Thursday, March 13, 2025

BERITA HARI INI - 14 MARCH 2025 JUMAAT

*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*

*‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
‎            *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*

*JUMAAT 14 MAC  2025 MASIHI BERSAMAAN 13 RAMADHAN 1446 HIJRAH* 

*LAST GOA_L MINGGU INI*

*LIVE FROM KAWAN FOOD FROZEN PULAU INDAH KLANG*

*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*

*IMSAK* : *06:03am*
*SUBUH* : *06:13am*
*SYURUK* : *07:19am*
*ZOHOR* : *13:26pm*
*ASAR* : *16:34pm*
*MAGHRIB* : *19:28pm*
*ISYAK* : *20:36pm*

*artikel disiarkan pada tarikh 13mac*

*harianmetroonline*
*by:hanipiloiempire*
*since2011*

 *GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


*GOA_L* 1️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPPBWPKL) mendakwa separuh daripada 216 tapak di bazar Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini, sudah berpindah milik kepada kartel. Pengerusinya, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, pihaknya mengesan empat broker dalam kegiatan kartel itu yang dipercayai menjual setiap tapak berkenaan pada harga antara RM7,000 hingga RM12,000.*

*GOA_L* 2️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Rakyat Malaysia berisiko kerugian sehingga RM3.3 bilion setahun menjelang 2029 sekiranya tidak mengendahkan fi tersembunyi dalam tukaran asing (forex). Hasil dapatan kajian baharu di bawah Wise, sebuah syarikat teknologi global, mendedahkan rakyat negara ini kerugian kira-kira RM2.99 bilion (AS$655 juta) dalam bentuk fi forex tersembunyi pada 2023.*

*GOA_L* 3️⃣ *Putrajaya 13 Mac: Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pada 9.46 pagi, hari ini. Kehadiran Ismail Sabri itu bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.*

*GOA_L* 4️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan menyita dadah seberat 33.588 kilogram (kg) dianggarkan bernilai kira-kira RM4.12 juta dalam serbuan di tiga lokasi berasingan, baru-baru ini. Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) JKDM, Raizam Setapa@Mustapha berkata, kejayaan itu dilakukan Cawangan Narkotik Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat JKDM.*

*GOA_L* 5️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Tiga Sekolah Dalam Kem (SDK) menjadi perintis bagi program digitalisasi untuk memenuhi keperluan era digital menerusi pengukuhan infrastruktur pendidikan itu. Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, tiga sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kementah, SK TUDM Subang dan SK Sir Ibrahim, Kluang, Johor.*

*GOA_L* 6️⃣ *Petaling Jaya 13 Mac: Pakar pediatrik memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin hanya dapat bertutur 30 perkataan dan masih tidak dapat menyambung ayat untuk berkomunikasi. Saksi pendakwaan ke-24, Dr Bernice Lim Pei-Yi yang juga bekas pakar pediatrik di Hospital Selayang memaklumkan perkara itu ketika sesi pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sabrina Zubairi.*

*GOA_L* 7️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Saringan dan imbasan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan diperketat bagi membendung insiden penyeludupan dan perdagangan hidupan liar ke luar. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sudah diarahkan untuk melaksana tindakan perlu khususnya untuk memastikan setiap bagasi penumpang diimbas.*

*GOA_L* 8️⃣ *Ipoh 13 Mac: Pengarah syarikat barangan elektrik kerugian lebih RM200,000 akibat diperdaya sindiket penipuan atas talian dengan tawaran kontrak membekalkan peralatan elektrik kepada agensi kerajaan. Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal berkata, laporan diterima daripada seorang lelaki berusia 38 tahun selepas menyedari ditipu sindiket yang menyamar sebagai wakil Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Selasa lalu.*

*GOA_L* 9️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata beliau menerima nasihat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan hati terbuka. Ahmad Zahid baru-baru ini menemui Tengku Zafrul dan menasihatkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu supaya tidak tergesa-gesa membuat keputusan berhubung kedudukannya dalam parti.*

*GOA_L* 🔟 *Putrajaya 13 Mac: Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan pekarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini pada 3.13 petang hari ini. Ia selepas Ahli Parlimen Bera itu selesai memberi keterangan selama lebih lima jam kepada pegawai SPRM berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.*

*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Putrajaya 13 Mac: Jadikan kediamannya sebagai lokasi mencetak Mykad palsu sebelum dijual pada harga sekitar RM4,000 hingga RM5,000 kepada pembeli warga tempatan. Bagaimanapun kegiatan lelaki berusia 31 tahun pemegang Kad Pengenalan bertaraf Pemastautin Sementara (MyKas) itu terbongkar selepas serbuan dijalankan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) baru-baru ini.*

*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Muar 13 Mac: Polis menemui sepucuk pistol serta sekotak mengandungi 50 butir peluru hidup susulan penahanan empat individu positif dadah termasuk seorang wanita di sebuah rumah di Paya Panjang, Bukit Pasir, di sini, semalam. Keempat-empat suspek berusia antara 31 hingga 38 tahun ditahan pasukan dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, jam 4.30 petang.*

*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Kota Bharu 13 Mac: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning, Perak akan dimuktamadkan pada Sabtu ini. Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PAS Perak ada senarai nama beberapa calon dan ia akan dimuktamadkan selepas mesyuarat pada Sabtu ini.*

*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Kerajaan Madani berjaya menyelesaikan sembilan tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) setakat ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata penyelesaian itu termasuk pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah dan Sarawak sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan 182 (AP182).*

*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Kuching 13 Mac: Status Tindakan Bagi Perkara-Perkara Di Bawah Kementerian Kewangan antara enam kertas pembentangan yang dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKTMTPMA63) di Putrajaya hari ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, turut dibentangkan Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Berkenaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan Sarawak dan Cadangan Pindaan Item 25A (Pelancongan) Dalam Senarai I (Persekutuan) Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan (PP) Kepada Senarai III (Bersama) Jadual Kesembilan PP.*

*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Sebanyak 283 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa dalam Ops Campur setakat semalam, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh. Beliau berkata pemeriksaan itu turut membawa kepada 99 kes sitaan sampel beras untuk tindakan lanjut, dengan nilai sitaan berjumlah RM29,374.90.*

*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Putrajaya 13 Mac: Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu bahawa tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais kerana bekas pakar patologi itu tidak pernah berada di lokasi kejadian. Peguam Datuk N Sivananthan, yang mewakili Kunaseegaran, berhujah anak guamnya tidak pernah dibuktikan mempunyai niat yang sama dengan lima tertuduh lain untuk membunuh Morais.*

*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Tawau 13 Mac: Tertuduh ketiga dalam kes bunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, bahawa wang miliknya yang didakwa dicuri telah kembalikan sebelum kejadian mangsa dipukul di bilik kolej itu pada malam 21 Mac tahun lalu. Saksi pembelaan kelapan (DW8) yang juga pelajar Program Perakaunan di Kolej Vokasional Lahad Datu berkata mangsa menyerahkan wang berkenaan kepada tertuduh kelima (OKT-5) di bilik 7 Resak, kira-kira jam 10.30 malam.*

*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan supaya menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam. Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata, pemberian BKK penting bagi meringankan beban perbelanjaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.*

*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Petaling Jaya 13 Mac: Minyak dan gas adalah sumber yang penting dalam ekonomi, terutamanya kepada negara-negara pengeluar. Malaysia sebagai salah sebuah negara pengeluar minyak turut menerima manfaat daripada sumber itu. Malah, minyak dan gas menjadi komponen penting untuk ekonomi Malaysia dan menyumbang  kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahunan.*

*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Kuching 13 Mac: Batik Air, Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan AirAsia bersetuju untuk menambah penerbangan ke Sarawak sempena Aidilfitri yang bakal tiba. Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penerbangan tambahan itu diperlukan untuk mengatasi peningkatan permintaan perjalanan semasa musim perayaan.*

*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Putrajaya 13 Mac: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, siasatan pihak berkuasa mendapati bahawa dana berjumlah AS$1 bilion milik syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipindahkan ke dalam sebuah syarikat luar pesisir, tidak mendapat kebenaran Lembaga Pengarah. Dana itu sepatutnya dilaburkan 1MDB bagi usaha sama dengan syarikat penerokaan minyak berpangkalan di Arab Saudi, PetroSaudi International Ltd, (JVCo) 1MDB-PSI, bagaimanapun AS$700 juta dipindahkan ke Good Star Ltd, iaitu syarikat luar pesisir yang dikatakan milik ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.*

*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Kuantan 13 Mac: Seorang wanita berusia 24 tahun disambung reman sehingga Sabtu ini selepas dipercayai terbabit dalam kes bayi perempuan yang ditemukan tidak bernyawa di pusat perlindungan bayi di sebuah hospital swasta di sini, Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, perintah sambung reman itu dikeluarkan selepas tempoh tahanan reman ke atas suspek sebelum ini tamat, hari ini.*

*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Kuching 13 Mac: Seekor ular menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama dua jam yang menjejaskan kawasan Batu Kawa dan MJC di sini pada Selasa (11 Mac), menurut kenyataan Sarawak Energy Berhad hari ini. Menurut kenyataan itu cawangan operasinya, Syarikat SESCO Berhad (SESCO) mengesahkan reptilia itu ditemukan mati selepas berkemungkinan bersentuhan dengan peralatan bekalan elektrik di persimpangan jalan Batu Kawa-Malihah.*

*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memberi kerjasama kepada siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ahli Parlimen Bera itu berkata, beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, hari ini bagi memberi keterangan kepada pihak berkenaan.*

*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Pemantau rasuah, Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), menegaskan bahawa segala dakwaan berkaitan skandal rasuah lesen mineral di Sabah harus disertakan dengan bukti yang sahih dan melalui proses pengesahan yang telus. Kenyataan MCW itu susulan kenyataan Latheefa Koya mengenai pembabitan Ketua Menteri Sabah serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam isu itu.*

*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Jawatankuasa Fatwa MKI) memutuskan Ahli Sunah Waljamaah adalah mazhab rasmi negara ini dari segi perundangan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, perkara itu diputuskan ketika Jawatankuasa Fatwa MKI bersidang pada 21 dan 22 Oktober lalu.*

*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menangani isu ketagihan media sosial yang luar biasa yang membabitkan kesihatan mental pengguna. Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata ini kerana MCMC dan Kementerian Komunikasi tiada kepakaran bersesuaian berkaitan isu kesihatan mental.*

*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Seremban 13 Mac: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan memberi sokongan kaunseling dan psikologi kepada keluarga mangsa yang dirempuh sebuah kereta Honda Jazz di Matahari Height, di sini, 6 Mac lalu. Pengarahnya, Muhammad Yusry Che Dah berkata, berdasarkan pemerhatian, pihaknya mendapati seorang daripada tiga ibu mangsa yang maut dalam kemalangan itu dikesan menunjukkan simptom kemurungan.*

*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan menyita dadah seberat 33.588 kilogram (kg) dianggarkan bernilai kira-kira RM4.12 juta dalam serbuan di tiga lokasi berasingan, baru-baru ini. Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) JKDM, Raizam Setapa@Mustapha berkata, kejayaan itu dilakukan Cawangan Narkotik Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat JKDM.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*

            
*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=


               🇵🇸 *Gaza 12 Mac: Sumber perubatan mengumumkan pada Rabu bahawa jumlah kematian di Gaza telah meningkat kepada 48,515, dengan majoritinya terdiri daripada kanak-kanak dan wanita, sejak bermulanya serangan tentera Israel pada 7 Oktober 2023.*
             *Menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), jumlah kecederaan telah meningkat kepada 111,941, sejak bermulanya serangan itu, sementara sejumlah mangsa masih berada di bawah runtuhan, dan pasukan ambulans serta pertahanan awam tidak dapat sampai ke lokasi itu.*
             *Mereka mengesahkan bahawa 12 rakyat Palestin yang terkorban dan 14 yang cedera telah dibawa ke hospital-hospital di Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas.*

               🇺🇸 *Washington 13 Mac: Misteri pembunuhan seorang wanita di Maryland pada 1975 akhirnya terungkai selepas pihak berkuasa berjaya membongkar bukti penting menerusi kaset lama dan sekeping gambar mangsa.*
             *New York Post melaporkan, pihak polis Howard County dalam satu kenyataan semalam mengesahkan bahawa kes kematian Roseann Sturtz yang dijerut sehingga mati selepas bertemu suspek di sebuah bar pada 24 Ogos 1975 itu akhirnya terungkai selepas hampir lima dekad.*
            *Siasatan semula yang dijalankan penghujung tahun lalu membawa kepada bukti mengejutkan bahawa pembunuhnya adalah Charles William Davis Jr, seorang banduan yang sudah menjalani hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh.*
            *Detektif berjaya menemukan rakaman audio tahun 1981 yang merakam perbualan Davis ketika dia dipenjarakan di Institut Pemulihan Jessup.*

            🇳🇱 *The Hague 13 Mac: Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte ditahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Rabu, menurut kenyataan mahkamah itu, lapor Agensi Anadolu.*
              *Media tempatan melaporkan bahawa penyokongnya berkumpul di pusat tahanan Scheveningen di The Hague, Belanda, sambil mengibarkan bendera Filipina dan menyanyikan lagu kebangsaan.*
               *Selepas mengumumkan penahanannya, ICC menyatakan bahawa mahkamah mendapati "terdapat alasan munasabah untuk mempercayai bahawa Duterte bertanggungjawab secara individu sebagai rakan subahat tidak langsung dalam jenayah terhadap kemanusiaan berupa pembunuhan, yang didakwa dilakukan di Filipina antara 1 November 2011 dan 16 Mac 2019."*

            🇳🇱 *Rotterdam 13 Mac: Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, mengaku "bertanggungjawab" ketika ditahan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.*
           *Terdahulu, ICC yang berpangkalan di The Hague itu percaya terdapat asas munasabah untuk mendakwa Duterte atas pembunuhan dalam kempen antidadah yang didakwa meragut puluhan ribu nyawa.*
            *"Saya adalah orang yang mengetuai penguatkuasaan undang-undang dan tentera kita.*
            *"Saya sudah memberitahu akan melindungi anda dan saya akan bertanggungjawab atas semua ini," katanya kepada rakyat Filipina dalam satu video yang dikongsikan di laman Facebooknya.*

            🇮🇸 *Helsinki 13 Mac: Hampir 200 gempa bumi melanda barat daya Iceland di Semenanjung Reykjanes sejak petang Rabu, lapor Xinhua.*
           *Pejabat Meteorologi Iceland (IMO) mengesahkan lebih 190 gegaran direkodkan sehingga malam, dengan tiga daripadanya melebihi magnitud 3.0.*
          *Menurut pakar bencana alam IMO, Johanna Malen Skuladottir, kejadian gempa bumi seperti itu adalah perkara biasa di kawasan terbabit dan tidak dikaitkan dengan aktiviti gunung berapi.*

            🇦🇷 *Bogota 13 Mac: Pasukan keselamatan bertempur dengan penunjuk perasaan pada Rabu di ibu negara Argentina, Buenos Aires, dalam protes yang dianjurkan oleh pesara yang disertai oleh peminat bola sepak, kesatuan sekerja dan kumpulan progresif, mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 orang cedera.*
           *Polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan termasuk warga emas, wanita dan golongan muda. Sekurang-kurangnya 103 orang ditahan, menurut Anadolu Ajansi.*
            *Video yang tersebar di media sosial menunjukkan polis memukul dan mengheret penunjuk perasaan, termasuk rakaman seorang wanita berusia 87 tahun mengalami kecederaan kepala semasa orang lain cuba membantunya.*

            🇵🇰 *Quetta, Pakistan 13 Mac: Insiden terbaharu membabitkan kumpulan militan yang menawan kereta api meningkatkan keganasan di wilayah Balochistan di barat daya Pakistan, sejak tahun lalu.*
           *Tentera Pembebasan Baloch (BLA) adalah kumpulan paling aktif berjuang menentang negara untuk kemerdekaan di wilayah yang kaya dengan mineral itu.*
           *Ini yang diketahui tentang BLA yang mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan.*
           *Tentera Pakistan bertempur selama hampir dua dekad dengan pemberontakan pemisah etnik Baloch, yang membunuh ratusan orang.*

            🇵🇰 *Sibi, Pakistan 13 Mac: Lebih 340 penumpang kereta api yang dijadikan tebusan oleh kumpulan pengganas akhirnya dibebaskan oleh pasukan keselamatan, semalam, selepas operasi menyelamat selama 30 jam.*
             *Seorang pegawai tentera memberitahu AFP bahawa seramai 27 anggota tentera yang ketika itu tidak bertugas, maut akibat ditembak pengganas berkenaan.*
             *Pasukan keselamatan Pakistan melancarkan operasi menyelamat pada Selasa petang selepas kumpulan pemisah itu mengebom landasan kereta api di kawasan pergunungan barat daya Balochistan sebelum menyerbu sebuah tren yang membawa kira-kira 450 penumpang.*
              *"Sebanyak 346 tebusan berjaya diselamatkan dan lebih 30 pengganas terbunuh dalam operasi ini," kata seorang pegawai tentera kepada AFP yang dia enggan dikenali kerana tidak dibenarkan bercakap kepada media.*

            🇦🇺 *Canberra 13 Mac: Lebih 60 kesan tapak kaki dinosaur ditemukan pada sebuah batu yang tersimpan di pejabat utama Sekolah Menengah Negeri Biloela, Queensland, selama lebih 20 tahun, lapor pihak berkuasa.*
            *Penyelidikan baharu menunjukkan bahawa batu besar itu mengandungi satu daripada konsentrasi kesan tapak kaki dinosaur yang paling tinggi pernah dicatatkan di Australia, dengan 66 jejak fosil daripada 47 dinosaur berbeza yang dipercayai berasal dari zaman Jurassic Awal, sekitar 200 juta tahun yang lalu.*
             *"The Guardian melaporkan, jejak itu dibuat oleh Anomoepus scambus, dinosaur pemakan tumbuhan kecil yang berjalan dengan dua kaki.*
              *Berdasarkan fosil rangka yang ditemukan di luar negara, spesies ini dipercayai mempunyai kaki yang panjang, tangan yang pendek dan tubuh yang besar.*

            🇰🇷 *Seoul 13 Mac: Dua juruterbang pesawat tempur Tentera Udara Korea Selatan didakwa pada Khamis selepas siasatan mendapati kesilapan mereka menyebabkan pengeboman secara tidak sengaja di sebuah perkampungan minggu lalu, menurut Kementerian Pertahanan negara itu.*
            *Pada Khamis lalu, dua pesawat tempur KF-16 menggugurkan lapan bom MK-82 di luar kawasan latihan di Pocheon, kira-kira 40 kilometer di utara Seoul, mencederakan 38 orang termasuk 24 orang awam.*
            *"Pasukan Penyiasatan Jenayah mengesahkan bahawa kesilapan juruterbang dalam memasukkan koordinat sasaran menjadi punca utama kejadian," lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan kementerian.*

            🇹🇭 *Bangkok 13 Mac: Timbalan Ketua Polis Negara Thailand dipecat selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan perjudian dan pengubahan wang haram, menurut polis Thailand dalam satu kenyataan.*
           *Menurut kenyataan itu, Surachate Hakparn yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Negara secara rasmi dipecat pada Selasa.*
           *Surachate atau lebih dikenali dengan gelaran 'Big Joke' ditahan dalam beberapa serbuan pada 2023 yang menyasarkan rangkaian perjudian dalam talian dikenali sebagai 'Betflix'.*
            *Beliau didakwa atas kesalahan pengubahan wang haram yang dinafikan olehnya, dan Surachate juga sudah digantung tugas sementara siasatan dijalankan.*

              🇹🇭 *Narathiwat 12 Mac: Polis Thailand sedang memburu 17 individu yang disyaki terlibat dalam serangan bom dan tembakan di Pejabat Daerah Sungai Golok, di sini, Sabtu lalu.*
            *Ketua Polis Bahagian Ke-9 (Region 9 Chief Police), Leftenan Jeneral Polis Piyawat Chalermsi berkata polis sudah mengenal pasti 17 individu terlibat dalam serangan yang menyebabkan dua anggota sukarelawan pertahanan maut.*
            *"Berdasarkan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, polis mendapati seramai 17 individu disyaki terbabit dalam serangan pada 8 Mac.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*GOA_L MEDSOS, POPULAR*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+
 

                🚝 *Kuala Lumpur 13 Mac: Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) mengesahkan berlaku gangguan teknikal pada sebuah tren bernombor 84 di Stesen Abdullah Hukum, semalam.*
           *Menurutnya, insiden yang tular di media sosial dilaporkan pada jam 10.43 malam, berpunca daripada kerosakan pada komponen pemasangan pengumpul kuasa pada tren.*
           *"Impak daripada insiden itu terdapat kepulan asap kecil dan bunyi dentuman.*
           *"Pegawai transit yang sedang bertugas di dalam tren bertindak pantas mengikut piawaian standard operasi dengan meminta semua penumpang turun di Stesen Abdullah Hukum dan perkhidmatan tren alternatif diaktifkan bagi membolehkan penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi," katanya dalam kenyataan hari ini.*

                🚘 *Iskandar Puteri 13 Mac: Polis Johor sedang giat mengesan pemandu kereta Proton Saga yang memandu melawan arus di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), yang dipercayai berlaku semalam.*
          *Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, berkata siasatan dibuat susulan tular rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan kenderaan berkenaan dipandu melawan arus dengan laju sekali gus membahayakan pengguna laluan berkenaan.*
            *Katanya, polis sedang menjalankan siasatan termasuk mengesan pemandu kereta berkenaan selepas video rakaman berkenaan tular di media sosial sejak petang semalam.*
             *"Setakat ini tiada laporan diterima berhubung kejadian berkenaan.*

               ⚡️ *Johor Bahru 13 Mac: Berada tiga hingga lima jam di atas menara penghantaran setinggi 25 meter hingga 50 meter dengan talian bervoltan tinggi dianggap sebagai tugas mencabar dan penuh risiko.*
            *Namun, itu tugas warga Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam usaha memastikan bekalan elektrik dapat disalurkan dengan stabil khususnya ketika Ramadan ini.*
             *Ketika lebih 10 juta pengguna di Semenanjung Malaysia menerima bekalan elektrik sepanjang masa tanpa henti, mereka bergadai nyawa melakukan kerja penyelenggaraan berisiko membabitkan talian bervoltan tinggi.*
           *Juruteknik Tingkatan Kanan yang juga penyelia tapak, Nooraffendi Saaim berkata, biarpun berisiko tinggi, perasaan gentar dapat dikawal setiap ahli pasukannya dengan berbekalkan kepercayaan, kepakaran dan pengalaman.*

               🚀 *Washington 13 Mac: Dua angkasawan yang terkandas di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) lebih daripada sembilan bulan mungkin perlu menunggu lebih lama untuk pulang selepas pelancaran kapal angkasa pengganti, ditangguhkan.*
            *Roket Falcon 9 yang membawa kapal angkasa Crew-10 SpaceX-Nasa sepatutnya dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida, pada 7.48 malam Rabu.*
            *Namun, kira-kira 45 minit lagi sebelum pelancaran, ia dibatalkan kerana masalah teknikal.*
             *"Masalah berpunca dari sistem hidraulik di bahagian darat," kata jurucakap pelancaran Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Derrol Nail, sambil menambah bahawa "roket dan kapal angkasa berada dalam keadaan baik."*

              🏃🏻‍♀️ *London 13 Mac: London Marathon tahun ini berpotensi mencipta sejarah sebagai maraton terbesar dunia buat kali pertama, dengan jumlah peserta yang menamatkan perlumbaan dijangka melebihi rekod sedia ada.*
           *Acara itu diiktiraf sebagai maraton paling popular selepas menerima 840,318 permohonan untuk edisi 2025.*
             *Ia juga merupakan acara pengumpulan dana satu hari terbesar di dunia, dengan lebih £1.3 bilion (US$1.6 bilion) dikumpulkan untuk kebajikan sejak dianjurkan pada 1981.*
              *Guinness World Records akan menobatkan London Marathon sebagai maraton terbesar dunia sekiranya lebih 55,646 pelari berjaya menamatkan perlumbaan pada 27 April, mengatasi rekod New York Marathon yang dicatat pada November 2024.*

             🤰🏻 *Beijing 12 Mac: Pelik tapi benar, namun itu terjadi kepada wanita juga 'blogger' solekan yang berkongsi pengalamannya melahirkan bayi sehari selepas mengetahui dirinya hamil.*
            *South China Morning Post (SCMP) melaporkan, perkongsian video wanita dari wilayah Jiangsu timur dikenali @tingtingyupengpeng di media sosial utama China itu, ditonton 190 juta kali, lapor Litchi News.*
            *Wanita itu mendakwa mengalami pendarahan serius pada petang 6 November 2024, ketika bermain permainan di telefon bimbitnya.*
            *Keesokan harinya, wanita pergi ke hospital dan diberitahu bahawa dia hamil 34 minggu.*
            *"Saya tidak percaya doktor sehingga saya mendengar bunyi degupan jantung dari mesin ultrabunyi," kata penulis blog itu dalam video yang dikeluarkan pada 28 Februari.*
             

*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
                 

*GOA_L ARENA SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=


               🏆 *London 13 Mac: Arsenal menempah pertembungan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan Real Madrid selepas diikat 2-2 oleh PSV Eindhoven untuk kemenangan agregat 9-3 pada aksi kedua peringkat 16, awal pagi tadi.*
           *Kemaraan sudah terjamin selepas kelab London itu menang besar 7-1 di Belanda minggu lalu dan ketika Oleksandr Zinchenko meletakkan mereka di depan, PSV menjangkakan nasib sama menimpa mereka.*
            *"Kami melakukannya dengan konsisten dan kini kami mahu membuat langkah seterusnya yang lebih sukar. Namun kami mampu melepasinya," kata pengurus Arsenal Mikel Arteta kepada wartawan sebelum mengetahui sama ada Real Madrid atau Atletico Madrid menunggu mereka.*

               🥳 *Madrid 13 Mac: Real Madrid menewaskan Atletico Madrid 4-2 menerusi penentuan penalti untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas aksi peringkat 16 berakhir dengan agregat 2-2 di Stadium Metropolitano, awal pagi tadi.*
              *Antonio Ruediger menyempurnakan penalti kemenangan untuk Real selepas perlawanan kedua tamat 1-0 memihak Atletico hasil jaringan awal pemain tengah Conor Gallagher manakala Vinicius Jr gagal menjaringkan penalti pada lewat babak kedua untuk Real.*
            *Gergasi Sepanyol itu akan berdepan Arsenal pada peringkat lapan terakhir.*
            *"Pada akhirnya, penentuan penalti adalah loteri," kata penjaga gol Real Thibaut Courtois kepada Spanish TV Movistar Plus.*

              🙌🏻 *London 12 Mac: Kegagalan besar pertama Liverpool musim ini menjadi kejutan mendadak kepada pasukan Arne Slot, tetapi mereka mesti segera melupakan kekecewaan akibat tersingkir dari Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan meraih trofi Piala Liga pada Ahad ini, kata penjaga gol, Alisson.*
             *Kemenangan Paris St Germain (PSG) 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan pusingan 16 terakhir di Anfield, awal pagi tadi, lebih sukar diterima berbanding penyingkiran mengejut Liverpool kepada pasukan divisyen kedua, Plymouth Argyle, dalam saingan Piala FA.*
            *"Kami ada perlawanan akhir hujung minggu ini dan masih perlu meneruskan saingan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL)," kata Alisson, yang aksi cemerlangnya dalam perlawanan pertama menentang PSG di Paris, minggu lalu akhirnya tidak mencukupi.*

              🤩 *Lille, Perancis 13 Mac: Borussia Dortmund mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) untuk tahun kedua berturut-turut selepas jaringan Emre Can dan Maximilian Beier memberikan mereka kemenangan 2-1 di Lille pada aksi kedua peringkat 16 terakhir, awal pagi tadi.*
             *Can menjaringkan penalti untuk menyamakan kedudukan selepas Jonathan David meletakkan tuan rumah di depan. Namun Beier menjaringkan gol kemenangan untuk agregat 3-2 buat skuad dari Jerman itu yang muncul juara 1977 dan menjadi naib juara musim lalu.*
              *Mereka akan berdepan Barcelona untuk merebut tempat ke separuh akhir.*

               ✍🏻 *London 13 Mac: Kapten Liverpool Virgil van Dijk mengakui dia tidak ada idea sama ada kekal atau tidak di Anfield musim depan.*
              *Kontrak Van Dijk tamat pada penghujung kempen musim ini dan masih belum mencapai perjanjian dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.*
              *Rundingan sudah pun berjalan dalam tempoh agak lama dan pertahanan tengah Belanda itu masih berminat melanjutkan kontraknya di Merseyside.*
             *Namun sehingga perjanjian baharu dimuktamadkan, pemain berusia 33 tahun itu mengakui dia tidak dapat memberi jaminan akan terus menyarung jersi Liverpool apabila musim baharu bermula.*

               ⚽️ *Birmingham, England 13 Mac: Aston Villa mara ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menewaskan Club Brugge 3-0 pada aksi kedua peringkat 16 terakhir untuk kemenangan agregat 6-1 sekali gus menempah pertembungan sukar dengan Paris St Germain.*
          *Marco Asensio yang dipinjamkan dari PSG muncul wira dengan dua gol pantas sejurus dimasukkan daripada bangku simpanan selepas rehat.*
            *"Sangat gembira dengan kemenangan ini," katanya. "Kami mahu lebih lagi. Sekarang kami ada sedikit waktu rehat dan fikir objektif seterusnya."*

               🏁 *London 13 Mac: Pelumba Ducati Marc Marquez sekali lagi menunjukkan sikap murah hatinya apabila bersetuju mendermakan wang hasil kemenangan di MotoGP Thailand berjumlah €306,000 (RM1.48 juta) kepada beberapa rumah anak yatim di negara itu.*
         *Bercakap kepada media Sepanyol Sport, Marquez berkata:*
          *"Menang perlumbaan memang menakjubkan tetapi memberi sesuatu adalah lebih baik. Saya bertuah dalam hidup ini dan saya mahu berkongsi dengan kanak-kanak yang tidak mempunyai peluang yang sama.*
            *"Kanak-kanak ini adalah pejuang sama seperti kami pelumba. Jika saya dapat membantu mereka untuk kehidupan lebih baik, ia jauh lebih berharga daripada mana-mana trofi."*

               🏎️ *Melbourne 12 Mac: Jingga akan menjadi sangat popular di Albert Park apabila Oscar Piastri dari McLaren berusaha untuk meraih kemenangan sulung di Grand Prix (GP) Australia di tanah airnya, Ahad ini.*
           *Tiada pemandu Australia berjaya menaiki podium, apatah lagi memenangi perlumbaan, sejak ia dimasukkan ke dalam kalendar global Formula Satu (F1) pada 1985.*
             *Namun, peminat tempatan mempunyai harapan tinggi Oscar Piastri akan menamatkan kemarau kemenangan dengan kereta berwarna jingganya.*
              *Menduduki tempat keempat di Albert Park tahun lalu dan keempat dalam kejuaraan pemandu keseluruhan yang dimenangi oleh Max Verstappen dari Red Bull, Piastri menyasarkan kedudukan teratas dalam kedua-duanya tahun ini, yangg juga musim ketiganya bersama McLaren.

               🎾 *Indian Wells, Amerika Syarika 13 Mac: Juara bertahan dua kali Carlos Alcaraz mudah menewaskan Grigor Dimitrov 6-1, 6-1 awal pagi tadi untuk mara ke suku Masters ATP Indian Wells.*
             *Pemain nombor tiga dunia dari Sepanyol itu tidak bermasalah dengan cuaca berangin di Stadium Court untuk mempamerkan persembahan mantap ketika berdepan lawan yang mengatasinya pada dua perlawanan sebelum ini termasuk suku akhir Terbuka Miami tahun lalu.*
             *Alcaraz menyekat hasrat Dimitrov untuk menyertai pemain Kanada Felix Auger-Aliassime sebagai satu-satunya pemain yang menewaskan Alcaraz dalam tiga perlawanan berturut-turut.*
            *Dengan kemenangan ke-1000nya dalam 50 Masters ATP, Alcaraz menghidupkan peluang untuk sebaris dengan Roger Federer dan Novak Djokovic sebagai pemain lelaki yang memenangi tiga gelaran Indian Wells berturut-turut.*

               👊🏻 *London 13 Mac: Jaguh sukan seni bela campuran dari Ireland, Conor McGregor menegaskan semangat perwiranya masih membara walaupun berehat panjang.*
           *Bekas juara UFC dua divisyen itu tidak masuk gelanggang sejak kaki kirinya patah ketika pertarungan 'trilogy' dengan Dustin Poirier pada Julai 2021.*
           *McGregor, 36, sepatutnya kembali bertarung dengan Michael Chandler pada Jun lalu di Sin City tetapi terpaksa dibatalkan selepas ibu jari kakinya patah.*
             *Dia kemudiannya melupakan gelanggang selama beberapa bulan tetapi menegaskan akan bertarung semula walaupun bukan di oktagon UFC.*

               🏌🏻‍♂️ *Miami 13 Mac: Rory McIlroy percaya Tiger Woods tidak mungkin beraksi tahun ini tetapi yakin juara kejohanan utama 15 kali itu akan berusaha untuk tampil semula selepas kecederaan terbaru dialaminya.*
            *Woods mengejutkan dunia golf pada Selasa lalu selepas mendedahkan tendon achillesnya tercedera ketika bersiap sedia untuk kembali ke kejohanan kompetitif, berkemungkinan di Masters bulan depan di Augusta.*
           *Bercakap sehari sebelum pusingan pembukaan Kejohanan Pemain di Florida, bintang Ireland Utara, McIlroy menyatakan simpati beliau terhadap nasib Woods.*

               🏸 *Kuala Lumpur 13 Mac: Pemain badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menarik diri daripada menyertai Terbuka Swiss yang dijadualkan berlangsung di Basel Switzerland, minggu hadapan.*
              *Menurut kenyataan dikeluarkan di media sosial oleh Team LZJ hari ini, pemain berusia 26 tahun itu cedera pada ligamen buku lalinya yang menyebabkan dia terpaksa menarik diri daripada kejohanan itu.*
              *"Team LZJ boleh sahkan bahawa Zii Jia menarik diri daripada Terbuka Swiss di Basel disebabkan kecederaan buku lali kanannya.*

              🐯 *Petaling Jaya 13 Mac: Pengendali baharu skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski membuat kejutan dengan menyenaraikan bintang bola sepak Selangor FC, Faisal Halim menjelang kem latihan negara bermula 17 Mac ini bagi menghadapi Nepal dalam Kelayakan Piala Asia 2027.*
             *Kehadiran semula Faisal bersama skuad negara sememangnya mengejutkan selepas pemain itu berdepan insiden sedih apabila disimbah asid oleh pihak tidak dikenali pada Mei tahun lalu.*
              *Susulan itu, pemain utama skuad negara ketika era Kim Pan-gon itu terpaksa menjalani empat pembedahan sekali gus memerlukan tempoh pemulihan agak panjang.*
             *Namun kebangkitan luar biasa dipamerkan Faisal yang pantas kembali ke prestasi terbaiknya hanya dalam kurang 10 bulan untuk kembali ke pangkuan skuad negara.*

               💰 *Kuala Lumpur 13 Mac: Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan kelab Thailand Buriram United lebih banyak berbelanja berbanding kelabnya hingga mampu mencipta kejayaan di dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).*
            *Menerusi sesi soal jawab bersama penyokong JDT, Tunku Ismail membuat perbandingan tahap kewangan dua kelab itu selepas ada pihak melaporkan skuad Harimau Selatan berbelanja 'mewah' namun gagal menewaskan Buriram United.*
              *Baginda berkata, Buriram jelas mempunyai kewangan yang lebih kukuh jika dilihat dari barisan pemain yang dimiliki oleh kelab itu.*

                👑 *Kuala Lumpur 13 Mac: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail mahu penyokong bola sepak tidak melakukan sesuatu perkara yang memalukan pasukan atau bertindak di luar batasan hingga menyebabkan Johor Darul Ta'zim (JDT) menerima tempiasnya.*
             *Baginda berkata, insiden baling botol yang berlaku ketika aksi timbal balik balik pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) menentang Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa lalu, sepatutnya tidak berlaku walaupun penyokong kecewa dengan keputusan pengadil.*
            *Malah, katanya, kejadian itu juga mencipta sejarah tersendiri kerana kali pertama berlaku di Stadium Sultan Ibrahim situasi terbabit sekali gus memalukan serta tidak mencerminkan budaya bangsa Johor.*
            *"Perkara ini pun, kalau tidak silap saya, pertama kali berlaku sejak SSI dibuka. Jadi, janganlah buat begitu kerana ia amat memalukan dan itu bukan cara kita orang Johor. Kita tahu, di stadium, itu bukan cara kita.*

                 👀 *Petaling Jaya 13 Mac: Renungan mata penuh bersemangat dari Faisal Halim nyata membuatkan hati pengendali skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski percaya tonggak sayap itu mampu memberikan aksi terbaik buat pasukan negara.*
           *Jelas Cklamovski, beliau hadir ke pusat latihan Selangor FC dan bertentang mata dengan Faisal bagi mendapatkan input terkini tentang keadaan dan prestasi terkini pemain kelahiran Pulau Pinang itu.*
             *Ternyata pengendali dari Australia itu terkesan dengan kesungguhan Faisal yang bertekad untuk membantu pasukan negara layak ke Piala Asia di Arab Saudi pada 2027 nanti.*

                 😱 *Kuantan 13 Mac: Kejutan pastinya berlaku apabila dikhabarkan skuad Pantai Timur, Sri Pahang FC tidak lagi mampu meneruskan cabaran saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.*
            *Sekiranya benar dakwaan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail itu, sejarah hitam bola sepak negara pastinya tercatat. Turut mengiringi Tok Gajah mengucapkan selamat tinggal ialah Kedah Darul Aman FC.*
             *Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, dia tidak terlalu terkejut dengan berita berkenaan kerana sebelum ini dia menjangkakan episod hitam bola sepak pasti berlaku.*
              *Beliau menambah, musim akan datang Sri Pahang mungkin boleh beraksi dalam saingan Liga M3, bina pasukan bermula dari bawah sambil turut menumpukan pada usaha mencungkil bakat baharu.*

              🐈 *Kuching 12 Mac: Kuching City FC memintas Terengganu FC untuk berada di tangga keempat Liga Super 2024/2025 selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 3-0 di Stadium Negeri di sini, malam ini.*
            *Babak pertama perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah bermula garang dengan melancarkan serangan demi serangan bagi melemahkan benteng pertahanan skuad bimbingan Victor Andrag.*
             *Selepas mengharungi 21 perlawanan, Kuching City kini berada di tangga keempat dengan 33 mata, satu mata mengatasi Terengganu FC, manakala Kedah di tangga ke-11 dengan 20 mata hasil daripada 20 perlawanan.*

               🦜 *Kuala Lumpur 13 Mac: Ketua jurulatih interim Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Victor Andrag mengakui tanpa kehadiran pemain senior dan tonggak import menyebabkan pasukan itu terus menjadi lubuk tiga mata kepada lawan dengan terbaharu tewas 0-3 kepada Kuching City FC, semalam.*
             *Victor berkata, walaupun terus mencatatkan kekalahan dalam saingan Liga Super, namun beliau tetap memberikan pujian kepada barisan pemain muda yang sentiasa berjuang bagi mengelak terus menjadi mangsa belasahan lawan.*
             *Beliau berkata, KDA FC akan tetap meneruskan sisa perjuangan dalam saingan Liga Super dengan menggunakan 'kudrat' yang ada selepas kehilangan beberapa tonggak utama kerana masalah kewangan serius.*

              
*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*

No comments:

Post a Comment

BERITA HARI INI - 30 MAY 2025

*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI* *‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ* ‎            *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الل...