Monday, March 10, 2025

BERITA HARI INI - 10 MARCH 2025 ISNIN

*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*

*‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*

*ISNIN 10 MAC 2025 MASIHI BERSAMAAN 9 RAMADHAN 1446 HIJRAH* 

*LIVE FROM BANDAR SENTOSA KLANG*

*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*

*IMSAK* : *06:04am*
*SUBUH* : *06:14am*
*SYURUK* : *07:21am*
*ZOHOR* : *13:27pm*
*ASAR* : *16:37pm*
*MAGHRIB* : *19:28pm*
*ISYAK* : *20:37pm*

*artikel disiarkan pada tarikh 9mac*

*harianmetroonline*
*by:hanipiloiempire*
*since2011*

 *GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


*GOA_L* 1️⃣ *Putrajaya 9 Mac: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji Kementerian Luar atau Wisma Putra atas kejayaannya dalam memperkukuh imej dan pengaruh Malaysia di peringkat global. Beliau berkata walaupun berhadapan dengan jadual yang padat, kementerian itu berjaya melaksanakan tanggungjawab dan usaha Kerajaan MADANI dalam mengangkat imej negara di persada antarabangsa.*

*GOA_L* 2️⃣ *Kuala Lumpur 9 Mac: Seramai 40 jemaah Malaysia terpaksa membayar dam mencecah ratusan ribu ringgit pada musim haji tahun lalu kerana tidak melaksanakan rukun haji dengan sempurna akibat ditipu pihak tidak bertanggungjawab. Selain itu, ada jemaah dari Malaysia turut ditahan dan dihantar balik kerana didapati cuba menunaikan haji tanpa visa yang sah.*

*GOA_L* 3️⃣ *Kuala Lumpur 9 Mac: "Wang simpanan saya dan isteri berjumlah RM80,000 hangus begitu sahaja akibat ditipu pakej haji menggunakan visa furada lima tahun lalu. "Hingga kini wang berkenaan belum dibayar balik. Lebih menyedihkan apabila agensi berkenaan juga sudah gulung tikar," kata mangsa penipuan pakej haji mahu dikenali sebagai Mokhtar, 60.*

*GOA_L* 4️⃣ *Kuala Lumpur 9 Mac: Belumpun menginjak bulan Zulhijah namun sindiket penipuan pakej haji membabitkan tawaran visa mujamalah atau furada sudah mula aktif memburu mangsa. Ini terbukti apabila 17 individu menjadi mangsa hanya dalam tempoh lima minggu pertama tahun ini membabitkan kerugian hampir RM400,000.*

*GOA_L* 5️⃣ *Georgetown 9 Mac: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui pejabat Education Malaysia Jordan (EMJ) memantau rapat keadaan empat pelajar Malaysia yang cedera dalam kemalangan jalan raya di negara itu, Jumaat lalu. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau dimaklumkan tiga daripada mereka berada dalam keadaan stabil manakala seorang lagi masih memerlukan perhatian rapi pihak hospital.*

*GOA_L* 6️⃣ *Balik Pulau 9 Mac: Seorang lelaki ditahan selepas didakwa mengugut untuk mencederakan bapa saudaranya berhubung pertikaian pajakan kebun durian. Suspek berusia 38 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya di tepi jalan Lintang Sungai Burung 1 menerusi Op Cantas, hari ini.*

*GOA_L* 7️⃣ *Kota Kinabalu 9 Mac: Beberapa jalan di daerah Beaufort, Tenom, dan Keningau terputus hubungan hari ini akibat banjir serta cerun runtuh berikutan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan tersebut sejak beberapa hari lalu. Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan bahawa Jalan Keningau-Kimanis di kawasan Taman Banjaran Crocker tidak boleh dilalui akibat kejadian cerun runtuh di Kilometer (KM) 11.2.*

*GOA_L* 8️⃣ *Kota Bharu 9 Mac: Semua makanan yang membahayakan dan boleh memberi kemudaratan tidak akan dijual di dalam kawasan sekolah. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memberi jaminan itu dan menegaskan pihaknya akan menghalang perkara terbabit, sekiranya ada pihak berbuat demikian. "Saya mengulangi penegasan bahawa semua makanan yang membahayakan dan boleh memudaratkan pelajar serta murid tidak dibenarkan sama sekali dijual di dalam premis Kementerian Pendidikan (KPM).*

*GOA_L* 9️⃣ *Kuala Lumpur 9 Mac: Situasi banjir di Sabah semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan menunjukkan peningkatan mendadak manakala di Sarawak jumlah mangsa turut meningkat sedikit petang ini. Di SABAH, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) bertambah kepada 2,785 orang daripada 907 keluarga setakat 4 petang tadi berbanding 1,748 orang daripada 570 keluarga pada 8 pagi.*

*GOA_L* 🔟 *Kuala Lumpur 9 Mac: Situasi banjir di Sabah semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan menunjukkan peningkatan mendadak manakala di Sarawak jumlah mangsa turut meningkat sedikit petang ini. Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke tiga PPS yang dibuka di pekan Trusan meningkat kepada 174 orang pada 3 petang ini berbanding 167 mangsa yang dicatatkan pagi tadi.*

*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Kuala Lumpur 9 Mac: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan sindiket pengedaran dadah membabitkan sitaan dadah seberat 23.095 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM3.05 juta dalam tiga serbuan berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Kuchai, di sini, baru-baru ini. Serbuan turut membawa kepada penahanan dua suspek, masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia 30-an.*

*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Kuching 9 Mac: Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kini sedang berusaha untuk menyelaraskan undang-undang mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Beliau berkata, perbincangan itu membabitkan peraturan-peraturan yang akan digubal bagi mengelakkan pertindihan, selain memastikan semua perkara yang memerlukan kerjasama dapat dilaksanakan dengan lancar.*

*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Kuala Lumpur 9 Mac: Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, orang ramai sudah mula sibuk menyediakan persiapan bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma. Tinjauan Bernama mendapati pusat beli-belah di ibu kota dipenuhi orang ramai yang mengambil peluang cuti hujung minggu untuk membeli persiapan hari raya.*

*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Kota Kinabalu 9 Mac: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sedang berusaha mencari jalan penyelesaian kepada masalah tempat letak kereta di Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) yang sering mengalami banjir dan berlubang, sekali gus menyukarkan pengguna. Pengarah JKNS Dr Maria Suleiman berkata kawasan tempat letak kereta itu sebenarnya tanah milik Qhazanah Sabah Berhad yang dipinjamkan secara ihsan untuk kegunaan awam.*

*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Kuching 9 Mac: Sejumlah RM2 bilion lagi diperuntukkan Kerajaan Persekutuan untuk menangani isu kadar air tidak berhasil (NRW) seluruh negara, tahun ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata jumlah itu sama dengan yang disalurkan tahun lalu.*

*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Kuala Lumpur 9 Mac: Sembilan daripada 14 hakim tertinggi dijadual akan bersara tahun ini sekali gus menyaksikan kekosongan yang besar akan berlaku dalam badan kehakiman negara. Mendahului senarai itu adalah Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang akan mencapai usia 66 tahun pada Julai ini. Beliau dilahirkan pada 2 Julai 1959.*

*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Kota Bharu 9 Mac: Penduduk Kelantan dinasihatkan supaya mematuhi arahan pihak keselamatan jika berhasrat untuk berkunjung ke Sungai Golok, Thailand, susulan keadaan tidak menentu di kawasan sempadan itu. Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata suasana di pekan sempadan berkenaan ketika ini berisiko untuk dikunjungi selepas insiden serangan bom dan tembakan di pos kawalan keselamatan Pejabat Daerah Sungai Golok semalam.*

*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Beluran 9 Mac: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya membongkar tempat penyimpanan rokok seludup yang berselindung dalam kebun kelapa sawit di Kampung Botition, di sini, semalam. Rampasan yang dijalankan Unit Gempur PPM Wilayah Empat Sabah menemukan 26 jenis rokok dengan jumlah keseluruhan termasuk cukai RM5.5 juta yang disembunyikan di dalam sebuah rumah tidak bernombor.*

*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Rantau Panjang 9 Mac: Suasana di hadapan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, di sini, hari ini, yang biasanya sesak dengan kenderaan dan pengunjung, bertukar lengang susulan insiden tembakan dan letupan bom di Sungai Golok, malam tadi. Kebiasaannya, pintu masuk ICQS akan mula dipenuhi dengan deretan kereta seawal 4 petang setiap hari pada Ramadan, memandangkan pekan Golok menjadi lokasi tumpuan bazar Ramadan serta tempat berbuka dalam kalangan warga tempatan.*

*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Kota Bharu 9 Mac: Keberkesanan pendigitalan sistem agihan zakat kepada asnaf oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) memberi keyakinan kepada pembayar zakat untuk berinfak. Tengku Temenggong Kelantan Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, ia terbukti apabila Maik menerima Anugerah Zakat Kebangsaan 2024 dalam kategori inovasi zakat terbaik kategori agihan melalui Sistem eAgihan.*

*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Sungai Golok 9 Mac: Sebuah trak pikap Isuzu berwarna perak, dipercayai digunakan oleh penyerang dalam serangan bom di Pejabat Daerah di sini malam tadi, ditinggalkan berhampiran Sungai Padi pagi ini. Seorang jurucakap polis Thailand berkata trak itu ditemui di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Lubo Batu, kira-kira 20 kilometer (km) dari tempat kejadian.*

*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Arau 9 Mac: Kematian banduan Pusat Koreksional Perlis di Guar Nangka di sini, Khamis lalu berpunca daripada ketumbuhan pada organ hati yang pecah hingga berlaku pendarahan. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pakar patologi yang melakukan bedah siasat berpendapat pendarahan tersebut boleh membawa kepada kematian tahanan berusia 23 tahun terbabit.*

*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Kuala Lumpur 9 Mac: Rakyat Malaysia yang akan dan sedang berada wilayah Yala, Narathiwat dan Pattani di Thailand dinasihatkan mengambil langkah berhati-hati dan sentiasa berwaspada susulan beberapa insiden keselamatan yang berlaku, baru-baru ini. Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dalam satu kenyataan, pihaknya melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, sedang memantau rapat situasi di wilayah tiga wilayah berkenaan.*

*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Pendang 9 Mac: Trak tunda yang sedang menunda lori muatan kotak tomato hilang kawalan lalu terbalik di Kilometer 71.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini, hari ini. Keadaan kotak tomato yang berselerak di atas lebuh raya itu menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas.*

*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Kuala Lumpur 9 Mac: Empat penjaja warga asing antara enam individu dikenakan tindakan menerusi operasi bersepadu KL Strike Force di Pasar Harian Selayang, di sini, semalam. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan di Facebook berkata, pelbagai barangan perniagaan yang menghalang laluan awam disita serta merta.*

*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Dungun 9 Mac: Dua lelaki dijatuhi hukuman denda oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, masing-masing RM5,300 dan RM3,800 selepas mengaku bersalah memiliki mercun secara haram. Tertuduh, Mohd Sofwan Abd Rahman, 43, dan Zarul Mustakim Jaya@Sidek, 29, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Amira Fatihah.*

*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Bukit Mertajam 9 Mac: Sebanyak 61 kawasan di Seberang Perai dikesan menjalankan aktiviti penambakan di atas tanah sawah padi secara haram sejak tahun lalu. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Datuk Baderul Amin Abdul Hamid berkata, pihaknya kesal dan tidak bertolak ansur terhadap kegiatan berkenaan kerana padi adalah sumber rantaian makanan yang perlu dijaga.*

*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Padang Besar 9 Mac: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan Tok Kayaman, Beseri, di sini, Jumaat lalu disahkan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental. Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Sarih Salleh berkata, lelaki berusia 33 tahun itu, bagaimanapun, masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) kerana kecederaan serius akibat kemalangan itu.*

*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Batu Pahat 9 Mac: "Anak saya ditidurkan kerana kecederaan teruk dialaminya," kata Subidah Tumin, 68, ibu kepada wanita yang melecur dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Baru, Sri Gading, di sini, semalam. Syarah Nurul Mastura Abdullah, 31, dilaporkan mengalami kecederaan teruk di seluruh badan menyebabkannya terpaksa ditidurkan oleh pihak hospital pada hari kejadian.*

*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Kuala Lumpur 9 Mac: Panglima Angkatan Tentera Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar, turun padang bagi meninjau kawasan operasi dan sempadan Malaysia-Thailand, di Kem Gubir, Kedah, semalam. Tentera Darat Malaysia (TDM) pada hantaran di Facebook berkata, Mohd Nizam mengadakan lawatan di kawasan tanggungjawab (KTJ) Formasi 2 Divisyen di Kem Gubir dan Sempadan Terkoordinasi (PST) Ban Di Da.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*

            
*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=


                🇵🇸 *Baitulmaqdis 8 Mac: Sekatan dikenakan tentera Israel, tidak mematahkan semangat kira-kira 90,000 jemaah Palestin hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa, semalam, lapor Agensi Anadolu.*
              *Menurut saksi, tentera Israel menghalang puluhan ribu rakyat Palestin daripada menyeberangi pusat pemeriksaan tentera di sekitar Baitulmaqdis untuk sampai ke al-Aqsa.*
              *Ketua Pengarah Wakaf Islam di Baitulmaqdis, Sheikh Azzam al-Khatib mengesahkan, kira-kira 90,000 jemaah menghadiri solat Jumaat di Masjid al-Aqsa semalam.*
              *Semasa khutbah itu, Muhammad Salim Muhammad Ali, khatib Jumaat Masjid al-Aqsa sempat memuji semangat jemaah kerana kesungguhan mereka untuk sampai ke masjid walaupun sekatan Israel.*

                🇵🇸 *Gaza 8 Mac: Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Palestin pada Jumaat menegaskan bahawa Israel mempunyai kewajipan undang-undang untuk memastikan penyediaan keperluan asas kepada penduduk Palestin yang berada di bawah kawalannya, lapor Emirates News Agency (WAM).*
            *"Ini termasuk makanan, air bersih, tempat perlindungan dan penjagaan kesihatan yang mencukupi. Sebarang sekatan terhadap kemasukan keperluan asas bagi orang awam boleh dianggap sebagai hukuman kolektif. Penggunaan kelaparan sebagai senjata perang adalah jenayah perang," menurut kenyataan pejabat itu.*
              *"Di Gaza, sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 19 Januari, tentera Israel dilaporkan telah membunuh 58 rakyat Palestin, termasuk 10 kanak-kanak dan tiga wanita, kebanyakannya di kawasan yang ditetapkan sebagai 'zon larangan' oleh Israel seperti Koridor Netzarim dan Philadelphi, serta timur Rafah, Khan Younis dan Beit Hanun.*

               🇵🇸 *Baitulmaqdis 8 Mac: Pegawai Palestin mengecam pembakaran sebahagian masjid bersejarah di bandar Nablus di Tebing Barat, semasa serbuan tentera Israel, semalam.*
              *Rakaman AFPTV pada Jumaat menunjukkan, penduduk Palestin memeriksa bahagian dalam Masjid al-Nasr yang gelap dan hangus, yang menjadi mercu tanda di Kota Lama Nablus.*
             *Saksi berkata, operasi ketenteraan itu berlaku antara 2 hingga 6.30 pagi.*
             *Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin berkata, sebanyak enam masjid menjadi sasaran serangan Israel.*

               🇪🇬 *Kaherah 9 Mac: Hamas memaklumkan terdapat tanda-tanda positif mengenai permulaan rundingan fasa kedua gencatan senjata Gaza, ketika delegasi kumpulan pejuang Palestin itu bertemu dengan perantara di Kaherah, semalam.*
            *Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata, Israel akan menghantar delegasi ke Doha pada Isnin bagi rundingan gencatan senjata.*
              *Jurucakap Hamas, Abdel Latif Al-Qanoua dalam satu kenyataan berkata, "usaha perantara Mesir dan Qatar masih berjalan bagi melengkapkan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata".*
             *"Indikatornya positif mengenai permulaan rundingan fasa kedua," katanya tanpa mengulas lanjut.*

               🇮🇹 *Rom 9 Mac: Menteri Luar Perancis, Jerman, Itali dan United Kingdom, semalam, menyatakan sokongan terhadap pelan yang disokong negara Arab untuk pembinaan semula Gaza dengan kos AS$53 bilion (kira-kira RM246 bilion), tanpa menjejaskan penempatan rakyat Palestin di wilayah itu.*
              *"Pelan ini menunjukkan laluan realistik untuk pembinaan semula Gaza. Jika dilaksanakan, ia peningkatan segera dan mampan mengubah keadaan hidup yang teruk bagi rakyat Palestin di Gaza pada masa ini," kata menteri-menteri berkenaan dalam satu kenyataan bersama.*
              *Pelan yang dirangka Mesir dan diterima pakai oleh pemimpin Arab pada 4 Mac itu ditolak oleh Israel dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang mempunyai visinya sendiri untuk menjadikan Semenanjung Gaza sebagai "Riviera Timur Tengah".*

                🇺🇸 *Washington 9 Mac: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran sebanyak AS$10 juta (kira-kira RM44.2 juta) untuk sebarang maklumat yang membawa kepada penangkapan bekas atlet snowboard Olimpik Kanada itu yang kini menjadi ketua pengedar dadah antarabangsa.*
             *The Guardian melaporkan, polis di Los Angeles pada Khamis berkata, Ryan Wedding yang juga dikenali sebagai "El Jefe", "Giant" dan "Public Enemy" dikehendaki kerana peranannya dalam operasi penyeludupan dadah bernilai berbilion dolar merentasi sempadan serta beberapa kes pembunuhan yang dikaitkan dengan rangkaian pengedarannya.*
            *Wedding, yang menurut Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) adalah seorang daripada 10 penjenayah paling dikehendaki di AS, dipercayai bersembunyi di Mexico di bawah perlindungan kartel dadah Sinaloa, kata pihak berkuasa.*

              🇺🇸 *Washington 8 Mac: Seorang lelaki Carolina Selatan yang disabitkan bersalah membunuh ibu bapa bekas teman wanitanya dengan kayu besbol, dihukum mati oleh skuad penembak, semalam.*
             *Pelaksanaan itu adalah hukuman mati pertama seumpama di Amerika Syarikat dalam tempoh 15 tahun.*
             *Jurucakap penjara Carolina Selatan, Chrysti Shain berkata, Brad Sigmon, 67, dihukum mati oleh tiga skuad penembak di Institusi Koreksional Broad River di ibu negeri Columbia.*
             *Katanya, doktor mengesahkan Sigmon meninggal dunia pada 6.08 petang selepas tembakan maut itu dilepaskan pada 6.05 petang.*

              🇺🇸 *Washington 8 Mac: Wabak campak yang menular di barat daya Amerika Syarikat (AS) mengorbankan dua mangsa dan menjangkiti lebih 200 sehingga agensi kesihatan terpaksa mengeluarkan amaran perjalanan.*
             *Sehingga Jumaat, Texas melaporkan 198 kes dan New Mexico (10), menjadikan jumlah keseluruhan 208.*
             *Setiap negeri mengesahkan satu kematian.*
               *Kedua-dua mangsa dilaporkan tidak divaksinasi, dan pesakit New Mexico diuji positif untuk campak selepas kematian.*

              🇺🇸 *Washington 8 Mac: Seorang remaja pintar di sekolah menengah di Amerika Syarikat, yang permohonannya ditolak 16 kolej dan universiti, membuat tuntutan saman atas dakwaan diskriminasi.*
            *Lebih dua juta pelajar yang mengambil SAT setiap tahun, Stanley Zhong adalah salah seorang daripada kira-kira 2,000 yang mendapat markah 1590 atau lebih tinggi.*
            *Pencapaian di sekolah menengahnya ialah 4.42 pada skala 4.0.*
            *Dia juga mendapat tawaran untuk bekerja di Google sebelum menamatkan pengajian di sekolah menengah.*

              🇹🇷 *Istanbul 8 Mac: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengesahkan beliau sudah menghantar surat kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Khamenei, menggesa rundingan bagi menghalang Iran daripada membangunkan senjata nuklear, lapor Anadolu Ajansi (AA).*
             *Dalam surat yang dihantar pada Khamis itu, Trump menekankan keutamaannya terhadap pendekatan diplomasi berbanding tindakan ketenteraan, menurut laporan Axios yang memetik pratonton temu bual dengan Fox Business Network.*
              *"Saya katakan bahawa saya berharap anda akan berunding kerana ia 

No comments:

Post a Comment

BERITA HARI INI - 30 MAY 2025

*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI* *‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ* ‎            *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الل...