Wednesday, April 9, 2025

BERITA HARI INI - 9 APRIL 2025 RABU

*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*

*‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
‎            *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*

*KHAMIS 10 APRIL 2025 MASIHI BERSAMAAN 11 SYAWAL 1446 HIJRAH* 

*LIVE FROM KAWAN FOOD FROZEN PULAU INDAH KLANG*

*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*

*IMSAK* : *05:52am*
*SUBUH* : *06:02am*
*SYURUK* : *07:09am*
*ZOHOR* : *13:18pm*
*ASAR* : *16:26pm*
*MAGHRIB* : *19:22pm*
*ISYAK* : *20:31pm*

*artikel disiarkan pada tarikh 9apr*

*harianmetroonline*
*by:hanipiloiempire*
*since2011*

 *GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


*GOA_L* 1️⃣ *Putrajaya 9 Apr: Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan negara ke Malaysia mulai 15 hingga 17 April ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. Beliau berkata, lawatan itu secara tidak langsung menunjukkan hubungan perdagangan erat antara kedua-dua negara. "Malaysia akan menerima Lawatan Negara oleh Presiden Xi Jinping bermula 15 hingga 17 April.*

*GOA_L* 2️⃣ *Petaling Jaya 9 Apr: Mahkamah Sesyen di sini hari ini ditunjukkan 10 rakaman video antaranya yang memaparkan kelibat dipercayai Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin dalam longkang, saksi berlari dan rakaman ibu kanak-kanak autistik itu di sebuah pasar raya. Sepuluh rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) dimainkan semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sabrina Zubairi pada perbicaraan hari ke-16 kes pengabaian dihadapi Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira Abdul Manaf, 30, di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.*

*GOA_L* 3️⃣ *Kuala Lumpur 9 Apr: Lelaki yang ditahan kerana dipercayai membuat ugutan jenayah terhadap anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di media sosial, direman dua hari bermula semalam. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata lelaki berusia 57 tahun itu direman dua hari untuk membantu siasatan.*

*GOA_L* 4️⃣ *Johor Bahru 9 Apr: Hasrat tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua wanita untuk mencari rezeki di daerah ini tidak kesampaian apabila ditahan, malam tadi. Mereka yang terdiri daripada warga Myanmar, Bangladesh, Vietnam dan Pakistan dan berusia antara 20 hingga 40 tahun itu ditahan ketika menaiki bas ekspres dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur menuju ke daerah ini.*

*GOA_L* 5️⃣ *Kangar 9 Apr: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyaman tiga pemandu kereta 'prebet sapu' selepas didapati berlegar di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Arau sehingga menimbulkan kesesakan lalu lintas, semalam. Tindakan kompaun diambil selepas menerima aduan awam mendakwa kehadiran kenderaan itu 'bersidai' di kawasan itu terutama ketika waktu ketibaan kereta api.*

*GOA_L* 6️⃣ *Kuala Lumpur 9 Apr: Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, membenarkan permohonan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad bagi menggantung prosiding pembelaan mereka terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta. Hakim Rosli Ahmad memutuskan demikian selepas peguam, M Athimulan memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak membantah permohonan itu, sehingga permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan pasangan terbabit membela diri atas pertuduhan berkenaan diputuskan.*

*GOA_L* 7️⃣ *Georgetown 9 Apr: Empat sekawan termasuk penganggur dan pelajar dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan memeras ugut seorang lelaki wang RM18,000, bulan lalu. Manakala, dua daripada mereka turut berdepan tiga lagi pertuduhan menyamar sebagai anggota polis dan memiliki pistol tiruan.*

*GOA_L* 8️⃣ *Kuala Lumpur 9 Apr: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menjelaskan kereta mewah jenis Lamborghini Aventador yang dipandu lelaki warga China tanpa lesen tidak disita seperti yang dilaporkan sebelum ini. JPJ WPKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemandu itu sebaliknya hanya dikenakan saman dalam Operasi Khas Bersepadu Hari Raya Aidilfitri 2025 di Jalan Bangsar, di sini semalam.*

*GOA_L* 9️⃣ *Kota Bharu 9 Apr: Kes rogol dan sumbang mahram di Kelantan kian membimbangkan dengan peningkatan kes yang berlaku setiap tahun, kebanyakannya membabitkan suka sama suka. Kebanyakan mangsa dan pelaku adalah remaja bawah umur, seawal usia 10 tahun bagi perempuan dan 11 tahun bagi lelaki, sehingga ada dalam kalangan mereka disahkan mengandung. Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat ketika mendedahkan perkara itu berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak 252 kes rogol dan sumbang mahram direkodkan, iaitu meningkat berbanding 2023 yang membabitkan 206 kes.*

*GOA_L* 🔟 *Melaka 9 Apr: Tindakan orang ramai melaporkan kesalahan pemandu kenderaan menerusi aplikasi MyJPJ berjaya memastikan golongan pemandu 'liar' ini dikenakan tindakan. Terbaru, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka memaklumkan menerima 183 aduan berkaitan kesalahan pengguna jalan raya sepanjang Operasi Sepadu sempena Op Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 yang berlangsung dari 24 Mac hingga 7 April.*

*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Putrajaya 10 Apr: Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyalurkan peruntukan bantuan bencana kepada Kerajaan Selangor berjumlah RM14.7 juta bagi tahun ini. Ketua Pengarah NADMA Datuk Khairul Shahril Idrus berkata peruntukan itu bagi pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana dan BWI Kematian sebanyak RM10,000 kepada waris mangsa bencana yang kehilangan nyawa.*

*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Putrajaya 9 Apr: Perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang mengalami gangguan kembali beroperasi seperti biasa 4 petang tadi. Menurut Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dalam kenyataan perkembangan terkini itu dimaklumkan menerusi semua platform sosial media syarikat berkenaan. "Susulan insiden kecurian kabel dan gangguan sistem isyarat yang menjejaskan perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit, ERL telah melaksanakan langkah-langkah segera untuk memudahkan pengguna kami serta terus mempertingkat langkah keselamatan di kawasan yang terjejas," menurut kenyataan itu.*

*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Johor Bahru 9 Apr: Tindakan seorang remaja lelaki memuat naik dan menjual gambar lucah yang disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam talian membawa padah apabila dia ditahan polis, semalam. Suspek berusia 16 tahun dan masih bersekolah itu ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, di sekitar Kulai, kira-kira jam 5 petang.*

*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Putrajaya 9 Apr: Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri (BPJPM) memohon untuk mengetepikan sepina yang dikeluarkan ke atasnya bagi menjadi saksi pada perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, pasukan peguam Datuk Seri Najib Razak menyerahkan sepina itu semalam supaya Ketua Pengarah BPJPM memberikan keterangan berhubung bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa.*

*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Subang Jaya 9 Apr: "Sebelum ini banjir, sekarang terbakar pula... saya akan cari rumah sewa di tempat lain," kata mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights. Norhaslizawati Mohd Tamizi, 39, memaklumkan ketika kejadian letupan berlaku, suaminya menerima panggilan telefon daripada rakan yang memberitahu rumah mereka terkesan akibat tragedi itu.*

*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Petaling Jaya 9 Apr: Pasukan pembelaan akan meminta penjelasan daripada Mahkamah Majistret, di sini berkenaan permohonan bagi mendapatkan carian minit prosiding reman yang didakwa ditolak 'pihak atasan'. Peguam Haresh Mahadevan memaklumkan demikian mewakili anak guamnya, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira Abdul Manaf, 30, yang kini dibicarakan atas pertuduhan pengabaian anak mereka, Zayn Rayyan Abdul Matin di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Dr Syahliza Warnoh.*

*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 9 Apr: Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 sebanyak 5 sen kepada RM3.28 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 sen kepada RM2.98 seliter bagi tempoh 10 hingga 16 April 2025. Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter. Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini berkata, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada paras RM2.15 seliter.*

*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Hulu Selangor 9 Apr: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor mengeluarkan Notis Larangan terhadap tapak pembinaan di Antara Gapi, di sini susulan pemandu lori maut dihempap lori yang dipandunya, kelmarin. JKKP Selangor dalam kenyataan berkata, notis itu dikeluarkan kerana projek pembangunan gagal mengadakan prosedur kerja dan lantikan 'banksman' bagi kerja tambakan tanah.*

*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Seremban 9 Apr: Ulang tahun kelahiran seorang warga wanita emas bertukar insiden malang apabila gelang emas dianggarkan bernilai RM6,500 diragut dua lelaki di perkarangan Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa Rubiah Harun, 65, baru pulang daripada membeli barang dengan menunggang motosikal.*

*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Tawau 9 Apr: Pemandu bas sekolah dipenjara 10 tahun dan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian penunggang motosikal tahun lalu.
Tertuduh, Muliandan Suniansah, 37, mengaku bersalah atas empat pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.*

*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Kuching 9 Apr: Bekas pembantu tadbir kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak dijatuhkan hukuman penjara 468 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas 36 pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) berjumlah lebih RM16 juta. Hakim Musli Ab Hamid turut memerintahkan tertuduh, Mohd Zairull Arzuan Mohd Shamsuddin Ja'afar @ Ang Chui Thong, 38, didenda RM180 juta dan jika gagal dikenakan penjara 36 bulan dan tiga sebatan.*

*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Pasir Mas 9 Apr: Pembantu jurujual warga Indonesia dipenjara lima tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana memiliki video pornografi kanak-kanak perempuan. Hukuman diputuskan Hakim Zulkipli Abdullah selepas tertuduh, Depison Ahlan, 25, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.*

*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Ulu Tiram 9 Apr: Penduduk kediaman Seri Baiduri, Bandar Tiram, di sini tidak perlu bimbang terhadap kedudukan pencawang elektrik yang terletak berhampiran cerun di sebelah kawasan pangsapuri terbabit. Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse berkata selepas membuat lawatan di tapak pencawang elektrik terbabit mendapati jarak antara pencawang dan hujung cerun adalah 25 meter.*

*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Kota Bharu 9 Apr: Sebanyak 47 kes kecederaan akibat bermain mercun direkodkan di Kelantan sepanjang bulan Ramadan sehingga kini. Pengarah Kesihatan negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, daripada angka itu, 12 kes membabitkan kecederaan parah sehingga mendatangkan kesan jangka panjang serta kekal.*

*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Kuala Krai 9 Apr: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh lembu melintas jalan di Kilometer 73 Jalan Kota Bharu - Gua Musang berhampiran Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai, awal pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Mohd Maizan Mustaffa berkata, kejadian berlaku kira-kira 2.17 pagi itu menyebabkan mangsa yang parah meninggal dunia di lokasi kejadian.*

*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Pasir Mas 9 Apr: Seorang bapa tiri dikenakan hukuman penjara 30 tahun dan 36 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan merogol anak perempuan di bawah umur antara Jun 2021 hingga Mac 2025. Tertuduh berusia 35 tahun yang bekerja sebagai buruh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Zulkipli Abdullah.*

*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Seremban 9 Apr: Anggota tentera sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, tadi, atas pertuduhan melakukan khianat terhadap kereta milik seorang wanita, hujung bulan lalu. Tertuduh, Abdul Hafiz Abu Bakar, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosli selepas kertas pertuduhan dibacakan.*

*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Kangar 9 Apr: Polis memberkas seorang wanita bagi membantu siasatan kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun menggunakan gunting di sebuah rumah, di sini, pada Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, suspek berusia 33 tahun ditahan berhampiran jejambat Titi Kerbau, Jalan Changlun-Kuala Perlis di Changlun, Kedah kira-kira jam 1.30 pagi semalam.*

*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Subang Jaya 9 Apr: Tunku Temenggong Kedah, Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah supaya setiap keperluan khas mangsa kejadian saluran paip gas meletup dan terbakar di Putra Heights, diteliti. Baginda yang juga Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bertitah, golongan rentan seperti warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU) yang cedera dalam insiden itu memerlukan penjagaan khusus.*

*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Seremban 9 Apr: Seorang lelaki dituduh di Mahkamah Majistret, di sini, tadi, atas dua pertuduhan masing-masing merosakkan peranti pemantauan elektronik (EMD) dipakainya dan melanggar syarat perintah sekatan dengan meninggalkan Mukim Setul tanpa kebenaran. Tertuduh, Mohd Amirul Afizam Mat, 38, mengaku bersalah terhadap kedua-dua tuduhan selepas ia dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*

            
*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=


              🇵🇸 *Gaza 9 Apr: Seorang pegawai kanan Hamas menegaskan bahawa adalah "perlu untuk gencatan senjata" di Gaza, selepas tiga minggu serangan udara Israel disambung semula ke atas wilayah Palestin itu.*
           *"Perang ini tidak boleh berlarutan tanpa penghujung. Oleh itu, perlu ada gencatan senjata," kata Hossam Badran, anggota Biro Politik Hamas kepada AFP.*
            *Hossam berkata, Hamas terbuka kepada sebarang cadangan yang boleh membawa kepada gencatan senjata dan menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.*

             🇺🇸 *New York 9 Apr: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata, Gaza telah menjadi "medan pembunuhan" berikutan perang pembunuhan beramai-ramai Israel yang berterusan, yang telah mengakibatkan kematian 50,810 rakyat Palestin dan mencederakan 115,688 yang lain, lapor Agensi Berita dan Info Palestin (WAFA).*
              *Beliau berkata, Semenanjung Gaza telah ditinggalkan tanpa "setitik bantuan" selama lebih daripada sebulan, dan keadaan itu terbukti buruk bagi penduduk Palestin di enklaf itu.*
             *"Lebih daripada sebulan penuh telah berlalu tanpa setitik bantuan ke Gaza. Tiada makanan. Tiada bahan api. Tiada ubat. Tiada bekalan komersial," katanya kepada pemberita di New York.*

             🇺🇸 *New York 9 Apr: Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres telah menyatakan kebimbangan yang mendalam mengenai keganasan baharu di Semenanjung Gaza dan memberi amaran tentang peningkatan selanjutnya di Timur Tengah, terutamanya di Tebing Barat yang diduduki, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).*
            *Risiko Tebing Barat yang diduduki bertukar menjadi Gaza kedua menjadikan keadaan lebih buruk," kata Guterres pada Selasa di New York.*
           *Beliau menggesa Israel dan masyarakat antarabangsa untuk menghormati undang-undang antarabangsa: "Kita mesti berpegang kepada prinsip teras kita. Negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mesti mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa. Dan mesti ada keadilan serta akauntabiliti apabila mereka gagal."*

              🇺🇸 *Washington 9 Apr: Bekas Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Lawrence Summers meramalkan negara itu berdepan kemelesetan ekonomi, dengan kemungkinan dua juta rakyat AS kehilangan pekerjaan susulan kenaikan tarif yang sedang dilaksanakan.*
            *Dalam temu bual bersama Bloomberg TV pada Selasa, Summers berkata, AS berkemungkinan besar akan mengalami kemelesetan, sekali gus menyaksikan tambahan dua juta individu menganggur, lapor Xinhua.*
           *"Kemungkinan besar kita akan berdepan kemelesetan - dan dalam konteks kemelesetan itu, kita akan melihat tambahan dua juta orang kehilangan pekerjaan," kata Summers dalam rancangan Wall Street Week di Bloomberg Television.*

              🇺🇸 *Washington 9 Apr: Saham di Amerika Syarikat (AS) ditutup rendah pada Selasa susulan ketegangan perdagangan yang semakin memuncak selepas Rumah Putih mengesahkan tarif ke atas barangan China akan meningkat lebih dua kali ganda, lapor Agensi Anadolu (AA).*
            *AS sebelum ini mengumumkan bahawa ia akan mengenakan tarif sebanyak 104 peratus ke atas China bermula Rabu.*
            *Saham Apple, yang mencatatkan kenaikan lebih empat peratus pada awal dagangan, ditutup susut hampir lima peratus.*

              🇺🇸 *Washington 9 Apr: Amerika Syarikat (AS) dan China sekali lagi bertembung dalam konflik perdagangan yang semakin memuncak apabila Presiden Donald Trump bersiap sedia melancarkan gelombang baharu tarif terhadap puluhan negara rakan dagang.*
             *Ekonomi global bergoncang sejak tarif 10 peratus AS mula berkuat kuasa hujung minggu lalu, menyebabkan pasaran saham dunia menjunam dengan ketara serta mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi.*
             *Kadar tarif ke atas import ke AS dari puluhan ekonomi dijangka meningkat lagi pada 12.01 tengah malam Rabu, sekali gus menyaksikan kadar tarif terhadap produk China sejak Trump kembali ke Rumah Putih, mencecah 104 peratus.*

              🇺🇸 *Washington 9 Apr: Amerika Syarikat (AS) akan mengenakan tarif sebanyak 104 peratus ke atas China bermula Rabu, menurut Rumah Putih.*
            *Jurucakapnya, Karoline Leavitt berkata, pada sidang media pada Selasa bahawa tarif itu akan berkuat kuasa tengah malam ini, lapor Agensi Anadolu (AA).*
            *"Akan ada tarif sebanyak 104 peratus yang akan berkuat kuasa ke atas China tengah malam ini," katanya.*
             *Leavitt berkata, Presiden Donald Trump percaya China "perlu mencapai perjanjian" dengan AS dan menyifatkan tindakan balas Beijing sebagai "satu kesilapan."*

              🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 *London 8 Apr: Pakar menyifatkan kelahiran seorang bayi selepas kejayaan pemindahan rahim pertama di UK sebagai "pencapaian besar" dan "keajaiban" bagi satu keluarga, lapor agensi berita Jerman (dpa).*
             *Stuart Lavery, perunding dalam bidang perubatan reproduktif di University College London Hospitals NHS Foundation Trust (UCLH) berkata "peristiwa menakjubkan yang bukan sahaja keajaiban peribadi bagi pasangan terlibat tetapi juga kejayaan pasukan pakar bedah dan saintis yang selama bertahun-tahun bekerja tanpa lelah untuk mencapai tahap ini.*
             *"Seperti banyak pencapaian penting dalam perubatan reproduktif UK, ia memerlukan gabungan pesakit yang berani dan pasukan perubatan yang komited, menyokong untuk menolak sempadan saintifik dengan harapan membantu lebih banyak pasangan memiliki keluarga yang mereka inginkan."*
              *Profesor Alison Campbell, ketua pegawai saintifik di Care Fertility berkata "sungguh luar biasa bagaimana sains memungkinkan kelahiran dan melihat kemajuan ini dalam perubatan reproduktif.*
   
              🇸🇦 *Jeddah 9 Apr: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memberi amaran kepada mereka yang berhasrat menunaikan ibadah haji agar tidak berurusan melalui saluran tidak rasmi.*
             *Kementerian itu menegaskan bahawa kemasukan bagi tujuan haji mesti melalui visa haji rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa Arab Saudi, menurut laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA).*
             *Visa boleh diuruskan melalui penyelarasan dengan pejabat urusan haji di 80 negara atau menerusi platform Nusuk Hajj yang ditetapkan bagi jemaah dari lebih 126 negara, membolehkan tempahan dibuat secara terus menerusi platform berkenaan.*

              🇸🇦 *Jeddah 8 Apr: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menetapkan 13 April sebagai tarikh akhir kemasukan jemaah Umrah ke negara itu, manakala 29 April pula sebagai tarikh akhir untuk mereka meninggalkan Arab Saudi bagi memberi laluan kepada musim Haji yang akan datang.*
           *Kementerian itu menegaskan bahawa mana-mana individu yang tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut peraturan yang ditetapkan, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).*
            *Kementerian turut menyeru orang ramai serta syarikat dan institusi yang menguruskan jemaah Umrah untuk mematuhi segala peraturan berkaitan.*

              🇮🇳 *New Delhi 9 Apr: Seorang lelaki di India ditahan polis selepas didakwa menyamar sebagai doktor Britain dan menjalankan pembedahan yang menyebabkan tujuh pesakit maut.*
             *BBC melaporkan, suspek, Narendra Vikramaditya Yadav, 53, turut dikenali sebagai Dr N John Camm dan pernah berkhidmat sebagai pakar kardiologi di sebuah hospital misi di Madhya Pradesh.*
              *Polis mendakwa Yadav memalsukan ijazah perubatan dan menggunakan nama Prof John Camm dari Hospital St George, United Kingdom (UK) bagi meningkatkan kredibilitinya, namun dia menafikan semua tuduhan itu.*

             🇹🇭 *Bangkok 9 Apr: Tiga lagi mayat ditemukan di celah bangunan 30 tingkat yang runtuh di daerah Chatuchak di sini, menjadikan angka korban tragedi itu meningkat kepada 21 orang setakat ini.*
             *The Nation melaporkan, menurut agensi penyelamat, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dijalankan, dengan sekurang-kurangnya 73 individu lagi masih hilang sejak kejadian 28 Mac lalu itu.*
              *Bangunan pejabat milik Pejabat Audit Negara Thailand yang masih dalam pembinaan runtuh akibat gempa bumi magnitud 7.7 yang melanda berhampiran Mandalay, Myanmar, menyebabkan ramai pekerja terperangkap.*

            🇹🇭 *Songkhla 9 Apr: Polis Thailand sedang mengesan seorang warga emas dipercayai rakyat Malaysia yang merompak sebuah kedai emas di Hat Yai pada Selasa.*
               *Ketua Polis Bahagian Ke-9, Leftenan Jeneral Polis Piyawat Chalermsi, berkata lelaki berusia 61 tahun itu bertindak bersendirian dan menyamar sebagai pelanggan sebelum memasuki sebuah kedai emas di Plaza Hat Yai pada kira-kira 11.50 pagi.*
             *"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek yang bersenjatakan pistol melarikan emas bernilai lebih kurang 9 juta baht (RM1.17 juta)," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian pada Rabu.*

            🇹🇭 *Bangkok 8 Apr: Kabinet Thailand pada Selasa meluluskan pembinaan sebuah jambatan kembar merentasi Sungai Golok yang akan menghubungkan Daerah Sungai Kolok di wilayah Narathiwat dengan Rantau Panjang di Kelantan, Malaysia.*
            *Timbalan Jurucakap Kerajaan Thailand, Anukul Prueksanusak memaklumkan bahawa Jabatan Lebuhraya Thailand diberikan kuasa untuk melaksanakan projek itu yang dianggarkan bernilai 292.65 juta baht dan dijangka mengambil tempoh 36 bulan untuk disiapkan.*
             *"Peruntukan ini merangkumi pembinaan jambatan selari, kerja-kerja baik pulih jambatan sedia ada, serta jaringan jalan raya di sebelah Thailand.*

              🇮🇩 *Jakarta 9 Apr: Presiden Indonesia Prabowo Subianto berkata beliau bersedia memberikan perlindungan sementara kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat perang di Gaza.*
            *Hampir 400,000 penduduk Gaza telah kehilangan tempat tinggal dalam beberapa minggu sejak Israel menyambung semula operasi ketenteraan di wilayah itu bulan lalu, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.*
             *"Kami bersedia menerima mangsa yang cedera," kata Prabowo sebelum berlepas untuk lawatan Timur Tengah ke Emiriah Arab Bersatu, Turki, Mesir, Qatar dan Jordan.*
              *"Kami bersedia menghantar pesawat untuk mengangkutnya. Kami menganggarkan jumlahnya mungkin 1,000 untuk gelombang pertama," katanya.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*GOA_L MEDSOS, POPULAR*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


              💥 *Kampar 9 Apr: Insiden sebuah kereta mengejar kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 308 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, semalam berakhir dengan kemalangan tiga kenderaan.*
              *Difahamkan, insiden kejar mengejar itu membabitkan perselisihan faham berkaitan hal kekeluargaan di mana seorang lelaki yang memandu Honda City bertindak mengejar adiknya yang dikatakan mengikut teman lelaki menaiki pelbagai guna (MPV) jenis Proton Ertiga.*
             *Terdahulu, tular di laman sosial video memaparkan kejadian di mana sebuah Proton Ertiga warna putih yang sedang dikejar oleh Honda City warna kelabu tiba-tiba berhenti mengejut di tengah-tengah lorong lebuh raya, mengakibatkan kemalangan beberapa kenderaan di belakang mereka.*

            👴🏼 *Batu Kawan 9 Apr: Tindakan seorang lelaki warga emas memandu kereta di lorong motosikal dekat Plaza Tol Bandar Cassia, di sini, semalam hingga tular di media sosial membawa padah apabila disaman polis.*
           *Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Jay January Siowou berkata, siasatan mendapati insiden berlaku jam 3.30 petang ketika lelaki berusia 75 tahun itu memandu kereta Perodua Axia.*
            *Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 36 saat memaparkan pemandu kereta memandu di lorong motosikal yang mengundang pelbagai reaksi warganet.*
             *Rata-rata mengatakan bahawa pemandu kereta terbabit berkemungkinan tersilap lorong memandangkan jalan agak bercelaru terutama jika kali pertama melaluinya.*

            💔 *Kuala Lumpur 9 Apr: Video sedang berjalan keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor dimuatnaik isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz mengundang tanda tanya ramai.*
            *Menerusi perkongsian di TikTok, Nur Nilam yang sebelum ini mendakwa Azlan mahu berpoligami memberi gambaran sudah memfailkan permohonan perceraian.*
            *Dengan kapsyen mengenai perpisahan serta busana serba hitam yang dikenakan, rata-rata pengikut meluahkan rasa simpati dan mendoakan yang terbaik buatnya.*

            👧🏻 *Beijing 9 Apr: Seorang kanak-kanak perempuan di China berdepan detik cemas apabila tersekat di mesin basuh apabila masuk ke dalam peralatan itu disebabkan merajuk selepas bertengkar dengan ibunya mengenai kerja sekolah.*
            *South China Morning Post (SCMP) melaporkan, kejadian berlaku pada 30 Mac lalu di Kunshan, wilayah Jiangsu, apabila kanak-kanak berusia 12 tahun itu dimarahi ibunya kerana gagal menyiapkan kerja rumah mengikut masa ditetapkan.*
             *Mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan serius sebelum didukung ke katil untuk berehat.*
              *Kisah terbabit menjadi tular di media sosial China, dengan rakaman video menyaksikan lebih 100,000 tanda suka daripada netizen.*

            😏 *Bangkok 9 Apr: Sebuah restoran di Chiang Mai, Thailand, dikecam netizen selepas didakwa mendiskriminasi individu bertubuh besar apabila menawarkan diskaun kepada pelanggan berdasarkan saiz badan mereka.*
             *Portal Thaiger melaporkan, restoran Chiang Mai Breakfast World memberikan potongan sehingga 20 peratus daripada jumlah bil jika pelanggan berjaya melepasi celahan palang logam sempit yang disediakan khas di premis berkenaan.*
               *Cabaran itu mempunyai lima tahap, dengan setiap celah semakin sempit pada setiap peringkat. Pelanggan yang berjaya melepasi tahap mudah boleh menikmati diskaun antara lima hingga 15 peratus.*
               *Bagi yang gagal melepasi sebarang celah, mereka hanya disambut papan tanda yang tertulis: "Harga penuh, maaf".*

             🐊 *Beijing 8 Apr: Mahkamah di China melelong 100 tan (100,000 kilogram) buaya hidup pada harga permulaan empat juta yuan (kira-kira RM2.6 juta), namun pembeli perlu mengambil sendiri haiwan reptilia itu di lokasi ditetapkan.*
          *Pengumuman mengenai lelongan luar biasa terbabit mencuri perhatian ramai kerana ratusan buaya hidup yang mahu dilelong dan cabaran logistik sehingga mencetuskan pelbagai reaksi warganet di media sosial.*
            *SCMP melaporkan Mahkamah Rakyat Daerah Nanshan di Shenzhen menarik perhatian apabila mengumumkan lelongan itu secara dalam talian, baru-baru ini dengan lelongan dihoskan melalui Platform Lelongan Kehakiman Alibaba.*
             *Buaya berkenaan asalnya dimiliki syarikat Guangdong Hongyi Crocodile Industry Company yang diasaskan oleh Mo Junrong atau dikenali 'Dewa Buaya' pada tahun 2005.*

                📲 *Washington 9 Apr: Syarikat teknologi berpangkalan di Amerika Syarikat, Meta yang memiliki Facebook dan Instagram mengumumkan bahawa pengguna Instagram berumur bawah 16 tahun tidak lagi dibenarkan menggunakan ciri siaran langsung tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga, lapor Agensi Anadolu (AA).*
            *Meta menyatakan bahawa melalui kemas kini pada ciri Akaun Remaja atau "Teen Accounts" di Instagram, pengguna bawah 16 tahun juga tidak lagi boleh mematikan fungsi kabur automatik dalam mesej peribadi.*
            *Ciri keselamatan Teen Accounts ini juga akan diperluaskan ke platform Facebook dan Messenger.*
            *Kemas kini ini akan diuji terlebih dahulu di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia dalam beberapa bulan akan datang.*
             

*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
                 

*GOA_L ARENA SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=


             🥳 *London 9 Apr: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, mengakui pasukannya mencipta kejutan luar biasa selepas membenam juara bertahan Real Madrid 3-0 dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi tadi, hasil dua sepakan percuma menakjubkan oleh Declan Rice yang menggegarkan Stadium Emirates.*
          *Rice menjadi inspirasi kemenangan bersejarah buat Gunners menerusi dua sepakan percuma bertenaga pada separuh masa kedua, sebelum Mikel Merino menambah gol ketiga untuk meletakkan Arsenal di ambang penampilan separuh akhir pertama sejak 2009.*
            *Apa yang lebih luar biasa, jaringan itu adalah gol sepakan percuma pertama dalam karier Rice selepas 338 perlawanan, sekali gus menamatkan kemarau hampir empat tahun Arsenal tanpa gol dari sepakan set piece secara langsung — kali terakhir menerusi Martin Odegaard menentang Burnley pada September 2021.*

             😓 *Paris 9 Apr: Harapan tunggal Manchester United untuk menyelamatkan musim yang suram kini bergantung sepenuhnya kepada kempen Liga Europa — satu-satunya peluang untuk menghidupkan kembali maruah kelab dan membuka laluan kepada proses pembinaan semula skuad Ruben Amorim yang dilihat gagal menyerlah musim ini.*
            *Skuad The Red Devils akan menentang Lyon dalam aksi suku akhir pertama di Perancis awal pagi Jumaat ini, pertemuan pertama antara kedua-dua kelab sejak Cristiano Ronaldo menjaringkan gol kemenangan pada pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara (UCL) 2008 — musim terakhir United muncul juara Eropah.*
            *Ketandusan prestasi dalam liga domestik semakin meruncing apabila mereka diikat tanpa jaringan oleh Manchester City hujung minggu lalu, sekali gus menyaksikan United kini terperosok di tangga ke-13 Liga Perdana Inggeris (EPL) — posisi terburuk sejak lebih tiga dekad lalu.*
             *"Kita perlu berubah di semua posisi, setiap aspek perlu diperbaiki," kata Amorim dalam nada kecewa.*

             🥳 *Munich 9 Apr: Kemenangan dramatik 2-1 Inter Milan ke atas Bayern Munich dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi tadi disifatkan hasil daripada mentaliti kental pasukan, kata pengendali Nerazzurri, Simone Inzaghi, namun beliau menegaskan tugas mereka masih belum selesai.*
           *Inter, yang kini memburu kejuaraan treble musim ini, hanya dibolosi tiga kali dalam 11 perlawanan UCL.*
           *Mereka mencuri kemenangan di minit ke-88 menerusi jaringan Davide Frattesi – hanya tiga minit selepas Bayern menyamakan kedudukan melalui Thomas Mueller.*
             *Ia adalah kekalahan pertama Bayern di gelanggang sendiri dalam kempen UCL sejak April 2021.*

             🤩 *Frankfurt 9 Apr: Pernah disebut-sebut sebagai pemain berpotensi besar tetapi sukar menyerlah, Hugo Ekitike kini mula membuktikan kemampuannya bersama Eintracht Frankfurt dan menjadi nadi utama kebangkitan kelab itu dalam kempen Liga Europa musim ini.*
            *Penyerang muda Perancis berusia 22 tahun itu menjadi harapan utama Frankfurt menjelang aksi suku akhir pertama menentang Tottenham Hotspur di London, awal pagi Jumaat.*
           *Dengan rekod pernah menjuarai kejohanan itu pada 2022, skuad kendalian Dino Toppmoeller kini mengidamkan satu lagi malam bersejarah.*

             🏎️ *Suzuka 9 Apr: Pemandu veteran Belanda, Tim Coronel, percaya Yuki Tsunoda masih belum cukup layak untuk memandu jentera Red Bull selepas gagal memanfaatkan peluang beraksi di Grand Prix Jepun bersama pasukan utama itu hujung minggu lalu.*
            *Dalam penampilan sulung bersama Red Bull menggantikan Liam Lawson, Tsunoda bermula dengan meyakinkan pada sesi latihan bebas apabila hanya ketinggalan tiga persepuluh saat di belakang Max Verstappen.*
           *Namun, segala-galanya berubah dalam sesi kelayakan apabila dia melakukan kesilapan besar pada selekoh pertama dalam pusingan terakhir Q2.*
            *Kesilapan itu menyebabkan dia terkeluar awal daripada pusingan kelayakan dan hanya menduduki tempat ke-15, di belakang Lawson yang disingkirkan bagi memberi laluan kepada Tsunoda untuk beraksi di depan penyokong sendiri.*

             🏍️ *Paris 9 Apr: Juara Dunia MotoGP, Jorge Martin, akan kembali daripada kecederaan pada hujung minggu ini di Grand Prix Qatar selepas tidak beraksi pada tiga perlumbaan pertama musim ini, kata pasukan Aprilia.*
             *Pemandu dari Sepanyol itu patah tangan kanan dan kaki dalam satu kemalangan ketika hari pertama ujian pra-musim di Malaysia pada Februari lalu.*
             *"Saya sangat teruja untuk kembali ke litar dan saya gembira sekurang-kurangnya dapat mencuba dan berlumba di Qatar.*
             *"Matlamat saya adalah untuk membina sedikit keyakinan dengan RS-GP25 dan mula melakukan beberapa pusingan. Saya tidak pasti bagaimana tahap kecergasan saya," kata Martin dalam satu kenyataan Aprilia.*

             🥊 *Auckland 9 Apr: Bekas juara dunia WBO, Joseph Parker mengesahkan tidak lagi berminat untuk menentang Oleksandr Usyk mahupun Daniel Dubois, ketika dia terus merancang kebangkitan semula dalam kancah heavyweight antarabangsa.*
            *Parker, yang kini kembali menyerlah dengan kemenangan bergaya ke atas Deontay Wilder, menyatakan bahawa peluang untuk berdepan dua nama besar itu semakin pudar — bukan kerana kekurangan keyakinan, tetapi lebih kepada faktor masa, hala tuju kerjaya dan kekangan promosi.*
             *"Buat masa ini, pertemuan dengan Usyk atau Dubois bukan lagi sebahagian daripada perancangan saya. Banyak yang berubah dalam landskap heavyweight," ujar Parker.*
             *Usyk, selaku juara bersatu heavyweight dunia, sedang bersiap sedia untuk aksi penentu kejuaraan tanpa kalah menentang Tyson Fury — dan dijangka berdepan satu lagi pertemuan semula selepas itu.*

             🏌🏻‍♂️ *Augusta 9 Apr: Bekas juara Masters, Angel Cabrera mengakui kesal atas kesilapan silam yang menyebabkannya dipenjara selama 30 bulan atas kesalahan penderaan domestik, namun bersyukur diberi peluang kedua untuk kembali beraksi di kejohanan berprestij itu minggu ini.*
            *Pemain Argentina berusia 55 tahun itu yang memenangi Masters pada 2009, secara automatik layak menyertai kejohanan sepanjang hayat, dan kini mahu memanfaatkan peluang yang diberikan.*
   
             🎾 *Monte Carlo 9 Apr: Pilihan utama, Alexander Zverev sekali lagi gagal menemui rentak apabila tersingkir seawal pusingan pertama Masters Monte Carlo selepas tewas kepada pemain Itali, Matteo Berrettini 6-2, 3-6, 5-7, awal pagi tadi.*
           *Zverev, pemain nombor dua dunia, terus dibelenggu prestasi hambar sejak tewas kepada Jannik Sinner di final Terbuka Australia hujung Januari lalu – dengan hanya memenangi enam daripada 12 perlawanan setakat ini.*
             *"Ia adalah tempoh paling buruk sejak saya cedera, beberapa bulan terakhir ini sangat mengecewakan," kata Zverev yang turut tersingkir awal di Indian Wells sebelum ini.*

             ⛳️ *Augusta 9 Apr: Peminat golf bakal menyaksikan sesuatu yang luar biasa minggu ini apabila pemain dari Denmark, Nicolai dan Rasmus Hojgaard bakal mencipta sejarah sebagai pasangan kembar pertama beraksi dalam kejohanan Masters di Augusta National Golf Club.*
            *Apa yang membezakan mereka? Hanya gaya rambut.*
            *Rasmus tampil dengan rambut panjang manakala Nicolai memilih potongan pendek.*
             *Selebihnya, hampir sukar untuk membezakan mereka, apatah lagi apabila kedua-duanya muncul pada sidang media pra kejohanan lalu dengan pakaian serba sama.*

             🏉 *Kuala Lumpur 9 Apr: Kehadiran dua pemain naturalisasi, Samuela Tamanisau dan Etonia Vaqa Saukuru, dijangka menjadi tonik terbaik buat skuad ragbi kebangsaan menjelang aksi penting dalam play off Kejohanan Ragbi Asia 2025 menentang Sri Lanka pada 19 April ini.*
           *Kedua-dua pemain kelahiran Fiji itu bukanlah nama asing dalam arena ragbi tempatan apabila pernah menyarung jersi negara sekitar 2016 dan 2017 selain mempunyai pengalaman luas beraksi dalam Liga Ragbi Malaysia sebelum ia tergendala beberapa tahun lalu.*

             👑 *Kuala Lumpur 9 Apr: Hubungan antara kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan kelab gergasi Perancis, Paris Saint Germain FC (PSG) terus utuh apabila Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi tetamu khas kelab Eropah itu.*
            *Malah, pemilik JDT itu diberi penghormatan oleh Presiden PSG, Nasser Al Khelaifi untuk melihat sendiri fasiliti moden dimiliki juara 13 kali Ligue 1 itu.*
            *Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan di laman Facebook Johor Southern Tigers (JST) itu, Tunku Ismail di bawa melihat setiap kemudahan latihan yang terdapat di pusat latihan PSG itu.*
             *Kunjungan itu bertambah bermakna apabila Tunku Ismail turut menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara antara PSG dan Aston Villa di Parc des Princes, malam ini.*

              🐅 *Johor Bahru 9 Apr: Mampukah penyerang prolifik Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva melakar sejarah dengan mencipta rekod baharu selaku penjaring terbanyak Liga Super pada musim ini ketika aksi liga berbaki dua perlawanan lagi yang perlu diharungi.*
             *Semuanya terserah kepada pemain import dari Brazil itu yang kini sudah mengumpul 26 jaringan dan memerlukan empat lagi bagi mengatasi pencapaian yang dilakukannya ketika musim 2022 apabila meledak 29 gol dalam satu musim dan pada musim itu berjaya memadam rekod yang dilakar bekas penyerang Selangor FC, Ifedayo Olusegun pada 2021 yang turut menjaring 26 gol.*
                 *Selepas melakar hatrik ketika menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 6-1 pada aksi 29 Mac lalu, kini nafsu Bergson semakin membuak-buak apabila peluang terhidang untuk menambah jaringan tatkala JDT melayani kunjungan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada aksi liga di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok.*

              🦏 *Kota Kinabalu 9 Apr: Pengendali Sabah FC, Martin Stano gembira dengan pencapaian anak buahnya meletakkan semula Sang Badak di tangga ketiga Liga Super walaupun hanya menang tipis 1-0 ke atas PDRM FC di Stadium Likas, malam tadi.*
            *Katanya, kedudukan itu akan dijaga sebaik mungkin dalam dua lagi baki perlawanan Liga Super musim ini bagi memastikan sasaran Sabah FC untuk mengekalkan kedudukan di tangga ketiga liga tercapai.*
             *Berikutan itu, katanya beliau perlu melakukan perubahan dalam barisan kesebelasan utama pasukan apabila bertemu Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Aman, Sabtu ini.*

            🦜 *Temerloh 9 Apr: Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC, Victor Andrag tidak menyalahkan anak buahnya selepas menjadi mangsa amukan Sri Pahang FC apabila dibelasah 0-6 pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, malam tadi.*
            *Beliau berkata, ini kerana anak buahnya sudah memberikan segala-galanya terutama memberikan tentangan asakan tuan rumah tetapi gagal untuk mempertahankan gawang daripada dibolosi.*
            *"Bagi saya jika pemain berjaya memanfaatkan beberapa peluang terutama pada babak pertama melakukan jaringan, ceritanya pasti berbeza tetapi kesilapan menyebabkan enam gol dibolosi.*

              
*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*

BERITA HARI INI - 10 APRIL 2025 KHAMIS

*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*

*‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*

*KHAMIS 10 APRIL 2025 MASIHI BERSAMAAN 11 SYAWAL 1446 HIJRAH* 

*LIVE FROM KAWAN FOOD FROZEN PULAU INDAH KLANG*

*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*

*IMSAK* : *05:52am*
*SUBUH* : *06:02am*
*SYURUK* : *07:09am*
*ZOHOR* : *13:18pm*
*ASAR* : *16:26pm*
*MAGHRIB* : *19:22pm*
*ISYAK* : *20:31pm*

*artikel disiarkan pada tarikh 9apr*

*harianmetroonline*
*by:hanipiloiempire*
*since2011*

 *GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


*GOA_L* 1️⃣ *Putrajaya 9 Apr: Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan negara ke Malaysia mulai 15 hingga 17 April ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. Beliau berkata, lawatan itu secara tidak langsung menunjukkan hubungan perdagangan erat antara kedua-dua negara. "Malaysia akan menerima Lawatan Negara oleh Presiden Xi Jinping bermula 15 hingga 17 April.*

*GOA_L* 2️⃣ *Petaling Jaya 9 Apr: Mahkamah Sesyen di sini hari ini ditunjukkan 10 rakaman video antaranya yang memaparkan kelibat dipercayai Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin dalam longkang, saksi berlari dan rakaman ibu kanak-kanak autistik itu di sebuah pasar raya. Sepuluh rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) dimainkan semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sabrina Zubairi pada perbicaraan hari ke-16 kes pengabaian dihadapi Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira Abdul Manaf, 30, di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.*

*GOA_L* 3️⃣ *Kuala Lumpur 9 Apr: Lelaki yang ditahan kerana dipercayai membuat ugutan jenayah terhadap anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di media sosial, direman dua hari bermula semalam. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata lelaki berusia 57 tahun itu direman dua hari untuk membantu siasatan.*

*GOA_L* 4️⃣ *Johor Bahru 9 Apr: Hasrat tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua wanita untuk mencari rezeki di daerah ini tidak kesampaian apabila ditahan, malam tadi. Mereka yang terdiri daripada warga Myanmar, Bangladesh, Vietnam dan Pakistan dan berusia antara 20 hingga 40 tahun itu ditahan ketika menaiki bas ekspres dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur menuju ke daerah ini.*

*GOA_L* 5️⃣ *Kangar 9 Apr: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyaman tiga pemandu kereta 'prebet sapu' selepas didapati berlegar di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Arau sehingga menimbulkan kesesakan lalu lintas, semalam. Tindakan kompaun diambil selepas menerima aduan awam mendakwa kehadiran kenderaan itu 'bersidai' di kawasan itu terutama ketika waktu ketibaan kereta api.*

*GOA_L* 6️⃣ *Kuala Lumpur 9 Apr: Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, membenarkan permohonan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad bagi menggantung prosiding pembelaan mereka terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta. Hakim Rosli Ahmad memutuskan demikian selepas peguam, M Athimulan memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak membantah permohonan itu, sehingga permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan pasangan terbabit membela diri atas pertuduhan berkenaan diputuskan.*

*GOA_L* 7️⃣ *Georgetown 9 Apr: Empat sekawan termasuk penganggur dan pelajar dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan memeras ugut seorang lelaki wang RM18,000, bulan lalu. Manakala, dua daripada mereka turut berdepan tiga lagi pertuduhan menyamar sebagai anggota polis dan memiliki pistol tiruan.*

*GOA_L* 8️⃣ *Kuala Lumpur 9 Apr: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menjelaskan kereta mewah jenis Lamborghini Aventador yang dipandu lelaki warga China tanpa lesen tidak disita seperti yang dilaporkan sebelum ini. JPJ WPKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemandu itu sebaliknya hanya dikenakan saman dalam Operasi Khas Bersepadu Hari Raya Aidilfitri 2025 di Jalan Bangsar, di sini semalam.*

*GOA_L* 9️⃣ *Kota Bharu 9 Apr: Kes rogol dan sumbang mahram di Kelantan kian membimbangkan dengan peningkatan kes yang berlaku setiap tahun, kebanyakannya membabitkan suka sama suka. Kebanyakan mangsa dan pelaku adalah remaja bawah umur, seawal usia 10 tahun bagi perempuan dan 11 tahun bagi lelaki, sehingga ada dalam kalangan mereka disahkan mengandung. Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat ketika mendedahkan perkara itu berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak 252 kes rogol dan sumbang mahram direkodkan, iaitu meningkat berbanding 2023 yang membabitkan 206 kes.*

*GOA_L* 🔟 *Melaka 9 Apr: Tindakan orang ramai melaporkan kesalahan pemandu kenderaan menerusi aplikasi MyJPJ berjaya memastikan golongan pemandu 'liar' ini dikenakan tindakan. Terbaru, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka memaklumkan menerima 183 aduan berkaitan kesalahan pengguna jalan raya sepanjang Operasi Sepadu sempena Op Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 yang berlangsung dari 24 Mac hingga 7 April.*

*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Putrajaya 10 Apr: Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyalurkan peruntukan bantuan bencana kepada Kerajaan Selangor berjumlah RM14.7 juta bagi tahun ini. Ketua Pengarah NADMA Datuk Khairul Shahril Idrus berkata peruntukan itu bagi pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana dan BWI Kematian sebanyak RM10,000 kepada waris mangsa bencana yang kehilangan nyawa.*

*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Putrajaya 9 Apr: Perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang mengalami gangguan kembali beroperasi seperti biasa 4 petang tadi. Menurut Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dalam kenyataan perkembangan terkini itu dimaklumkan menerusi semua platform sosial media syarikat berkenaan. "Susulan insiden kecurian kabel dan gangguan sistem isyarat yang menjejaskan perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit, ERL telah melaksanakan langkah-langkah segera untuk memudahkan pengguna kami serta terus mempertingkat langkah keselamatan di kawasan yang terjejas," menurut kenyataan itu.*

*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Johor Bahru 9 Apr: Tindakan seorang remaja lelaki memuat naik dan menjual gambar lucah yang disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam talian membawa padah apabila dia ditahan polis, semalam. Suspek berusia 16 tahun dan masih bersekolah itu ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, di sekitar Kulai, kira-kira jam 5 petang.*

*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Putrajaya 9 Apr: Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri (BPJPM) memohon untuk mengetepikan sepina yang dikeluarkan ke atasnya bagi menjadi saksi pada perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, pasukan peguam Datuk Seri Najib Razak menyerahkan sepina itu semalam supaya Ketua Pengarah BPJPM memberikan keterangan berhubung bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa.*

*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Subang Jaya 9 Apr: "Sebelum ini banjir, sekarang terbakar pula... saya akan cari rumah sewa di tempat lain," kata mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights. Norhaslizawati Mohd Tamizi, 39, memaklumkan ketika kejadian letupan berlaku, suaminya menerima panggilan telefon daripada rakan yang memberitahu rumah mereka terkesan akibat tragedi itu.*

*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Petaling Jaya 9 Apr: Pasukan pembelaan akan meminta penjelasan daripada Mahkamah Majistret, di sini berkenaan permohonan bagi mendapatkan carian minit prosiding reman yang didakwa ditolak 'pihak atasan'. Peguam Haresh Mahadevan memaklumkan demikian mewakili anak guamnya, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira Abdul Manaf, 30, yang kini dibicarakan atas pertuduhan pengabaian anak mereka, Zayn Rayyan Abdul Matin di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Dr Syahliza Warnoh.*

*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 9 Apr: Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 sebanyak 5 sen kepada RM3.28 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 sen kepada RM2.98 seliter bagi tempoh 10 hingga 16 April 2025. Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter. Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini berkata, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada paras RM2.15 seliter.*

*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Hulu Selangor 9 Apr: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor mengeluarkan Notis Larangan terhadap tapak pembinaan di Antara Gapi, di sini susulan pemandu lori maut dihempap lori yang dipandunya, kelmarin. JKKP Selangor dalam kenyataan berkata, notis itu dikeluarkan kerana projek pembangunan gagal mengadakan prosedur kerja dan lantikan 'banksman' bagi kerja tambakan tanah.*

*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Seremban 9 Apr: Ulang tahun kelahiran seorang warga wanita emas bertukar insiden malang apabila gelang emas dianggarkan bernilai RM6,500 diragut dua lelaki di perkarangan Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa Rubiah Harun, 65, baru pulang daripada membeli barang dengan menunggang motosikal.*

*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Tawau 9 Apr: Pemandu bas sekolah dipenjara 10 tahun dan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian penunggang motosikal tahun lalu.
Tertuduh, Muliandan Suniansah, 37, mengaku bersalah atas empat pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.*

*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Kuching 9 Apr: Bekas pembantu tadbir kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak dijatuhkan hukuman penjara 468 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas 36 pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) berjumlah lebih RM16 juta. Hakim Musli Ab Hamid turut memerintahkan tertuduh, Mohd Zairull Arzuan Mohd Shamsuddin Ja'afar @ Ang Chui Thong, 38, didenda RM180 juta dan jika gagal dikenakan penjara 36 bulan dan tiga sebatan.*

*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Pasir Mas 9 Apr: Pembantu jurujual warga Indonesia dipenjara lima tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana memiliki video pornografi kanak-kanak perempuan. Hukuman diputuskan Hakim Zulkipli Abdullah selepas tertuduh, Depison Ahlan, 25, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.*

*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Ulu Tiram 9 Apr: Penduduk kediaman Seri Baiduri, Bandar Tiram, di sini tidak perlu bimbang terhadap kedudukan pencawang elektrik yang terletak berhampiran cerun di sebelah kawasan pangsapuri terbabit. Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse berkata selepas membuat lawatan di tapak pencawang elektrik terbabit mendapati jarak antara pencawang dan hujung cerun adalah 25 meter.*

*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Kota Bharu 9 Apr: Sebanyak 47 kes kecederaan akibat bermain mercun direkodkan di Kelantan sepanjang bulan Ramadan sehingga kini. Pengarah Kesihatan negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, daripada angka itu, 12 kes membabitkan kecederaan parah sehingga mendatangkan kesan jangka panjang serta kekal.*

*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Kuala Krai 9 Apr: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh lembu melintas jalan di Kilometer 73 Jalan Kota Bharu - Gua Musang berhampiran Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai, awal pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Mohd Maizan Mustaffa berkata, kejadian berlaku kira-kira 2.17 pagi itu menyebabkan mangsa yang parah meninggal dunia di lokasi kejadian.*

*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Pasir Mas 9 Apr: Seorang bapa tiri dikenakan hukuman penjara 30 tahun dan 36 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan merogol anak perempuan di bawah umur antara Jun 2021 hingga Mac 2025. Tertuduh berusia 35 tahun yang bekerja sebagai buruh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Zulkipli Abdullah.*

*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Seremban 9 Apr: Anggota tentera sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, tadi, atas pertuduhan melakukan khianat terhadap kereta milik seorang wanita, hujung bulan lalu. Tertuduh, Abdul Hafiz Abu Bakar, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosli selepas kertas pertuduhan dibacakan.*

*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Kangar 9 Apr: Polis memberkas seorang wanita bagi membantu siasatan kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun menggunakan gunting di sebuah rumah, di sini, pada Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, suspek berusia 33 tahun ditahan berhampiran jejambat Titi Kerbau, Jalan Changlun-Kuala Perlis di Changlun, Kedah kira-kira jam 1.30 pagi semalam.*

*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Subang Jaya 9 Apr: Tunku Temenggong Kedah, Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah supaya setiap keperluan khas mangsa kejadian saluran paip gas meletup dan terbakar di Putra Heights, diteliti. Baginda yang juga Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bertitah, golongan rentan seperti warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU) yang cedera dalam insiden itu memerlukan penjagaan khusus.*

*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Seremban 9 Apr: Seorang lelaki dituduh di Mahkamah Majistret, di sini, tadi, atas dua pertuduhan masing-masing merosakkan peranti pemantauan elektronik (EMD) dipakainya dan melanggar syarat perintah sekatan dengan meninggalkan Mukim Setul tanpa kebenaran. Tertuduh, Mohd Amirul Afizam Mat, 38, mengaku bersalah terhadap kedua-dua tuduhan selepas ia dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*

            
*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=


              🇵🇸 *Gaza 9 Apr: Seorang pegawai kanan Hamas menegaskan bahawa adalah "perlu untuk gencatan senjata" di Gaza, selepas tiga minggu serangan udara Israel disambung semula ke atas wilayah Palestin itu.*
           *"Perang ini tidak boleh berlarutan tanpa penghujung. Oleh itu, perlu ada gencatan senjata," kata Hossam Badran, anggota Biro Politik Hamas kepada AFP.*
            *Hossam berkata, Hamas terbuka kepada sebarang cadangan yang boleh membawa kepada gencatan senjata dan menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.*

             🇺🇸 *New York 9 Apr: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata, Gaza telah menjadi "medan pembunuhan" berikutan perang pembunuhan beramai-ramai Israel yang berterusan, yang telah mengakibatkan kematian 50,810 rakyat Palestin dan mencederakan 115,688 yang lain, lapor Agensi Berita dan Info Palestin (WAFA).*
              *Beliau berkata, Semenanjung Gaza telah ditinggalkan tanpa "setitik bantuan" selama lebih daripada sebulan, dan keadaan itu terbukti buruk bagi penduduk Palestin di enklaf itu.*
             *"Lebih daripada sebulan penuh telah berlalu tanpa setitik bantuan ke Gaza. Tiada makanan. Tiada bahan api. Tiada ubat. Tiada bekalan komersial," katanya kepada pemberita di New York.*

             🇺🇸 *New York 9 Apr: Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres telah menyatakan kebimbangan yang mendalam mengenai keganasan baharu di Semenanjung Gaza dan memberi amaran tentang peningkatan selanjutnya di Timur Tengah, terutamanya di Tebing Barat yang diduduki, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).*
            *Risiko Tebing Barat yang diduduki bertukar menjadi Gaza kedua menjadikan keadaan lebih buruk," kata Guterres pada Selasa di New York.*
           *Beliau menggesa Israel dan masyarakat antarabangsa untuk menghormati undang-undang antarabangsa: "Kita mesti berpegang kepada prinsip teras kita. Negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mesti mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa. Dan mesti ada keadilan serta akauntabiliti apabila mereka gagal."*

              🇺🇸 *Washington 9 Apr: Bekas Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Lawrence Summers meramalkan negara itu berdepan kemelesetan ekonomi, dengan kemungkinan dua juta rakyat AS kehilangan pekerjaan susulan kenaikan tarif yang sedang dilaksanakan.*
            *Dalam temu bual bersama Bloomberg TV pada Selasa, Summers berkata, AS berkemungkinan besar akan mengalami kemelesetan, sekali gus menyaksikan tambahan dua juta individu menganggur, lapor Xinhua.*
           *"Kemungkinan besar kita akan berdepan kemelesetan - dan dalam konteks kemelesetan itu, kita akan melihat tambahan dua juta orang kehilangan pekerjaan," kata Summers dalam rancangan Wall Street Week di Bloomberg Television.*

              🇺🇸 *Washington 9 Apr: Saham di Amerika Syarikat (AS) ditutup rendah pada Selasa susulan ketegangan perdagangan yang semakin memuncak selepas Rumah Putih mengesahkan tarif ke atas barangan China akan meningkat lebih dua kali ganda, lapor Agensi Anadolu (AA).*
            *AS sebelum ini mengumumkan bahawa ia akan mengenakan tarif sebanyak 104 peratus ke atas China bermula Rabu.*
            *Saham Apple, yang mencatatkan kenaikan lebih empat peratus pada awal dagangan, ditutup susut hampir lima peratus.*

              🇺🇸 *Washington 9 Apr: Amerika Syarikat (AS) dan China sekali lagi bertembung dalam konflik perdagangan yang semakin memuncak apabila Presiden Donald Trump bersiap sedia melancarkan gelombang baharu tarif terhadap puluhan negara rakan dagang.*
             *Ekonomi global bergoncang sejak tarif 10 peratus AS mula berkuat kuasa hujung minggu lalu, menyebabkan pasaran saham dunia menjunam dengan ketara serta mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi.*
             *Kadar tarif ke atas import ke AS dari puluhan ekonomi dijangka meningkat lagi pada 12.01 tengah malam Rabu, sekali gus menyaksikan kadar tarif terhadap produk China sejak Trump kembali ke Rumah Putih, mencecah 104 peratus.*

              🇺🇸 *Washington 9 Apr: Amerika Syarikat (AS) akan mengenakan tarif sebanyak 104 peratus ke atas China bermula Rabu, menurut Rumah Putih.*
            *Jurucakapnya, Karoline Leavitt berkata, pada sidang media pada Selasa bahawa tarif itu akan berkuat kuasa tengah malam ini, lapor Agensi Anadolu (AA).*
            *"Akan ada tarif sebanyak 104 peratus yang akan berkuat kuasa ke atas China tengah malam ini," katanya.*
             *Leavitt berkata, Presiden Donald Trump percaya China "perlu mencapai perjanjian" dengan AS dan menyifatkan tindakan balas Beijing sebagai "satu kesilapan."*

              🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 *London 8 Apr: Pakar menyifatkan kelahiran seorang bayi selepas kejayaan pemindahan rahim pertama di UK sebagai "pencapaian besar" dan "keajaiban" bagi satu keluarga, lapor agensi berita Jerman (dpa).*
             *Stuart Lavery, perunding dalam bidang perubatan reproduktif di University College London Hospitals NHS Foundation Trust (UCLH) berkata "peristiwa menakjubkan yang bukan sahaja keajaiban peribadi bagi pasangan terlibat tetapi juga kejayaan pasukan pakar bedah dan saintis yang selama bertahun-tahun bekerja tanpa lelah untuk mencapai tahap ini.*
             *"Seperti banyak pencapaian penting dalam perubatan reproduktif UK, ia memerlukan gabungan pesakit yang berani dan pasukan perubatan yang komited, menyokong untuk menolak sempadan saintifik dengan harapan membantu lebih banyak pasangan memiliki keluarga yang mereka inginkan."*
              *Profesor Alison Campbell, ketua pegawai saintifik di Care Fertility berkata "sungguh luar biasa bagaimana sains memungkinkan kelahiran dan melihat kemajuan ini dalam perubatan reproduktif.*
   
              🇸🇦 *Jeddah 9 Apr: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memberi amaran kepada mereka yang berhasrat menunaikan ibadah haji agar tidak berurusan melalui saluran tidak rasmi.*
             *Kementerian itu menegaskan bahawa kemasukan bagi tujuan haji mesti melalui visa haji rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa Arab Saudi, menurut laporan 

BERITA HARI INI - 30 MAY 2025

*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI* *‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ* ‎            *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الل...