Thursday, March 20, 2025

BERITA HARI INI - 20 MARCH 2025 KHAMIS

*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*

*‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*

*KHAMIS 20 MAC 2025 MASIHI BERSAMAAN 19 RAMADHAN 1446 HIJRAH* 

*LIVE FROM BANDAR SENTOSA KLANG*

*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*

*IMSAK* : *06:01am*
*SUBUH* : *06:11am*
*SYURUK* : *07:17am*
*ZOHOR* : *13:24pm*
*ASAR* : *16:29pm*
*MAGHRIB* : *19:26pm*
*ISYAK* : *20:35pm*

*artikel disiarkan pada tarikh 19mac*

*harianmetroonline*
*by:hanipiloiempire*
*since2011*

 *GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


*GOA_L* 1️⃣ *Putrajaya 19 Mac: Kerajaan menyasarkan 500 buah sekolah dijadikan sekolah angkat oleh syarikat korporat serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil. Beliau berkata sasaran tersebut ditetapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Kabinet hari ini.*

*GOA_L* 2️⃣ *Pendang 19 Mac: Tiga maut, manakala dua lagi dilaporkan cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda, kereta dan dua lori di Kilometer 58.4 Lebuhraya Utara Selatan dekat sini, awal pagi hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Zulkifli Manaf berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.24 pagi.*

*GOA_L* 3️⃣ *Johor Bahru 19 Mac: Seorang pesara kerajaan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang pemuda yang dikatakan tidak berpuasa', Ahad lalu. Bagaimanapun, Orang Kena Saman (OKS), Abdul Razak Ismail, 65, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan pindaan dibacakan di hadapan Majistret A Shaarmini.*

*GOA_L* 4️⃣ *Putrajaya 19 Mac: Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila gagal menimbangkan pembelaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sehingga pemimpin itu tidak mendapat keadilan. Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Syed Saddiq, 33, selaku perayu berkata, pemimpin itu tidak pernah mengarahkan bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali dan bekas Penolong Setiausaha Armada Ahmad Redzuan Mohamed Shafi untuk mengeluarkan RM1 juta daripada akaun rasmi Armada.*

*GOA_L* 5️⃣ *Ipoh 19 Mac: Dua pekerja cedera selepas terjatuh daripada kren yang patah ketika menebang pokok di Kampung Teluk Batik, Seri Manjung hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.22 petang, sebelum 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung digerakkan ke lokasi kejadian.*

*GOA_L* 6️⃣ *Pasir Mas 19 Mac: Pusat Tahan Reman (PTR) di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Pasir Mas akan dinaik taraf sebagai Pusat Saringan dan Penilaian Dadah (DAC) yang dijangka beroperasi pada April depan. Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh berkata proses transformasi itu sejajar dengan keperluan di Kelantan memandangkan menjadi negeri tertinggi mencatat bilangan penagih dadah iaitu seramai 1,113 penagih per 100,000 penduduk.*

*GOA_L* 7️⃣ *Johor Bahru 19 Mac: Masalah rumah tangga dipercayai punca seorang lelaki berusia 27 tahun mencederakan diri sendiri di hadapan sebuah restoran di Danga Bay di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat anggota polis bantuan Danga Bay berhubung kejadian 12.25 tengah malam itu.*

*GOA_L* 8️⃣ *Kota Kinabalu 19 Mac: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah berjaya merampas pelbagai barangan seludup bernilai RM2.44 juta dan menahan 19 individu menerusi 12 serbuan berasingan, baru-baru ini. Operasi berlangsung selama 14 hari berakhir 14 Mac lalu itu dijalankan di beberapa daerah antaranya Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu serta Telupid.*

*GOA_L* 9️⃣ *Putrajaya 19 Mac: Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini tidak membincangkan mengenai Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, bagaimanapun berkata masih ada masa sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan berhubung perkara terbabit.*

*GOA_L* 🔟 *Petaling Jaya 19 Mac: Kertas siasatan kes pembantu pengurusan murid yang dipercayai mengasari seorang murid autistik di sebuah sekolah rendah di Kelana Jaya, di sini, sedang dilengkapkan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada 24 Mac ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, suspek ditahan kelmarin dan sudah dijamin pada hari sama.*

*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Kuala Lumpur 19 Mac: Siasatan secara terbuka ke atas individu berprofil tinggi adalah amalan biasa dan bukan sesuatu yang melanggar etika selagi berlandaskan bukti, kata Presiden Pertubuhan Anti Korupsi Malaysia (Pakar) Nasir Ab Hadi. Beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak secara konsisten tanpa mengira individu atau parti politik.*

*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Kuala Lumpur 19 Mac: Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024 (RUU MMM 2024) yang antara lain bertujuan membuka jalan ke arah media yang lebih demokratik, bebas dan beretika di Malaysia. Rang Undang-undang yang dibentang untuk bacaan kali kedua oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching bagi penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 17 senator.*

*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Kuala Lumpur 19 Mac: Harga runcit RON97 dan RON95 kekal masing-masing pada RM3.28 dan RM2.05 seliter manakala harga diesel di Semenanjung turun tiga sen kepada RM3.03 sen seliter, bermula esok hingga 26 Mac. Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.*

*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Alor Setar 19 Mac: Seorang lelaki warga India ditemukan lemas di Tasik Dayang Bunting, Langkawi hari ini. Ketua Zon 4 Langkawi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Mohd Zamri Abd Ghani berkata mangsa dikenali sebagai Vivek Ashok, 55, ditemukan pada 2.29 petang.*

*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Putrajaya 19 Mac: Aspek keselamatan, aktiviti serta keberadaan antara syarat ketat bakal dikenakan ke atas 15 tawanan perang rakyat Palestin yang akan dibawa ke Malaysia. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, buat masa ini individu terbabit masih belum dibawa masuk ke negara ini dan prosesnya juga masih belum bermula.*

*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Sibu 19 Mac: Seorang pesara kerugian RM371,199 selepas terperdaya dengan tawaran pulangan lumayan daripada perniagaan dalam talian yang tidak wujud sejak bulan lepas. Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, lelaki berusia lingkungan 60-an itu membuka akaun perniagaan dalam talian menerusi aplikasi Amazon dan TikTok setelah diperkenalkan oleh seorang individu melalui aplikasi WhatsApp pada 26 Feb lepas.*

*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Kuching 19 Mac: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menempatkan anggotanya di 12 lokasi di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada musim perayaan ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, dua lebuh raya itu diberi tumpuan kerana jumlah kenderaan yang dijangka meningkat mendadak.*

*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Kuala Lumpur 19 Mac: Sebagai tanda solidariti dan doa buat saudara seagama di Palestin, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan solat hajat setiap malam di tiga masjid utama di bawah seliaannya bermula hari ini hingga akhir Ramadan. Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dalam kenyataan hari ini berkata, masjid yang akan terlibat ialah Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada setiap malam selepas solat Isyak.*

*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Mukah 19 Mac: Seorang daripada dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika mandi di tepi Sungai Batang Mukah berhampiran Jalan Kampung Bedanga, kira-kira 3.50 petang semalam ditemukan lemas. Kanak-kanak lelaki, Dexper Kiu Kuang Wei, 10, ditemukan oleh pasukan polis yang menyertai operasi mencari dan menyelamat, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian pada 4.40 petang hari ini.*

*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Kuala Lumpur 19 Mac: Pengurup wang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, lelaki terbabit antara individu terbaharu yang ditahan bagi siasatan lanjut kes berkenaan.*

*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Kuala Lumpur 19 Mac: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Johor hingga Jumaat. MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini berkata kawasan terbabit ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.*

*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Putrajaya 19 Mac: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya kajian mengenai mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun diteliti dengan mendalam. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu disentuh pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri hari ini.*

*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Putrajaya 19 Mac: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini. Beliau dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM pada 4.35 petang. Terdahulu beliau tiba di ibu pejabat SPRM pada 9.57 pagi dan proses merakam keterangan berlangsung lebih enam jam.*

*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Shah Alam 19 Mac: Penjawat awam Selangor akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) tambahan setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan disalurkan selepas Hari Raya Aidilfitri. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata bantuan menerusi Insentif Rekod Hasil Negeri tersebut diberi berikutan kutipan hasil memberangsangkan Selangor dan akan dibayar selewatnya 15 April depan.*

*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Seremban 19 Mac: Terdapat keperluan mendesak untuk membina hospital awam baharu di daerah ini bagi menampung peningkatan jumlah pesakit dan kebergantungan terhadap perkhidmatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pembinaan hospital kedua itu amat diperlukan demi kepentingan masyarakat dan keselesaan pesakit.*

*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Johor Bahru 19 Mac: Polis menahan seorang wanita yang bekerja sebagai penghantar barang bagi membantu siasatan kes penderaan terhadap anak lelakinya berusia enam tahun. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan polis pada 17 Mac lalu daripada seorang guru pra sekolah.*

*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 19 Mac: Dua rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi suapan RM17,000 kepada pembantu pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), bagi membantu proses permohonan sijil kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu, minggu lalu. Yap Foo Siong, 57, yang bekerja sebagai seorang buruh dan Ang Lay Peng, 40, seorang penjaja makanan, didakwa bersama-sama memberi suapan wang tunai itu kepada Pembantu Pendaftaran Gred KP1 JPN di Putrajaya, sebagai upah untuk membantu proses permohonan sijil kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu iaitu dokumen daftar kelahiran JPN.LM01 dan surat pengesahan bersalin.*

*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Putrajaya 19 Mac: Sebanyak 26 barang keperluan diletakkan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan berkuat kuasa 24 Mac hingga 7 April ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, jumlah barangan di bawah skim berlangsung 15 hari itu juga lebih banyak berbanding hanya 22 barangan pada SHMMP 2024.*

*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Georgetown 19 Mac: Kerajaan Pulau Pinang sudah mengemukakan senarai nama calon Yang Dipertua Negeri baharu kepada Pejabat Perdana Menteri bagi pertimbangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, senarai nama calon itu dikemukakan selepas mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri.*

*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Seremban 19 Mac: Pengasuh dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas empat pertuduhan melakukan penganiayaan fizikal terhadap kanak-kanak berusia lima dan enam tahun di sebuah pusat jagaan, Ogos tahun lalu. Tertuduh, Puteri Nurin Amalin Ahmad Daud, 21, mengekalkan pengakuan bersalah bagi kesemua empat pertuduhan yang dibacakan semula dalam prosiding di dua kamar mahkamah berasingan.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*

            
*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=


             🇵🇸 *Baitulmaqdis 19 Mac: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran pada Selasa bahawa serangan besar-besaran ke atas Gaza hanyalah "satu permulaan".*
            *Menurut Kementerian Kesihatan di wilayah kendalian Hamas, serangan itu adalah yang terbesar sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada Januari lalu dan membunuh lebih 400 individu di seluruh Gaza.*
             *Netanyahu dalam satu kenyataan video pada petang Selasa berkata, Hamas sudah merasai kesan serangan itu dalam tempoh 24 jam yang lalu.*
            *"Saya mahu berjanji kepada kamu dan mereka, ini hanya permulaan," katanya.

             🇵🇸 *Baitulmaqdis 19 Mac: Israel membelanjakan 112 bilion shekel (kira-kira RM135 bilion) untuk konflik ketenteraannya di Gaza dan Lubnan pada 2024, kata Kementerian Kewangan dalam laporan pada 16 Mac lalu.*
           *Antara 7 Oktober 2023 - apabila kumpulan Hamas menyerang Israel yang mencetuskan perang di Gaza dan serangan peluru berpandu berikutnya dari Hizbullah di Lubnan - dan penghujung 2024, perbelanjaan operasi ketenteraan itu mencecah 141.6 bilion shekel (kira-kira RM171 bilion).*
          *Israel sejak itu membuat perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan Hizbullah.*
          *Jumlah perbelanjaan pertahanan pada 2024 ialah 168.5 bilion shekel (kira-kira RM203 bilion), atau 8.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).*

            🇵🇸 *Ramallah 19 Mac: Tentera Israel menahan sekurang-kurangnya 40 lagi rakyat Palestin dalam serbuan tentera terbaru di seluruh Tebing Barat yang diduduki pada Selasa, menurut sebuah kumpulan yang memperjuangkan hak tahanan, lapor Anadolu Ajansi.*
           *Bekas tahanan turut termasuk dalam kalangan individu yang ditahan dalam serbuan yang menyasarkan beberapa bandar di Tebing Barat, menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Persatuan Banduan Palestin dalam satu kenyataan bersama.*
           *Penahanan itu berlaku ketika tentera Israel terus melancarkan serangan ketenteraan berdarah di utara Tebing Barat sejak 21 Jan, mengorbankan sekurang-kurangnya 70 rakyat Palestin dan menyebabkan ribuan kehilangan tempat tinggal.*

            🇵🇸 *Rafah 19 Mac: Seorang doktor dan seluruh keluarganya terbunuh dalam serangan terbaru Israel.*
          *Dr Majda Abu Aker, yang merupakan pakar obstetrik ginekologi (O&G) di klinik UNRWA di Rafah, dan lebih puluhan yang lain terbunuh akibat serangan udara Israel ke atas rumahnya di kejiranan al-Jenaina di Rafah.*
           *Al Jazeera melaporkan, sekurang-kurangnya 10 daripada rakyat Palestin yang terbunuh adalah ahli keluarga yang sama, termasuk beberapa wanita dan anak-anak mereka dengan yang bongsu ialah bayi perempuan berusia tiga hari.*
            *Tentera Israel telah mengebom di seluruh Gaza sejak awal pagi kelmarin, membunuh lebih 400 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 500 yang lain.*

            🇺🇸 *Washington 19 Mac: Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berkata, Hamas bertanggungjawab penuh atas serangan udara besar-besaran Israel, dengan berkata pihak berkenaan boleh menerima cadangan lanjutan gencatan senjata oleh utusan khas AS, Steve Witkoff.*
            *"Hamas memikul tanggungjawab sepenuhnya untuk perang, dan untuk menyambung semula permusuhan," kata jurucakap Jabatan Negara AS.*
             *"Setiap kematian pasti dan boleh dielakkan sekiranya Hamas menerima cadangan 'jambatan' yang ditawarkan Witkoff pada Rabu lalu."*
            *Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, Brian Hughes sebelum ini berkata: "Hamas boleh membebaskan tebusan untuk melanjutkan gencatan senjata tetapi sebaliknya memilih penolakan dan perang."*

            🇺🇸 *New York 19 Mac: Lebih 170 kanak-kanak terbunuh semasa serangan pendudukan Israel di Semenanjung Gaza sejak awal pagi Selasa, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).*
            *Dalam kenyataan di laman sesawang rasminya, OCHA memaklumkan bahawa pada Rabu, jumlah keseluruhan orang awam yang terkorban akibat serangan itu melebihi 400, termasuk lebih 170 kanak-kanak dan 80 wanita.*
           *Pasukan penyelamat dan paramedik dilaporkan tidak dapat mengakses ramai mangsa akibat kekurangan peralatan, bahan api dan jentera berat.*
          *OCHA turut menyatakan bahawa hanya empat hospital medan beroperasi sepenuhnya di kawasan itu manakala 22 hospital dan enam hospital medan beroperasi secara separa.*

             🇺🇸 *Washington 19 Mac: Arkib Negara Amerika Syarikat (AS) pada Selasa mengeluarkan kumpulan terakhir fail yang berkaitan dengan pembunuhan presiden John F Kennedy - kes yang masih menyemarakkan teori konspirasi lebih 60 tahun selepas kematiannya.*
            *Tindakan itu berikutan perintah eksekutif yang dikeluarkan oleh Presiden Donald Trump pada Januari lalu, yang mengarahkan pembebasan baki fail yang masih belum disunting berkaitan dengan pembunuhan Kennedy, adiknya, bekas peguam negara Robert F Kennedy, dan pemimpin hak sivil, Martin Luther King Jr.*
           *"Selaras dengan arahan Presiden Donald Trump... semua rekod yang sebelum ini ditahan untuk klasifikasi yang sebahagian daripada Koleksi Rekod Pembunuhan Presiden John F Kennedy dikeluarkan," kata Arkib dalam satu kenyataan di laman webnya, petang Selasa.*

            🇹🇷 *Ankara 18 Mac: Sekurang-kurangnya 404 rakyat Palestin terbunuh dan 562 lagi cedera dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza pada Selasa, melanggar gencatan senjata yang berlangsung hampir dua bulan, menurut Kementerian Kesihatan.*
             *"Banyak mangsa masih berada di bawah runtuhan, dan usaha menyelamat sedang giat dijalankan," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan, lapor Anadolu Ajansi.*
            *Tentera Israel menyatakan pada awal pagi Selasa bahawa mereka telah melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza, serangan terbesar sejak gencatan senjata dengan kumpulan Palestin Hamas berkuat kuasa pada 19 Jan.*

            🇨🇭 *Bern 19 Mac: Tiga individu dipercayai maut selepas sebuah pesawat yang berasal dari Denmark, terhempas di Switzerland, petang Isnin lalu.*
           *Nahas itu disahkan oleh jurucakap polis dari kanton Graubuenden, timur Switzerland, semalam.*
           *Bagaimanapun, mangsa terbabit dalam nahas itu masih belum dikenal pasti.*
           *Pesawat itu dilaporkan tiba dari Denmark pada 13 Mac lalu, dan dalam penerbangan pulang ketika nahas itu berlaku.*
           *Menurut polis, pesawat terhempas di kawasan berpenduduk di pinggir utara perkampungan La Punt Chamues-ch dan terbakar sepenuhnya.*

            🇨🇳 *Beijing 19 Mac: Seorang pengawal keselamatan di China menarik perhatian ramai kerana menjadi peguam selepas 10 tahun mengikuti pengajian undang-undang di Universiti Peking di sini.*
           *South China Morning Post (SCMP) melaporkan, Liu Zheng, 33, dibesarkan dalam sebuah keluarga di luar bandar di wilayah Hebei, utara China.*
             *Ibu bapanya menyara keluarga mereka dengan menanam anggur.*
             *Ketika berada di universiti swasta, Liu melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara dirinya, daripada tapak pembinaan hinggalah mengedar risal

BERITA HARI INI - 19 MARCH 2025 RABU

*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*

*‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*

*RABU 19 MAC 2025 MASIHI BERSAMAAN 18 RAMADHAN 1446 HIJRAH* 

*LIVE FROM BANDAR SENTOSA KLANG*

*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*

*IMSAK* : *06:01am*
*SUBUH* : *06:11am*
*SYURUK* : *07:17am*
*ZOHOR* : *13:24pm*
*ASAR* : *16:30pm*
*MAGHRIB* : *19:26pm*
*ISYAK* : *20:35pm*

*artikel disiarkan pada tarikh 18mac*

*harianmetroonline*
*by:hanipiloiempire*
*since2011*

 *GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


*GOA_L* 1️⃣ *Kuala Lumpur 18 Mac: Kebanjiran warga asing termasuk pendatang asing tanpa izin (Pati) menimbulkan kebimbangan masyarakat terutama apabila ada yang terbabit dengan pelbagai jenayah, sekali gus mengancam keselamatan. Sepanjang tempoh empat tahun dari 2021 hingga 2024 (November) seramai 9,684 warga asing dari pelbagai negara ditahan terbabit dengan jenayah kekerasan, samun, curi, bunuh, rogol dan jenayah lain.*

*GOA_L* 2️⃣ *Kuala Lumpur 18 Mac: Gempa bumi bermagnitud 5.6 dilaporkan berlaku di Mandailing Natal, Sumatera Utara, Indonesia, pada 6,23 pagi waktu tempatan. Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) mengesahkan kejadian itu menerusi satu hantaran di platform X. BMKG melaporkan, kedalaman pusat gempa adalah 109 kilometer. Bagaimanapun, pihaknya menyatakan bahawa gempa tidak berpotensi menyebabkan ancaman tsunami. Gegaran turut dilaporkan dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, terutamanya di Lembah Klang.*

*GOA_L* 3️⃣ *Kuala Lumpur 18 Mac: Pendedahan mengenai peningkatan mendadak jumlah transaksi skim Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) yang mencatatkan RM7.1 bilion pada separuh kedua 2024 adalah sesuatu yang mengejutkan. Lebih mengejutkan apabila golongan paling aktif menggunakan BNPL terdiri daripada individu berusia antara 21 hingga 45 tahun, dengan pendapatan bulanan kurang RM5,000.*

*GOA_L* 4️⃣ *Kuala Lumpur 18 Mac: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak sehingga Khamis ini. Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata, kawasan terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) serta Bintulu.*

*GOA_L* 5️⃣ *Kuala Lumpur 18 Mac: Bazar Ramadan meriah namun pelanggan pula semakin kurang berbelanja. Tinjauan Harian Metro di Bazar Jalan Telawi, Bangsar, semalam, mendapati rata-rata peniaga mengeluh hasil jualan mereka berkurang antara 50 hingga 75 peratus ekoran pelanggan hanya singgah namun tidak membeli. Peniaga roti john, Muhammad Farhan Alif Mohd Ridzwan, 30, berkata, jualan hariannya pada minggu ini berkurang sehingga 75 peratus berbanding minggu pertama Ramadan. "Sebelum ini saya boleh jual sebanyak 400 roti, tetapi sekarang hanya 100 roti terjual dalam sehari.*

*GOA_L* 6️⃣ *Kuching 18 Mac: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas sisa elektronik (e-waste) bernilai lebih RM14.69 juta dalam tiga serbuan di sekitar bandar raya ini menerusi Op Hazard Sarawak, semalam. Komander PGA Briged Sarawak Senior Asisten Komisioner Dr Che Ghazali Che Awang berkata, serbuan di premis disyaki beroperasi tanpa permit atau lesen antara 10 pagi hingga 4 petang itu, turut membabitkan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak dan pihak berkuasa tempatan (PBT).*

*GOA_L* 7️⃣ *Sungai Petani 18 Mac: Penuntut lelaki direman enam hari untuk membantu siasatan berhubung kes mencederakan seorang penuntut wanita sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di sini, semalam. Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Sungai Petani, M Kalairasi terhadap suspek yang berusia 19 tahun itu di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bermula hari ini sehingga 23 Mac ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Kesiksaan.*

*GOA_L* 8️⃣ *Kepala Batas 18 Mac: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja di utara Semenanjung selepas merampas 147.67 kilogram (kg) dadah itu bernilai lebih RM487,000, 15 Mac lalu. Hasil maklumat risikan, operasi khas dilancarkan sebelum dua lelaki ditahan di Plaza Tol Sungai Dua dan Plaza Tol Juru menghala arah selatan, dekat sini.*

*GOA_L* 9️⃣ *Kota Bharu 18 Mac: Seekor gajah liar yang berkeliaran di Kampung Bukit Tok Ali, Kuala Balah dekat Jeli sejak Ahad lalu sudah ditangkap. Penduduk kampung Zuraidah Mohamad, 47, berkata kehadiran gajah itu disedari oleh penduduk kira-kira jam 12 tengah malam Ahad lalu.*

*GOA_L* 🔟 *Seremban 18 Mac: Dua pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas dua pertuduhan menggunakan invois dan dokumen palsu berkaitan perkhidmatan fotografi serta promosi media sosial bagi perlumbaan motorcross Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Zon Selatan 2022, dua tahun lalu. Tertuduh, Pegawai Belia dan Sukan, Rosdi Pilus, 50, dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Mohd Saiful Abdul Talib, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan bersama di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.*

*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Kota Kinabalu 18 Mac: Pasukan Polis Marin (PPM) menumpaskan kegiatan memindahkan diesel bersubsidi secara haram di perairan Sepanggar, di sini, semalam. Dalam operasi itu, sebuah kapal kargo bersama 39,780 liter minyak diesel dirampas dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM7.1 juta.*

*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Iskandar Puteri 18 Mac: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor berjaya menumpaskan satu sindiket dadah antarabangsa selepas menyerbu tiga makmal dadah dan sebuah kilang penyimpanan serta peralatan dadah dengan rampasan berjumlah RM12.9 juta. Ia hasil operasi khas yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPF) Iskandar Puteri bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor menerusi lima serbuan di daerah ini dan Seri Alam pada 6 hingga 11 Mac lalu.*

*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Melaka 18 Mac: Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, atas lapan pertuduhan memberi rasuah kepada rakan lain untuk tidak bertindak terhadap pengusaha lori lebih muatan. Hakim Elesabet Paya Wan membuat keputusan itu selepas meneliti keseluruhan keterangan saksi pembelaan, pendakwaan serta hujah kedua-dua pihak.*

*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Membakut 18 Mac: Remaja ditemui maut oleh bapanya di dalam bilik gelanggang futsal, di sini, 9.30 malam tadi. Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintendan Wong Leong Meng berkata, mangsa, 17, disedari tidak berada di rumah selama dua jam selepas keluar bersama keluarga ke gereja berdekatan.*

*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Petaling Jaya 18 Mac: Polis masih mengesan wanita yang memuat naik video memaparkan ibu anak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memegang tangan dua anaknya di kawasan parkir motosikal Blok R Apartment Idaman Damansara Damai di dalam kumpulan WhatsApp. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, usaha mengesan wanita itu sedang dijalankan bagi membantu siasatan.*

*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Kuala Lumpur 18 Mac: Hanya 30 peniaga yang menyelesaikan bayaran lesen untuk menjalankan perniagaan di Bazar Aidilfitri Chow Kit, Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam maklum balas kepada Harian Metro berkata, pihaknya menawarkan sebanyak 150 petak perniagaan di kawasan berkenaan.*

*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Seremban 18 Mac: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan masing-masing menyimpan haiwan dilindungi tanpa lesen iaitu landak raya dan burung murai batu, tahun lalu. Tertuduh, Muhammad Nazrin Md Yunus, 30, dijatuhi hukuman denda RM5,000 bagi setiap pertuduhan selepas membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.*

*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Muar 18 Mac: Buruh ladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuan tirinya di sebuah rumah kongsi ladang sawit, lima tahun lalu. Tertuduh berusia 41 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dikemukakan jurubahasa di hadapan Hakim Nariman Badruddin.*

*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Jitra 18 Mac: Dua lelaki tempatan ditahan ketika cuba menyeludup masuk 40 tan beras putih bernilai RM160,000 pada operasi dijalankan Cawangan Risik, Ibu Pejabat Risik Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Ahad lalu. Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Perak Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, beras putih itu disyaki diseludup masuk dari negara jiran melalui Rantau Panjang, Kelantan sebelum dibawa ke utara tanah air untuk proses selanjutnya.*

*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Tuaran 18 Mac: Bazar Ramadan pekan Tuaran yang beroperasi sejak 17 hari lalu disifatkan pengunjungi sebagai bazar "senyap" dan "lesu" kerana hampir tidak kedengaran riuh rendah peniaga mempromosi juadah jualan masing-masing. Bazar Ramadan Tuaran mengandungi lebih 80 gerai menjual pelbagai juadah berbuka puasa, namun makanan yang ada hampir sama dari satu gerai dengan gerai lain.*

*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Ipoh 18 Mac: Latihan pengurusan dan pengendalian krisis keganasan, Ex Kurung yang dilaksanakan selama dua hari sejak semalam disifatkan berjaya mencapai objektif dan matlamatnya, kata Komander 69 Komando SAC Hamzah Hashim. Hamzah berkata latihan seperti Ex Kurung adalah kaedah yang sangat signifikan dalam memberikan gambaran sebenar berkaitan persediaan dan strategi 69 Komando bagi mematahkan tindakan atau serangan pengganas.*

*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Kuala Lumpur 18 Mac: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sentiasa komited untuk menangani penyeludupan hidupan liar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan dan kerjasama strategik dengan agensi-agensi penguatkuasaan. Dalam satu kenyataan hari ini, sebagai pengendali KLIA, MAHB berkata, pasukan Keselamatan Penerbangannya (AVSEC) menumpukan kepada pencegahan aktiviti-aktiviti haram yang boleh membahayakan keselamatan penumpang dan pengangkutan udara.*

*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Tapah 18 Mac: Pemandu dan kelindan treler, dipercayai dua beranak, rentung selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 331.8, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kemalangan, jam 7.46 pagi sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dan BBP Bidor dikejarkan ke lokasi.*

*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Kuala Lumpur 18 Mac: Sijil kelahiran lewat yang disediakan sindiket seperti didedahkan pihak berkuasa baru-baru ini dipercayai dijual kepada ibu bapa mempunyai anak angkat atau anak tidak mempunyai kewarganegaraan pada nilai antara RM10,000 ke RM50,000. Taktik digunakan sindiket ialah mengupah pemaklum yang menyamar sebagai waris bayi untuk mengemukakan dokumen kelahiran palsu di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semasa pendaftaran.*

*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Putrajaya 18 Mac: Proses mengambil keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditangguhkan ke esok. Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung rakaman percakapan yang tidak diadakan hari ini.*

*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Batu Pahat 18 Mac: Tukang rumah dipenjara 10 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki buku lima kononnya untuk pertahanan diri. Mohamad Fitry Amirul Ezzy Abdullah, 28, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh sebaik pertuduhan dikemukakan terhadapnya.*

*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Shah Alam 18 Mac: Sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang dikesan menjadikan sebuah stor haram di Jalan Kampung Jawa di sini, untuk menjalankan aktiviti mereka dibongkar pihak berkuasa, Jumaat lalu. Ia dibongkar pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Putrajaya yang berjaya menahan empat individu serta merampas barang kawalan bersubsidi itu dianggarkan bernilai RM200,000.*

*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Melaka 18 Mac: Sebanyak 60.7 tan lebihan makanan dianggarkan bernilai RM726,000 diselamatkan daripada dibuang menerusi pelaksanaan Program MySaveFood, pada tahun lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Khalid Mohamed berkata inisiatif itu membabitkan 149 bazar Ramadan di Perlis, Kedah, Pahang, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.*

*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Kota Kinabalu 18 Mac: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijadual bersidang pada 10 April hingga 17 April depan. Mesyuarat Pertama Penggal Kelima 2025 DUN Sabah ke-16 itu dijangka menjadi persidangan terakhir sebelum dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).*

*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Muar 18 Mac: Wanita maut apabila motosikal ditunggang merempuh sebuah lori berhenti di lorong kecemasan lebuh raya selepas kehabisan minyak, semalam. Kemalangan pada 6.30 petang di Kilometer 136.8, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) dekat sini itu, menyebabkan mangsa parah dan meninggal di tempat kejadian.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*

            
*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=


                🇵🇸 *Gaza 18 Mac: Pekan Beit Hanoun, utara Semenanjung Gaza, menyaksikan penghijrahan besar-besaran penduduk ke arah bandar Jabalia pada pagi Selasa, mencari tempat selamat, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).*
            *Ia susulan penyambungan semula serangan pasukan tentera pendudukan Israel ke atas Semenanjung Gaza.*
            *Perpindahan itu berlaku di tengah-tengah kebimbangan peningkatan pengeboman, kemusnahan, dan pembunuhan, terutamanya selepas pasukan pendudukan Israel mengarahkan penduduk untuk mengosongkan Beit Hanoun di utara, serta Khirbet Khuza'a, Abasan al-Kabira, dan al-Jadidah di selatan, ke kawasan barat Bandar Gaza dan kawasan Mawasi Khan Yunis.*
             *Pasukan pendudukan Israel meneruskan serangan mereka terhadap Semenanjung Gaza pada waktu subuh selepas berehat lebih dua bulan, melancarkan beberapa siri serangan udara intensif dan menembak peluru berpandu ke beberapa kawasan di Semenanjung Gaza.*

               🇵🇸 *Gaza 18 Mac: Dua sumber Hamas memberitahu AFP bahawa serangan ke atas Bandar Gaza, pada Selasa, membunuh jeneral Mahmoud Abu Watfa, yang mengetuai kementerian dalam negeri di wilayah itu, lapor AFP.*
            *Abu Watfa, yang mengetuai polis Hamas dan perkhidmatan keselamatan dalam negeri di Gaza, terbunuh dalam serangan ke atas Bandar Gaza, kata dua sumber itu, yang salah seorang daripadanya pegawai di kementerian dalam negeri.*
             *Israel pada Selasa melancarkan serangan besar-besaran di Gaza sejak gencatan senjata pada Januari lalu, dengan penyelamat melaporkan sekurang-kurangnya 330 individu terbunuh.*

                🇵🇸 *Baitulmaqdis 18 Mac: Israel pada Selasa melancarkan kempen serangan paling sengitnya di Gaza sejak gencatan senjata pada Januari lalu, dengan penyelamat melaporkan lebih 121 individu terbunuh.*
           *"Serangan itu diarahkan selepas penolakan berulang kali Hamas untuk membebaskan tebusan kami dan semua cadangan yang sudah diterima daripada Duta Presiden Amerika Syarikat (AS) Steve Witkoff dan daripada pengantara," kata kenyataan pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.*
             *Seorang pegawai Israel memberitahu AFP bahawa operasi itu akan diteruskan selagi perlu, dan akan berkembang melangkaui serangan udara.*
            *"Netanyahu dan kerajaan pelampaunya memutuskan untuk membatalkan perjanjian gencatan senjata, mendedahkan tahanan di Gaza kepada nasib yang tidak diketahui," kata Hamas dalam satu kenyataan.*

                🇵🇸 *Gaza 18 Mac: Tentera Israel mendakwa pada Selasa bahawa pihaknya melakukan serangan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.*
            *Pengeboman dilakukan di seluruh wilayah terbabit, menurut media tempatan.*
             *Dalam pada itu, sumber paramedik Gaza berkata, serangan itu membunuh sekurang-kurangnya 30 orang.*

               🇺🇸 *Washington 18 Mac: Rumah Putih pada Isnin menolak permintaan ahli politik Perancis untuk mengembalikan Patung Liberty ke Perancis, lapor Xinhua.*
              *"Sudah pasti tidak," kata Setiausaha akhbar White House Karoline Leavitt memberitahu taklimat akhbar yang disiarkan di televisyen, sebagai tindak balas kepada permintaan ahli Parlimen Eropah Perancis Raphael Glucksmann.*
            *"Nasihat saya kepada ahli politik Perancis yang tidak dinamakan itu adalah untuk mengingatkan mereka bahawa atas bantuan Amerika Syarikat, Perancis tidak bercakap Jerman sekarang," kata Leavitt, seolah-olah merujuk kepada pakatan Amerika-Perancis semasa Perang Dunia II menentang Nazi Jerman.*
             *Glucksmann pada Ahad berkata beliau tidak fikir bahawa AS mewakili nilai-nilai Patung Liberty lagi dan menyeru agar ia dikembalikan ke Perancis.*

               🇺🇸 *Washington 18 Mac: Selepas lebih sembilan bulan terkandas di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), dua angkasawan akhirnya berlepas ke Bumi pada awal hari ini, sekali gus menamatkan misi panjang mereka yang menarik perhatian dunia.*
          *Kapten Butch Wilmore dan Kapten Suni Williams terbang ke makmal orbit itu pada Jun tahun lalu, dalam perjalanan pergi balik selama beberapa hari untuk menguji kapal angkasa Starliner milik Boeing pada penerbangan berkru pertamanya.*
            *Bagaimanapun, kapal angkasa itu mengalami masalah pendorongan dan dianggap tidak sesuai untuk membawa mereka pulang, sebaliknya ia kembali ke Bumi, tanpa membawa kru.*
             *Bekas juruterbang Tentera Laut, Wilmore dan Williams, masing-masing 62 dan 59, kemudian ditugaskan semula ke misi kapal angkasa Crew-9 di bawah SpaceX dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (Nasa).*

               🇺🇸 *Washington 18 Mac: Amerika Syarikat (AS) bersedia membayar El Salvador dengan AS$6 juta (kira-kira RM27 juta) untuk memenjarakan 300 individu yang didakwa menjadi ahli kumpulan Tren de Aragua dari Venezuela yang dihantar pulang ke negara Amerika Tengah itu, selama setahun, lapor Associated Press (AP) pada 15 Mac, memetik memo dalaman.*
             *"El Salvador mengesahkan akan menempatkan individu berkenaan selama satu tahun," lapor AP yang memetik memo dari Kementerian Luar El Salvador.*
            *Pejabat presiden El Salvador memberitahu Reuters bahawa pihaknya hanya tahu apa yang didedahkan kepada umum.*
            *Manakala, Rumah Putih dan Kementerian Penerangan Venezuela tidak menjawab permintaan Reuters untuk komen.*

               🇹🇼 *Taipei 18 Mac: Seorang wanita di Taiwan dihukum penjara lima bulan dan denda NT$150,000 (kira-kira RM20,208) kerana menyebabkan kaki bayinya melecur teruk hingga tiga jari dipotong akibat kecuaiannya.*
           *South China Morning Post (SCMP) melaporkan, insiden malang itu berlaku pada 16 September 2023 selepas Wu tertidur ketika menggunakan pengering rambut untuk mengeringkan cadar bayinya yang baru lahir.*
             *Berikutan itu, kaki bayinya terdedah kepada bahang panas selama tiga jam.*
             *Wu hanya terjaga pada 4 petang sebelum mendapati kaki anak perempuannya melepuh hingga terpaksa menghubungi pasukan kecemasan untuk membawa anaknya ke hospital.*

                🇮🇩 *Jakarta 18 Mac: Seramai tiga anggota polis Indonesia maut ketika melakukan serbuan ke atas pusat perjudian sabung ayam haram di daerah Way Kanan, wilayah Lampung, yang terletak di hujung selatan Pulau Sumatera.*
             *Ketiga-tiga anggota ditembak oleh individu tidak dikenali pada malam Isnin ketika mereka berada di Kampung Karang Manik, mukim Negara Batin.*
            *Menurut kenyataan polis, kesemua mangsa parah akibat tembakan di kepala dan disahkan meningga

BERITA HARI INI - 18 MARCH 2025 SELASA

*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*

*‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*

*SELASA 18 MAC 2025 MASIHI BERSAMAAN 17 RAMADHAN 1446 HIJRAH* 

*LIVE FROM BANDAR SENTOSA KLANG*

*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*

*IMSAK* : *06:02am*
*SUBUH* : *06:12am*
*SYURUK* : *07:18am*
*ZOHOR* : *13:25pm*
*ASAR* : *16:31pm*
*MAGHRIB* : *19:27pm*
*ISYAK* : *20:35pm*

*artikel disiarkan pada tarikh 17mac*

*harianmetroonline*
*by:hanipiloiempire*
*since2011*

 *GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


*GOA_L* 1️⃣ *Kuala Lumpur 17 Mac: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengadakan pertemuan dengan pemilik akaun Facebook, Ainon Mohd, susulan hantaran menghina Nabi Muhammad SAW, baru-baru ini. Jakim dalam satu kenyataan berkata, pertemuan itu dihadiri pegawai dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Mufti Negeri Selangor bertujuan menegur serta menasihati individu berkenaan agar lebih berhati-hati dalam memuat naik kandungan berunsur Islam di media sosial.*

*GOA_L* 2️⃣ *Kuala Lumpur 17 Mac: Proses rakaman percakapan membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menumpukan kepada dokumen kelulusan projek dan perolehan ketika beliau menerajui tampuk kepimpinan negara. Menurut sumber, ia selepas tiga hari pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atas aset-aset yang diisytiharkan oleh Ismail Sabri.*

*GOA_L* 3️⃣ *Kuching 17 Mac: Polis memburu dua tahanan yang melarikan diri dari jagaan sah di sisi undang-undang di Mahkamah Kuching di sini, pada 7 Mac lalu. Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kedua-dua tahanan itu masih dalam tempoh perbicaraan atas kesalahan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (samun berkawan tanpa senjata api) melarikan diri kira-kira jam 11.30 pagi.*

*GOA_L* 4️⃣ *Kuala Lumpur 17 Mac: Peniaga Bazar Aidilfitri dan Bazar Lorong Haji Taib, di sini, mendakwa terjejas teruk berikutan kurang pengunjung, malah hanya 19 peniaga yang menjalankan perniagaan berbanding 150 tapak yang disewa daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Peniaga, Omar Osman, 60, berkata, ramai peniaga mengeluh kerana bazar kurang mendapat sambutan, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.*

*GOA_L* 5️⃣ *Kuala Lumpur 17 Mac: Penganggur dan golongan berusia antara 15 hingga 39 tahun didapati lebih cenderung cenderung terbabit dalam penyalahgunaan dadah terutama membabitkan penggunaan dadah sintetik. Selain itu, golongan yang berpendidikan menengah dan tinggal di negeri bersempadan dengan Thailand seperti Kelantan, Terengganu dan Perlis berisiko mencatat kadar penagihan dadah tertinggi.*

*GOA_L* 6️⃣ *Kuala Lumpur 17 Mac: Masih terdapat segelintir peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri di sekitar ibu negara yang culas untuk meletakkan tanda harga pada barang jualan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesalahan itu dikesan dalam pemeriksaan yang dijalankan pihak penguat kuasa sejak 2 Mac lepas terhadap 2,000 gerai bazar Ramadan dan Aidilfitri.*

*GOA_L* 7️⃣ *Kuala Lumpur 17 Mac: Sarawak, Sabah, Labuan dan timur Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan hingga 23 Mac ini. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka berterusan hingga tarikh berkenaan yang berpotensi menyebabkan hujan dan angin kencang serta laut bergelora di Laut China Selatan.*

*GOA_L* 8️⃣ *Putrajaya 17 Mac: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) belum memuktamadkan sebarang keputusan untuk melaksanakan sekatan perjalanan ke atas peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membuat bayaran balik. Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ini kerana sekatan berkenaan bukanlah satu-satunya pendekatan yang boleh dilakukan untuk memastikan peminjam melunaskan tunggakan pinjaman masing-masing.*

*GOA_L* 9️⃣ *Kota Kinabalu 17 Mac: Hanya 3.62 peratus atau 29 daripada 801 projek di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai projek sakit, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata, daripada jumlah projek sakit itu, 22 projek atau 75.86 peratus berpunca daripada masalah kontraktor, manakala satu projek melibatkan perubahan skop dan enam projek melibatkan pelbagai isu.*

*GOA_L* 🔟 *Putrajaya 17 Mac: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan baharu Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bagi penggal 2025-2028 yang diumumkan semalam. Anwar yang juga Menteri Kewangan turut berharap barisan kepimpinan baharu itu dapat meneruskan kerja dengan baik dalam satu pasukan selama tiga tahun lagi.*

*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Kuala Lumpur 17 Mac: Sapura Energy Bhd (SEB) berkata ia belum dihubungi oleh Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatannya terhadap penyalahgunaan dana yang melibatkan syarikat itu. SEB berkata ia tetap komited untuk bekerjasama dengan SPRM dan akan memberikan maklumat yang diperlukan.*

*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Kajang 17 Mac: Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan Isnin depan untuk keputusan permohonan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isteri serta 19 individu yang berdepan pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang supaya dibenarkan untuk diikat jamin. Hakim Datuk Seri Latifah Mohd Tahar menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pasukan pembelaan, pada prosiding pendengaran permohonan yang berlangsung di Kompleks Penjara Kajang, hari ini.*

*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Kuala Lumpur 17 Mac: Dua pengarah syarikat dan seorang kerani ditahan kerana disyaki terbabit dalam sindiket memberi rasuah kepada pegawai kerajaan bagi mempercepatkan proses permohonan taraf kewarganegaraan. Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, kira-kira jam 1 tengah hari hingga 1.30 tengah hari, hari ini.*

*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Kuala Lumpur 17 Mac: Pelaksanaan Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024 dapat mempromosi dan mengukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara-negara asing lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata penguatkuasaan akta itu pada 30 Ogos tahun lepas juga dapat mencerminkan prinsip undang-undang antarabangsa awam mengenai kekebalan negara.*

*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Kuala Terengganu 17 Mac: Masjid dan surau di seluruh negara digalak memperbanyakkan bacaan al-Quran sempena sambutan Nuzul al-Quran, esok. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, program utama dianjur menjelang Nuzul al-Quran pada setiap tahun ialah Quran Hour (QH).*

*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Kuala Lumpur 17 Mac: Sejumlah aset bernilai RM29.75 bilion yang berkait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjaya diperoleh semula setakat ini dan dikembalikan kepada kerajaan. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, angka itu bermakna 70 peratus daripada RM42 bilion yang dipercayai diseleweng sebelum ini berjaya dibawa pulang.*

*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Putrajaya 17 Mac: Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan pekarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas hampir tujuh jam memberi keterangan. Ia berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.*

*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Kuala Lumpur 17 Mac: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membentangkan cadangan penambahbaikan bagi mempertingkatkan kadar pembayaran balik tanpa membebankan peminjam, selepas Aidilfitri ini. Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata beliau meneliti isu kadar pembayaran balik PTPTN yang masih rendah dan menyedari kepentingan memastikan kelestarian dana itu, agar generasi akan datang terus mendapat manfaatnya.*

*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Kuala Lumpur 17 Mac: Pindaan ke atas Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) 1981 dilihat wajar berikutan perubahan besar yang sedang berlaku dalam industri perfileman negara, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Selain itu, beliau berkata, pindaan juga wajar kerana industri berkenaan turut dicabar dengan kepesatan teknologi, yang menyaksikan penstriman langsung kini semakin menjadi pilihan orang ramai.*

*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Putrajaya 17 Mac: Pihak pendakwaan menerima representasi bekas Timbalan Presiden Kanan Kumpulan Aker Engineering Malaysia Ahmad Hatta Kamaruzzaman untuk kesnya diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut dengan syarat pembebasan dan pelepasannya oleh Mahkamah Tinggi digantikan dengan pelepasan tanpa dibebaskan (DNAA). Ahmad Hatta, 54, didakwa di Mahkamah Sesyen pada 18 Februari 2022 atas pertuduhan mengelirukan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan mengemukakan kenyataan palsu pada 2017.*

*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Kuala Lumpur 17 Mac: Peniaga bazar Aidilfitri berdepan cabaran apabila jumlah pengunjung dilaporkan berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Menerusi tinjauan Berita Harian di Bazar Aidilfitri Jalan TAR, Kuala Lumpur, hari ini menyaksikan keadaan sekitar agak lengang tanpa kemeriahan pengunjung yang hadir.*

*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Sungai Petani 17 Mac: Seorang penuntut wanita di sebuah kampus institusi pengajian tinggi (IPT) di daerah ini parah, dipercayai ditikam rakan lelakinya, hari ini. Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 10.30 pagi itu, mangsa dipercayai mengalami kecederaan serius di bahagian belakang badan akibat tikaman.*

*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Pasir Puteh 17 Mac: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan memperketat kawalan di perairan negara sempena Op Khas Pagar Laut yang sudah diaktifkan sejak Rabu lalu bagi mengekang kegiatan pencerobohan. Pengarahnya, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi, berkata Op Khas Pagar Laut adalah operasi khas Maritim Malaysia sempena perayaan, khususnya sepanjang Ramadan dan Syawal, dalam mengekang jenayah rentas sempadan dan pencerobohan.*

*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Kuantan 17 Mac: Enam individu cedera dalam kemalangan membabitkan bas Rapid Kuantan dengan lori di Simpang Panching, Sungai Lembing, di sini, hari ini. Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan kemalangan membabitkan dua kenderaan berlaku pada 11.50 pagi.*

*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Johor Bahru 17 Mac: Ada yang sedang menyuap makanan dan ada yang sedang menghirup minuman secara terbuka. Itu situasi yang berlaku ketika serbuan dilakukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), di sebuah kedai makan di kawasan Pasar Borong Pandan, di sini, hari ini.*

*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Seremban 17 Mac: Kementerian Pengangkutan (MOT) menjangkakan perkhidmatan tren elektrik (ETS) baharu dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada penghujung tahun ini. Menterinya, Anthony Loke, berkata semua tren baharu itu sedang disiapkan, namun dua tren pertama akan tiba dari China bulan depan, manakala yang lainnya sedang dibina di Malaysia melalui kilang di Batu Gajah, Perak.*

*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 17 Mac: Insiden seorang lelaki dilihat berdiri di bahagian luar tingkap sebuah kediaman di tingkat 10 menggemparkan penduduk di Flat Sri Perak, Bandar Baru Sentul, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.12 petang tadi.*

*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Machang 17 Mac: Remaja lelaki berusia 14 tahun cedera dua jari kanan selepas didakwa tidak sempat melempar mercun bola dalam kejadian di Batu 23, Labok, di sini, Jumaat lalu. Menurut ibu tiri remaja itu, Siti Zuraini Mohamed, 24, berkata, kecederaan pada jari telunjuk dan jari hantu anak kedua daripada lima beradik itu disedari oleh ahli keluarga selepas melihat tompokan darah di atas tilam.*

*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Petaling Jaya 17 Mac: Kejadian pembantu pengurusan murid yang dipercayai mengasari seorang murid autistik di sebuah sekolah di Kelana Jaya di sini, didakwa berlaku kerana kanak-kanak itu tantrum ketika mahu masuk ke kelas. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, suspek sudah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk dirakam percakapan bersama guru besar pada 12 tengah hari tadi.*

*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Shah Alam 17 Mac: Terdapat individu dikesan menjadi orang tengah mengaut keuntungan RM750 bagi jualan slot tempahan janji temu berganda di premis Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom). Ketua Pegawai Eksekutifnya Mahmood Razak Bahman berkata, antara taktik yang digunakan adalah menggunakan nombor casis sama tetapi nombor pendaftaran kenderaan adalah berbeza untuk slot tempahan yang banyak.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*

            
*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=


               🇺🇸 *Washington 17 Mac: Seorang pemandu syarikat penghantaran menerima AS$50 juta (kira-kira RM222.3 juta) kerana menang tuntutan di mahkamah selepas melecur teruk akibat minuman tertumpah di ribanya ketika membuat pesanan di restoran pandu lalu Starbucks di California, Amerika Syarikat (AS).*
             *The Guardian melaporkan, juri daerah Los Angeles diberitahu bahawa Michael Garcia, yang menjalani cantuman kulit dan prosedur lain pada alat kelaminnya selepas teh bersaiz sederhana tumpah sejurus selepas mengambil minuman itu pada 8 Februari 2020.*
               *"Starbucks menawarkan AS$30 juta (kira-kira RM 133.4 juta) untuk penyelesaian tetapi mahu ia dirahsiakan.*
             *"Kami bersetuju dengan bayaran AS$30 juta (kira-kira RM 133.4 juta) hanya jika Starbucks bersetuju untuk memohon maaf secara terbuka, dan berjanji untuk mengubah dasar untuk mengelakkan perkara ini berulang," tambah peguam Garcia.*

                🇺🇸 *Washington 17 Mac: Ribut teruk melanda kawasan selatan dan tengah Amerika Syarikat (AS) sepanjang hujung minggu, mengorbankan sekurang-kurangnya 34 orang, termasuk 12 di negeri Missouri serta mencederakan puluhan yang lain, lapor agensi berita Jerman dpa.*
             *Amaran puting beliung kini berkuat kuasa di sebahagian Florida, Georgia dan lima negeri lain sehingga petang Ahad.*
             *Perkhidmatan cuaca AS memberi amaran bahawa cuaca buruk dijangka melanda sebahagian Pantai Timur pada Ahad.*
              *Gabenor Georgia Brian Kemp mengisytiharkan darurat negeri dan menggesa penduduk untuk bersiap sedia.*

             🇺🇸 *Washington 17 Mac: Kedengaran lucu, namun seorang kanak-kanak lelaki di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini, sanggup menghubungi polis selepas mendakwa ibunya 'mencuri' aiskrim miliknya.*
            *Portal CNN melaporkan, susulan aduan itu, polis dihantar ke rumah kanak-kanak berkenaan.*
            *"Ibu saya teruk," kata kanak-kanak berusia empat tahun itu kepada polis, menurut rakaman yang diperoleh daripada WTMJ.*
            *"Baiklah, apa yang berlaku?" tanya polis.*
             *Kemudian ibu kanak-kanak mencelah, mengambil telefon dan memberitahu hal sebenar.*
            *"Oh, anak saya ini telefon itu, dan dia berumur empat tahun.*
             *"Saya makan aiskrimnya, jadi mungkin sebab itu dia menghubungi talian 911," katanya.*

             🇾🇪 *Aden, Yaman 17 Mac: Pemberontak Houthi di Yaman yang disokong Iran pada Ahad berkata, mereka menyerang kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS) di Laut Merah dan akan menyasarkan kapal komersial Amerika, sehari selepas serangan udara AS yang dikatakan oleh Rumah Putih membunuh pemimpin kanan pemberontak.*
              *Kementerian kesihatan Houthi berkata, wanita dan kanak-kanak antara yang terbunuh dalam serangan AS pada Sabtu.*
               *"Sebagai tindak balas kepada pencerobohan ini, angkatan tentera menjalankan operasi ketenteraan menyasarkan kapal pengangkut pesawat AS USS Harry Truman dan kapal perang yang mengiringinya," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.*
             *Houthi berkata, mereka melancarkan 18 peluru berpandu dan sebuah dron di kapal-kapal AS.*

             🇾🇪 *Aden, Yaman 17 Mac: Amerika Syarikat (AS) akan terus menyerang pemberontak Houthi Yaman sehingga mereka menamatkan serangan ke atas perkapalan, kata setiausaha pertahanan AS, pada Ahad.*
              *Serangan udara itu, yang dikatakan oleh kementerian kesihatan yang dikendalikan Houthi membunuh sekurang-kurangnya 53 orang, adalah operasi ketenteraan AS terbesar di Timur Tengah sejak Presiden Donald Trump memegang jawatan pada Januari lalu.*
              *Seorang pegawai AS memberitahu Reuters bahawa kempen itu mungkin berterusan selama beberapa minggu.*
              *Pemimpin Houthi, Abdul Malik al-Houthi pada Ahad berkata, pejuangnya akan menyasarkan kapal AS di Laut Merah selagi AS meneruskan serangannya ke Yaman.*

             🇲🇰 *Belgrade 17 Mac: Angka korban dalam kebakaran di sebuah kelab di Bandar Kocani, Macedonia Utara meningkat kepada 59 orang, manakala 155 lagi cedera, kata Menteri Dalam Negeri Pance Toskovski pada Ahad, lapor Sputnik/RIA Novosti.*
             *Menurut agensi berita MIA yang dikendalikan kerajaan, kebakaran berlaku ketika konsert kumpulan muzik DNK di Kelab Pulse kira-kira 3 pagi waktu tempatan (0200 GMT), dipercayai berpunca daripada penggunaan bunga api. Sekitar 1,500 orang menghadiri acara itu.*
             *"Setakat 11.30 malam waktu tempatan (1230 GMT), seramai 59 orang disahkan maut, dengan 35 daripadanya dikenal pasti. Seramai 31 mangsa berasal dari Kocani, manakala empat lagi dari Bandar Stip. Jumlah mangsa cedera setakat tengah malam adalah 155 orang," katanya kepada pemberita.*

             🇨🇳 *Nanjing 17 Mac: Sekumpulan saintis China mencipta 'robot perlombongan angkasa lepas' berkaki enam yang diinspirasikan daripada serangga, yang berpotensi digunakan untuk penerokaan dan perlombongan di bulan atau asteroid pada masa hadapan, lapor Xinhua.*
           *Berbeza dengan penggerudian di bumi, operasi menembusi permukaan bulan, iaitu graviti hanya satu perenam daripada bumi, atau asteroid yang mempunyai graviti rendah, menimbulkan cabaran besar.*
            *Penyelidik dari Universiti Perlombongan dan Teknologi China (CUMT) mendapat inspirasi daripada pergerakan serangga, dinamik pendakian burung belatuk dan teknik origami untuk mereka bentuk robot bionik inovatif untuk penerokaan asteroid.*

             🇹🇭 *Bangkok 17 Mac: Seorang pelancong wanita Britain hilang di Thailand selepas bot pelancongan yang dinaikinya terbakar di luar pulau Koh Tao, dekat Surat Thani, pagi semalam.*
              *The Guardian melaporkan, Alexandra Clarke, 26, dari Lambeth, selatan London, United Kingdom (UK) berada di atas bot Davy Jones Locker untuk lawatan menyelam.*
              *Dia dilaporkan berada di dalam tandas bot itu ketika kebakaran berlaku, sebelum isyarat kecemasan dihantar pada 9.25 pagi waktu tempatan.*
              *Terdapat 21 orang lain di atas bot itu, termasuk 15 pelancong, dua anak kapal, empat jurulatih dan pembantu menyelam.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*GOA_L MEDSOS, POPULAR*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


               👮🏻‍♂️ *Kuala Lumpur 17 Mac: Polis menerima 13 laporan berhubung kenyataan menghina Nabi Muhammad S.A.W di laman Facebook (FB) oleh seorang penulis buku dan usahawan.*
            *Susulan itu pihaknya kini sedang menjalankan siasatan berhubung perkara berkenaan.*
            *Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan sedang dibuat berhubung perkara itu.*
           *Menurutnya, laporan awal kes berkenaan dibuat oleh seorang lelaki berusia 34 tahun, Sabtu lalu di Balai Polis B

BERITA HARI INI - 17 MARCH 2025 ISNIN

*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*

*‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*

*ISNIN 17 MAC 2025 MASIHI BERSAMAAN 16 RAMADHAN 1446 HIJRAH* 

*LIVE FROM BANDAR SENTOSA KLANG*

*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*

*IMSAK* : *06:02am*
*SUBUH* : *06:12am*
*SYURUK* : *07:18am*
*ZOHOR* : *13:25pm*
*ASAR* : *16:32pm*
*MAGHRIB* : *19:27pm*
*ISYAK* : *20:36pm*

*artikel disiarkan pada tarikh 16mac*

*harianmetroonline*
*by:hanipiloiempire*
*since2011*

 *GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


*GOA_L* 1️⃣ *Shah Alam 16 Mac: Kerajaan komited untuk melaksanakan agenda reformasi termasuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh Perdana Menteri kepada 10 tahun. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, proses itu perlu dilaksana dengan penuh rapi dan memerlukan konsesus semua parti serta dua pertiga Ahli Parlimen termasuk daripada kerajaan.*

*GOA_L* 2️⃣ *Shah Alam 16 Mac: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diarah memulakan semakan sekiranya agamawan atau guru terkait dengan kes mencederakan seorang remaja lelaki di Kajang baru-baru ini memegang sebarang bentuk tauliah mengajar yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, sekiranya benar individu itu adalah pemegang tauliah MAIS, maka ia wajar ditarik balik serta-merta dan diharamkan daripada mengajar agama di Selangor.*

*GOA_L* 3️⃣ *Kuala Lumpu 16 Mac: Sekretariat Komuniti Gig Malaysia menjangkakan jumlah pekerja gig di Malaysia bakal menyaksikan pertumbuhan antara 10 hingga 15 peratus setahun bersandarkan kemungkinan syarikat tempatan mengurangkan kos operasi perniagaan masing-masing. Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, jika syarikat tempatan hanya mengupah pekerja gig, ini bermakna mereka tidak perlu terikat kepada Akta Pekerja 1956 yang perlu memberi pelbagai perlindungan kepada pekerja tetap.*

*GOA_L* 4️⃣ *Kuala Selangor 16 Mac: "Tiga hari dia 'berada' dalam longkang bersama motosikal yang saya berikan kepadanya. Tidak sangka begini pengakhiran hayat arwah," kata Nor Shaeleza Husin, 37. Nor Shaeleza adalah adik kepada Izrul Husin, 42, yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu sebelum mayatnya ditemukan di Jalan Kampar-Tapah, Kampar, Perak tengah malam tadi.*

*GOA_L* 5️⃣ *Shah Alam 16 Mac: Dua lelaki tempatan meninggal dunia akibat ditetak dalam insiden pergaduhan di Taman Sentosa, Klang, semalam. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata pusat kawalan IPD menerima panggilan berhubung orang cedera akibat pergaduhan pada jam 10.50 malam. Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 malam di sebuah premis perniagaan di Jalan Hulubalang 28, Taman Sentosa.*

*GOA_L* 6️⃣ *Jitra 16 Mac: Walaupun sudah tujuh bulan berlalu, anak-anak Sabari Baharom, 62, masih tidak dapat melupakan kisah tragedi menimpa bapa mereka yang dicampak ke Sungai Padang Terap di Kampung Empa, Derang di sini. Anak sulungnya, Suraiya Izzati Sabari, 30, berkata, setiap kali menghadiri perbicaraan kes bapanya di Jitra, dia dan adiknya, Muhammad Amir Hakimi, 26, akan singgah di sungai itu sambil mendoakan bapanya.*

*GOA_L* 7️⃣ *Marang 16 Mac: Harga tembikai jatuh menjunam kepada RM1 sekilogram menyebabkan pekebun, Azahar Zakaria, 54, bimbang tidak mendapat pulangan modal selepas mengeluarkan RM10,000 untuk tanaman itu. Azahar yang sebelum ini bergelar nelayan selama lebih 30 tahun, mengambil inisiatif menanam tembikai boci di Kampung Alor Ketitir, Merchang, seluas 0.8 hektar bagi mencari sumber pendapatan ketika musim tengkujuh.*

*GOA_L* 8️⃣ *Subang Jaya 16 Mac: Seorang lelaki dikesan menceroboh beberapa rumah di USJ 6 di sini, dengan memanjat tembok sebelum menyelongkar kenderaan bagi mencuri barangan berharga. Dalam kejadian Jumaat lalu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek menceroboh sebuah rumah di kawasan itu sebelum menyelongkar kereta mencari barangan berharga untuk dicuri.*

*GOA_L* 9️⃣ *Kuala Terengganu 16 Mac: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan Kelantan. Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, ia berdasarkan penemuan dadah jenis pil kuda seberat 205.81 gram dan syabu seberat 82.5 gram bernilai RM29,000 di dalam kenderaan pacuan empat roda dipandu suspek berusia 31 tahun itu.*

*GOA_L* 🔟 *Kuala Terengganu 16 Mac: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan Kelantan. Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, ia berdasarkan penemuan dadah jenis pil kuda seberat 205.81 gram dan syabu seberat 82.5 gram bernilai RM29,000 di dalam kenderaan pacuan empat roda dipandu suspek berusia 31 tahun itu.*

*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Kuala Lumpur 16 Mac: Penerbit filem atau drama berunsur keagamaan dan pasukan beruniform dinasihat mendapatkan pengesahan serta persetujuan pihak bertanggungjawab bagi memastikan karya terbitan mereka bersesuaian dan tidak mencetuskan kontroversi. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, mereka boleh merujuk pejabat mufti, jabatan agama atau pengurusan perkhidmatan pasukan beruniform untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan termasuk dalam aspek penghasilan skrip.*

*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Alor Setar 16 Mac: Sebuah kilang padi di daerah Yan diarahkan menghentikan operasi serta-merta berikutan pencemaran udara yang mengundang ketidakselesaan penduduk berdekatan. Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pihaknya menerima aduan awam berhubung perkara itu dan siasatan yang dijalankan semalam mendapati aduan berkenaan adalah benar.*

*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Dungun 16 Mac: "Saya berhenti memadam kebakaran itu selepas api semakin membesar dan bergulung-gulung datang ke arah saya," kata Wan Akmall Izzat Wan Ahmad Kamal, 31, selepas kedai makan diusahakannya musnah dalam kebakaran di Jalan Batu 49, dekat sini, hari ini. Wan Akmall berkata, dia menutup premis perniagaannya dan pulang ke rumah, kira-kira 1 pagi.*

*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Kuala Terengganu 16 Mac: Peniaga didenda sebanyak RM8,000 di Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku salah memiliki 247 kotak besar mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa kebenaran. Selain itu, Muhammad Khairulnidzam Yahyaawal, 36, turut berdepan hukuman penjara selama 12 bulan sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.*

*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Kuala Lumpur 16 Mac: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka akan terus memanggil Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir ke ibu pejabatnya di Putrajaya sehingga pegawai penyiasat berpuas hati dengan penjelasan serta pengumpulan bukti bagi melengkapkan siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan pemimpin itu. Sumber berkata, setakat ini SPRM tidak memutuskan lagi sehingga bila rakaman percakapan itu akan selesai, kerana beberapa dokumen penting masih perlu melalui proses justifikasi dalam rakaman percakapan Perdana Menteri ke-9 itu.*

*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Kota Bharu 16 Mac: Bekalan beras putih tempatan (BPT) sudah kembali pulih di Kelantan sejak minggu lalu. Tinjauan di beberapa pasar raya mendapati bekalan berkenaan mula masuk sejak minggu lalu dan sehingga kini masih ada. Bagaimanapun, beras tempatan 10 kilogram yang dijual dengan harga RM26 itu dihadkan untuk dua kampit sahaja untuk setiap pelanggan.*

*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 16 Mac: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengimbas kira-kira 1.42 juta kontena import termasuk sisa elektrik dan elektronik (e-waste) di Pelabuhan Barat tahun lalu, sekali gus mencerminkan keupayaan jabatan itu melaksanakan pengimbasan 100 peratus terhadap kontena memasuki pelabuhan tersebut. JKDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua kontena diimbas menggunakan lima mesin pengimbas berkeupayaan tinggi yang beroperasi di pelabuhan itu.*

*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Marang 16 Mac: Berkumpul dan melakukan aktiviti tidak sihat dipercayai menjadi punca lebih 100 hektar kawasan kebun nanas dan hutan gambut di Kampung Cenderawasih, Pekan di Pahang, terbakar. Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor hisham Mohamad berkata, sehingga hari ini operasi memadam masih giat dijalankan.*

*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Kuala Lumpur 16 Mac: Peningkatan harga barang dan kos sara hidup mendorong masyarakat lebih berjimat serta kurang berbelanja di bazar Ramadan. Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS) Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, masyarakat kini mempunyai pelbagai pilihan yang dirasakan lebih berbaloi dan sesuai dengan tahap kewangan masing-masing.*

*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Shah Alam 16 Mac: Kerajaan komited untuk melaksanakan agenda reformasi termasuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh Perdana Menteri kepada 10 tahun. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, proses itu perlu dilaksana dengan penuh rapi dan memerlukan konsesus semua parti serta dua pertiga Ahli Parlimen termasuk daripada kerajaan.*

*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Kuala Lumpur 16 Mac: Sebanyak 11 akaun bank bernilai RM100,000 sudah dibekukan dan 30 dokumen disita susulan Ops Outlander berkaitan sindiket pendaftaran lewat kelahiran. Menurut sumber, siasatan juga mendapati penjawat awam sebuah agensi dianggar menerima RM10,000 hingga ke RM15,000 wang rasuah bagi mengeluarkan sijil kelahiran terbabit.*

*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Shah Alam 16 Mac: Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke, terus mengekalkan pengaruhnya dalam DAP selepas sekali lagi dipilih menganggotai Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu, hari ini. Bekas Setiausaha Agung DAP itu antara 29 lagi pemimpin lain yang mengesahkan keanggotaan dalam senarai kepemimpinan baharu parti itu.*

*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Georgetown 16 Mac: Seorang anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) cedera, manakala seorang lagi patah kaki ketika operasi pemadaman api dalam kebakaran tiga premis di Jalan Patani, di sini, hari ini. Dalam kejadian itu, dua anggota PBS berkenaan dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut.*

*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Shah Alam 16 Mac: Bekas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, menghormati keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang tidak memilihnya untuk kembali menggalas tugas sebagai Pengerusi DAP. Pada sidang media pengumuman barisan jawatankuasa tertinggi pusat DAP di sini, hari ini, beliau menjelaskan bahawa beliau menerima keputusan itu kerana ia ditentukan oleh ahli parti dan bukan pihak luar.*

*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Kota Bharu 16 Mac: Seramai 112 peniaga makanan di Kelantan dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan sepanjang Ramadan sehingga semalam. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan Hilmi Abdullah berkata, jumlah kompaun berkenaan susulan pemeriksaan yang dijalankan pihaknya membabitkan 3,433 premis di seluruh daerah.*

*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Kuala Lumpur 16 Mac: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bakal mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti, Mei ini. Nurul Izzah berkata, keputusan itu dibuat atas hasratnya untuk meraikan bakat dalam parti sebagai usaha 'regenerasi' atau penjanaan semula PKR selain memperkukuh parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 akan datang.*

*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 16 Mac: Kertas siasatan ke atas Arun Dorasamy susulan video dimuat naik di Instagram didakwa cuba menghasut masyarakat akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC) esok. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis sudah merakam keterangan individu terbabit bagi membantu siasatan.*

*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Johor Bahru 16 Mac: "Kita semua rakyat Malaysia, tidak perlu label 'type M, C atau I' kerana ia tidak membawa sebarang faedah," kata Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Abdul Halim Suleiman. Abdul Halim berkata, kekuatan negara ini adalah kepelbagaian, bersatu padu sesama sendiri dan harmoni hingga disegani ramai.*

*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Kuching 16 Mac: Lelaki warga emas maut selepas dadanya tercucuk bilah forklift di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Pending di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian itu dilaporkan oleh pihak kilang berkenaan pada 4 petang semalam.*

*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Ipoh 16 Mac: Seorang lelaki berumur 42 tahun yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lepas ditemukan maut di dalam longkang di Jalan Kampar-Tapah, berhadapan sebuah kawasan perkuburan di sini, awal pagi tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu pada 1.25 pagi.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*

            
*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=


                🇵🇸 *Bandaraya Gaza 16 Mac: Lebih 150 rakyat Palestin telah dibunuh oleh Israel sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 19 Januari tahun ini, termasuk 40 dalam tempoh dua minggu lepas, lapor Anadolu Ajansi yang memetik Pejabat Media Gaza pada Sabtu.*
              *"Kami telah memerhatikan pihak pendudukan dengan sengaja meningkatkan jenayah di lapangan terhadap orang awam dalam beberapa minggu kebelakangan ini, menyasarkan individu yang mengumpul kayu api atau memeriksa rumah mereka, menyebabkan kematian mereka akibat tembakan tentera Israel," menurut pejabat itu dalam kenyataan.*
             *Kenyataan itu dibuat susulan serangan udara Israel di Beit Lahia, utara Gaza, yang mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk wartawan dan pekerja bantuan kemanusiaan.*
             *Menyifatkan serangan itu sebagai "genosid kejam," Pejabat Media Gaza menuduh Israel meningkatkan pencerobohannya di tengah-tengah laporan peningkatan arahan ketenteraan daripada kepimpinan Israel.*

                🇵🇸 *Bandaraya Gaza 16 Mac: Pasukan Pertahanan Awam Palestin pada Sabtu meneruskan usaha untuk mengeluarkan 61 mayat rakyat Palestin yang dikebumikan di pekarangan Hospital Shifa di Gaza semasa konflik berbulan-bulan dengan Israel.*
               *Kementerian Kesihatan Gaza berkata proses penggalian bermula pada 13 Mac 2025 dengan pasukan berusaha mengeluarkan mayat untuk dikebumikan dengan sewajarnya.*
              *Pada hari pertama, anggota Pertahanan Awam mengeluarkan 48 mayat, termasuk 10 yang tidak dapat dikenal pasti. Pada hari kedua, mereka menemukan 13 lagi mayat, dengan tiga daripadanya masih belum dikenal pasti. Mayat yang telah dikenal pasti diserahkan kepada keluarga masing-masing, manakala yang lain dihantar ke pihak forensik.*
             *Pihak berkuasa menganggarkan sekitar 160 mayat dikebumikan di pekarangan hospital itu sepanjang konflik, dengan beberapa hari lagi diperlukan bagi menyelesaikan proses pengeluaran mayat.*

               🇵🇸 *Ramallah 15 Mac: Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) mengumumkan ia membuka 130 pusat pendidikan sementara di Gaza, membolehkan pembelajaran langsung untuk kira-kira 47,000 kanak-kanak di seluruh semenanjung itu, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).*
              *Kenyataan ini dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya UNRWA Philippe Lazzarini dan dimuatkan di akaun X beliau pada Sabtu sambil menekankan peranan agensi itu dalam menyediakan perkhidmatan pembelajaran langsung kepada kanak-kanak di Gaza, yang menghadapi pembunuhan dan kehilangan tempat tinggal selama hampir 16 bulan akibat serangan genosid Israel.*
               *Lazzarini menegaskan bahawa UNRWA kekal sebagai penyedia terbesar perkhidmatan pembelajaran kecemasan dan sokongan psikososial di Gaza.*

                🇺🇸 *Houstan 16 Mac: Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera pada hari Sabtu apabila puting beliung dan ribut ganas melanda kawasan tengah Amerika Syarikat.*
             *Berita tempatan menyiarkan imej bumbung rumah yang diterbangkan dan trak besar yang terbalik, sementara peramal cuaca memberi amaran tentang kemungkinan lebih banyak taufan hujung minggu ini.*
             *Lapan orang maut di Kansas dalam kemalangan membabitkan lebih 50 kenderaan, yang disebabkan oleh jarak penglihatan rendah akibat "ribut debu teruk," menurut polis tempatan.*
              *Patroli Lebuhraya Negeri Missouri mengesahkan 12 kematian berkaitan ribut dan berkongsi imej bot yang bertindih antara satu sama lain di sebuah marina yang musnah akibat cuaca buruk.*

               🇨🇦 *Ottawa 16 Mac: Perdana Menteri Kanada Mark Carney telah mengarahkan kajian semula terhadap rancangan negara itu untuk membeli armada jet pejuang F-35 dari Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua yang memetik laporan media tempatan pada Sabtu.*
            *Perjanjian dengan Lockheed Martin dan kerajaan AS adalah untuk pembelian 88 pesawat dengan kos kira-kira AS$85 juta setiap satu.*
             *Menurut laporan CTV News, jurucakap Menteri Pertahanan Bill Blair berkata Carney telah meminta Blair meneliti sama ada kontrak F-35 itu merupakan pelaburan terbaik untuk Kanada atau jika terdapat pilihan lain yang lebih baik.*

               🇹🇷 *Istanbul 16 Mac: Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan 14 lagi cedera pada Sabtu susulan letupan di sebuah bangunan empat tingkat di barat laut Syria, lapor Anadolu Ajansi.*
              *"Mayat seorang kanak-kanak dan seorang lelaki telah dikeluarkan dari bawah runtuhan bangunan kediaman yang runtuh di kejiranan Al-Raml Al-Janoubi di Latakia, susulan letupan di sebuah kedai besi buruk di tingkat bawah bangunan itu," menurut Pertahanan Awam Syria dalam hantaran di X.*
              *Menurut Pertahanan Awam Syria, bilangan kematian meningkat kepada 10 orang, termasuk tiga wanita dan dua kanak-kanak dengan tiga mangsa masih belum dikenal pasti manakala 14 orang awam cedera, termasuk empat kanak-kanak.*

                🇲🇰 *Skopje, Macedonia Utara 16 Mac: Kebakaran yang berlaku di sebuah kelab malam di Macedonia Utara di mana lebih 1,000 orang berkumpul untuk konsert mengorbankan sekurang-kurangnya 50 orang, lapor agensi berita negara MIA pada Ahad.*
            *Memetik kementerian dalam negeri, MIA berkata, sekurang-kurangnya 50 orang maut dalam sebuah kelab malam di Kocani iaitu bandar kira-kira 100 kilometer dari timur ibu kota Skopje, di mana kira-kira 1,500 orang menghadiri konsert. AFP tidak dapat mengesahkan maklumat ini dengan segera dengan pihak berkuasa negara Balkan itu.*
             *Agensi itu melaporkan bahawa kebakaran berlaku di "Pulse", sebuah kelab malam di bandar kecil itu dengan kira-kira 30,000 penduduk semasa konsert oleh DNK, duo hip-hop yang popular di negara ini.*
            *Konsert yang bermula pada tengah malam Ahad itu dihadiri terutamanya oleh golongan muda.*

                🇨🇭 *Zurich 15 Mac: Kerana memandu terlalu dekat dengan kenderaan di hadapannya, seorang peguam didenda lebih dua kali ganda nilai kereta dipandunya ketika kejadian.*
           *Undang-undang Switzerland yang ketat dan denda dikira berdasarkan pendapatan bercukai pesalah menyebabkan lelaki berasal dari Aargau, utara Switzerland dan bersempadan Jerman itu didenda sehingga AS$109,500 (RM486,843.91).*
             *Jumlah tinggi itu dikatakan lebih dua kali ganda daripada nilai kereta sedan BMW 540d dipandunya ketika melakukan kesalahan di lebuh raya yang menghubungkan bandar Zurich dan Lausanne pada 2023.*

                🇵🇪 *Paita, Peru 16 Mac: Seorang nelayan Peru yang hilang selama 95 hari di Lautan Pasifik, memakan lipas, burung dan penyu laut untuk terus hidup, telah kembali ke pangkuan keluarganya.*
             *Maximo Napa memulakan perjalanan memancing dari Marcona, sebuah bandar di pantai selatan Peru, pada 7 Disember.*
              *Dia membungkus makanan untuk perjalanan dua minggu tetapi sepuluh hari kemudian, cuaca rib

Thursday, March 13, 2025

BERITA HARI INI - 14 MARCH 2025 JUMAAT

*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*

*‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
‎            *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*

*JUMAAT 14 MAC  2025 MASIHI BERSAMAAN 13 RAMADHAN 1446 HIJRAH* 

*LAST GOA_L MINGGU INI*

*LIVE FROM KAWAN FOOD FROZEN PULAU INDAH KLANG*

*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*

*IMSAK* : *06:03am*
*SUBUH* : *06:13am*
*SYURUK* : *07:19am*
*ZOHOR* : *13:26pm*
*ASAR* : *16:34pm*
*MAGHRIB* : *19:28pm*
*ISYAK* : *20:36pm*

*artikel disiarkan pada tarikh 13mac*

*harianmetroonline*
*by:hanipiloiempire*
*since2011*

 *GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


*GOA_L* 1️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPPBWPKL) mendakwa separuh daripada 216 tapak di bazar Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini, sudah berpindah milik kepada kartel. Pengerusinya, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, pihaknya mengesan empat broker dalam kegiatan kartel itu yang dipercayai menjual setiap tapak berkenaan pada harga antara RM7,000 hingga RM12,000.*

*GOA_L* 2️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Rakyat Malaysia berisiko kerugian sehingga RM3.3 bilion setahun menjelang 2029 sekiranya tidak mengendahkan fi tersembunyi dalam tukaran asing (forex). Hasil dapatan kajian baharu di bawah Wise, sebuah syarikat teknologi global, mendedahkan rakyat negara ini kerugian kira-kira RM2.99 bilion (AS$655 juta) dalam bentuk fi forex tersembunyi pada 2023.*

*GOA_L* 3️⃣ *Putrajaya 13 Mac: Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pada 9.46 pagi, hari ini. Kehadiran Ismail Sabri itu bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.*

*GOA_L* 4️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan menyita dadah seberat 33.588 kilogram (kg) dianggarkan bernilai kira-kira RM4.12 juta dalam serbuan di tiga lokasi berasingan, baru-baru ini. Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) JKDM, Raizam Setapa@Mustapha berkata, kejayaan itu dilakukan Cawangan Narkotik Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat JKDM.*

*GOA_L* 5️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Tiga Sekolah Dalam Kem (SDK) menjadi perintis bagi program digitalisasi untuk memenuhi keperluan era digital menerusi pengukuhan infrastruktur pendidikan itu. Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, tiga sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kementah, SK TUDM Subang dan SK Sir Ibrahim, Kluang, Johor.*

*GOA_L* 6️⃣ *Petaling Jaya 13 Mac: Pakar pediatrik memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin hanya dapat bertutur 30 perkataan dan masih tidak dapat menyambung ayat untuk berkomunikasi. Saksi pendakwaan ke-24, Dr Bernice Lim Pei-Yi yang juga bekas pakar pediatrik di Hospital Selayang memaklumkan perkara itu ketika sesi pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sabrina Zubairi.*

*GOA_L* 7️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Saringan dan imbasan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan diperketat bagi membendung insiden penyeludupan dan perdagangan hidupan liar ke luar. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sudah diarahkan untuk melaksana tindakan perlu khususnya untuk memastikan setiap bagasi penumpang diimbas.*

*GOA_L* 8️⃣ *Ipoh 13 Mac: Pengarah syarikat barangan elektrik kerugian lebih RM200,000 akibat diperdaya sindiket penipuan atas talian dengan tawaran kontrak membekalkan peralatan elektrik kepada agensi kerajaan. Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal berkata, laporan diterima daripada seorang lelaki berusia 38 tahun selepas menyedari ditipu sindiket yang menyamar sebagai wakil Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Selasa lalu.*

*GOA_L* 9️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata beliau menerima nasihat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan hati terbuka. Ahmad Zahid baru-baru ini menemui Tengku Zafrul dan menasihatkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu supaya tidak tergesa-gesa membuat keputusan berhubung kedudukannya dalam parti.*

*GOA_L* 🔟 *Putrajaya 13 Mac: Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan pekarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini pada 3.13 petang hari ini. Ia selepas Ahli Parlimen Bera itu selesai memberi keterangan selama lebih lima jam kepada pegawai SPRM berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.*

*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Putrajaya 13 Mac: Jadikan kediamannya sebagai lokasi mencetak Mykad palsu sebelum dijual pada harga sekitar RM4,000 hingga RM5,000 kepada pembeli warga tempatan. Bagaimanapun kegiatan lelaki berusia 31 tahun pemegang Kad Pengenalan bertaraf Pemastautin Sementara (MyKas) itu terbongkar selepas serbuan dijalankan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) baru-baru ini.*

*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Muar 13 Mac: Polis menemui sepucuk pistol serta sekotak mengandungi 50 butir peluru hidup susulan penahanan empat individu positif dadah termasuk seorang wanita di sebuah rumah di Paya Panjang, Bukit Pasir, di sini, semalam. Keempat-empat suspek berusia antara 31 hingga 38 tahun ditahan pasukan dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, jam 4.30 petang.*

*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Kota Bharu 13 Mac: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning, Perak akan dimuktamadkan pada Sabtu ini. Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PAS Perak ada senarai nama beberapa calon dan ia akan dimuktamadkan selepas mesyuarat pada Sabtu ini.*

*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Kerajaan Madani berjaya menyelesaikan sembilan tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) setakat ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata penyelesaian itu termasuk pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah dan Sarawak sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan 182 (AP182).*

*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Kuching 13 Mac: Status Tindakan Bagi Perkara-Perkara Di Bawah Kementerian Kewangan antara enam kertas pembentangan yang dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKTMTPMA63) di Putrajaya hari ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, turut dibentangkan Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Berkenaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan Sarawak dan Cadangan Pindaan Item 25A (Pelancongan) Dalam Senarai I (Persekutuan) Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan (PP) Kepada Senarai III (Bersama) Jadual Kesembilan PP.*

*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Sebanyak 283 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa dalam Ops Campur setakat semalam, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh. Beliau berkata pemeriksaan itu turut membawa kepada 99 kes sitaan sampel beras untuk tindakan lanjut, dengan nilai sitaan berjumlah RM29,374.90.*

*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Putrajaya 13 Mac: Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu bahawa tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais kerana bekas pakar patologi itu tidak pernah berada di lokasi kejadian. Peguam Datuk N Sivananthan, yang mewakili Kunaseegaran, berhujah anak guamnya tidak pernah dibuktikan mempunyai niat yang sama dengan lima tertuduh lain untuk membunuh Morais.*

*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Tawau 13 Mac: Tertuduh ketiga dalam kes bunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, bahawa wang miliknya yang didakwa dicuri telah kembalikan sebelum kejadian mangsa dipukul di bilik kolej itu pada malam 21 Mac tahun lalu. Saksi pembelaan kelapan (DW8) yang juga pelajar Program Perakaunan di Kolej Vokasional Lahad Datu berkata mangsa menyerahkan wang berkenaan kepada tertuduh kelima (OKT-5) di bilik 7 Resak, kira-kira jam 10.30 malam.*

*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan supaya menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam. Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata, pemberian BKK penting bagi meringankan beban perbelanjaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.*

*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Petaling Jaya 13 Mac: Minyak dan gas adalah sumber yang penting dalam ekonomi, terutamanya kepada negara-negara pengeluar. Malaysia sebagai salah sebuah negara pengeluar minyak turut menerima manfaat daripada sumber itu. Malah, minyak dan gas menjadi komponen penting untuk ekonomi Malaysia dan menyumbang  kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahunan.*

*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Kuching 13 Mac: Batik Air, Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan AirAsia bersetuju untuk menambah penerbangan ke Sarawak sempena Aidilfitri yang bakal tiba. Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penerbangan tambahan itu diperlukan untuk mengatasi peningkatan permintaan perjalanan semasa musim perayaan.*

*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Putrajaya 13 Mac: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, siasatan pihak berkuasa mendapati bahawa dana berjumlah AS$1 bilion milik syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipindahkan ke dalam sebuah syarikat luar pesisir, tidak mendapat kebenaran Lembaga Pengarah. Dana itu sepatutnya dilaburkan 1MDB bagi usaha sama dengan syarikat penerokaan minyak berpangkalan di Arab Saudi, PetroSaudi International Ltd, (JVCo) 1MDB-PSI, bagaimanapun AS$700 juta dipindahkan ke Good Star Ltd, iaitu syarikat luar pesisir yang dikatakan milik ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.*

*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Kuantan 13 Mac: Seorang wanita berusia 24 tahun disambung reman sehingga Sabtu ini selepas dipercayai terbabit dalam kes bayi perempuan yang ditemukan tidak bernyawa di pusat perlindungan bayi di sebuah hospital swasta di sini, Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, perintah sambung reman itu dikeluarkan selepas tempoh tahanan reman ke atas suspek sebelum ini tamat, hari ini.*

*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Kuching 13 Mac: Seekor ular menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama dua jam yang menjejaskan kawasan Batu Kawa dan MJC di sini pada Selasa (11 Mac), menurut kenyataan Sarawak Energy Berhad hari ini. Menurut kenyataan itu cawangan operasinya, Syarikat SESCO Berhad (SESCO) mengesahkan reptilia itu ditemukan mati selepas berkemungkinan bersentuhan dengan peralatan bekalan elektrik di persimpangan jalan Batu Kawa-Malihah.*

*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memberi kerjasama kepada siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ahli Parlimen Bera itu berkata, beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, hari ini bagi memberi keterangan kepada pihak berkenaan.*

*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Pemantau rasuah, Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), menegaskan bahawa segala dakwaan berkaitan skandal rasuah lesen mineral di Sabah harus disertakan dengan bukti yang sahih dan melalui proses pengesahan yang telus. Kenyataan MCW itu susulan kenyataan Latheefa Koya mengenai pembabitan Ketua Menteri Sabah serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam isu itu.*

*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Jawatankuasa Fatwa MKI) memutuskan Ahli Sunah Waljamaah adalah mazhab rasmi negara ini dari segi perundangan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, perkara itu diputuskan ketika Jawatankuasa Fatwa MKI bersidang pada 21 dan 22 Oktober lalu.*

*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menangani isu ketagihan media sosial yang luar biasa yang membabitkan kesihatan mental pengguna. Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata ini kerana MCMC dan Kementerian Komunikasi tiada kepakaran bersesuaian berkaitan isu kesihatan mental.*

*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Seremban 13 Mac: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan memberi sokongan kaunseling dan psikologi kepada keluarga mangsa yang dirempuh sebuah kereta Honda Jazz di Matahari Height, di sini, 6 Mac lalu. Pengarahnya, Muhammad Yusry Che Dah berkata, berdasarkan pemerhatian, pihaknya mendapati seorang daripada tiga ibu mangsa yang maut dalam kemalangan itu dikesan menunjukkan simptom kemurungan.*

*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Kuala Lumpur 13 Mac: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan menyita dadah seberat 33.588 kilogram (kg) dianggarkan bernilai kira-kira RM4.12 juta dalam serbuan di tiga lokasi berasingan, baru-baru ini. Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) JKDM, Raizam Setapa@Mustapha berkata, kejayaan itu dilakukan Cawangan Narkotik Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat JKDM.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*

            
*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=


               🇵🇸 *Gaza 12 Mac: Sumber perubatan mengumumkan pada Rabu bahawa jumlah kematian di Gaza telah meningkat kepada 48,515, dengan majoritinya terdiri daripada kanak-kanak dan wanita, sejak bermulanya serangan tentera Israel pada 7 Oktober 2023.*
             *Menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), jumlah kecederaan telah meningkat kepada 111,941, sejak bermulanya serangan itu, sementara sejumlah mangsa masih berada di bawah runtuhan, dan pasukan ambulans serta pertahanan awam tidak dapat sampai ke lokasi itu.*
             *Mereka mengesahkan bahawa 12 rakyat Palestin yang terkorban dan 14 yang cedera telah dibawa ke hospital-hospital di Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas.*

               🇺🇸 *Washington 13 Mac: Misteri pembunuhan seorang wanita di Maryland pada 1975 akhirnya terungkai selepas pihak berkuasa berjaya membongkar bukti penting menerusi kaset lama dan sekeping gambar mangsa.*
             *New York Post melaporkan, pihak polis Howard County dalam satu kenyataan semalam mengesahkan bahawa kes kematian Roseann Sturtz yang dijerut sehingga mati selepas bertemu suspek di sebuah bar pada 24 Ogos 1975 itu akhirnya terungkai selepas hampir lima dekad.*
            *Siasatan semula yang dijalankan penghujung tahun lalu membawa kepada bukti mengejutkan bahawa pembunuhnya adalah Charles William Davis Jr, seorang banduan yang sudah menjalani hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh.*
            *Detektif berjaya menemukan rakaman audio tahun 1981 yang merakam perbualan Davis ketika dia dipenjarakan di Institut Pemulihan Jessup.*

            🇳🇱 *The Hague 13 Mac: Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte ditahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Rabu, menurut kenyataan mahkamah itu, lapor Agensi Anadolu.*
              *Media tempatan melaporkan bahawa penyokongnya berkumpul di pusat tahanan Scheveningen di The Hague, Belanda, sambil mengibarkan bendera Filipina dan menyanyikan lagu kebangsaan.*
               *Selepas mengumumkan penahanannya, ICC menyatakan bahawa mahkamah mendapati "terdapat alasan munasabah untuk mempercayai bahawa Duterte bertanggungjawab secara individu sebagai rakan subahat tidak langsung dalam jenayah terhadap kemanusiaan berupa pembunuhan, yang didakwa dilakukan di Filipina antara 1 November 2011 dan 16 Mac 2019."*

            🇳🇱 *Rotterdam 13 Mac: Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, mengaku "bertanggungjawab" ketika ditahan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.*
           *Terdahulu, ICC yang berpangkalan di The Hague itu percaya terdapat asas munasabah untuk mendakwa Duterte atas pembunuhan dalam kempen antidadah yang didakwa meragut puluhan ribu nyawa.*
            *"Saya adalah orang yang mengetuai penguatkuasaan undang-undang dan tentera kita.*
            *"Saya sudah memberitahu akan melindungi anda dan saya akan bertanggungjawab atas semua ini," katanya kepada rakyat Filipina dalam satu video yang dikongsikan di laman Facebooknya.*

            🇮🇸 *Helsinki 13 Mac: Hampir 200 gempa bumi melanda barat daya Iceland di Semenanjung Reykjanes sejak petang Rabu, lapor Xinhua.*
           *Pejabat Meteorologi Iceland (IMO) mengesahkan lebih 190 gegaran direkodkan sehingga malam, dengan tiga daripadanya melebihi magnitud 3.0.*
          *Menurut pakar bencana alam IMO, Johanna Malen Skuladottir, kejadian gempa bumi seperti itu adalah perkara biasa di kawasan terbabit dan tidak dikaitkan dengan aktiviti gunung berapi.*

            🇦🇷 *Bogota 13 Mac: Pasukan keselamatan bertempur dengan penunjuk perasaan pada Rabu di ibu negara Argentina, Buenos Aires, dalam protes yang dianjurkan oleh pesara yang disertai oleh peminat bola sepak, kesatuan sekerja dan kumpulan progresif, mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 orang cedera.*
           *Polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan termasuk warga emas, wanita dan golongan muda. Sekurang-kurangnya 103 orang ditahan, menurut Anadolu Ajansi.*
            *Video yang tersebar di media sosial menunjukkan polis memukul dan mengheret penunjuk perasaan, termasuk rakaman seorang wanita berusia 87 tahun mengalami kecederaan kepala semasa orang lain cuba membantunya.*

            🇵🇰 *Quetta, Pakistan 13 Mac: Insiden terbaharu membabitkan kumpulan militan yang menawan kereta api meningkatkan keganasan di wilayah Balochistan di barat daya Pakistan, sejak tahun lalu.*
           *Tentera Pembebasan Baloch (BLA) adalah kumpulan paling aktif berjuang menentang negara untuk kemerdekaan di wilayah yang kaya dengan mineral itu.*
           *Ini yang diketahui tentang BLA yang mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan.*
           *Tentera Pakistan bertempur selama hampir dua dekad dengan pemberontakan pemisah etnik Baloch, yang membunuh ratusan orang.*

            🇵🇰 *Sibi, Pakistan 13 Mac: Lebih 340 penumpang kereta api yang dijadikan tebusan oleh kumpulan pengganas akhirnya dibebaskan oleh pasukan keselamatan, semalam, selepas operasi menyelamat selama 30 jam.*
             *Seorang pegawai tentera memberitahu AFP bahawa seramai 27 anggota tentera yang ketika itu tidak bertugas, maut akibat ditembak pengganas berkenaan.*
             *Pasukan keselamatan Pakistan melancarkan operasi menyelamat pada Selasa petang selepas kumpulan pemisah itu mengebom landasan kereta api di kawasan pergunungan barat daya Balochistan sebelum menyerbu sebuah tren yang membawa kira-kira 450 penumpang.*
              *"Sebanyak 346 tebusan berjaya diselamatkan dan lebih 30 pengganas terbunuh dalam operasi ini," kata seorang pegawai tentera kepada AFP yang dia enggan dikenali kerana tidak dibenarkan bercakap kepada media.*

            🇦🇺 *Canberra 13 Mac: Lebih 60 kesan tapak kaki dinosaur ditemukan pada sebuah batu yang tersimpan di pejabat utama Sekolah Menengah Negeri Biloela, Queensland, selama lebih 20 tahun, lapor pihak berkuasa.*
            *Penyelidikan baharu menunjukkan bahawa batu besar itu mengandungi satu daripada konsentrasi kesan tapak kaki dinosaur yang paling tinggi pernah dicatatkan di Australia, dengan 66 jejak fosil daripada 47 dinosaur berbeza yang dipercayai berasal dari zaman Jurassic Awal, sekitar 200 juta tahun yang lalu.*
             *"The Guardian melaporkan, jejak itu dibuat oleh Anomoepus scambus, dinosaur pemakan tumbuhan kecil yang berjalan dengan dua kaki.*
              *Berdasarkan fosil rangka yang ditemukan di luar negara, spesies ini dipercayai mempunyai kaki yang panjang, tangan yang pendek dan tubuh yang besar.*

            🇰🇷 *Seoul 13 Mac: Dua juruterbang pesawat tempur Tentera Udara Korea Selatan didakwa pada Khamis selepas siasatan mendapati kesilapan mereka menyebabkan pengeboman secara tidak sengaja di sebuah perkampungan minggu lalu, menurut Kementerian Pertahanan negara itu.*
            *Pada Khamis lalu, dua pesawat tempur KF-16 menggugurkan lapan bom MK-82 di luar kawasan latihan di Pocheon, kira-kira 40 kilometer di utara Seoul, mencederakan 38 orang termasuk 24 orang awam.*
            *"Pasukan Penyiasatan Jenayah mengesahkan bahawa kesilapan juruterbang dalam memasukkan koordinat sasaran menjadi punca utama kejadian," lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan kementerian.*

            🇹🇭 *Bangkok 13 Mac: Timbalan Ketua Polis Negara Thailand dipecat selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan perjudian dan pengubahan wang haram, menurut polis Thailand dalam satu kenyataan.*
           *Menurut kenyataan itu, Surachate Hakparn yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Negara secara rasmi dipecat pada Selasa.*
           *Surachate atau lebih dikenali dengan gelaran 'Big Joke' ditahan dalam beberapa serbuan pada 2023 yang menyasarkan rangkaian perjudian dalam talian dikenali sebagai 'Betflix'.*
            *Beliau didakwa atas kesalahan pengubahan wang haram yang dinafikan olehnya, dan Surachate juga sudah digantung tugas sementara siasatan dijalankan.*

              🇹🇭 *Narathiwat 12 Mac: Polis Thailand sedang memburu 17 individu yang disyaki terlibat dalam serangan bom dan tembakan di Pejabat Daerah Sungai Golok, di sini, Sabtu lalu.*
            *Ketua Polis Bahagian Ke-9 (Region 9 Chief Police), Leftenan Jeneral Polis Piyawat Chalermsi berkata polis sudah mengenal pasti 17 individu terlibat dalam serangan yang menyebabkan dua anggota sukarelawan pertahanan maut.*
            *"Berdasarkan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, polis mendapati seramai 17 individu disyaki terbabit dalam serangan pada 8 Mac.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*GOA_L MEDSOS, POPULAR*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+
 

                🚝 *Kuala Lumpur 13 Mac: Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) mengesahkan berlaku gangguan teknikal pada sebuah tren bernombor 84 di Stesen Abdullah Hukum, semalam.*
           *Menurutnya, insiden yang tular di media sosial dilaporkan pada jam 10.43 malam, berpunca daripada kerosakan pada komponen pemasangan pengumpul kuasa pada tren.*
           *"Impak daripada insiden itu terdapat kepulan asap kecil dan bunyi dentuman.*
           *"Pegawai transit yang sedang bertugas di dalam tren bertindak pantas mengikut piawaian standard operasi dengan meminta semua penumpang turun di Stesen Abdullah Hukum dan perkhidmatan tren alternatif diaktifkan bagi membolehkan penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi," katanya dalam kenyataan hari ini.*

                🚘 *Iskandar Puteri 13 Mac: Polis Johor sedang giat mengesan pemandu kereta Proton Saga yang memandu melawan arus di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), yang dipercayai berlaku semalam.*
          *Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, berkata siasatan dibuat susulan tular rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan kenderaan berkenaan dipandu melawan arus dengan laju sekali gus membahayakan pengguna laluan berkenaan.*
            *Katanya, polis sedang menjalankan siasatan termasuk mengesan pemandu kereta berkenaan selepas video rakaman berkenaan tular di media sosial sejak petang semalam.*
             *"Setakat ini tiada laporan diterima berhubung kejadian berkenaan.*

               ⚡️ *Johor Bahru 13 Mac: Berada tiga hingga lima jam di atas menara penghantaran setinggi 25 meter hingga 50 meter dengan talian bervoltan tinggi dianggap sebagai tugas mencabar dan penuh risiko.*
            *Namun, itu tugas warga Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam usaha memastikan bekalan elektrik dapat disalurkan dengan stabil khususnya ketika Ramadan ini.*
             *Ketika lebih 10 juta pengguna di Semenanjung Malaysia menerima bekalan elektrik sepanjang masa tanpa henti, mereka bergadai nyawa melakukan kerja penyelenggaraan berisiko membabitkan talian bervoltan tinggi.*
           *Juruteknik Tingkatan Kanan yang juga penyelia tapak, Nooraffendi Saaim berkata, biarpun berisiko tinggi, perasaan gentar dapat dikawal setiap ahli pasukannya dengan berbekalkan kepercayaan, kepakaran dan pengalaman.*

               🚀 *Washington 13 Mac: Dua angkasawan yang terkandas di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) lebih daripada sembilan bulan mungkin perlu menunggu lebih lama untuk pulang selepas pelancaran kapal angkasa pengganti, ditangguhkan.*
            *Roket Falcon 9 yang membawa kapal angkasa Crew-10 SpaceX-Nasa sepatutnya dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida, pada 7.48 malam Rabu.*
            *Namun, kira-kira 45 minit lagi sebelum pelancaran, ia dibatalkan kerana masalah teknikal.*
             *"Masalah berpunca dari sistem hidraulik di bahagian darat," kata jurucakap pelancaran Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Derrol Nail, sambil menambah bahawa "roket dan kapal angkasa berada dalam keadaan baik."*

              🏃🏻‍♀️ *London 13 Mac: London Marathon tahun ini berpotensi mencipta sejarah sebagai maraton terbesar dunia buat kali pertama, dengan jumlah peserta yang menamatkan perlumbaan dijangka melebihi rekod sedia ada.*
           *Acara itu diiktiraf sebagai maraton paling popular selepas menerima 840,318 permohonan untuk edisi 2025.*
             *Ia juga merupakan acara pengumpulan dana satu hari terbesar di dunia, dengan lebih £1.3 bilion (US$1.6 bilion) dikumpulkan untuk kebajikan sejak dianjurkan pada 1981.*
              *Guinness World Records akan menobatkan London Marathon sebagai maraton terbesar dunia sekiranya lebih 55,646 pelari berjaya menamatkan perlumbaan pada 27 April, mengatasi rekod New York Marathon yang dicatat pada November 2024.*

             🤰🏻 *Beijing 12 Mac: Pelik tapi benar, namun itu terjadi kepada wanita juga 'blogger' solekan yang berkongsi pengalamannya melahirkan bayi sehari selepas mengetahui dirinya hamil.*
            *South China Morning Post (SCMP) melaporkan, perkongsian video wanita dari wilayah Jiangsu timur dikenali @tingtingyupengpeng di media sosial utama China itu, ditonton 190 juta kali, lapor Litchi News.*
            *Wanita itu mendakwa mengalami pendarahan serius pada petang 6 November 2024, ketika bermain permainan di telefon bimbitnya.*
            *Keesokan harinya, wanita pergi ke hospital dan diberitahu bahawa dia hamil 34 minggu.*
            *"Saya tidak percaya doktor sehingga saya mendengar bunyi degupan jantung dari mesin ultrabunyi," kata penulis blog itu dalam video yang dikeluarkan pada 28 Februari.*
             

*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
                 

*GOA_L ARENA SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=


               🏆 *London 13 Mac: Arsenal menempah pertembungan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan Real Madrid selepas diikat 2-2 oleh PSV Eindhoven untuk kemenangan agregat 9-3 pada aksi kedua peringkat 16, awal pagi tadi.*
           *Kemaraan sudah terjamin selepas kelab London itu menang besar 7-1 di Belanda minggu lalu dan ketika Oleksandr Zinchenko meletakkan mereka di depan, PSV menjangkakan nasib sama menimpa mereka.*
            *"Kami melakukannya dengan konsisten dan kini kami mahu membuat langkah seterusnya yang lebih sukar. Namun kami mampu melepasinya," kata pengurus Arsenal Mikel Arteta kepada wartawan sebelum mengetahui sama ada Real Madrid atau Atletico Madrid menunggu mereka.*

               🥳 *Madrid 13 Mac: Real Madrid menewaskan Atletico Madrid 4-2 menerusi penentuan penalti untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas aksi peringkat 16 berakhir dengan agregat 2-2 di Stadium Metropolitano, awal pagi tadi.*
              *Antonio Ruediger menyempurnakan penalti kemenangan untuk Real selepas perlawanan kedua tamat 1-0 memihak Atletico hasil jaringan awal pemain tengah Conor Gallagher manakala Vinicius Jr gagal menjaringkan penalti pada lewat babak kedua untuk Real.*
            *Gergasi Sepanyol itu akan berdepan Arsenal pada peringkat lapan terakhir.*
            *"Pada akhirnya, penentuan penalti adalah loteri," kata penjaga gol Real Thibaut Courtois kepada Spanish TV Movistar Plus.*

              🙌🏻 *London 12 Mac: Kegagalan besar pertama Liverpool musim ini menjadi kejutan mendadak kepada pasukan Arne Slot, tetapi mereka mesti segera melupakan kekecewaan akibat tersingkir dari Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan meraih trofi Piala Liga pada Ahad ini, kata penjaga gol, Alisson.*
             *Kemenangan Paris St Germain (PSG) 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan pusingan 16 terakhir di Anfield, awal pagi tadi, lebih sukar diterima berbanding penyingkiran mengejut Liverpool kepada pasukan divisyen kedua, Plymouth Argyle, dalam saingan Piala FA.*
            *"Kami ada perlawanan akhir hujung minggu ini dan masih perlu meneruskan saingan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL)," kata Alisson, yang aksi cemerlangnya dalam perlawanan pertama menentang PSG di Paris, minggu lalu akhirnya tidak mencukupi.*

              🤩 *Lille, Perancis 13 Mac: Borussia Dortmund mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) untuk tahun kedua berturut-turut selepas jaringan Emre Can dan Maximilian Beier memberikan mereka kemenangan 2-1 di Lille pada aksi kedua peringkat 16 terakhir, awal pagi tadi.*
             *Can menjaringkan penalti untuk menyamakan kedudukan selepas Jonathan David meletakkan tuan rumah di depan. Namun Beier menjaringkan gol kemenangan untuk agregat 3-2 buat skuad dari Jerman itu yang muncul juara 1977 dan menjadi naib juara musim lalu.*
              *Mereka akan berdepan Barcelona untuk merebut tempat ke separuh akhir.*

               ✍🏻 *London 13 Mac: Kapten Liverpool Virgil van Dijk mengakui dia tidak ada idea sama ada kekal atau tidak di Anfield musim depan.*
              *Kontrak Van Dijk tamat pada penghujung kempen musim ini dan masih belum mencapai perjanjian dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.*
              *Rundingan sudah pun berjalan dalam tempoh agak lama dan pertahanan tengah Belanda itu masih berminat melanjutkan kontraknya di Merseyside.*
             *Namun sehingga perjanjian baharu dimuktamadkan, pemain berusia 33 tahun itu mengakui dia tidak dapat memberi jaminan akan terus menyarung jersi Liverpool apabila musim baharu bermula.*

               ⚽️ *Birmingham, England 13 Mac: Aston Villa mara ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menewaskan Club Brugge 3-0 pada aksi kedua peringkat 16 terakhir untuk kemenangan agregat 6-1 sekali gus menempah pertembungan sukar dengan Paris St Germain.*
          *Marco Asensio yang dipinjamkan dari PSG muncul wira dengan dua gol pantas sejurus dimasukkan daripada bangku simpanan selepas rehat.*
            *"Sangat gembira dengan kemenangan ini," katanya. "Kami mahu lebih lagi. Sekarang kami ada sedikit waktu rehat dan fikir objektif seterusnya."*

               🏁 *London 13 Mac: Pelumba Ducati Marc Marquez sekali lagi menunjukkan sikap murah hatinya apabila bersetuju mendermakan wang hasil kemenangan di MotoGP Thailand berjumlah €306,000 (RM1.48 juta) kepada beberapa rumah anak yatim di negara itu.*
         *Bercakap kepada media Sepanyol Sport, Marquez berkata:*
          *"Menang perlumbaan memang menakjubkan tetapi memberi sesuatu adalah lebih baik. Saya bertuah dalam hidup ini dan saya mahu berkongsi dengan kanak-kanak yang tidak mempunyai peluang yang sama.*
            *"Kanak-kanak ini adalah pejuang sama seperti kami pelumba. Jika saya dapat membantu mereka untuk kehidupan lebih baik, ia jauh lebih berharga daripada mana-mana trofi."*

               🏎️ *Melbourne 12 Mac: Jingga akan menjadi sangat popular di Albert Park apabila Oscar Piastri dari McLaren berusaha untuk meraih kemenangan sulung di Grand Prix (GP) Australia di tanah airnya, Ahad ini.*
           *Tiada pemandu Australia berjaya menaiki podium, apatah lagi memenangi perlumbaan, sejak ia dimasukkan ke dalam kalendar global Formula Satu (F1) pada 1985.*
             *Namun, peminat tempatan mempunyai harapan tinggi Oscar Piastri akan menamatkan kemarau kemenangan dengan kereta berwarna jingganya.*
              *Menduduki tempat keempat di Albert Park tahun lalu dan keempat dalam kejuaraan pemandu keseluruhan yang dimenangi oleh Max Verstappen dari Red Bull, Piastri menyasarkan kedudukan teratas dalam kedua-duanya tahun ini, yangg juga musim ketiganya bersama McLaren.

               🎾 *Indian Wells, Amerika Syarika 13 Mac: Juara bertahan dua kali Carlos Alcaraz mudah menewaskan Grigor Dimitrov 6-1, 6-1 awal pagi tadi untuk mara ke suku Masters ATP Indian Wells.*
             *Pemain nombor tiga dunia dari Sepanyol itu tidak bermasalah dengan cuaca berangin di Stadium Court untuk mempamerkan persembahan mantap ketika berdepan lawan yang mengatasinya pada dua perlawanan sebelum ini termasuk suku akhir Terbuka Miami tahun lalu.*
             *Alcaraz menyekat hasrat Dimitrov untuk menyertai pemain Kanada Felix Auger-Aliassime sebagai satu-satunya pemain yang menewaskan Alcaraz dalam tiga perlawanan berturut-turut.*
            *Dengan kemenangan ke-1000nya dalam 50 Masters ATP, Alcaraz menghidupkan peluang untuk sebaris dengan Roger Federer dan Novak Djokovic sebagai pemain lelaki yang memenangi tiga gelaran Indian Wells berturut-turut.*

               👊🏻 *London 13 Mac: Jaguh sukan seni bela campuran dari Ireland, Conor McGregor menegaskan semangat perwiranya masih membara walaupun berehat panjang.*
           *Bekas juara UFC dua divisyen itu tidak masuk gelanggang sejak kaki kirinya patah ketika pertarungan 'trilogy' dengan Dustin Poirier pada Julai 2021.*
           *McGregor, 36, sepatutnya kembali bertarung dengan Michael Chandler pada Jun lalu di Sin City tetapi terpaksa dibatalkan selepas ibu jari kakinya patah.*
             *Dia kemudiannya melupakan gelanggang selama beberapa bulan tetapi menegaskan akan bertarung semula walaupun bukan di oktagon UFC.*

               🏌🏻‍♂️ *Miami 13 Mac: Rory McIlroy percaya Tiger Woods tidak mungkin beraksi tahun ini tetapi yakin juara kejohanan utama 15 kali itu akan berusaha untuk tampil semula selepas kecederaan terbaru dialaminya.*
            *Woods mengejutkan dunia golf pada Selasa lalu selepas mendedahkan tendon achillesnya tercedera ketika bersiap sedia untuk kembali ke kejohanan kompetitif, berkemungkinan di Masters bulan depan di Augusta.*
           *Bercakap sehari sebelum pusingan pembukaan Kejohanan Pemain di Florida, bintang Ireland Utara, McIlroy menyatakan simpati beliau terhadap nasib Woods.*

               🏸 *Kuala Lumpur 13 Mac: Pemain badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menarik diri daripada menyertai Terbuka Swiss yang dijadualkan berlangsung di Basel Switzerland, minggu hadapan.*
              *Menurut kenyataan dikeluarkan di media sosial oleh Team LZJ hari ini, pemain berusia 26 tahun itu cedera pada ligamen buku lalinya yang menyebabkan dia terpaksa menarik diri daripada kejohanan itu.*
              *"Team LZJ boleh sahkan bahawa Zii Jia menarik diri daripada Terbuka Swiss di Basel disebabkan kecederaan buku lali kanannya.*

              🐯 *Petaling Jaya 13 Mac: Pengendali baharu skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski membuat kejutan dengan menyenaraikan bintang bola sepak Selangor FC, Faisal Halim menjelang kem latihan negara bermula 17 Mac ini bagi menghadapi Nepal dalam Kelayakan Piala Asia 2027.*
             *Kehadiran semula Faisal bersama skuad negara sememangnya mengejutkan selepas pemain itu berdepan insiden sedih apabila disimbah asid oleh pihak tidak dikenali pada Mei tahun lalu.*
              *Susulan itu, pemain utama skuad negara ketika era Kim Pan-gon itu terpaksa menjalani empat pembedahan sekali gus memerlukan tempoh pemulihan agak panjang.*
             *Namun kebangkitan luar biasa dipamerkan Faisal yang pantas kembali ke prestasi terbaiknya hanya dalam kurang 10 bulan untuk kembali ke pangkuan skuad negara.*

               💰 *Kuala Lumpur 13 Mac: Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan kelab Thailand Buriram United lebih banyak berbelanja berbanding kelabnya hingga mampu mencipta kejayaan di dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).*
            *Menerusi sesi soal jawab bersama penyokong JDT, Tunku Ismail membuat perbandingan tahap kewangan dua kelab itu selepas ada pihak melaporkan skuad Harimau Selatan berbelanja 'mewah' namun gagal menewaskan Buriram United.*
              *Baginda berkata, Buriram jelas mempunyai kewangan yang lebih kukuh jika dilihat dari barisan pemain yang dimiliki oleh kelab itu.*

                👑 *Kuala Lumpur 13 Mac: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail mahu penyokong bola sepak tidak melakukan sesuatu perkara yang memalukan pasukan atau bertindak di luar batasan hingga menyebabkan Johor Darul Ta'zim (JDT) menerima tempiasnya.*
             *Baginda berkata, insiden baling botol yang berlaku ketika aksi timbal balik balik pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) menentang Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa lalu, sepatutnya tidak berlaku walaupun penyokong kecewa dengan keputusan pengadil.*
            *Malah, katanya, kejadian itu juga mencipta sejarah tersendiri kerana kali pertama berlaku di Stadium Sultan Ibrahim situasi terbabit sekali gus memalukan serta tidak mencerminkan budaya bangsa Johor.*
            *"Perkara ini pun, kalau tidak silap saya, pertama kali berlaku sejak SSI dibuka. Jadi, janganlah buat begitu kerana ia amat memalukan dan itu bukan cara kita orang Johor. Kita tahu, di stadium, itu bukan cara kita.*

                 👀 *Petaling Jaya 13 Mac: Renungan mata penuh bersemangat dari Faisal Halim nyata membuatkan hati pengendali skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski percaya tonggak sayap itu mampu memberikan aksi terbaik buat pasukan negara.*
           *Jelas Cklamovski, beliau hadir ke pusat latihan Selangor FC dan bertentang mata dengan Faisal bagi mendapatkan input terkini tentang keadaan dan prestasi terkini pemain kelahiran Pulau Pinang itu.*
             *Ternyata pengendali dari Australia itu terkesan dengan kesungguhan Faisal yang bertekad untuk membantu pasukan negara layak ke Piala Asia di Arab Saudi pada 2027 nanti.*

                 😱 *Kuantan 13 Mac: Kejutan pastinya berlaku apabila dikhabarkan skuad Pantai Timur, Sri Pahang FC tidak lagi mampu meneruskan cabaran saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.*
            *Sekiranya benar dakwaan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail itu, sejarah hitam bola sepak negara pastinya tercatat. Turut mengiringi Tok Gajah mengucapkan selamat tinggal ialah Kedah Darul Aman FC.*
             *Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, dia tidak terlalu terkejut dengan berita berkenaan kerana sebelum ini dia menjangkakan episod hitam bola sepak pasti berlaku.*
              *Beliau menambah, musim akan datang Sri Pahang mungkin boleh beraksi dalam saingan Liga M3, bina pasukan bermula dari bawah sambil turut menumpukan pada usaha mencungkil bakat baharu.*

              🐈 *Kuching 12 Mac: Kuching City FC memintas Terengganu FC untuk berada di tangga keempat Liga Super 2024/2025 selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 3-0 di Stadium Negeri di sini, malam ini.*
            *Babak pertama perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah bermula garang dengan melancarkan serangan demi serangan bagi melemahkan benteng pertahanan skuad bimbingan Victor Andrag.*
             *Selepas mengharungi 21 perlawanan, Kuching City kini berada di tangga keempat dengan 33 mata, satu mata mengatasi Terengganu FC, manakala Kedah di tangga ke-11 dengan 20 mata hasil daripada 20 perlawanan.*

               🦜 *Kuala Lumpur 13 Mac: Ketua jurulatih interim Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Victor Andrag mengakui tanpa kehadiran pemain senior dan tonggak import menyebabkan pasukan itu terus menjadi lubuk tiga mata kepada lawan dengan terbaharu tewas 0-3 kepada Kuching City FC, semalam.*
             *Victor berkata, walaupun terus mencatatkan kekalahan dalam saingan Liga Super, namun beliau tetap memberikan pujian kepada barisan pemain muda yang sentiasa berjuang bagi mengelak terus menjadi mangsa belasahan lawan.*
             *Beliau berkata, KDA FC akan tetap meneruskan sisa perjuangan dalam saingan Liga Super dengan menggunakan 'kudrat' yang ada selepas kehilangan beberapa tonggak utama kerana masalah kewangan serius.*

              
*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*

BERITA HARI INI - 30 MAY 2025

*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI* *‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ* ‎            *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الل...