Monday, March 10, 2025

BERITA HARI INI - 11 MARCH 2025 SELASA

*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*

*‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
‎            *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*

*SELASA 11 MAC  2025 MASIHI BERSAMAAN 10 RAMADHAN 1446 HIJRAH* 

*LIVE FROM KAWAN FOOD FROZEN PULAU INDAH KLANG*

*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*

*IMSAK* : *06:04am*
*SUBUH* : *06:14am*
*SYURUK* : *07:20am*
*ZOHOR* : *13:27pm*
*ASAR* : *16:37pm*
*MAGHRIB* : *19:28pm*
*ISYAK* : *20:37pm*

*artikel disiarkan pada tarikh 10mac*

*harianmetroonline*
*by:hanipiloiempire*
*since2011*

 *GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


*GOA_L* 1️⃣ *Kuala Lumpur 10 Mac: Sebarang bentuk perdebatan yang memfokuskan kepada perbezaan agama perlu dihentikan kerana ia boleh mencetus ketegangan dan mengeruhkan hubungan masyarakat berbilang agama di Malaysia, kata Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang. Beliau berkata, perbincangan mengenai agama seharusnya dilakukan dengan penuh rasa hormat dan atas kesedaran terhadap kepelbagaian dalam masyarakat di negara ini.*

*GOA_L* 2️⃣ *Kuala Lumpur 10 Mac: Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) melihat rasuah dan penyelewengan dalam kalangan ahli politik serta individu yang rapat dengan mereka sebagai ancaman serius kepada integriti sistem pemerintahan dan kepercayaan rakyat. Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, fenomena itu bukan sekadar penyalahgunaan kuasa oleh individu yang memegang jawatan, tetapi juga membabitkan jaringan yang lebih luas, termasuk pembantu, ahli keluarga, dan kenalan rapat yang mempergunakan kedudukan ahli politik itu untuk mengaut keuntungan peribadi.*

*GOA_L* 3️⃣ *Kuala Lumpur 10 Mac: Dua anggota polis yang ditahan selepas didapati positif dadah ketika berhibur di sebuah pusat karaoke di Jalan Loke Yew, di sini, semalam, dibebaskan dengan jaminan polis. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, anggota polis lelaki dan wanita itu dibebaskan selepas tamat reman sehari.*

*GOA_L* 4️⃣ *Kota Bharu 10 Mac: Pasukan Gerakan Am (PGA) mengatur gerak penugasan dari Batalion 7, 9 dan Batalion 3 Senoi Praaq untuk memperketat kawalan keselamatan di sempadan susulan insiden letupan dan tembakan di Sungai Golok, Thailand malam kelmarin. Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pada masa sama pihaknya turut menggerakkan unit risikan bagi menyekat sebarang gerakan kumpulan pemisah dari Selatan Thailand ke Malaysia.*

*GOA_L* 5️⃣ *Kuala Lumpur 10 Mac: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengedarkan satu pekeliling bagi membolehkan penolong pegawai perubatan (PPP) mengeluarkan preskripsi ubat-ubatan asas untuk rawatan penyakit ringan. Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pembaharuan yang diperkenalkan itu tidak memerlukan pindaan terhadap Akta Racun 1952 dengan pelaksanaannya boleh dibuat melalui kuasa Ketua Pengarah Kesihatan.*

*GOA_L* 6️⃣ *Kuala Terengganu 10 Mac: Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana mencederakan isterinya sehingga menyebabkan cedera parah. Tertuduh, Sidik Ismail@Mamat,76, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.*

*GOA_L* 7️⃣ *Georgetown 10 Mac: Pengendali perkhidmatan bas Rapid Penang, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) memperluaskan perkhidmatan Rapid Penang OnDemand dengan tambahan tiga laluan baharu dan dua van bagi laluan sedia ada. Perkhidmatan yang sebelum ini dikenali sebagai Demand Responsive Transit (DRT) itu akan beroperasi mulai 15 Mac depan.*

*GOA_L* 8️⃣ *Johor Bahru 10 Mac: Polis menumpaskan dua sindiket dadah yang mencampurkan pelbagai jenis bahan terlarang dalam peket menyerupai produk minuman bagi mengaburi pihak berkuasa, dengan nilai rampasan hampir RM7 juta. Sindiket berkenaan ditumpaskan dalam dua operasi khas dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan JSJN Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di Seri Alam dan Johor Bahru Selasa lalu, sekali gus membawa kepada penahanan tujuh individu termasuk seorang wanita warga asing.*

*GOA_L* 9️⃣ *Kuala Lumpur 10 Mac: Keputusan representasi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menggugurkan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd akan diketahui 6 Mei ini. Hakim Mahkamah Tinggi K Muniandy menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul memaklumkan pihaknya memohon tarikh pengurusan kes baharu untuk memaklumkan mengenai keputusan representasi itu.*

*GOA_L* 🔟 *Kajang 10 Mac: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjalankan pemantauan di 73 lokasi 'hotspot' seluruh negara sepanjang Ramadan bagi memastikan keselamatan awam terjamin. Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed berkata, ia membabitkan lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai untuk berbuka puasa, tempat rekreasi, tepi pantai dan pusat beli-belah.*

*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Kajang 10 Mac: Kira-kira 2,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ditugaskan bagi membantu mangsa banjir di Sabah dan Sarawak. Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Aminurrahim Mohamed berkata, ia membabitkan keseluruhan anggota pasukan termasuk sukarelawan yang berada di dua negeri berkenaan.*

*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Cyberjaya 10 Mac: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dengan prestasi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di samping memuji pencapaian serta pelaksanaan sistem baharu agensi itu yang telah meningkatkan kecekapannya. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau optimistik dan sangat kagum dengan prestasi LHDN sejak beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya tahun lalu.*

*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Kuala Lumpur 10 Mac: Kementerian Kesihatan (KKM) setakat ini tidak bercadang untuk memperluas pelaksanaan pelanjutan waktu operasi atau extended hours (EH) di klinik kesihatan (KK), kata Timbalan Menterinya Datuk Lukanisman Awang Sauni. Beliau berkata, berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.*

*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Kuala Lumpur 10 Mac: Ketua Pemuda Amanah, Senator Mohd Hasbie Muda mengakui wujud 'kelompongan' komunikasi antara gerakan sayap pemuda parti dalam kerajaan Perpaduan. Beliau berkata, kali terakhir pemimpin sayap pemuda parti kerajaan bersemuka dan berbincang hanyalah pada pertengahan tahun lalu.*

*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Ipoh 10 Mac: Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan-Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) berharap Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menetapkan jangka masa muktamad bagi kajian sebelum pelaksanaan Fasa 2 Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Setiausaha Agungnya, Amir Hamzah Yakat Ali berkata, penambahbaikan yang diharapkan dalam SSPA adalah dari segi kelayakan akademik lebih tinggi untuk memasuki perkhidmatan.*

*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Kuala Terengganu 10 Mac: Bekalan minyak masak botol di beberapa pasar raya di negeri ini semakin berkurangan sejak Februari lalu. Tinjauan di beberapa pasar raya mendapati rak minyak masak botol yang mengandungi lima kilogram (kg), tiga kg dan dua kg kosong sejak Selasa lalu.*

*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 10 Mac: Penduduk Taman Dato Senu, Sentul, di sini, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap lokasi baharu tapak Bazar Ramadan yang didakwa menghalang laluan utama kawasan perumahan mereka. Penduduk turut mendakwa ia menjejaskan rutin harian masyarakat setempat.*

*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Kuala Lumpur 10 Mac: Suasana lengang di hentian bas lama, Pudu Sentral, di sini, berpotensi meriah dengan pembukaan lebih 20 premis perniagaan makanan di tingkat bawah bangunan ikonik berkenaan. Tinjauan Harian Metro mendapati terdapat 12 gerai dibina dari zink bertema kuning ceria serta sembilan gerai kayu yang menjual aneka makanan seperti nasi kukus ayam berempah, pencuci mulut, sate, makanan barat, makanan Thai, nasi kerabu, nasi lemak dan bubur berlauk.*

*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Nilai 10 Mac: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa parti itu mempunyai sebab dan asas tersendiri untuk tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang. Beliau mendakwa, syarat yang ditetapkan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) itu adalah luar biasa dan ketat seolah-olah terpaksa menyerahkan segala-galanya kepada kerajaan.*

*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Kuala Lumpur 10 Mac: Seramai 18 wanita warga asing dipercayai pelacur 'kaki lima' ditahan polis dalam tujuh serbuan Op Bersepadu KL Strike Force di sekitar Jalan Changkat Bukit Bintang di sini, kelmarin. Dalam serbuan bermula 12.45 tengah malam sehingga 2 pagi, kesemua wanita terbabit sedang melayan pelanggan dalam hotel bajet dan mencari pelanggan di tepi jalan sekitar kawasan berkenaan.*

*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Kulai 10 Mac: Wanita maut, manakala suaminya dan dua anak mereka termasuk bayi berusia empat bulan cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 39.9 Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan), semalam. Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kemalangan membabitkan Perodua Myvi dan Proton Persona.*

*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Sungai Petani 10 Mac: Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang menjadikan institusi pondok sebagai rakan strategik dalam usaha membanteras fahaman ekstremisme. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kerjasama itu bertujuan menyemai pemahaman Islam yang lebih inklusif serta menangani cabaran sosial yang semakin kompleks.*

*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Semporna 10 Mac: Pelancong lelaki warganegara China ditemukan lemas selepas melakukan aktiviti menyelam di kawasan perairan Pulau Mabul, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Semporna Superintenden Mohd Sobri Zainol berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 2.36 petang.*

*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Lipis 10 Mac: Beberapa hentian Rehat dan Rawat (R&R) sementara akan dibina di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), dekat sini yang dijangka siap seminggu sebelum Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan sebanyak RM2.5 juta disediakan untuk membina hentian sementara itu di beberapa lokasi yang dikenal pasti di laluan LTU.*

*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Tampin 10 Mac: Anggota polis maut selepas motosikal ditunggang dikatakan bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan dekat Kilometer 9, Jalan Gemencheh - Batang Melaka, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke Kuala Pilah dari Simpang Renggam, Johor.*

*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Kota Kinabalu 10 Mac: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,122 orang di lima daerah pedalaman yang dilanda banjir, awal pagi ini, berbanding 3,569 mangsa malam tadi. Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah setakat jam 4 pagi tadi, daerah Beaufort kekal merekodkan jumlah paling ramai dengan 1,339 mangsa daripada 432 keluarga.*

*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Sungai Petani 10 Mac: Seorang bayi perempuan yang ditemui masih hidup dalam sebuah beg di bawah garaj kereta di hadapan sebuah rumah penduduk di Taman Semarak, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, polis menerima laporan berhubung penemuan bayi itu jam 11.39 pagi.*

*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Kota Bharu 10 Mac: Ancaman binatang liar seperti gajah dan harimau di beberapa kampung Gua Musang, dekat sini, bukan sahaja mengancam nyawa penduduk, malah merugikan mereka. Ancaman itu berlaku sejak beberapa tahun lalu berikutan kawasan hutan yang menjadi lokasi perlindungan haiwan liar terbabit diganggu.*

*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Putrajaya 10 Mac: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) mengemukakan cadangan memanfaatkan air hujan supaya negara dapat menjamin bekalan air ketika kemarau. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, arahan itu disampaikan Perdana Menteri dalam pertemuannya bersama pengurusan tertinggi Petra hari ini.*

*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Kuala Lumpur 10 Mac: Kementerian Kesihatan (KKM) sedia mempertimbangkan saranan Kesatuan Jururawat Malaya (MNU) yang menggesa semakan semula ke atas semua elaun jururawat. Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya mengambil cakna setiap permohonan dibuat oleh mana-mana kesatuan yang mewakili petugas kesihatan di bawah kementeriannya.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*

            
*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=


                  🇵🇸 *Baitulmaqdis 10 Mac: Israel mengarahkan bekalan elektrik di Gaza dihentikan serta merta pada Ahad dalam usaha menekan Hamas supaya membebaskan tebusan.*
             *Arahan itu dikeluarkan ketika mereka bersedia untuk rundingan baru mengenai gencatan senjatanya dengan pejuang Palestin.*
              *Keputusan Israel dibuat seminggu selepas ia menyekat semua bekalan bantuan ke wilayah yang dilanda perang, satu langkah yang mengingatkan kepada peringkat awal perang bermula apabila Israel mengumumkan 'kepungan' ke atas Gaza.*
             *Hamas menyifatkan pemotongan elektrik itu sebagai 'pemerasan', istilah yang turut digunakan selepas Israel menyekat bantuan itu.*

                🇺🇸 *New York 10 Mac: Kementerian Hal Ehwal Wanita Palestin mengeluarkan laporan komprehensif sempena Hari Wanita Antarabangsa, yang menyoroti kesan besar dan meluas akibat keganasan tentera Israel terhadap wanita Palestin di Tebing Barat, Gaza, Baitulmuqaddis dan diaspora.*
              *Menurut laporan yang dipetik oleh agensi berita Palestin, WAFA, serangan berterusan di Gaza telah memberi kesan amat dahsyat kepada wanita, dengan seramai 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.*
             *Di Tebing Barat, 928 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak maut sejak perang tercetus.*
              *Kira-kira satu juta wanita di Gaza terpaksa meninggalkan kediaman mereka, sementara 1.2 juta penduduk secara keseluruhan, termasuk ramai wanita dan kanak-kanak, kehilangan tempat tinggal.*

                🇺🇸 *Washington 10 Mac: Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS) menggunakan ujian poligraf terhadap pegawainya untuk mengesan kebocoran maklumat dalaman, kata Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Kristi Noem kepada rangkaian televisyen CBS pada Ahad.*
              *Media tempatan sebelum ini melaporkan mengenai penggunaan ujian itu bagi mengesan pembohongan.*
              *Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan bilangan pegawai yang terlibat dalam ujian berkenaan, lapor Agensi Berita Jerman dpa.*
              *Noem mendakwa dua pegawai jabatan itu membocorkan maklumat sulit mengenai operasi polis yang bakal dijalankan, sekali gus mengancam keselamatan serta nyawa pegawai penguat kuasa.*

                  🇷🇺 *Moscow 10 Mac: Mark Carney yang akan mengambil alih kepimpinan sebagai Perdana Menteri Kanada menggantikan Justin Trudeau menegaskan bahawa negaranya tidak akan sesekali menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat (AS), meskipun berdepan ancaman daripada Presiden Donald Trump.*
             *"Amerika bukan Kanada. Dan Kanada tidak akan pernah menjadi sebahagian daripada Amerika dalam apa jua bentuk sekalipun," kata Carney dalam ucapan pertamanya selepas pemilihan kepimpinan parti, lapor Sputnik/RIA Novosti.*
             *Kenyataan itu dibuat di tengah ketegangan antara Ottawa dan Washington berhubung tarif perdagangan yang dikenakan AS terhadap barangan import dari negara itu.*
               *Pada Disember lalu, Trump merujuk kepada Perdana Menteri Kanada ketika itu, Justin Trudeau sebagai "gabenor" bagi " Great State of Canada" susulan ketegangan berkaitan ancaman tarif.*

                 🇨🇦 *Trenton (Kanada) 10 Mac: Mark Carney dipilih sebagai pemimpin baharu Parti Liberal selepas memperoleh majoriti besar pada pusingan pertama undian, sekali gus bakal menjadi Perdana Menteri Kanada, lapor Anadolu Ajansi (AA).*
             *Bekas Ketua Bank Kanada itu memperoleh 85.9 peratus undi, menewaskan pencabarnya, bekas Timbalan Perdana Menteri Chrystia Freeland yang hanya meraih lapan peratus.*
             *Dua lagi calon masing-masing memperoleh sekitar tiga peratus undi.*
              *Carney mencipta sejarah sebagai pemimpin Parti Liberal pertama yang dilantik sebagai perdana menteri tanpa pernah memegang jawatan politik sebelum ini.*

                 🇦🇷 *Buenos Aires 10 Mac: Angka korban akibat ribut kencang yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 15 orang, menurut pihak berkuasa tempatan pada Ahad, lapor Xinhua.*
             *Datuk Bandar Bahia Blanca, Federico Susbielles berkata jumlah kematian dijangka meningkat.*
              *Sekurang-kurangnya 1,450 penduduk telah dipindahkan, manakala 100 lagi dilaporkan hilang, menurut kemas kini pihak berkuasa perbandaran Bahia Blanca.*

                  🇮🇶 *Baghdad 10 Mac: Lelaki berusia 35 tahun di Iraq dikesan memperdaya lapan wanita dari wilayah berbeza dengan mengahwini mereka bertujuan mengikis wang simpanan sebelum menceraikan dan menghilangkan diri tanpa jejak.*
            *Portal Gulf News melaporkan, salah seorang isteri yang berkongsi kisahnya dengan media berkata, beberapa perkahwinan lelaki itu hanya bertahan beberapa bulan, malah ada yang hanya bertahan beberapa minggu.*
             *Tiga daripada isteri lelaki terbabit warga Baghdad, manakala lima yang lain berasal dari wilayah yang berbeza di Iraq.*
             *Isteri kelapan iaitu wanita terakhir menjadi mangsa lelaki itu, memberitahu TV Al Sharqiya bahawa pasangannya bekerja dalam sektor penjualan kereta mewah.*

                  🇨🇳 *Beijing 10 Mac: Seorang lelaki terkejut apabila mengetahui dia adalah anak angkat yang dipelihara sebuah keluarga sejak 34 tahun lalu.*
             *Lebih mengejutkannya apabila mengetahui kakak kandungnya hanya tinggal 500 meter dari kediamannya.*
             *South China Morning Post (SCMP) melaporkan, Zhang Lei, 36, adalah pemilik syarikat pengiklanan dari Nanyang, wilayah Henan di tengah China.*
               *Sebelum ini, lelaki itu percaya dia adalah anak kandung kepada ibu bapa angkatnya berdasarkan gambar bayi di dalam dompetnya.*

                  🇨🇳 *Beijing 10 Mac: Kerajaan China menyasarkan untuk menangani obesiti dalam kalangan 1.4 bilion penduduknya, termasuk lebih 50 peratus orang dewasa yang berlebihan berat badan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).*
              *Sesetengah individu sukar mengawal berat badan, memiliki berat badan berlebihan malah menghidap penyakit kronik, kata menteri Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Lei Haichao, semasa sidang media pada Ahad di Beijing di luar Kongres Rakyat.*
              *Untuk mengatasinya, kemudahan perubatan perlu menyebarkan lebih banyak maklumat mengenai kesihatan pada tahun-tahun akan datang, kata menteri itu.*

                 🇨🇳 *Beijing 9 Mac: Kedai dalam talian di China menjual apa yang dipanggil 'tanah bank', mendakwa ia digali dari luar bank utama China dan boleh membawa kekayaan dan tuah kepada pembeli, lapor South China Morning Post (SCMP).*
             *Harga sebekas "tanah bank" ini boleh mencecah setinggi 888 yuan (kira-kira RM541).*
             *Produk yang menjadi trend itu didakwa diperoleh dari kawasan menempatkan tumbuhan hijau di luar bank, tanaman pasu di lobi bank, atau habuk daripada mesin pengira wang.*
              *Satu vendor dalam talian menawarkan empat jenis tanah, dan mendakwa ia dikutip daripada lima bank utama, Bank of China, Industrial and Commercial Bank of China, Agricultural Bank of China, China Construction Bank dan Bank of Communications.*

                 🇮🇳 *New Delhi 10 Mac: Penerbangan Air India dari Mumbai ke New York berpatah balik selepas ancaman keselamatan dikesan di dalam pesawat.*
              *Pesawat berkenaan yang beroperasi sebagai AI119, selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj, Mumbai pada 10.25 pagi, hari ini.*
               *Sumber berkata terdapat ancaman bom dan satu nota dijumpai di salah satu tandas pesawat, menurut agensi berita PTI.*
               *Dalam satu kenyataan, Air India mengesahkan insiden itu dan berkata pihaknya sudah mematuhi semua protokol yang diperlukan sebelum membuat keputusan untuk kembali ke Mumbai.*

                 🇰🇷 *Seoul 10 Mac: Panglima Angkatan Tentera Udara Korea Selatan pada Isnin mengemukakan permohonan maaf secara terbuka susulan insiden pengeboman di sebuah perkampungan awam minggu lalu, sambil menyifatkannya sebagai kejadian yang "tidak sepatutnya berlaku."*
           *Agensi Berita Yonhap melaporkan dua jet pejuang KF-16 secara secara tidak sengaja menggugurkan lapan bom MK-82 di luar kawasan latihan di Pocheon, kira-kira 40 kilometer di utara Seoul pada Khamis.*
            *Insiden itu mengakibatkan 29 individu cedera, termasuk 15 orang awam.*
            *Tentera Udara yang sepatutnya melindungi nyawa dan harta rakyat, telah mendatangkan kemudaratan kepada rakyat.*

                 🇰🇷 *Seoul 10 Mac: Pendakwa raya Korea Selatan akan meneruskan sabitan terhadap pemberontakan Presiden Yoon Suk Yeol walaupun keputusan mahkamah memerintahkan pemimpin yang dipecat itu dibebaskan dari penjara, kata ketua pejabat pendakwa raya pada Isnin.*
             *Ketua Pendakwa Shim Woo-jung berkata beliau menghormati keputusan mahkamah, tetapi tidak bersetuju dengan penilaiannya bahawa pendakwaan difailkan melepasi tempoh masa yang dibenarkan secara sah, yang menurut mahkamah menjadikan penahanan Yoon semasa perbicaraan tidak sah.*
               *Yoon sudah dibicarakan atas kesalahan jenayah sejak 20 Februari atas dakwaan mengetuai pemberontakan dengan mengisytiharkan undang-undang tentera pada 3 Disember.*

                  🇮🇳 *New Delhi 10 Mac: Kerajaan India telah menambah pusat konservasi harimau menjadikannya sebanyak 58, menurut pegawai pada Ahad, lapor Xinhua.*
             *Menurut Menteri Alam Sekitar, Hutan dan Perubahan Iklim India Bhupender Yadav pusat konservasi terbaharu yang disenaraikan ialah Pusat Konservasi Harimau Madhav di negeri Madhya Pradesh, tengah India.*   
             *Pegawai memaklumkan bahawa Pusat Konservasi Harimau Madhav merupakan pusat pemuliharaan harimau kesembilan di Madhya Pradesh.*
             *Perdana Menteri India Narendra Modi memuji langkah itu dan berkata: "Kita akan sentiasa berada di barisan hadapan dalam melindungi haiwan dan menyumbang kepada kelestarian planet ini."*

                🇹🇭 *Bangkok 10 Mac: Harimau putih dan liger antara dua spesis dirampas dalam serbuan di sebuah kediaman mewah di daerah Mueang, wilayah Songkhla, yang dipelihara secara haram.*
           *Portal The Thaiger melaporkan, rampasan itu susulan serbuan dilakukan Jabatan Taman Negara, Pemuliharaan Hidupan Liar dan Tumbuhan (DNP) yang diketuai Pengarahnya, Mejar Jeneral Polis Watcharin Pusit, bersama Kolonel Polis Atthapol Phonprom dan pegawai dari Pejabat Kawasan Pemuliharaan Songkhla 6.*
              *Tindakan itu diambil susulan laporan diterima berkaitan pemilikan hidupan liar berbahaya tanpa kebenaran.*
              *Selepas disiasat, pasukan itu menemui seekor singa putih betina dan liger jantan iaitu kacukan antara singa dan harimau, ditempatkan di dalam kediaman berkenaan.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*GOA_L MEDSOS, POPULAR*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


              🔊 *Taiping 10 Mac: Laungan azan di Masjid Kampung Ayer Kuning di sini tidak dapat didengari oleh ahli kariah sejak beberapa hari lalu berikutan masalah teknikal pada sistem pembesar suara luar, bukannya disebabkan larangan atau tekanan pihak tertentu.*
           *Pengerusi masjid itu, Abu Bakar Che Ros, menegaskan isu ini berpunca daripada kerosakan sistem siar raya (PA system) yang dalam proses pembaikan.*
            *"Pembesar suara luar masjid mengalami masalah, kadangkala bunyi terlalu kuat dan kadangkala sangat perlahan, kami sudah memanggil juruteknik dari Ipoh untuk melakukan kerja pembaikan.*
             *"Ia tiada kena mengena langsung dengan tekanan pihak tertentu, termasuk yang mengaitkan ia dengan politik," katanya ketika dihubungi.*
              *Sebelum ini, tular dakwaan masjid itu dilarang melaungkan azan menggunakan pembesar suara luar yang dengan isu 3R (agama, raja, kaum) serta politik, selain kononnya ada penduduk mengadu bunyinya terlalu kuat dan mengganggu.*

             🙏🏻 *Kuala Lumpur 10 Mac: Kakak pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan maut di Senawang, Negeri Sembilan tampil memohon maaf kepada keluarga mangsa dan rakyat Malaysia atas kenyataan yang dibuat berhubung insiden itu.*
          *Menerusi satu hantaran di media sosial, wanita dikenali Nur Athirah Najwa itu mengakui kesilapannya dalam mengeluarkan hantaran yang menyinggung perasaan serta mengundang kemarahan orang ramai.*
           *"Assalamualaikum, saya Nur Athirah Najwa, kakak kepada pelaku yang terbabit dalam kemalangan di Senawang.*
            *"Saya ingin memohon maaf kepada pihak keluarga mangsa dan semua rakyat Malaysia atas 'posting' (hantaran) dan komen yang keterlaluan sehingga membuat semua marah.*

            👀 *Kuala Lumpur 10 Mac: "Sejak mula berniaga di sini, saya lebih banyak termenung menunggu pelanggan sehingga waktu berbuka kerana kurang pengunjung," ujar peniaga pakaian wanita, Noor Soleha Mohd Radzir, 34, di Bazar Aidilfitri Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini.*
             *Noor Soleha berkata, sebelum ini biarpun baru seminggu umat Islam menjalani ibadah puasa, kunjungan orang ramai ke bazar Aidilfitri agak memberangsangkan.*
               *Katanya, pada tahun ini, keadaan jauh berbeza.*
              *"Sejak mula berniaga pada 3 Mac lalu, jumlah pengunjung memang sangat kurang berbanding tahun sebelum ini.*

              🤗 *Kuala Terengganu 10 Mac: Kerajaan Terengganu menyasarkan 150,000 pengunjung ke Jambatan Angkat tahun ini, didorong oleh pelbagai program yang dirancang serta pemerkasaan kerjasama dengan penggiat pelancongan.*
             *Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Terengganu Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, berkata sasaran itu dibuat berdasarkan penganjuran pelbagai program sepanjang tahun ini dan usaha memperkukuh jalinan kerjasama dengan pihak industri pelancongan.*
             *Beliau yang juga Pengarah Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN) berkata, sejak mula beroperasi pada 2019, Jambatan Angkat yang dibina dengan kos RM249 juta telah menerima 595,579 pelawat dari dalam dan luar negara.*
              *"Keunikan Jambatan Angkat menjadikannya penerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan, termasuk Best New Tourism Icon 2019 dan Malaysia Tourism Quality Assurance (Gold Award) 2023.*
             

*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
                 

*GOA_L ARENA SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=


               🐐 *London 10 Mac: Cristiano Ronaldo dan pasangannya Georgina Rodríguez dipercayai sedang mengharungi detik kehidupan yang sukar sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya.*
            *Ketenangan yang mereka nikmati di Arab Saudi terganggu oleh beberapa ancaman yang membimbangkan, malah sehingga memaksa polis campur tangan untuk memastikan keselamatan mereka.*
             *Sejak ketibaan mereka di Riyadh, Ronaldo dan Georgina menjalani kehidupan yang agak normal. Walaupun terkenal, mereka sekeluarga boleh bersiar-siar tanpa sebarang insiden.*
             *Namun, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, mereka mula menerima mesej membimbangkan yang tidak boleh dipandang ringan.*
             *Sehingga beberapa bulan lalu, Georgina sering berkongsi gambar mereka secara semula jadi. Kini, dia memilih untuk menutup wajah anak-anak mereka dengan emoji atau mengelak menunjukkan wajah mereka di hantaran media sosial.*

               🐔 *London 10 Mac: Prestasi terkini Liverpool ketika menentang Southampton menimbulkan kebimbangan kepada Arne Slot, yang percaya peningkatan ketara perlu dilakukan sebelum berdepan Paris Saint-Germain pada awal pagi Rabu ini.*
            *Walaupun menewaskan PSG 1-0 di Paris dalam perlawanan peringkat pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Liverpool hampir tewas pada aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang pasukan menduduki tangga tercorot liga.*
            *Gol Will Smallbone sejurus sebelum rehat mengejutkan Anfield, tetapi jaringan Darwin Nunez dan dua penalti Mohamed Salah memastikan kemenangan The Reds.*
            *Slot memerhatikan dari tempat duduk penonton akibat penggantungan dan membuat tiga pertukaran pada separuh masa.*

              🦁 *London 10 Mac: Chelsea kembali ke kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Leicester City 1-0, malam semalam menerusi jaringan pertahanan Sepanyol, Marc Cucurella pada minit ke-60.*
               *Pasukan tuan rumah yang kehilangan momentum sejak permulaan tahun baru dan berdepan krisis kecederaan membabitkan penyerang bergelut meraih kemenangan di London.*
               *Pengurus Enzo Maresca, yang berpindah ke Chelsea dari Leicester tahun lalu tetap berpuas hati dan memberitahu wartawan kemenangan itu hasil kerja keras untuk menembusi formasi pertahanan Leicester.*

             😮‍💨 *Manchester, United Kingdom 10 Mac: Manchester United memerlukan lebih ramai pemain memiliki kualiti dan karakter seperti kapten Bruno Fernandes, kata pengurus Ruben Amorim susulan sepakan percuma menarik pemain Portugal itu ketika seri 1-1 menentang Arsenal, awal pagi tadi.*
               *Fernandes berdepan kritikan terhadap kepimpinannya dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dengan bekas kapten United, Roy Keane, menggelarnya sebagai 'penipu'.*
               *Namun, dalam musim yang sukar untuk Red Devils, Fernandes kerap menjadi sumber inspirasi yang jarang berlaku.*
              *Jaringan cemerlangnya pada masa tambahan separuh masa pertama di Old Trafford adalah gol ke-12nya musim ini.*

             😩 *Manchester, England 10 Mac: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, semakin gelisah selepas pasukannya hanya mampu seri 1-1 dengan Manchester United di Old Trafford awal pagi tadi yang menurut pengkritik mungkin petanda peluang mereka untuk merebut gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah berakhir.*
           *Dengan berbaki 10 lagi perlawanan, Arsenal yang berada di tempat kedua ketinggalan 15 mata di belakang pendahulu Liverpool, meskipun berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.*
            *Arteta yang tidak menghadiri temuramah televisyen selepas perlawanan kecewa dengan hakikat gol separuh masa kedua Declan Rice satu-satunya jaringan mereka menentang United yang sedang bergelut di tempat ke-14 dalam carta.*

             🤩 *Madrid 10 Mac: Kylian Mbappe dan Vinicius Junior menjaringkan gol untuk Real Madrid ketika menewaskan Rayo Vallecano 2-1 awal pagi tadi untuk menyamakan kedudukan mata dengan pendahulu La Liga, Barcelona.*
            *Real Madrid kini satu mata di atas Atletico Madrid yang tewas mengejut 1-2 kepada Getafe dalam perlawanan lebih awal, manakala aksi Barcelona semalam menentang Osasuna ditangguhkan kerana kematian salah seorang doktor kelab Catalan itu.*
            *Pasukan Carlo Ancelotti menunjukkan prestasi mantap, walaupun tidak cemerlang untuk mengatasi pencabar setempat mereka itu, menjelang pertemuan getir Liga Juara-Juara (UCL) menentang Atletico pada awal pagi Khamis.*
             *"Vinicius dan Mbappe menjaringkan dua gol hebat dan mereka juga berpeluang untuk gol ketiga," kata Ancelotti.*

               🪄 *Berlin 10 Mac: Jurulatih Bayer Leverkusen, Xabi Alonso perlu mengulangi 'Keajaiban Istanbul' ketika bersama Liverpool yang menjuarai Liga Juara-Juara (UCL) 2005 bagi mengatasi cabaran Bayern Munich pada aksi peringkat kedua pusingan 16, awal pagi Rabu ini.*
              *Alonso sebagai pemain tengah Liverpool ketika itu, menjaringkan gol penyamaan menentang AC Milan ketika The Reds bangkit daripada ketinggalan 0-3 pada separuh masa pertama untuk mengikat 3-3, sebelum memenangi perlawanan menerusi penentuan penalti.*
            *Selepas kemenangan 3-0 Bayern di Munich, defisit tersebut adalah sama bagi Leverkusen dan Alonso menjelang perlawanan kedua.*

               🏌🏻‍♂️ *Miami 10 Mac: Russell Henley mencatat dua bawah par 70 untuk muncul juara Jemputan Arnold Palmer selepas mengatasi kebangkitan lewat Collin Morikawa, awal pagi tadi.*
            *Pemain berusia 35 tahun itu meraih kemenangan Jelajah PGA kelima dan terbesar dalam kariernya apabila menghapuskan kelebihan tiga pukulan Morikawa pada lima lubang terakhir di Bay Hill Club & Lodge di Orlando, Florida.*
            *Selepas mendapat pujian daripada isteri dan anak-anaknya di lubang 18, Henley mengakui dia sangat "gementar" sebelum mengesahkan kemenangan.*
             *"Saya tak boleh bernafas sekarang," kata Henley kepada NBC Sports. "Ia sangat sukar dan mencabar di tempat ini. Saya hanya cuba bertahan dan terus komited pada setiap pukulan.*

               🏃🏻‍♂️*Apeldoorn, Belanda 10 Mac: Jakob Ingebrigtsen dari Norway mempertahankan gelaran 3,000 meter (m) Dalam Dewan Eropahnya semalam untuk muncul pemenang dua pingat emas di tiga edisi kejohanan itu berturut-turut.*
            *Atlet Norway itu yang menjuarai 1500m pada Jumaat lalu, mencatatkan masa 7 minit 48.37 saat untuk gelaran Eropah ke-17nya di semua permukaan dan kejohanan.*
            *Ingebrigtsen yang berusia 24 tahun, menyamai rekod tujuh emas dalam Dewan Eropah yang dimenangi oleh atlet lelaki.*
             *Valeriy Borzov dari Soviet-Ukraine sebelum ini memegang rekod tersebut, selepas memenangi gelaran 50m dan 60m pada era 1970-an ketika acara itu diadakan setiap tahun.*

              🏃🏻‍♀️ *Paris 10 Mac: Bintang olahraga wanita Venezuela, Yulimar Rojas kembali beraksi selepas 11 bulan berehat akibat kecederaan achilles tetapi gagal mencatat sebarang mata di Salamanca, Sepanyol, awal pagi tadi.*
            *Selepas kakinya melepasi garisan pada tiga lompatan pertama dan membatalkan lompatan keempatnya, pemegang rekod dunia lompat kijang dan juara Olimpik 2021 itu mengundurkan diri.*

             🎾 *Indian Wells, California 10 Mac: Juara bertahan Iga Swiatek membelasah Dayana Yastremska 6-0, 6-2 manakala juara 2023 Elena Rybakina mengatasi cabaran Katie Boulter dari Britain 6-0, 7-5 untuk mara ke pusingan keempat Indian Wells, awal pagi tadi.*
            *Pilihan kedua, Iga yang mahu menjadi pemain wanita pertama memenangi kejohanan itu tiga kali tampak bersemangat untuk melakukannya apabila memenangi 10 permainan berturut-turut dan hanya memerlukan 65 minit untuk menewaskan lawannya dari Ukraine.*

             🏎️ *London 10 Mac: Pasukan Lewis Hamilton, Ferrari bakal berdepan penyiasatan menyeluruh oleh FIA selepas Red Bull membuat aduan mengenai sayap belakangnya, menurut laporan semalam.*
          *Musim Formula 1 (F1) 2025 dijangka menyaksikan salah satu perebutan gelaran paling sengit dalam sejarah moden selepas ujian pramusim mendebarkan di Bahrain.*
            *Namun, pemeriksa FIA akan berkunjung ke Maranello untuk memeriksa kereta F1 terbaru Ferrari selepas aduan dari Red Bull semasa ujian pramusim.*
             *Pasukan Christian Horner mendakwa Ferrari dan McLaren menggunakan sayap belakang fleksibel untuk memperoleh kelebihan prestasi.*

             🐅 *Iskandar Puteri 10 Mac: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Hector Bidoglio menuntut kesebelasan utama yang bakal diturunkan bermain bermati-matian bagi memburu kemenangan apabila melayan kunjungan Buriram United FC pada aksi kedua timbal balik Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.*
             *Bercakap pada sidang media praperlawanan hari ini, beliau berkata, aksi malam esok ibarat final buat JDT dan mahu pemainnya mempamerkan prestasi terbaik ketika melayan kunjungan skuad kendalian Osmar Loss Vierira.*
             *"Kami sudah bersedia dengan apa jua situasi sama ada bermain dalam tempoh 90 minit perlawanan atau tambahan masa 30 minit termasuk penentuan sepakan penalti. Apapun fokus kami tetap mahu menamatkan permainan sepanjang 90 minit tanpa tambahan masa," katanya.*

              
*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*

No comments:

Post a Comment

BERITA HARI INI - 30 MAY 2025

*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI* *‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ* ‎            *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الل...