Tuesday, March 11, 2025

BERITA HARI INI - 12 MARCH 2025 RABU

*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*

*‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
‎            *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*

*RABU 12 MAC  2025 MASIHI BERSAMAAN 11 RAMADHAN 1446 HIJRAH* 

*LIVE FROM KAWAN FOOD FROZEN PULAU INDAH KLANG*

*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*

*IMSAK* : *06:04am*
*SUBUH* : *06:14am*
*SYURUK* : *07:20am*
*ZOHOR* : *13:26pm*
*ASAR* : *16:36pm*
*MAGHRIB* : *19:28pm*
*ISYAK* : *20:37pm*

*artikel disiarkan pada tarikh 11mac*

*harianmetroonline*
*by:hanipiloiempire*
*since2011*

 *GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


*GOA_L* 1️⃣ *Putrajaya 11 Mac: Debat secara terbuka yang memfokuskan kepada perbezaan agama perlu dihentikan kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, beliau menyokong pandangan Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang bahawa debat berkaitan agama tidak wajar diadakan secara terbuka kerana ia boleh mencetuskan perpecahan dalam kalangan masyarakat.*

*GOA_L* 2️⃣ *Seremban 11 Mac: Waris kepada pelajar yang maut akibat dipercayai dirempuh Honda Jazz di persimpangan lampu isyarat Matahari Heights di sini, pada Khamis lalu, akan berjuang habis-habisan bagi menuntut keadilan terhadap mangsa. Aisar Azim Abdullah, 17, disahkan meninggal dunia jam 7.23 malam tadi ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini, selepas empat hari bertarung nyawa.*

*GOA_L* 3️⃣ *Batu Pahat 11 Mac: Siasatan terhadap kematian seorang ibu tiga anak akibat kebakaran rumah di Kampung Baru, Sri Gading, Sabtu lalu diklasifikasikan sebagai kes bunuh. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, ini kerana siasatan awal Bahagian Siasatan Jenayah mendapati permulaan kejadian kebakaran berpunca daripada pertengkaran antara mangsa dan lelaki yang juga suspek.*

*GOA_L* 4️⃣ *Shah Alam 11 Mac: Sebanyak 69.7 peratus atau tujuh daripada 10 wanita di Selangor menyertai sektor pekerjaan berdasarkan rekod Jabatan Perangkaan Malaysia. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata jumlah itu selain dipengaruhi keperluan kepakaran dan bakat, ia turut disumbang oleh faktor tekanan ekonomi yang memerlukan kedua-dua pasangan suami atau isteri bekerja.*

*GOA_L* 5️⃣ *Kuala Lumpur 11 Mac: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan 56 sitaan atas kesalahan berniaga tanpa lesen di bazar Ramadan sekitar ibu negara dari 2 Mac hingga 7 Mac lalu. Dalam kenyataan, hari ini DBKL memaklumkan pihaknya mengeluarkan sebanyak 1,113 notis kesalahan trafik sepanjang tempoh berkenaan.*

*GOA_L* 6️⃣ *Sibu 11 Mac: Polis mengesahkan dua lelaki yang ditahan kerana memiliki selaras senapang patah buatan sendiri dan dadah jenis syabu seberat 6.18 gram pada Ahad lalu, kini turut disiasat atas kemungkinan terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah. Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, suspek masing-masing berusia 20 dan 35 tahun diberkas dalam satu serbuan di sebuah rumah di Ladang Lengan, Batang Lebaan, Tanjung Manis dekat sini.*

*GOA_L* 7️⃣ *Seremban 11 Mac: "Kalau mereka minta maaf dan boleh kembalikan anak saya, mungkin saya akan maafkan," kata Haslinda Jupri, 44, ibu kepada Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15. Anaknya dan rakan, Muhammad Aswari Lotpi, 16, maut di lokasi kejadian selepas dikatakan dirempuh sebuah Honda Jazz yang melanggar lampu isyarat merah dekat Persiaran Matahari Heights, di sini, Khamis lalu.*

*GOA_L* 8️⃣ *Putrajaya 11 Mac: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memberikan ganti rugi RM300,000 kepada Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan susulan penahanan salah ahli politik itu di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012. Panel tiga hakim diketuai Datuk See Mee Chun membuat keputusan itu selepas menolak rayuan kerajaan, polis dan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang memutuskan mereka bertanggungjawab bagi penahanan salah itu serta jumlah ganti rugi.*

*GOA_L* 9️⃣ *Kajang 11 Mac: Akauntan sambilan mendakwa kerugian hampir RM7,000 apabila mendakwa akaun bank dan kad kredit miliknya digodam individu tidak dikenali pada 25 dan 26 Februari lalu. Choe Mee Lian, 55, dari Puchong, Selangor berkata, sebelum kejadian dia tidak dapat mengakses sistem perbankan dalam talian lalu pergi ke bank di Puchong untuk menetapkan semula kata laluan.*

*GOA_L* 🔟 *Petaling Jaya 11 Mac: Saksi pendakwaan ke-21 memberitahu Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini bahawa anak lelakinya mengejar Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin sebelum kehilangan kanak-kanak autistik itu pada 5 Disember 2023. Norzaini Zainol, 39, yang juga penghuni Apartmen Idaman, Damansara Damai berkata, anaknya, 10, yang juga saksi pendakwaan ke-14 memberitahu perkara itu selepas van sekolah tiba untuk ke sekolah.*

*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Kuala Lumpur 11 Mac: Seorang anggota polis berpangkat lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengaibkan kehormatan jurugambar wanita dengan membuat isyarat lucah pada Disember tahun lalu. Muhammad Faris Ariffin Tait, 33, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 26 tahun di hadapan sebuah bangunan di Off Jalan Tun Razak pada 3.58 petang 13 Disember 2024.*

*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Beaufort 11 Mac: Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin hari ini menyampaikan ucapan takziah dan rasa sedih Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada mangsa banjir di Beaufort di sini. Beliau berkata Perdana Menteri amat prihatin terhadap penduduk terjejas akibat banjir di kawasan itu dan berusaha memberikan bantuan untuk meringankan beban mereka, justeru pihaknya menyeru semua agensi persekutuan serta negeri bersama-sama melaksanakan misi pascabanjir di Sabah.*

*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Kuala Lumpur 11 Mac: Enam daripada 21 projek untuk mengatasi fenomena air pasang besar dan hakisan pantai dijangka siap tahun ini, kata Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Akmal Nasrullah Mohd Nasir. Beliau berkata projek dilaksanakan oleh PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu melibatkan lapan negeri di Pantai Barat Semenanjung iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, dengan jumlah kos RM200 juta.*

*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Kuala Lumpur 11 Mac: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah merekodkan keterangan 36 saksi bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sumber SPRM berkata 23 lagi saksi baharu dikenal pasti dan akan dipanggil dalam masa terdekat bagi memberi keterangan.*

*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Kuala Lumpur 11 Mac: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur penjaja tanpa lesen dan penjaja warga asing di Jalan Damanlela, Segambut, di sini, hari ini. DBKL dalam satu hantaran di Facebook berkata, tindakan sita dan kompaun dikenakan ke atas individu terbabit. "Pasukan operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur turut membuat tangkapan ke atas tiga warga asing yang tidak memiliki dokumen sah.*

*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Muar 11 Mac: Pekerja kontrak dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak rakannya di Tangkak, bulan ini. Tertuduh berusia 19 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor sebaik pertuduhan dikemukakan jurubahasa.*

*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Kuching 11 Mac: Perkhidmatan BAS.MY Kuching yang juga dikenali sebagai 'bas merah jambu' menurunkan kadar tambang sehingga 43.65 peratus, selaras dengan bandar-bandar lain di negara ini. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak dalam kenyataan berkata, kadar tambang baharu itu berkuat kuasa hari ini.*

*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Georgetown 11 Mac: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah susulan penahanan tiga lelaki dalam serbuan berasingan di sekitar Bayan Lepas, semalam. Serbuan bermula jam 2 petang hingga 1 pagi hari ini, turut membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah serta sitaan harta bernilai RM65,866.*

*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Kota Bharu 11 Mac: Setiap tahun sepanjang Ramadan, kawasan tepi Sungai Kelantan di Lembah Sireh di sini, sentiasa dipenuhi orang ramai untuk berbuka puasa. Seawal jam 5 petang lagi pengunjung sudah tiba sebelum 'menanda' tempat yang diinginkan dengan menghampar tikar dan berehat serta menghidangkan juadah yang dibawa atau dibeli.*

*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Kuantan 11 Mac: Pesara wanita kerugian RM100,000 selepas terpedaya dengan individu yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dan wakil mahkamah. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, berdasarkan laporan semalam, mangsa yang berusia 60 tahun itu menerima panggilan daripada suspek pada 5 Mac lalu.*

*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Kuala Lumpur 11 Mac: Maestra Broadcast Sdn Bhd dikenakan kompaun sebanyak RM250,000, bagi kesalahan mengikut 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (selepas pindaan berkuat kuasa 11 Februari 2025), iaitu memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok Era FM. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan berkata, kompaun dikeluarkan selepas menerima izin daripada Jabatan Peguam Negara.*

*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Lumut 11 Mac: Kerajaan sangat berpuas hati terhadap kemajuan pelaksanaan pembinaan lima kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) biarpun mengakui terdapat sedikit kelewatan daripada jangka masa ditetapkan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setakat ini projek bernilai RM11 bilion bagi kelima-lima kapal itu mencatatkan kelewatan 1.68 peratus, disebabkan masalah peralatan yang sepatutnya dibekalkan oleh pihak pengeluar peralatan asal (OEM).*

*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Kuala Terengganu 11 Mac: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) negeri menerima bekalan Beras Putih Tempatan (BPT) bersubsidi sebanyak 30 metrik tan (MT) hari ini. Pengarah Fama negeri, Muhamad Fadlee Hassan berkata, BPT bersubsidi yang berjumlah 3,000 kampit mengandungi 10 kilogram (kg) setiap itu akan diedarkan ke semua outlet pemasaran terutama di Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR) dan Agrobazaar Rakyat (ABR) seluruh negeri.*

*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Kuala Lumpur 11 Mac: Polis mengenal pasti seramai 637 rakyat Malaysia diperdaya sindiket penipuan pekerjaan ke luar negara dari Januari 2021 hingga 10 Mac lalu. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, daripada jumlah itu, seramai 499 orang dibawa balik ke Malaysia selepas diselamatkan, manakala baki 138 masih terkandas.*

*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Tawau 11 Mac: Pemilik syarikat pembinaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), disyaki mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu berjumlah kira-kira RM60,000, empat tahun lalu. Menurut sumber, suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Tawau, pada 10 pagi hari ini.*

*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Tawau 11 Mac: "Saya tidak berniat atau merancang membunuh arwah Ijat (nama panggilan Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan)," kata pelajar jurusan Perakaunan Sijil Vokasional Malaysia (SVM). Saksi pembelaan ketiga (SP3) yang juga tertuduh kesembilan itu berkata demikian pada perbicaraan peringkat bela diri kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mac tahun lalu.*

*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Georgetown 11 Mac: Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika menjala ikan di laut semalam ditemukan mati lemas di perairan Pulau Tikus, Jalan Tanjung Tokong, di sini, hari ini. Mayat Tang Loon Theng, 59, ditemukan oleh nelayan kira-kira enam kilometer (km) dari pesisir pantai.*

*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Kuala Lumpur 11 Mac: Anak-anak tempatan berkepakaran dalam keselamatan siber diseru bekerjasama dengan kerajaan agar ekosistem keselamatan siber di negara ini dapat dipertingkatkan dengan lebih menyeluruh. Perkara itu ditekankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mempengerusikan Mesyuarat Keselamatan Siber Negara Bilangan 1/2025, semalam.*

*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Batu Pahat 11 Mac: "Dari rumah hingga ke kubur, tiga anak arwah tidak henti menangis sambil memanggil ibu mereka," kata Suhana Tumin, 52, nenek saudara kepada tiga beradik yang kematian ibu mereka akibat melecur dalam kebakaran rumah di Kampung Baru, Sri Gading, Sabtu lalu. Tiga beradik, Iffa Safwa Mohd Nazri, 10, Afif Ryan, 7, dan Naifa Safwa, 6, meratapi jenazah ibunya, Syarah Nurul Masturah Abdullah, 31, yang terbujur kaku sebaik tiba dari hospital.*

*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Putrajaya 11 Mac: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuka 48 kertas siasatan ke atas 48 premis pengilang dan pembungkus kerana disyaki terbabit dalam kegiatan mencampur beras putih tempatan dengan beras import. Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam berkata, ia berdasarkan pemeriksaan ke atas 213 premis di seluruh negara menerusi Ops Campur, semalam, susulan pendedahan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) berkaitan perkara itu.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*

            
*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=


                 🇵🇸 *Baitulmaqdis 11 Mac: Guru di Gaza, Abdullah Mortaja mengatakan keputusan Israel memutuskan bekalan elektrik ke wilayah yang dilanda perang sebagai 'gurauan' kerana sudah lali dengannya sejak perang bermula lebih 16 bulan lalu.*
           *Pengumuman pada Ahad itu dibuat oleh Menteri Tenaga Israel Eli Cohen susulan keputusan untuk menyekat kemasukan bantuan ke Gaza dalam usaha menekan Hamas untuk melanjutkan gencatan senjata yang rapuh mengikut syarat Israel.*
            *Bagaimanapun, kebanyakan penduduk di wilayah Palestin sudah biasa hidup tanpa elektrik kerana Israel sudah mengenakan sekatan sepenuhnya ketika permulaan perang pada Oktober 2023.*
             *"Elektrik apa yang mereka mahu potong?"*

                 🇺🇸 *Washington 11 Mac: Sebuah kapal layar mewah milik bilionair Rusia, Suleiman Kerimov mungkin dilelong selepas hakim Amerika Syarikat (AS) menolak tuntutan pemilikan kapal bernilai AS$300 juta (kira-kira RM1.32 bilion) pada Isnin.*
             *Kapal layar Amadea yang berukuran 106 meter panjang itu berlabuh di pelabuhan California di San Diego selepas dirampas oleh pihak berkuasa AS.*
                *Ia susulan sekatan terhadap oligarki Rusia itu.*
               *Seorang lagi hartawan warga Rusia, Eduard Khudainatov juga bekas ketua syarikat minyak dan gas negara Rusia Rosneft, mendakwa di mahkamah New York bahawa beliau pemilik sah kapal itu, namun tuntutannya ditolak oleh Hakim Daerah Dale Ho.*
              *Menurut pendakwa raya, pemilik sebenar ialah Kerimov, sekutu rapat Presiden Rusia Vladimir Putin.*

               🇺🇸 *Washington 10 Mac: Demi menyelamatkan diri, suspek kes rompakan di Florida, Amerika Syarikat (AS) menelan bahan bukti iaitu barang kemas bernilai lebih AS$ 700,000 (kira-kira RM3.1 juta) beberapa jam sebelum ditangkap.*
             *Portal nbc news melaporkan, Jaythan Gilder, 32, dibawa ke bilik tetamu kenamaan (VIP) di Tiffany & Co. di Mall di Millenia, pada 26 Februari lalu selepas mendakwa dia adalah wakil pemain bola keranjang Orlando Magic.*
             *Dia ditunjukkan beberapa barang kemas mewah, kata Detektif Polis Orlando Aaron Goss yang menulisnya dalam waran tangkap.*
            *Gilder ditunjukkan dua pasang subang berlian masing 4.86 karat bernilai AS $160,000 (kira-kira RM707,120) dan 8.19 karat bernilai AS $609,000 (kira-kira RM2.7 juta) serta cincin berlian 5.61 karat bernilai AS $ 587,000 (kira-kira RM 26 juta).*

               🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 *London 11 Mac: Kanak-kanak yang kerap makan ikan mungkin lebih mudah bergaul dan baik berbanding rakan sebaya mereka, satu kajian baharu mencadangkan.*
             *Ahli akademik berkata menggalakkan kanak-kanak makan ikan "kemungkinan memberi kesan positif kepada perkembangan kanak-kanak", lapor PA Media/dpa news.*
             *Kanak-kanak yang tidak makan ikan lebih cenderung untuk memaparkan "tingkah laku prososial yang tidak optimum," menurut kajian baru itu, yang telah diterbitkan dalam Jurnal Pemakanan Eropah.*
            *Tingkah laku "prososial" termasuk interaksi mesra, altruisme dan perkongsian.*

               🇲🇽 *Mexico City 11 Mac: Sebanyak 200 pasang kasut ditemukan di krematorium rahsia dekat sebuah ladang di Jalisco, Mexico, baru-baru ini.*
           *The Guardian melaporkan, Warrior Searchers of Jalisco, pertubuhan saudara-mara orang hilang, menemukan krematorium itu hasil maklumat tanpa nama, dan pihak berkuasa mengesahkan kehadiran mayat terbakar dan kelongsong peluru kosong.*
             *Pertubuhan itu mengesyaki bahawa tulang itu milik orang hilang.*
             *"Mereka perlu melakukan pemeriksaan menyeluruh. Kami meminta mereka membawa anjing pengesan untuk mencari mayat dan tulang manusia," kata Indira Navarro wakil pertubuhan itu kepada AFP.*

              🇵🇭 *Manila 11 Mac: Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte kini dalam tahanan polis selepas tiba di Manila pada Selasa, berikutan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), lapor Agensi Berita Filipina (PNA).*
              *Pejabat Komunikasi Presiden (PCO) dalam satu kenyataan memaklumkan waran tangkap itu diterima oleh Pertubuhan Polis Antarabangsa (Interpol) Manila daripada ICC awal pagi Selasa.*
              *Duterte tiba di Filipina pada 9.20 pagi waktu tempatan dengan menaiki penerbangan Cathay Pacific CX 907 dari Hong Kong.*
               *Sebaik tiba, Pendakwa Raya menyerahkan pemberitahuan rasmi ICC yang mengesahkan waran tangkap terhadapnya, menurut PCO.*

                🇹🇭 *Bangkok 11 Mac: Seramai 25 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dibawa pulang melalui Mae Sot, Wilayah Tak, utara Thailand.*
            *Kuasa Usaha Malaysia ke Myanmar, Johan Ariff Abdul Razak 
memaklumkan, bahawa kesemua mangsa diserahkan oleh pihak berkuasa Myanmar kepada Kedutaan Malaysia melalui pihak berkuasa Thailand pada 10 pagi tadi.*
              *"Seramai 23 lelaki dan dua wanita berusia antara 21 hingga 47 tahun, telah dipindahkan melalui jalan darat dan dijangka tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam esok (12 Mac)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Selasa.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*GOA_L MEDSOS, POPULAR*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


                🥰 *Kuala Lumpur 11 Mac: Lagu berjudul Anta Permana yang dipopularkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan menjadi salah satu karya pilihan Raja Britain, Raja Charles III.*
             *Lagu ikonik berkenaan berada dalam senarai lagu kegemaran baginda sempena sambutan Hari Negara-Negara Komanwel.*
              *Ia turut dikongsikan secara eksklusif di media sosial The Royal Family baginda.*
             *Senarai lagu-lagu pilihan Raja Charles III dikumpulkan khas di platform Apple Music dengan tajuk His Majesty King Charles III's Playlist, yang menampilkan gabungan muzik dari seluruh dunia.*

                🕋 *Makkah 11 Mac: Presidensi Umum Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi merekodkan jumlah jemaah umrah paling ramai dalam sehari apabila 500,000 orang memasuki Masjidilharam pada Khamis lalu, lapor Gulf News.*
          *Untuk meningkatkan kecekapan operasi dan menguruskan aliran jemaah haji, presidensi menggunakan sistem pemantauan terkini. Ini termasuk penderia pembaca di pintu masuk utama Masjidilharam, yang menjejaki bilangan jemaah dalam masa nyata.*
            *Selain itu, kamera pintar dipasang untuk mengesan pergerakan dan menentukan kawasan kesesakan dengan lebih ketepatan.*
             *Sistem baharu itu menyaksikan jumlah jemaah haji tertinggi dicatatkan dalam satu hari, mencecah hampir setengah juta orang.*

                🤴🏼 *Paris 11 Mac: Putera Luxembourg, Putera Frederik, anak bongsu Putera Robert dan Puteri Julie, mangkat selepas bertarung nyawa dengan gangguan genetik jarang dikenali gangguan mitokondria atau dikenali sebagai POLG.*
            *CNN melaporkan, Frederik mangkat pada usia 22 tahun di Paris pada 1 Mac.*
             *Keluarganya mengumumkan berita duka itu dalam satu kenyataan di laman web Yayasan POLG, yang diasaskan putera itu pada 2022.*
            *POLG adalah gangguan mitokondria, sejenis keadaan genetik yang melemahkan tenaga sel badan, seterusnya menyebabkan hilang fungsi dan kegagalan organ berbilang progresif, berdasarkan laman web yayasan itu.*

               🎭 *San Francisco 11 Mac: Elon Musk mengesahkan X berdepan serangan siber besar pada Isnin, dan ia menimbulkan persoalan sama ada bilionair yang memecahbelahkan politik itu menjadi sasaran atau berpunca keputusannya untuk mengurangkan kakitangan kerajaan.*
            *Laporan masalah X bermula awal pada Isnin, dengan pengguna di Asia, Eropah dan Amerika Utara mengatakan mereka tidak dapat mengakses platform, menurut tapak penjejakan Downdetector.*
             *Masih ada serangan siber besar-besaran terhadap X," tulis Musk dalam satu hantaran.*
             *Bos SpaceX dan Tesla juga menyalahkan serangan siber walaupun tidak memberikan bukti gangguan laman web itu tahun lalu, selepas temu bual dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump disiarkan.*

              🤖 *Beijing 11 Mac: UBTech, pakar robotik dari China, berjaya menguji penggunaan beberapa puluh robot humanoid di kilang kereta elektrik, sekali gus mencatat sejarah dunia.*
            *Pasukan robot Walker S1 berfungsi serentak di kilang Zeekr milik Kumpulan Geely di Ningbo, China, untuk pertama kalinya.*
            *Robot bersaiz manusia dinamakan sebagai Walker S1, memiliki ketinggian 1.7 meter dan seberat 76 kilogram itu serta mampu berinteraksi dengan persekitarannya dalam 360 darjah.*
             *Sejak musim luruh 2024, robot-robot ini ditempatkan di kilang Zeekr dengan bantuan sistem Kecerdasan Swarm (SI) untuk menyelaraskan tugas mereka.*
             

*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
                 

*GOA_L ARENA SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=


                🤯 *London 11 Mac: Sesi latihan Liverpool menjelang kunjungan Paris St Germain dalam aksi peringkat kedua Liga Juara-Juara Eropah di Anfield awal pagi esok dicemari dengan pergaduhan di antara dua tonggak mereka, Mohamed Salah dan Trent Alexander-Arnold.*
             *Pertelagahan mereka mencemaskan rakan sepasukan sehingga memaksa campur tangan Harvey Elliott dan Ibrahima Konate yang cuba membantu meredakan ketegangan.*
           *Dalam video klip di media sosial yang disiarkan Hayters TV, Alexander-Arnold dilihat bertepuk tangan ketika memberi isyarat kepada Salah yang kurang senang dengan gelagat pemain England itu.*
            *Pemain sayap Mesir itu kemudiannya cuba menolak Alexander-Arnold yang terpaksa berundur ke belakang.*
             *Mujur tindakan pantas rakan sepasukan berjaya mengelakkan insiden lebih serius yang boleh mencetuskan ketidakharmonian kedua-dua tonggak utama Liverpool apatah lagi mereka berdepan PSG yang mampu meranapkan impian mereka untuk mara ke suku akhir UCL.*

               👀 *London 11 Mac: Beberapa pemain Manchester United tidak bagus manakala sebahagian lagi dibayar berlebihan, menurut pemilik bersama kelab itu, Jim Ratcliffe ketika pengurus Ruben Amorim menghadapi tugas berat untuk memulihkan nasib pasukan tersebut.*
            *Ratcliffe memberi sokongan kepada Amorim yang mengambil alih tugas pada November selepas pemecatan Erik ten Hag.*
             *Walaupun pengurus dari Portugis itu berjuang untuk mengubah nasib pasukan tetapi situasi bertambah teruk dengan United kini berada di tempat ke-14 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).*
             *Sejak pengurus berusia 40 tahun itu mengambil alih, United hanya menang lima daripada 17 perlawanan liga dan tersingkir daripada kedua-dua piala domestik.*

               🥳 *London 11 Mac: Newcastle kembali mencerahkan peluang untuk mara ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas jaringan kontroversi Bruno Guimaraes mengesahkan kemenangan 1-0 di West Ham, awal pagi tadi.*
            *Pemain tengah Brazil Guimaraes menjaringkan gol pada babak kedua yang dibantah West Ham kerana mendakwa berlaku kekasaran sebelum jaringan dilakukan tetapi tidak dilayan pengadil.*
             *Kedudukan empat teratas membolehkan Newcastle kembali ke UCL selepas tersisih musim ini. Malah tempat kelima sudah cukup untuk kelayakan ke kejohanan elit Eropah bergantung kepada keputusan baki perlawanan lagi.*

               😓 *London 11 Mac: Joshua Zirkzee diberitahu bahawa dia diketepikan daripada skuad Belanda oleh Ronald Koeman kerana dia dianggap tidak cukup bagus.*
              *Pemain berusia 23 tahun itu menghadapi musim pertama yang sukar di Old Trafford selepas perpindahannya dari Bologna pada musim panas lalu.*
             *United dilaporkan bersedia berpisah dengan penyerang itu pada Januari lalu, tetapi Zirkzee bekerja keras untuk memulihkan reputasinya selepas dia dikeluarkan pada separuh masa pertama ketika kekalahan kepada Newcastle Disember lalu.*

                🤨 *Madrid 11 Mac: Atletico Madrid perlu mengatasi cabaran sengit Real Madrid yang lebih berjaya dari segi sejarah kejohanan ketika mereka berusaha untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada awal pagi Khamis ini.*
             *Los Blancos adalah juara 15 kali yang juga juara bertahan dan mendahului Atletico 2-1 dalam perlawanan 16 terakhir serta menjadi badi selama beberapa dekad kepada Atletico.*
              *Kedua-dua pasukan bertemu lima kali dalam sejarah kejohanan dan Real Madrid menang kesemuanya.*
              *"Sejarah itu wujud, dan sejarah Madrid dalam Liga Juara-Juara adalah luar biasa," akur jurulatih Atletico, Diego Simeone sebelum perlawanan pertama dengan pasukannya masih menunggu untuk memenangi Piala Eropah pertama mereka.*

               😇 *London 11 Mac: Thibaut Courtois dan Antonio Rudiger dijangka kembali beraksi bersama Real Madrid pada aksi getir peringkat kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Atletico Madrid, awal pagi Khamis ini.*
            *Penjaga gol utama Courtois dan tonggak pertahanan Rudiger kedua-duanya dilihat kembali berlatih semalam selepas tidak beraksi ketika menang 2-1 ke atas Rayo Vallecano kelmarin yang meletakkan Madrid di tempat kedua LaLiga.*
             *Rudiger dilanda selesema manakala Courtois menghadapi apa yang digambarkan oleh pengurus Carlo Ancelotti sebagai masalah kecil.*

               🐐 *Riyadh, Arab Saudi 11 Mac: Sepakan penalti Cristiano Ronaldo dan dua gol Jhon Duran membantu Al Nassr mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selepas menewaskan Esteghlal 3-0 dalam perlawanan kedua, awal pagi tadi.*
              *Kapten Al Nassr, Ronaldo direhatkan ketika seri tanpa jaringan dalam perlawanan pertama di Iran, minggu lalu namun kembali mengetuai pasukan di Al Awwal Park dan menjaringkan gol dari sepakan penalti pada pertengahan babak pertama.*
             *Bintang Portugal itu kini penjaring terbanyak dalam Liga Pro Saudi musim ini, dengan 18 gol.*

                🏍️ *London 11 Mac: Keputusan Ducati mengenai enjin digunakan ketika perlumbaan menjadi topik utama pada ujian pra musim MotoGP.*
               *Mereka memilih untuk kekal dengan enjin 2024 yang mendominasi kejohanan tahun lalu berbanding versi 2025.*
              *Marc Marquez menunjukkan kehebatan enjin lama itu dengan meninggalkan pencabarnya di MotoGP Thailand.*
             *"Situasinya ialah motosikal 2024 cukup bagus dan pengeluar cuba meningkatkannya lagi tetapi gagal," kata pengulas TNT Sports Sylvain Guintoli semalam.*

                🥊 *London 11 Mac: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Tyson Fury memberi bayangan akan kembali ke gelanggang, hanya kurang dua bulan selepas mengumumkan persaraannya.*
             *The Gypsy King mengejutkan peminat di seluruh dunia pada Januari dengan menggantung sarung tangan tinjunya untuk kali kelima.*
              *Persaraan terbaru Fury berlaku selepas kekalahan berturut-turut kepada Oleksandr Usyk dan seolah-olah muktamad selepas tewas di tangan petinju senegara dari Britain, Anthony Joshua.*
             *Namun, dia memberi bayangan akan kembali ke gelanggang menerusi promoternya Queensberry Promotions.*

               🏃🏾 *London 11 Mac: Atlet Great Britain Jeremiah Azu berkata, 2025 akan menjadi tahun terbaik dalam hidupnya selepas memenangi pingat emas 60 meter (m) di Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Eropah, kelmarin.*
              *Dia yang berusia 23 tahun mencatat masa peribadi terbaik 6.49 saat di Apeldoorn, Belanda untuk meraih gelaran antarabangsa individu pertamanya.*
              *Jaguh pecut dari Wales itu turut mengucapkan terima kasih kepada pasangannya yang melahirkan anak lelaki mereka seminggu sebelum itu kerana memberinya peluang untuk bersinar di pentas Eropah.* 

               🎾 *Indian Wells, Amerika Syarikat 11 Mac: Pemain nombor satu dunia Aryna Sabalenka menewaskan Lucia Bronzetti 6-1, 6-2 untuk mengetuai beberapa pemain pilihan mara ke peringkat 16 terakhir kejohanan Indian Wells, awal pagi tadi.*
            *Aryna berkata, tiupan angin yang tidak dijangka di Stadium Court dan kesungguhan lawan yang menduduki ranking ke-62 membuatkan dia sangat lega dapat menamatkan perlawanan dalam tempoh 1 jam 14 minit.*

             🎮 *Kuala Lumpur 11 Mac: Wakil PUBG Malaysia, CelcomDigi Alliance (CDAL) yakin mampu menjulang piala pertama tahun ini pada grand final PUBG Mobile Super League SEA (PMSL SEA) Musim Bunga 2025 yang akan berlangsung pada 14 hingga 16 Mac di IOI City Mall, Putrajaya.*
              *Jurulatih pasukan Yoodo Alliance, Mosleh Subairi berkata, beliau akan memastikan anak buahnya menampilkan prestasi lebih garang seperti minggu pertama, sekali gus membuka peluang lebih cerah buat pasukan itu muncul juara pada edisi kali ini di halaman sendiri.*

             🏟️ *Kuala Lumpur 11 Mac: Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan menyifatkan sejarah tercipta selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi lampu hijau kepada pelaksanaan Program Pembangunan Sepaktakraw Negara (NSTDP) yang akan bermula April ini.*
              *Lebih manis, Stadium Jalan Raja Muda (SJRM), Kampung Baru kini akan dikendalikan sepenuhnya oleh PSM sebagai Pusat Akademi Sepak Takraw Malaysia, sekali gus menjadi hab pembangunan sukan tradisi itu di peringkat akar umbi dan elit.*

             🐯 *Kuala Lumpur 11 Mac: Hanya berbaki 14 hari sebelum sepak mula aksi Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Nepal, namun sehingga kini perkhabaran mengenai siapa bakal membarisi skuad Harimau Malaya masih menjadi tanda tanya.*
            *Ketika ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih berdiam diri mengenai senarai nama pemain walaupun sebelum ini dikatakan pengumuman terkini akan dibuat semalam.*
              *Malah, terdapat desas-desus mengatakan aksi pertama skuad Harimau Malaya kemungkinan akan dibarisi muka lama, sekali gus tiada elemen kejutan seperti dicanang sebelum ini.*
             *Perkongsian terakhir mengenai pemain warisan itu dikongsikan Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend pada bulan lalu yang menjelaskan proses mendapatkan pasport Malaysia untuk pemain warisan dari Belanda berada di peringkat akhir manakala tiga lagi pemain dalam proses mendapatkan kerakyatan.*

             🐅 *Iskandar Puteri 11 Mac: Misi Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk melakar sejarah mara ke suku akhir tidak kesampaian selepas disingkirkan Buriram United yang berjaya menang tipis 1-0 pada aksi kedua timbal balik Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.*
           *Pada aksi pertama pusingan 16 terbaik di Stadium Chang Arena, 4 Mac lalu, JDT dan Buriram United terpaksa akur dengan keputusan seri tanpa jaringan dan penentuan pada pertembungan derbi ASEAN itu menyaksikan skuad Thunder Castle tidak mengendahkan gegak gempita sorakan penyokong Harimau Selatan bagi melakar kejutan dan ia juga kekalahan pertama skuad kendalian Hector Bidoglio dalam kancah ACLE tatkala beraksi di laman sendiri.*

             🦜 *Alor Setar 11 Mac: Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Victor Andrag menganggap aksi tertunda Liga Super menentang Kuching City FC (Kuching City) di Stadium Negeri Sarawak malam esok sebagai misi sukar buat skuadnya.*
             *Ini ekoran situasi semasa di mana Sang Kenari yang masih dibelenggu kekurangan pemain utama perlu terus berjuang untuk bangkit dan memburu tiga mata selepas mengalami dua kekalahan lalu kepada pasukan Negeri Sembilan FC dan KL City.*

             🐘 *Kuantan 11 Mac: Penjaga gol Sri Pahang FC, Azfar Arif Mohd Sukri mengakui teruja apabila kembali diberi tanggungjawab menjaga gawang apabila berdepan PDRM FC pada aksi Liga Super, kelmarin.*
            *Lebih manis, pemain berusia 26 tahun itu bersama rakan sepasukan berjaya membantu skuad Tok Gajah mencatat kemenangan 3-1 ke atas PDRM.*
             *Azfar Arif berkata, kemenangan itu juga sebagai penyuntik semangat buat Sri Pahang sebagai persediaan menghadapi final Piala Malaysia, 12 April depan.*

              
*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*

No comments:

Post a Comment

BERITA HARI INI - 30 MAY 2025

*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI* *‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ* ‎            *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الل...