Sunday, March 2, 2025

BERITA HARI INI - 3 MARCH 2025 ISNIN

 *G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*


*‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*

‎            *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*


*JUMAAT 28 FEBRUARI 2025 MASIHI BERSAMAAN 29 SYA'BAN 1446 HIJRAH* 

*LAST GOA_L MINGGU INI*

*LIVE FROM TAMAN SENTOSA KLANG*


*WAKTU SOLAT KLANG DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*

*IMSAK* : *06:07am*

*SUBUH* : *06:17am*

*SYURUK* : *07:24am*

*ZOHOR* : *13:29pm*

*ASAR* : *16:44pm*

*MAGHRIB* : *19:30pm*

*ISYAK* : *20:39pm*


*artikel disiarkan pada tarikh 27feb*

*harianmetroonline*

*by:hanipiloiempire*

*since2011*


 *GOA_L DALAM NEGARA*

+=+=+=+=+=+=+=+=+=+

*GOA_L* 1️⃣ *Kota Bharu 27 Feb: Polis Kelantan akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kematian Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berusia 19 bulan kerana dibimbangi terdapat unsur kecuaian. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, beliau sudah mengarahkan Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah untuk berbuat demikian.*

*GOA_L* 2️⃣ *Sungai Petani: Pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di daerah ini meninggal dunia selepas menyertai aktiviti merentas desa, hari ini. Mangsa, Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin, 16, dipercayai rebah sebaik tiba di garisan penamat selepas menamatkan larian enam kilometer. Menurutnya, hasil pemeriksaan awal pihak polis ke atas mayat pelajar berkenaan tidak menemui sebarang unsur jenayah atau khianat.*

*GOA_L* 3️⃣ *Ampang 27 Feb: Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran yang tular mencabul kanak-kanak di dalam masjid di Batang Kali, Hulu Selangor, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Pengakuan itu dibuat oleh tertuduh, Muhamad Adam Haiqal Abdullah, 19, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin. Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 27 Mac ini untuk jatuh hukum kerana menunggu laporan sosial lelaki itu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).*


*GOA_L* 4️⃣ *Tanah Merah 27 Feb: "Saya dan isteri reda kehilangan Hud Aryan buat selama-lamanya". Demikian luahan Nor Hafifi Saidee, 34, iaitu bapa kepada kanak-kanak yang ditemukan meninggal dunia di tebing sungai di Kampung Kerila di sini, petang semalam. Mohd Nor Hafifi turut merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak termasuk pasukan penyelamat dan penduduk kampung yang bertungkus lumus mencari anak tunggalnya itu, sejak beberapa hari lalu.*

*GOA_L* 5️⃣ *Tanah Merah 27 Feb: Jenazah kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan Hud Aryan Mohd Nor Hafifi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Tiga di sini, awal pagi tadi. Suasana pilu menyelubungi pekarangan tanah perkuburan apabila hampir 100 orang termasuk ahli keluarga dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir anak tunggal itu, selepas jenazah disolatkan di Masjid Mukim Kuala Tiga di sini, kira-kira 1 pagi.*

*GOA_L* 6️⃣ *Georgetown 27 Feb: Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas pulang dari kerja di sebuah hotel di Jalan Bukit Gambir di sini sejak 18 Februari lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Lee Swee Sake berkata mangsa dikenali sebagai Muhamad Syahir Ghazali, 30, dipercayai keluar dari tempat kerjanya di hotel itu dengan berpakaian uniform kerja dan tidak pulang ke asrama penginapannya.*

*GOA_L* 7️⃣ *Kota Kinabalu 27 Feb: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) berjaya menyelamatkan seorang wanita yang sedang dalam proses bersalin ketika kejadian tanah runtuh di Jalan Ranau-Tambunan, Kampung Pahu, Tambunan semalam. Pengarah JKNS Dr Maria Suleiman dalam kenyataan berkata kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 7.26 pagi itu menyebabkan jalan utama terputus, menghalang laluan ambulans dan kenderaan kecemasan ke lokasi kejadian.*

*GOA_L* 8️⃣ *Kota Tinggi 27 Feb: Remaja perempuan maut selepas kereta yang dipandu terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam lebih tujuh meter di Kilometer 32 Jalan Lok Heng- Mawai di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan membabitkan kereta Proton Saga jam 6.50 petang.*

*GOA_L* 9️⃣ *Jerlun 27 Feb: Kelemahan sistem pengairan dan saliran di kawasan sawah dikenal pasti menjadi punca utama pengurangan hasil padi negara. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata isu struktural itu perlu ditangani sewajarnya demi kelangsungan keselamatan makanan negara.*

*GOA_L* 🔟 *Kuala Lumpur 27 Feb: Isu keselamatan maritim dan kesiapsiagaan menghadapi ancaman keselamatan serantau antara tumpuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bersama Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (Bakamla RI). Ketua Pengarah Maritim, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, perkara itu dibincangkan bersama kedua-dua pihak dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala dan memperluas kerjasama strategik dalam keselamatan serta penguatkuasaan maritim antara kedua negara.*

*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Georgetown 27 Feb: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) akan memberikan kerjasama penuh kepada polis dalam kes seorang pegawai perubatan sebuah hospital di sini yang ditahan bagi membantu siasatan, kerana didakwa berkelakuan tidak senonoh di tempat kerja semalam. Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Fazilah Shaik Allaudin berkata pihak JKNPP memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku pegawai perubatan itu.*

*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Kuala Lumpur 27 Feb: Orang ramai dan persatuan pengguna menggesa kerajaan segera mewujudkan peraturan khas melarang pengilang daripada mencampur beras putih tempatan (BPT) dengan beras putih import (BPI). Ia susulan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) pada semalam, mendedahkan sekitar 40 hingga 50 peratus daripada 5,000 sampel 'beras import' yang dirampas dari kilang mengandungi varieti BPT. Peniaga nasi lemak, Nurul Atikah Zamhari, 30, berkata kegiatan kilang mencampurkan beras adalah suatu tindakan tidak jujur dan memperdaya pengguna.*

*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Alor Setar 27 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan kerajaan mahu menggubal Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang bertujuan memberi manfaat kepada pemilik asalnya. Beliau berkata, status tanah berkenaan juga tidak akan berubah sama ada ia dimiliki individu perseorangan, milik kerajaan negeri atau di kawasan rizab Melayu.*

*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Ipoh 27 Feb: Polis giat mengesan suspek bagi membantu siasatan berkaitan isu 3R (kaum, agama dan raja) yang mengaitkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menerusi laman Facebook. Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata pihaknya telah membuka satu kertas siasatan membabitkan komen jelek berbaur fitnah terhadap Saarani manakala satu lagi berkait teks khutbah disediakan JAIPk.*

*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Kuala Lumpur 27 Feb: Penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) menjadi satu petunjuk industri media dalam negara sihat dan hak rakyat untuk bersuara tidak dikekang, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Beliau berkata, melalui MMM yang dijangka diwujudkan pada pertengahan tahun ini, syarikat media diharapkan mampu menjalankan tugas melapor berita dengan lebih berkesan.*

*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Jerlun 27 Feb: Pesawah di seluruh negara akan menerima bantuan sebanyak RM15 juta sebagai persediaan menghadapi Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bantuan itu adalah sebahagian peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta daripada Padiberas Nasional Berhad (Bernas) bagi menyokong usaha kerajaan membela nasib pesawah miskin.*

*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Sandakan 27 Feb: Lelaki hilang disyaki disambar buaya di sungai Kampung Sungai Batang Baru, Batu 10, di sini, hari ini. Lelaki berusia lingkungan 50-an itu dikatakan sedang menabur baja ke dalam sungai bagi memulakan aktiviti merambat ikan sebelum disambar reptilia berkenaan.*

*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Kuala Lumpur 27 Feb: Polis menerima laporan berhubung kenyataan seorang lelaki yang dipercayai berbaur hasutan dan ugutan terhadap orang ramai serta pasukan polis, di media sosial. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya menerima laporan terbabit kelmarin.*

*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Kuala Lumpur 27 Feb: Tindakan TikTok menggantung 23 akaun milik media tempatan secara kekal, atas dakwaan agensi terbabit melanggar polisi keselamatan berkaitan remaja di platform itu, disifatkan agak berat oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Susulan itu, beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memanggil TikTok untuk bertemu dengan ketua editor syarikat media terbabit pada Isnin ini.*

*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Jerlun 27 Feb: Kerajaan mengumumkan peruntukan RM5.376 bilion untuk meningkatkan produktiviti hasil padi negara termasuk membangunkan infrastruktur bagi menyokong penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun di kawasan Muda. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata projek itu akan dibangunkan secara berfasa dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion bermula tahun ini, seperti yang diumumkan pada Pembentangan Belanjawan Madani tahun lalu.*

*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Ipoh 27 Feb: Sah pembayaran zakat fitrah secara dalam talian termasuk melalui aplikasi walaupun tiada akad berlaku di hadapan amil, kata Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim. Zamri berkata dari segi hukum, asas berzakat tidak semestinya ada akad, tetapi lebih penting adalah niat. "Namun, khalayak kita suka dan terbiasa dengan akad, serta ada doa selepas membayar zakat fitrah, ia tiada masalah (bayar secara dalam talian melalui aplikasi) asalkan niatnya betul," katanya.*

*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Kuantan 27 Feb: Enam individu, termasuk tiga wanita ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes pengabaian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan meninggal dunia pada 20 Februari lalu. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata mereka, termasuk pasangan suami isteri yang berusia antara 17 dan 44 tahun ditahan reman selama seminggu bermula hari ini hingga 5 Mac depan.*

*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Kuala Lumpur 27 Feb: Lima penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), susulan penahanan 18 individu pada Selasa lalu, berhubung isu rasuah membabitkan kegiatan memproses dan melupus sisa elektronik (e-waste). Kesemua suspek berusia antara 20 hingga 40-an itu disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kilang e-waste di sebuah negeri selatan tanah air.*

*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Shah Alam 27 Feb: Kerajaan Selangor sedia mempertimbangkan cadangan membenarkan penjawat awam wanita di bawah pentadbiran kerajaan negeri pulang awal pada Ramadan ini. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata secara asasnya, waktu bekerja ditetapkan ketika ini mencukupi untuk pekerja wanita pulang bagi menguruskan keluarga dan sebagainya.*

*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Kuala Lumpur 27 Feb: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa pemangkin industri Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak meminggirkan pelajar yang menuntut di maahad tahfiz tidak berdaftar, sebaliknya perlu menarik minat mereka menceburi bidang itu. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata hal ini supaya negara dapat melahirkan lebih ramai huffaz yang mempunyai kemahiran tertentu, sekali gus lebih menjamin masa depan mereka untuk memperoleh pekerjaan selepas menjalani program TVET.*

*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Shah Alam 27 Feb: Selangor akan bertindak tegas dengan menarik balik lesen serta menyenarai hitam peniaga bazar Ramadan yang didapati menjual permit atau tapak perniagaan kepada pihak ketiga. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerajaan negeri memandang serius perkara itu walaupun setakat ini tidak menerima sebarang aduan berlaku perbuatan 'mengalibabakan' tapak atau lot perniagaan yang disediakan kepada peniaga untuk Ramadan kali ini.*

*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Melaka 27 Feb: Kebakaran rumah yang menyebabkan lima beranak rentung di Kampung Berangan Enam, Jasin, baru-baru ini, disyaki berpunca daripada kemalangan dan bukan disebabkan sistem pendawaian elektrik. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Mohd Pisar Aziz bagaimanapun berkata butiran lanjut punca kebakaran belum dapat didedahkan kerana penemuan siasatan perlu dirujuk kepada agensi lain iaitu polis dan Jabatan Kesihatan.*

*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Melaka 27 Feb: Negeri ini dipilih menjadi perintis kepada pelaksanaan Tabika Berkeperluan Khas yang dibangunkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bagi Program Pembangunan Anak Autisme di negeri ini. Ketua Menteri , Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata program yang akan mula beroperasi Julai depan itu membabitkan tiga lokasi masing-masing di Alor Gajah, Melaka Tengah dan Merlimau.*

*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Alor Setar 27 Feb: Dunia Islam dilihat mengalami defisit kepercayaan akibat sikap pemimpin tertentu yang sanggup menghakis nilai kemanusiaan dan keilmuan sehingga umatnya terus tertindas. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kepimpinan Islam kini berhadapan masalah dalam cara mereka menegakkan perjuangan, berkorban dan memberi sumbangan sebenar kepada masyarakatnya.*

*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Kuala Lumpur 27 Feb: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengeluarkan notis peringatan kepada 2.1 juta peminjam yang gagal melaksanakan bayaran pinjaman balik mengikut jadual yang ditetapkan, sehingga akhir bulan lalu. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata tindakan itu setakat ini berjaya menarik sebahagian peminjam untuk berunding dengan PTPTN.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*

*#repoterataspokok*

*#hanisofeasupriseandgift*

*#legasisepuluh*


            

*GOA_L LUAR NEGARA*

=+=+=+=+=+=+=+=+=



                🇵🇸 *Gaza 27 Feb: Usaha membina semula kediaman yang musnah di Gaza dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya sehingga 2040, malah berkemungkinan berlarutan selama beberapa dekad, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan tahun lalu.*

              *Rakaman dron sebelum dan selepas di seluruh Gaza mendedahkan kemusnahan besar-besaran, termasuk masjid-masjid yang dahulunya menjadi pusat ibadah kini hanya tinggal runtuhan selepas 15 bulan konflik antara Israel dan Hamas.*

               *Data pihak berkuasa Palestin menunjukkan sekurang-kurangnya 823 masjid dan tiga gereja musnah, selain lebih 200 kemudahan kerajaan serta 136 sekolah dan universiti turut rosak teruk akibat serangan berterusan.*

              *Gencatan senjata mula berkuat kuasa pada Ahad, 19 Januari, susulan pembebasan tiga tebusan pertama yang ditahan oleh Hamas serta 90 tahanan Palestin dari penjara Israel.*


                🇵🇸 *Ramallah 27 Feb: Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin menyatakan bahawa keadaan tahanan di Penjara Shatta amat tragis, dengan mereka dipukul dengan teruk dan disembur dengan gas secara berterusan.*

         *Menurut laporan Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), suruhanjaya itu turut mendedahkan bahawa makanan yang diberikan kepada tahanan dalam tahanan Israel adalah mentah dan tidak mengandungi garam.*

           *Dalam satu kenyataan, suruhanjaya itu memetik tahanan yang sakit sebagai berkata pentadbiran penjara rejim itu mengamalkan pengabaian perubatan terhadap tahanan, khususnya mereka yang menghidap penyakit.*

            *Ia menekankan bahawa Walid Muslim, yang ditahan sejak September 2024, mengalami penyakit psoriasis selepas ditahan.*


                🇵🇸 *Baitulmaqdis 27 Feb: Israel membebaskan satu lagi kumpulan tahanan Palestin, ke Tebing Barat yang diduduki, susulan penerimaan empat mayat tebusan daripada Hamas, pada awal Khamis.*

             *Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengesahkan mereka menerima keranda "empat tebusan yang terkorban", dan proses untuk mengenal pasti identiti mereka secara rasmi bermula di Israel.*

             *Di Ramallah, wartawan AFP melihat kumpulan pertama lebih 600 banduan yang dibebaskan oleh Israel, turun dari bas di hadapan orang ramai, pada Khamis.*

             *Mereka sepatutnya dibebaskan pada hujung minggu lalu, tetapi Israel menghentikan proses itu berikutan kemarahan terhadap upacara penyerahan yang diadakan Hamas.*


                🇺🇸 *Washington 27 Feb: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Rabu lalu mengumumkan rancangan untuk menjual permit pemastautin baharu yang dikenali sebagai visa kad emas (gold card) pada harga AS$5 juta (kira-kira RM23.7 juta) setiap satu, dan beliau tidak menolak kemungkinan golongan oligarki Rusia turut layak memohonnya.*

            *Trump berkata, penjualan visa baharu itu yang juga adalah versi lebih eksklusif daripada kad hijau (green card) tradisional, bertujuan menarik pelabur yang boleh mencipta peluang pekerjaan serta membantu mengurangkan defisit negara.*

            *"Kita akan menjual gold card. Anda ada kad hijau, ini pula kad emas. Harga yang kita letakkan untuk kad ini kira-kira AS$5 juta (kira-kira RM23.7 juta)," katanya kepada pemberita di Pejabat Oval, Rumah Putih.*


               🇸🇦 *Riyadh 26 Feb: Raja Arab Saudi Raja Salman berkenan meluluskan pengagihan 1.2 juta naskhah al-Quran, termasuk terjemahan dalam 79 bahasa kepada pusat Islam dan kebudayaan serta pejabat atase agama kedutaan Arab Saudi di seluruh dunia.*

              *Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), inisiatif itu sebahagian daripada program pemberian al-Quran oleh Raja Salman yang dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan serta meliputi 45 negara sepanjang Ramadan.*

             *Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Sheikh Dr Abdullatif Al Alsheikh menzahirkan terima kasih kepada Raja Salman serta Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, atas sokongan berterusan mereka dalam memberi khidmat kepada umat Islam di seluruh dunia.*


                🇰🇷 *Seoul 26 Feb: Lebih banyak sekolah rendah, menengah dan tinggi di Korea dijangka ditutup tahun ini berikutan penurunan populasi di tengah-tengah kadar kelahiran yang rendah di negara itu, lapor The Korea Times.*

             *Antaranya, 43 sekolah atau 88 peratus daripada jumlah keseluruhan 49 sekolah terbabit, dan ia terletak di wilayah jauh dari ibu negara, menurut data Kementerian Pendidikan.*

            *Angka itu adalah lebih tinggi daripada bilangan sekolah yang ditutup setiap tahun di setiap bandar dan wilayah di Korea Selatan, dalam tempoh lima tahun lalu.*

             *Jumlah sekolah ditutup pada 2020 mencecah 33, kemudian menurun kepada 24 pada 2021, 25 pada 2022 dan 22 pada 2023, sebelum melonjak semula kepada 33 pada tahun lepas.*


                🇨🇳 *Beijing 27 Feb: Seorang lelaki di Shanghai mengalami kerugian hampir 200,000 yuan (kira-kira RM130,000) selepas ditipu dalam "hubungan jarak jauh" dengan teman wanita yang sebenarnya watak dicipta sindiket penipuan menggunakan kecerdasan buatan (AI), lapor media negara China pada Rabu.*

             *Menurut penyiar rasmi China Central Television (CCTV), sindiket penipuan menggunakan perisian AI generatif untuk menghasilkan imej serta video realistik seorang wanita muda bagi menyamar sebagai "Jiao", watak kekasih rekaan mereka.*

             *Mangsa dikenali sebagai Liu kemudiannya memindahkan hampir 200,000 yuan (kira-kira RM130,000) ke akaun bank yang disangka milik teman wanitanya, selepas ditipu dengan alasan memerlukan wang untuk memulakan perniagaan dan membantu saudara yang sakit.*


              🇰🇷 *Seoul 27 Feb: Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Itu ungkapan sesuai menceritakan kegigihan seorang pelajar orang kurang upaya (OKU) yang berjaya memperoleh ijazah sarjana di Korea Selatan, walaupun dia menghidap distrofi otot sehingga lumpuh hampir sepenuhnya kecuali pergerakan mata dan suara.*

             *Ajaibnya, Jang Ik-seon, 37, berjaya mendapat ijazah sarjana itu dengan menulis tesisnya dengan satu huruf pada satu masa, hanya menggunakan kelipan mata.*

              *Kisahnya menarik perhatian ramai terhadap cabaran yang dihadapi individu kurang upaya dalam mendapatkan akses pendidikan.*

               *The Korea Herald melaporkan, Jang disahkan menghidap penyakit itu ketika berusia lima tahun yang menyebabkan ototnya semakin lemah dan kehilangan keupayaan untuk bergerak.*


                🇮🇩 *Jakarta 27 Feb: Kementerian Luar Indonesia dengan kerjasama Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan Badan Amil Zakat Nasional (Baznas) melancarkan kempen bagi mengumpul AS$200 juta dalam bentuk bantuan kemanusiaan untuk Palestin, lapor agensi berita Antara.*

            *Timbalan Menteri Luar Anis Matta pada majlis pelancaran kempen itu di Jakarta pada Rabu lalu, menyatakan keyakinannya untuk mencapai sasaran pengumpulan dana berkenaan.*

             *Kementerian itu tidak menetapkan tempoh bagi pengumpulan dana, namun kempen berkenaan akan bermula pada Ramadan, dengan dana yang dikumpul diperuntukkan untuk bantuan kemanusiaan dan usaha pembinaan semula di Gaza.*


              🇹🇭 *Bangkok 27 Feb: Seorang lelaki Thailand ditahan kerana disyaki membunuh seorang wanita dan membuangnya mayatnya di sawah padi di wilayah tengah Nakhon Pathom.*

             *Lebih malang, barang kemas dipakai wanita berkenaan turut dicuri, namun disahkan tiruan.*

              *Portal Thaiger melaporkan, seorang nelayan Thailand menemui mayat wanita itu kira-kira 10 malam, pada 24 Februari.*

             *Wanita itu kemudian dikenali sebagai Noi, 63 tahun, yang dipercayai meninggal dunia akibat dijerut dengan tali pinggang berwarna merah.*



*berita penuh sila follow harian metro online*


*#hanipiloiempire*

*#repoterataspokok*

*#hanisofeasupriseandgift*

*#legasisepuluh*



*GOA_L MEDSOS, POPULAR*

+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


             👑 *Dubai 27 Feb: Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman berkenan mengadakan lawatan ke Malaysia bagi menghadiri sidang kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Mei ini.*

          *Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata turut mengesahkan kehadiran ke sidang kemuncak itu ialah Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal Farhan Al-Saud.*

           *Beliau berkata perkara itu dimaklumkan sendiri Putera Faisal menerusi satu panggilan telefon daripada pemimpin itu kepada beliau hari ini.*

           *Putera Faisal buat panggilan ketika saya sedang transit di Dubai, dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menamatkan lawatan rasmi ke Tehran, saya telah beri jemputan dan beliau maklum akan hadir bersama Putera Mahkota," katanya kepada Bernama di sini hari ini.*

            🎭 *Kuala Lumpur 27 Feb: Sekian lama hilang dari radar seni, kemunculan penyanyi rap terkenal, Malique Ibrahim di aplikasi TikTok dan Instagram mengejutkan ramai peminat.*

                *Menerusi hantaran dimuat naik, Malique atau nama sebenarnya, Cairel Edrin Ibrahim memuat naik foto dirinya dari sudut pandang belakang di studio rakaman.*

              *Mengiringi entri itu, keterangan gambar yang menyatakannya bakal membuat kemunculan semula dalam bidang muzik.*

              *"Aku kembali di dunia sebenarku," tulisnya.*

          🏢 *Kuala Lumpur 27 Feb: Tampil segak berbaju Melayu dan berbaju kurung rona sedondon, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini hadir ke sidang Dewan Rakyat bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.*

            *Lebih mengujakan, anak sulung Bella, Mohamed Ayden Adrean Mohammad Aliff turut hadir dengan berpakaian segak seakan Ahli Parlimen, mengenakan kot kelabu dan tanda nama.*

             *Video kehadiran Bella di Parlimen dikongsi menerusi Facebook Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.*

           💸 *Kuala Lumpur 27 Feb: Pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Ruhainies didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pada 21 Februari lalu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkhalwat.*

            *Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, pasangan yang ditahan tahun lalu itu menukar pengakuan kepada bersalah.*

             *Pada 3 Julai tahun lalu, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 33, dan Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.*

            🛫 *Sydney 27 Feb: Suami isteri warga Australia mengecam Qatar Airways selepas mayat berselimut diletakkan di sebelah mereka semasa penerbangan jarak jauh ketika mereka menaiki pesawat itu.*

          *Mitchell Ring berkata, seorang penumpang meninggal dunia ketika separuh tempoh perjalanan 14 jam dari Melbourne ke Doha, pada minggu lalu.*

           *"Kru pesawat cuba mengalihkan mayat itu ke tempat duduk di kelas perniagaan. Tetapi gagal sebab ia adalah mayat seorang wanita yang agak besar dan kru tidak dapat membawanya melalui lorong.*

           *"Mereka kelihatan agak kecewa, kemudian kru hanya memandang saya dan melihat ada tempat duduk kosong di sebelah saya," katanya kepada rangkaian Australia, Nine News.*

             ☄️ *Los Angeles 26 Feb: NASA mengesahkan asteroid 2024 YR4 yang pada awalnya dianggap sebagai ancaman berpotensi, tidak lagi menimbulkan ancaman besar kepada Bumi pada 2032 atau selepas itu, lapor Xinhua.*

             *Asteroid berhampiran Bumi itu yang hampir sebesar padang bola sepak, pertama kali ditemui pada Disember tahun lalu.*

             *Pakar sebelum ini menjangkakan peluang sebanyak tiga peratus bagi asteroid itu menghentam Bumi sebelum mengurangkannya kepada 0.28 peratus pada minggu lalu.*

            *Berikutan pemerhatian lanjut, NASA mengemas kini kebarangkalian hentamannya pada 22 Disember 2032 kepada hanya 0.004 peratus, menurut Pusat Pengajian Objek Berhampiran Bumi.*

            🥯 *Sanaa, Yaman 27 Feb: Di sebuah kedai manisan di Sanaa, ibu negara Yaman, pencuci mulut tradisional 'Dubba' kian mendapat tempat di hati rakyat.*

             *Dubba, pencuci mulut berasaskan labu yang kaya dengan rasa dan berkrim, diwarisi turun-temurun.*

              *Rayyan al-Faqih, pemilik kedai manisan itu, mendedahkan rahsia di sebalik keunikan Dubba.*

               *Permintaan tinggi terhadap Dubba mendorong kami terus menyediakannya. Ia disediakan dalam pelbagai cara – ada yang memasaknya sebagai jem dan menambah susu, tahini atau bijan, ada juga yang memanggangnya, malah ada yang menjadikannya minuman," katanya.*

             🛫 *Taipei 27 Feb: Syarikat penerbangan Taiwan, Eva Air, mengumumkan larangan penggunaan 'power bank' (bank kuasa) dalam semua penerbangannya bermula 1 Mac ini.*

            *The Straits Times memetik akhbar Taipei Times, melaporkan peraturan sedia ada syarikat penerbangan itu hanya membenarkan 'power bank' dan bateri litium disimpan dalam beg kabin, manakala ia dilarang dimasukkan ke dalam bagasi yang didaftar masuk.*

             *Syarikat penerbangan itu menasihatkan penumpang supaya memastikan peranti elektronik mereka dicas penuh sebelum menaiki pesawat. Penumpang juga boleh menggunakan soket pengecasan yang disediakan di tempat duduk sekiranya perlu.*

               😔 *New York 27 Feb: Michelle Trachtenberg, pelakon yang terkenal dengan peranan dalam siri termasuk "Buffy the Vampire Slayer" dan "Gossip Girl," meninggal dunia, menurut saluran media Amerika Syarikat (AS). Dia berumur 39 tahun.*

           *Polis berkata, pegawai menjawab panggilan kecemasan sejurus selepas 8 pagi waktu tempatan pada Rabu, dan mereka menemukan pelakon itu itu di apartmennya di Manhattan, dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tidak bertindak balas.*

            *Pekerja perubatan kecemasan menyatakan dia meninggal dunia tanpa memberi sebab. Polis berkata, tiada unsur jenayah.*

             *Memetik sumber tanpa nama, ABC News melaporkan pelakon itu baru-baru ini menjalani pemindahan hati, dan mungkin mengalami komplikasi.*

             

*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*

*#repoterataspokok*

*#hanisofeasupriseandgift*

*#legasisepuluh*

                 

*GOA_L ARENA SUKAN*

+=+=+=+=+=+=+=+=+=

               🙄 *Liverpool 27 Feb: Pengurus Liverpool Arne Slot memuji mentaliti kemenangan pasukannya yang berkelebihan 13 mata selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Newcastle United 2-0, awal pagi tadi.*

             *Dominik Szoboszlai dan Alexis Mac Allister menemui sasaran pada setiap babak perlawanan sekali gus membolehkan Reds semakin jauh meninggalkan Arsenal di tangga kedua yang hanya seri 0-0 di Nottingham Forest.*

              *Tidak tewas 24 aksi liga, Liverpool semakin hampir menyamai rekod 20 gelaran liga tertinggi Inggeris tetapi hanya yang kedua untuk mereka dalam tempoh 35 tahun.*

               🤩 *London 27 Feb: Penyerang Liverpool Mohamed Salah percaya dia bukan hanya menikmati musim terbaik dalam kariernya tetapi turut membantu meningkatkan prestasi pemain sekelilingnya, menurut pendahulu penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) itu semalam.*

             *Pemain berusia 32 tahun itu menjaringkan 25 gol liga dan mencipta 16 bantuan jaringan untuk membantu Liverpool gah di puncak EPL dan berkelebihan 13 mata di hadapan pasukan di tangga kedua Arsenal.*

              *"Saya fikir ia musim terbaik saya kerana saya menjadikan pemain sekeliling saya lebih baik dan itu yang saya rasakan," kata Salah kepada TNT Sports.*

              🫵🏻 *Liverpool 27 Feb: Pengurus Liverpool, Arne Slot tidak akan berada di tepi padang bagi perlawanan menentang Newcastle awal pagi esok selepas dikenakan penggantungan dua perlawanan serta denda berat susulan kelakuannya ketika Derby Merseyside.*

            *Jaringan penyamaan James Tarkowski untuk Everton pada masa kecederaan ketika seri 2-2 di Goodison Park pada 12 Februari lalu mencetuskan kekecohan.*

             *Slot dan pembantunya, Sipke Hulshoff, diarahkan keluar padang oleh pengadil Michael Oliver, bersama pemain Liverpool, Curtis Jones, serta pemain tengah Everton, Abdoulaye Doucoure.*

             *Persatuan Bolasepak England (FA) mengeluarkan kenyataan hari ini yang menyatakan sebuah komisen bebas telah mengambil tindakan terhadap Everton, Liverpool, Slot, dan Hulshoff.*

              🗣️ *London 27 Feb: Pep Guardiola menegaskan Manchester City akan kembali menjadi pasukan lebih kuat di Liga Perdana Inggeris (EPL) pada masa hadapan selepas Erling Haaland memastikan kemenangan 1-0 di Tottenham, awal pagi tadi.*

             *Penyudah tajam Haaland pada minit ke-12 mengukuhkan usaha City untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan ketika mereka melonjak ke tempat keempat.*

             *Bergelut untuk menamatkan saingan dalam empat pasukan teratas satu kekecewaan besar bagi City selepas mereka memenangi empat gelaran EPL terakhir dan yang keenam dalam tujuh musim di bawah Guardiola.*

              😪 *Nottingham, United Kingdom 27 Feb: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui pasukannya kekurangan kreativiti untuk menembusi pertahanan Nottingham Forest ketika seri 0-0 awal pagi tadi yang menjejaskan lagi usaha mereka memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).*

            *Pilihan penyerang Arteta terjejas teruk akibat kecederaan dengan Bukayo Saka, Gabriel Martinelli, Gabriel Jesus dan Kai Havertz semuanya terpaksa diketepikan.*

             *Arsenal juga gagal menjaringkan gol ketika tewas mengejut 0-1 di tempat sendiri kepada West Ham pada Sabtu lalu dan anak buah Arteta kini ketinggalan 13 mata di belakang Liverpool.*

               🤕 *London 27 Feb: Pengurus Arsenal Mikel Arteta berharap pemain sayap Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli kembali pulih daripada kecederaan ketika menerima kunjungan Fulham pada 1 April selepas ketumpulan barisan serangan menjejaskan misi mereka memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.*

            *Saka dan Martinelli masih dalam proses pemulihan kecederaan hamstring manakala Gabriel Jesus serta Kai Havertz tersisih sehingga baki saingan musim ini juga akibat kecederaan.*

            *Jentera serangan Arsenal gagal mencipta impak ketika tewas mengejut 0-1 di tangan West Ham pada Sabtu lalu dan mereka seri 0-0 di Nottingham Forest, awal pagi tadi.*

             *Arteta berkata, walaupun Saka dan Martinelli kembali beraksi perlawanan pertama Arsenal selepas rehat antarabangsa, kedua-duanya perlu dipantau rapi.*

               🥳 *Manchester, England 27 Feb: Pengurus Manchester United, Ruben Amorim puas hati dengan cara pasukannya bangkit ketika menang 3-2 ke atas Ipswich Town dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.*

            *United ketinggalan di Old Trafford tetapi bangkit mendahului 2-1 sebelum Patrick Dorgu dibuang padang beberapa minit kemudian yang membolehkan Ipswich menyamakan kedudukan sebelum rehat.*

            *"Hari ini, saya tidak kecewa," kata Amorim kepada pemberita. "Kami menguasai permainan dan sejak minit pertama saya rasa pemain cuba beraksi sebaik mungkin dan kami berjaya menjaringkan dua gol.*

               😩 *Turin 27 Feb: Empoli menyingkirkan Juventus daripada Piala Itali menerusi penentuan penalti 4-2 selepas permainan berakhir 1-1 pada masa tambahan yang menyaksikan jurulatih Thiago Motta malu dengan kekalahan mengejut itu.*

             *Empoli mendahului hasil jaringan Youssef Maleh pada awal babak pertama ketika Juventus bergelut menembusi pertahanan lawan sebelum rehat yang mengundang kritikan Motta dan menggesa pemainnya mengambil tanggungjawab.*

              *"Memalukan. Saya rasa malu apa yang disajikan pada babak pertama dan saya harap pemain juga mempunyai perasaan sama," kata Motta ketika sidang media.*

               🏍️ *London 27 Feb: Marc Marquez mengakui dia berasa gementar menjelang penampilan pertamanya bersama Ducati di Thailand pada Ahad ini.*

           *Juara dunia MotoGP enam kali itu mendominasi ujian pra musim, termasuk mendahului kedua-dua sesi ujian dua hari di Litar Antarabangsa Buriram sekali gus menjadi pelumba pilihan untuk meraih kemenangan pada Sabtu dan Ahad di venue yang menjadi tuan rumah perlumbaan pembukaan musim ini.*

             *Bagaimanapun, Marquez berkata, dia tetap berdebar dan gementar menjelang perlumbaan di Buriram.*

             *"Saya selalu sedikit lebih gementar daripada yang sepatutnya untuk perlumbaan pertama musim ini, ia selalu Grand Prix (GP) yang istimewa," kata Marquez menjelang MotoGP Thailand hujung minggu ini.*

               🏥 *Paris 26 Feb: Juara dunia MotoGP, Jorge Martin akan diketepikan untuk tempoh yang belum ditentukan selepas menjalani pembedahan akibat patah tangan kiri yang dialaminya dalam satu kemalangan, menurut pasukan Aprilia dalam pengumuman, malam tadi.*

             *Pelumba Sepanyol itu sudah disahkan terlepas perlumbaan pembukaan musim di Grand Prix (GP) Thailand, hujung minggu ini selepas mengalami kecederaan pada tangan dan kakinya semasa sesi latihan di Sepanyol pada Isnin.*

               *Pelumba berusia 27 tahun itu masih dalam proses pemulihan daripada patah tangan kanan dan kaki kiri yang dialaminya dalam kemalangan ngeri ketika ujian pramusim di Malaysia awal bulan ini.*

              *"Pembedahan Jorge Martin telah berjaya diselesaikan," menurut kenyataan rasmi Aprilia.*

               🏌🏻‍♂️ *London 27 Feb: Pemain Sweden Anna Nordqvist dilantik kapten Eropah untuk menentang Amerika Syarikat (AS) pada Piala Solheim di Belanda tahun depan.*

            *Pemain berusia 37 tahun itu yang juga juara tiga kali kejohanan utama beraksi di Piala Solheim sembilan kali, menjuarainya 17 kali dan tewas 15 daripada 25 perlawanannya.*

            *Dia menjadi penolong kapten ketika Europa mempertahankan trofi di Sepanyol pada 2023 dan sekali lagi pada 2024 ketika AS memenanginya dengan catatan 15½-12½ di Virginia untuk merampas trofi terbabit kali pertama dalam tempoh tujuh tahun.*

              *"Saya teruja dan bangga di atas pelantikan ini," kata Anna, semalam.*

              🏍️ *Kuala Lumpur 27 Feb: Ketiadaan persiapan rapi dan strategi pasukan yang dipersoalkan menjadi punca utama prestasi hambar Zaqhwan Zaidi dalam perlumbaan sulungnya di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), namun pelumba negara itu tetap menjadi sasaran kecaman netizen.*

          *Selepas menerima kritikan hebat di media sosial, juara Asia 2022 itu akhirnya mendedahkan faktor sebenar di sebalik kesukarannya bersaing di Litar Phillip Island, Australia, minggu lalu.*

           *Menurut Zaqhwan, keputusan untuk menyertai WSBK dibuat pada saat akhir dan dia terlepas tiga sesi ujian pramusim – sesuatu yang amat kritikal dalam perlumbaan berprestij seperti ini.*

               🚵🏽‍♀️ *Putrajaya 27 Feb: Ketiadaan pendakian ke Genting Highlands buat kali kedua berturut-turut di Le Tour de Langkawi (LTdL) dalam laluan perlumbaan tahun ini tidak akan mencacatkan saingan berstatus ProSeries itu.*

            *Menurut Ketua Pegawai Operasi (COO) LTdL, Emir Abd Jalal, keputusan itu dibuat berikutan kekangan kelulusan daripada pihak berkuasa serta faktor teknikal yang tidak dapat dielakkan.*

            *"Kami memang mahu mengekalkan Genting Highlands sebagai sebahagian daripada laluan, tetapi disebabkan isu kelulusan dan faktor lain, kami terpaksa mencari alternatif.*

               🏑 *Kuala Lumpur 27 Feb: Kehilangan penyerang berbisa, Faizal Saari dalam skuad hoki kebangsaan bukan perkara kecil dan diakui memberi kesan besar kepada pasukan, kata ketua jurulatih, Sarjit Singh.*

            *Bagaimanapun, beliau menegaskan sudah tiba masanya pemain muda bangkit untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Faizal, yang mengumumkan persaraannya selepas tamat Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini.*

            *"Sebenarnya, dia dah buat keputusan sejak tahun lalu. Lepas pulang dari Trofi Juara-Juara Asia (ATC) di China, dia kata nak berehat dan akhirnya memilih untuk bersara.*

               🚴🏻‍♀️ *Kuala Lumpur 27 Feb: Ketua jurulatih skuad berbasikal trek negara, Harnizam Basri meluahkan rasa puas hati terhadap pencapaian anak buahnya selepas tamat Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 di Velodrom Nasional, semalam.*

          *Walaupun kejohanan kali ini lebih kepada proses ujian dan penyesuaian strategi, skuad negara melangkaui sasaran awal dengan meraih dua pingat emas, empat perak dan tiga gangsa.*

            *Ini memberi gambaran positif dalam persiapan menuju Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dan Sukan Sea Thailand, hujung tahun ini.*

             *Dua emas disumbangkan The Pocket Rocketwoman, Nurul Izzah Izzati Asri bagi acara keirin dan 1 kilometer ujian masa.*

               🐯 *Kuala Lumpur 27 Feb: Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Dollah Salleh percaya skuad Harimau Malaya mampu meraih keputusan positif di pentas antarabangsa khususnya cuba layak ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi nanti.*

            *Jelas legenda bola sepak negara itu, beliau yakin di bawah kepimpinan Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub, kejayaan layak pada edisi lalu di Qatar 2023 akan dapat diteruskan menerusi strategi yang sedang dirangka.*

              *Katanya, apa yang sudah diraih ketika di bawah era Tan Sri Hamidin Mohd Amin akan diteruskan, malah ia bakal ditambah baik untuk memastikan prestasi skuad negara kekal di tahap terbaik.*

               🤩 *Kuala Lumpur 27 Feb: Berbaki empat bulan sebelum kontrak lima tahun berakhir Jun ini, persoalan mengenai hala tuju 'wonderkid' negara, Luqman Hakim Shamsudin kini menjadi tanda tanya.*

           *Berdasarkan semakan Arena Metro, Luqman yang mula menyertai kelab Belgium, KV Kortrijk pada 2020 bakal mengakhiri kontraknya Jun ini dan difahamkan penjaring terbanyak Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 16 (B-16) pada 2018 itu masih belum membuat keputusan.*

            *Difahamkan, Luqman kemungkinan bakal pulang ke tanah air untuk meneruskan kariernya di Liga Malaysia (Liga M) selepas ini.*

            *Biarpun berkelana selama lima musim di Eropah serta di Jepun, harapan Luqman untuk terus kekal di luar negara dilihat agak sukar kerana jarang diberikan peluang untuk beraksi.*

               🐅 *Kuala Lumpur 27 Feb: Johor Darul Ta'zim (JDT) terus 'bernafsu besar' apabila menyambar bekas bintang LaLiga dan Serie A, Samu Castillejo.*

               *Bekas pemain Malaga, Villarreal, AC Milan dan Valencia itu diperkenalkan menerusi hantaran video di Faecebook Johor Southern Tigers yang menyaksikan pemain berusia 30 tahun tiba di Stadium Sultan Ibrahim dan menyarung jersi skuad Harimau Selatan.*

               *"Dengan lebih 300 perlawanan untuk kelab LaLiga dan Serie A, Samu Castillejo kini adalah Harimau Selatan," demikian kapsyen tertera di video berkenaan.*

              *Untuk rekod, Castillejo adalah pemain import kelima terbaru JDT bagi memperkuat jentera serangan dalam usaha untuk mereka untuk terus menyerlah di Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).*

               👏🏻 *Kuala Lumpur 27 Feb: Pengendali Kuala Lumpur City FC (KL City), Miroslav Kuljanac memuji sentuhan penyudah dimiliki ketua pasukan, Paulo Josue meskipun pemain itu asalnya bukanlah penyerang asli.*

             *Katanya, kemampuan Josue meledak satu gol ketika membantu KL City menumbangkan PDRM FC 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur malam semalam dianggap sebagai satu keistimewaan pemain naturalisasi negara itu.*

               *Katanya, ketika skuad The City Boys kehilangan penyerang tulen yang meninggalkan pasukan, Josue diberi peluang mengetuai jentera hadapan dan pemain tengah itu membalas kepercayaan itu dengan cemerlang.*

               🦜 *Seremban 27 Feb: Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC, Victor Andrag menyifatkan faktor luaran yang melanda kelab itu jelas memberi impak kepada prestasi pasukan ketika ini apabila tewas 2-0 di tangan Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam semalam.*

           *Pengendali berusia 48 tahun itu menegaskan, selain kehilangan beberapa tonggak import yang menamatkan kontrak lebih awal, skuad Sang Kenari juga sukar untuk mengumpulkan semua pemain dalam satu-satu masa kesan daripada faktor luaran terbabit.*

               🐃 *Seremban 27 Feb: Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC), K Nanthakumar gembira selepas badi kekalahan pasukan bimbingannya berakhir apabila menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC, 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam semalam.*

             *Ini kemenangan ketiga dicapai skuad Hobin Jang Hobin musim ini dan kedua diraih di laman sendiri.*

             *Pengendali berusia 47 tahun itu berkata, walaupun kemenangan belum berupaya mengubah kedudukan Negeri Sembilan dalam carta liga, tetapi penting baginya dalam misi untuk membawa pasukan mendaki kedudukan lebih baik sebelum saingan musim ini berakhir.*

               🦌 *Kota Bharu 27 Feb: Penolong ketua jurulatih Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) Rezal Zambery Yahya memuji komitmen pemain mudanya yang tetap bersungguh-sungguh memberikan aksi terbaik walaupun skuad itu menghadapi pelbagai masalah musim ini.*

            *Rezal Zambery berkata ketika ini tidak ada sesi latihan formal dijalankan, sebaliknya pemain hanya menjalani latihan sendiri bagi mengharungi baki saingan Liga Super.*

             *"Secara jujurnya, pemain saya tidak menjalani latihan secara formal sejak sekian lama, kita hanya turun bermain untuk perlawanan," katanya pada sidang media selepas perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhamad IV malam semalam.*


             

*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*

*#repoterataspokok*

*#hanisofeasupriseandgift*

*#legasisepuluh*

No comments:

Post a Comment

BERITA HARI INI - 30 MAY 2025

*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI* *‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ* ‎            *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الل...