*Piastri menamatkan musim lalu di tempat keempat secara keseluruhan selepas meraih kemenangan di Hungary dan Azerbaijan, dan kini bersedia untuk berjuang dengan rakan sepasukannya, Lando Norris, merebut gelaran musim ini.*
🏸 *Kuala Lumpur 12 Mac: Kekuatan mental dan semangat juang tinggi menjadi kunci kepada beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk meraih kejayaan dalam pusingan pertama Seluruh England, semalam.*
*Walaupun diletakkan sebagai pilihan utama di kejohanan itu namun pasangan negara itu terpaksa berhempas pulas untuk menundukkan wakil Thailand yang sedang dalam prestasi terbaik, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran, yang meraih gelaran di Terbuka Malaysia dan Masters Thailand tahun ini.*
🏸 *Kuala Lumpur 12 Mac: Momentum beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terganggu apabila umpire membatalkan 10 servis pasangan itu sehingga mereka tersungkur seawal pusingan pertama saingan badminton Seluruh England, awal pagi tadi.*
*Situasi terbabit mengganggu fokus mereka dalam usaha meraih kemenangan ketika bertemu beregu Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard.*
*Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky berkata, keputusan umpire yang terlalu kerap membatalkan servis Wooi Yik memberi kesan besar kepada prestasi mereka terutama di set ketiga.*
🏸 *Kuala Lumpur 12 Mac: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia mengakui bahawa dia terlalu mengikut perasaan termasuklah membuat keputusan terburu-buru untuk beraksi dalam kejohanan seperti Seluruh England selepas berehat hampir tiga bulan akibat kecederaan buku lali.*
*Hal ini kerana, Zii Jia melihat ketika ini dia tidak berada pada tahap terbaik namun tetap berkeras mahu menyertai kejohanan berprestij itu.*
🏸 *Kuala Lumpur 12 Mac: Gugup berhadapan lawan yang mempunyai reputasi besar menyebabkan pemain perseorangan lelaki kebangsaan, Leong Jun Hao tersungkur pada penampilan sulung di Seluruh England.*
*Pemain yang berada di kedudukan ke-24 dunia itu terpaksa menelan kepahitan selepas tumpas di tangan juara bertahan dari Indonesia, Jonatan Christie 11-21, 19-21, dalam pertembungan di Utilita Arena Birmingham, semalam.*
🏆 *Kuala Lumpur 12 Mac: Ketua jurulatih sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun menaruh harapan tinggi agar skuad beregu dan quadrant lelaki menampilkan prestasi terbaik pada Piala Dunia di Bihar, India, bermula 20 hingga 25 Mac ini.*
*Beliau berkata, kejohanan itu antara medan terbaik bagi menguji kekuatan pasukan Malaysia dan mengenalpasti apa yang harus dilakukan sebelum kejohanan Piala Asia di Kuala Lumpur pada Mei depan.*
*Selain itu, beliau tetap optimis pemain negara mampu menampilkan permainan seperti biasa meskipun perlu turun beraksi ketika berpuasa.*
🏑 *Kuala Lumpur 12 Mac: Dua tonggak senior dipanggil bagi melengkapkan senarai 26 pemain bagi menggalas tanggungjawab bagi mengharungi kejohanan antarabangsa selain berperanan membantu mempertahankan pingat emas Sukan Sea di Bangkok hujung tahun ini.*
*Pemain terbabit adalah Noor Hasliza Md Ali dan Fatin Shafika Mahd Sukri yang berjaya memikat Ketua Jurulatih Pasukan Wanita Kebangsaan, Nasihin Nubli Ibrahim selepas mempamerkan prestasi cemerlang ketika membantu Blue Warriors meraih gelaran treble buat kali pertama pada saingan TNB Liga Hoki Malaysia (TNB MHL) 2025.*
😔 *Johor bahru 12 Mac: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Hector Bidoglio tidak dapat menyembunyi perasaan sedih selepas gagal melaksanakan impian besar kelab berkenaan untuk mara ke suku akhir apabila tumpas tipis 0-1 kepada Buriram United pada aksi kedua timbal balik Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.*
*Jelas pengendali kelahiran Argentina itu kesedihan yang menyelubungi dirinya kerana melihat sendiri kesungguhan setiap pemain menjalani latihan bagi persiapan menentang kelab dari Thailand itu namun segalanya berakhir akibat kekalahan tipis tatkala beraksi di laman sendiri.*
🥳 *Johor Bahru 12 Mac: Ketua jurulatih, Buriram United, Osmar Loss Vieira menzahirkan kegembiraan selepas barisan pemainnya menyingkirkan Johor Darul Ta'zim (JDT) 1-0 untuk mara ke suku akhir pada aksi kedua timbal balik Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.*
*Pengendali kelahiran Argentina itu berkata, walaupun menang namun masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki bagi mengharungi cabaran seterusnya apabila akan menentang kelab dari Zon Asia Barat pada pentas suku akhir.*
🫵🏻 *Kuala Lumpur 12 Mac: Johor Darul Ta'zim (JDT) dijangka bakal dikenakan hukuman oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) susulan tindakan segelintir penyokong yang membaling botol ke dalam padang ketika aksi peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.*
*Dalam aksi itu, JDT tumbang 1-0 di tangan Buriram United dari Thailand yang turut menyaksikan penolong pengadil menjadi mangsa balingan botol oleh penyokong tuan rumah.*
*Tindakan segelintir penyokong itu hampir mencederakan pengadil di tepi garisan yang kemudian lari ke tengah padang bagi mengelak daripada terkena balingan botol itu.*
*Penolong pengadil itu menjadi mangsa ekoran ketidakpuasan hati kerana mengangkat bendera selepas jaringan Jorge Obregon dikesan ofsaid di hujung permainan sekali gus gol penyamaan itu dibatalkan.*
🐅 *Kuala Lumpur 12 Mac: Kegagalan Johor Darul Ta'zim (JDT) layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) nyata membakar semangat pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk melabur lebih banyak lagi dengan membawa masuk pemain lebih berkualiti musim depan.*
*Malah, kekalahan tipis 1-0 di tangan Buriram United pada peringkat 16 terbaik ACLE itu dipikul sepenuhnya oleh Tunku Ismail dan mengakui sudah merangka beberapa perubahan bagi memperkasakan skuad Harimau Selatan.*
*"Saya bertekad untuk meletakkan Johor di peta bola sepak dan bersaing dengan pasukan terbaik di Asia serta komited untuk terus membuat pelaburan bagi memperkukuh JDT di dalam dan luar padang.*
🤯 *Kuala Lumpur 12 Mac: Jaringan penyamaan saat akhir menerusi penyerang gantian Johor Darul Ta'zim (JDT), Jorge Obregon yang dibatalkan menjadi bualan hangat peminat bola sepak tanah air.*
*Dalam aksi timbal balik pusingan 16 terbaik saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) itu, JDT terpaksa akur apabila tumbang 0-1 kepada Buriram United.*
*Biarpun meraih gol penyamaan menerusi ledakan Obregon beberapa saat sebelum perlawanan tamat, malangnya jaringan itu dibatalkan kerana didakwa berada di kedudukan ofsaid.*
*Ramai yang mempertikaikan keputusan dua pengadil dari Kuwait iaitu Abdullah Jamali dan Abdullah Alkandari, malah mempersoalkan mengapa ulangan video bantuan pengadil (VAR) tidak ditayangkan di kaca televisyen sebelum keputusan dibuat oleh pengadil perlawanan.*
💪🏼 *Kuala Lumpur 12 Mac: Selangor FC menyimpan impian mahu menutup musim 2024/2025 dengan kenangan terindah menerusi rekod tanpa kalah dengan mengutip tiga mata penuh dalam setiap perlawanan.*
*Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi menaruh harapan tinggi untuk pasukannya melebarkan rekod tanpa kalah selepas tidak tewas dalam 14 perlawanan terakhir mereka bagi semua pertandingan.*
🐢 *Kuala Terengganu 12 Mac: Pemain Terengganu FC (TFC) belum mahu mengangkat 'bendera putih' dalam perebutan tempat ketiga saingan Liga Super musim 2024/2025.*
*Sebaliknya skuad kendalian Badrul Afzan Razali itu tekad untuk menyapu bersih sembilan mata daripada baki tiga perlawanan lagi bermula menentang Selangor FC pada 5 April, PDRM FC (19 April) dan Kedah Darul Aman (KDA) FC. (26/27 April).*
*Berdasarkan kedudukan terkini, skuad Penyu itu menghuni di tangga keempat dengan mengumpul 32 mata manakala Sabah FC di tempat ketiga dengan 36 mata, mengekori rapat Kuching City FC (KCFC) dengan 30 mata.*
🐘 *Kuantan 11 Mac: Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad lega selepas skuad itu akhirnya berjaya menamatkan kemarau kemenangan dalam saingan Liga Super selepas menewaskan PDRM FC 3-1, Sabtu lalu.*
*Legenda bola sepak Singapura itu berkata, kemenangan itu begitu bermakna bukan sahaja buat dirinya, malah semua pemain terutama menjelang final Piala Malaysia pada 12 April depan.*
🤩 *Kuala Lumpur 11 Mac: Kapten Kuala Lumpur City (KL City) FC, Paulo Josue akan terus dikenang sebagai pemain terbaik skuad The City Boys apabila berpeluang mencipta rekod baharu sebagai penjaring terbanyak dalam satu musim bagi pasukan terbabit.*
*Rekod penjaring terbanyak dalam satu musim bagi skuad The City Boys sebelum ini dipegang legenda Singapura, Fandi Ahmad menerusi 18 gol pada 1988.*
*Terkini, pemain berasal dari Brazil itu berpeluang memintas rekod berkenaan berdasarkan kepada jumlah jaringan setakat ini iaitu 15 gol, sekali gus hanya memerlukan empat jaringan saja untuk memadam rekod Fandi.*
*Josue kini mempunyai dua perlawanan untuk memintas rekod Fandi apabila KL City akan menentang Perak FC pada 6 April sebelum menentang Penang FC pada 20 April.*
🐃 *Seremban 12 Mac: Negeri Sembilan FC (NSFC) komited untuk terus berusaha memperkasakan pembangunan bola sepak negeri bagi memartabatkan lagi sukan kegemaran rakyat itu pada masa depan.*
*Terbaharu, kelab berkenaan berhasrat mengadaptasikan langkah yang diambil kelab dari Thailand, BG Pathum United, dalam menyediakan fasiliti terbaik terhadap pusat latihan untuk pembangunan dan kemajuan pasukan.*
*Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Faliq Firdaus berkata, perkongsian maklumat itu telah diperoleh menerusi satu siri lawatan yang diadakan di Pusat Latihan BG Pathum United, di Bangkok, akhir bulan lalu.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
No comments:
Post a Comment