*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*
*JUMAAT 30 MEI 2025 MASIHI BERSAMAAN 2 ZULHIJJAH 1446 HIJRAH*
*LAST GOA_L MINGGU INI*
*LIVE FROM KAWAN FOOD FROZEN PULAU INDAH KLANG*
*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*
*IMSAK* : *05:40am*
*SUBUH* : *05:50am*
*SYURUK* : *07:02am*
*ZOHOR* : *13:14pm*
*ASAR* : *16:39pm*
*MAGHRIB* : *19:22pm*
*ISYAK* : *20:37pm*
*artikel disiarkan pada tarikh 29mei*
*harianmetroonline*
*by:hanipiloiempire*
*since2011*
*GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+
*GOA_L* 1️⃣ *Rantau Panjang 29 Mei: Pintu sempadan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, di sini, sesak dengan orang ramai yang mahu ke Golok sempena cuti sekolah yang bermula hari ini. Tinjauan di ICQS itu sejak tengah hari tadi, mendapati jalan masuk sesak sejauh lebih satu kilometer (km) dengan pelbagai jenis kenderaan yang beratur untuk memasuki pintu sempadan. Malah, kebanyakan kenderaan adalah milik rakyat Malaysia yang mana majoriti mahu ke negara sempadan untuk menjamu selera bersama keluarga sempena cuti sekolah.*
*GOA_L* 2️⃣ *Kuala Lumpur 29 Mei: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi bayangan tidak akan kembali dalam dunia politik atau menyertai mana-mana parti dalam masa terdekat. Bekas Ketua Pemuda Umno itu berkata ketika ini fokusnya tertumpu kepada beberapa perniagaan dan projek yang masih berjalan. "Saya cuma boleh cakap, ketika ini saya ada banyak projek yang belum selesai dan perlu diuruskan.*
*GOA_L* 3️⃣ *Kuching 29 Mei: Sarawak menyatakan kesediaan untuk menghantar pengamal media yang juga anak kelahiran negeri ini untuk menyertai kursus eksekutif berkaitan bidang kewartawanan di Cambridge, United Kingdom. Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pendekatan berkenaan diambil bagi meningkatkan mutu pelaporan berita, seterusnya mengangkat martabat industri kewartawanan negara. "Kalau kita boleh beri pendidikan tinggi percuma, sudah tentu saya ada peruntukan untuk menghantar wartawan untuk program eksekutif ini.*
*GOA_L* 4️⃣ *Putrajaya 29 Mei: Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum memikirkan untuk merombak Kabinet susulan peletakan jawatan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad. Perdana Menteri menegaskan, penggantian anggota Jemaah Menteri baharu tidak boleh dilakukan kerana Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa itu secara asasnya sedang bercuti.*
*GOA_L* 5️⃣ *Segamat 29 Mei: "Saya merangkak keluar dari cermin tingkap pecah sebelum melambai tangan untuk dapatkan bantuan," kata Muhammad Zikri Mohd Fitri Md Said, 11. Dia terselamat dalam kemalangan yang meragut nyawa ayahnya, Muhammad Zikri Mohd Fitri dan adiknya Nurin Insyirah, 9 tahun. Menurut pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Redong itu, ayahnya cuba mengelak kenderaan di hadapannya sebelum kenderaan terbalik tiga kali dan terjunam ke dalam gaung.*
*GOA_L* 6️⃣ *Seremban 29 Mei: Lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menunggang basikal dengan cuai sehingga berlakunya kemalangan maut, Mac tahun lalu. Tertuduh, K Selva Natchathiram, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah. Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai penunggang basikal menunggang tanpa kecermatan dan perhatian di atas jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan.*
*GOA_L* 7️⃣ *Segamat 29 Mei: Imam muda dan anak perempuan yang maut dalam kemalangan di Jalan Labis - Segamat dekat Kampung Kwongsai, petang semalam, selamat disemadikan dalam satu liang lahad sebentar tadi. Allahyarham Mohd Fitri Md Said, 39, Imam Muda Masjid Nurul Falah Felda Redong dan anak perempuan Nurin Insyirah, 9, disemadikan di tanah perkuburan Islam Felda Redong, 5.30 petang.*
*GOA_L* 8️⃣ *Seremban 29 Mei: Pemilik restoran nasi kandar di Pusat Komersil Saujana didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan gagal menyediakan rekod latihan pengendali makanan dan premis mempunyai makhluk perosak. Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah menjatuhkan hukuman itu terhadap pemilik restoran Rajiman Mohamad, 46, yang mengaku bersalah atas perbuatan itu.*
*GOA_L* 9️⃣ *Pasir Mas 29 Mei: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 22.5 kilogram (kg) mampatan bunga ganja jenis Royal Cannabis dianggar bernilai lebih RM800,000 dalam operasi di Banggol Kulim, di sini hari ini. Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata mampatan bunga ganja itu dirampas hasil pemeriksaan terhadap sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback. "Terdahulu, sepasukan anggota PGA yang melakukan rondaan ternampak kereta itu yang dipandu seorang lelaki kira-kira 6 pagi tadi.*
*GOA_L* 🔟 *Kuching 29 Mei: Sarawak melancarkan Pelan Induk Kelestarian Sarawak 2030 yang menjadi dokumen panduan untuk menyelaraskan usaha merentas sektor untuk membangunkan ekonomi hijau Sarawak. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, pelan hala tuju strategik itu juga menjadi perintis kepada negeri lain untuk beralih kepada ekonomi rendah karbon.*
*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Nibong Tebal 29 Mei: Dua beranak dilaporkan cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan enam kenderaan di Kilometer (KM) 160 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Jawi menghala Bandar Cassia, di sini, tengah hari tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, John Sagun Francis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.51 tengah hari berhubung kemalangan itu.*
*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Kuala Lumpur 29 Mei: Seorang lelaki hidup dalam kebimbangan selepas menerima ugutan daripada sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau along meskipun, hutang anak perempuannya yang terpedaya dengan pelaburan forex sudah dilangsaikan. Mangsa dikenali sebagai CK berkata, anak perempuannya, Liang, 22, membuat pinjaman sebanyak RM20,000 daripada 17 along pada Mei lalu untuk membayar pelaburan forex yang rupa-rupanya satu penipuan.*
*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Pasir Puteh 29 Mei: Kerajaan negeri memberi jaminan bekalan lembu mencukupi bagi memenuhi keperluan ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, ia termasuk dengan mengimport 30,000 ekor lembu dari Thailand, bagi menampung keperluan itu.*
*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Segamat 29 Mei: Polis mengesahkan dua maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 173, Jalann Johor Bahru-Seremban, petang semalam. Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry berkata, kemalangan berlaku pada jam 6.50 petang membabitkan dua pacuan empat roda (4WD) dan kenderaan pelbagai guna (MPV). Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila 4WD dipandu lelaki berusia 30-an bersama lima penumpang cuba memotong kenderaan di hadapannya.*
*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Kuala Terengganu 29 Mei: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu mengerakkan lebih 100 pegawainya untuk membuat pemeriksaan sepanjang sambutan Aidiladha tahun ini. Pengarahnya Dr Anun Man berkata, langkah itu diambil susulan terdapat kes hawar berdarah serta penyakit kuku dan mulut yang dikesan di negeri ini beberapa bulan yang lalu.*
*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Serdang 29 Mei: Banci pertanian akan dilaksanakan secara berkala setiap 10 tahun, bagi memastikan data asas sentiasa relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Berucap pada Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024 di sini hari ini, Fadillah berkata survei pertanian jangka pendek juga akan dilaksanakan secara berkala mulai 2026 untuk memperkukuh ketersediaan data dan menyokong pemantauan berterusan sektor pertanian negara.*
*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Johor Bahru 29 Mei: Seorang penceramah agama ditahan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki memberi ceramah tanpa tauliah di sebuah rumah dekat Pasir Gudang, malam tadi. Tangkapan ke atas lelaki tempatan berusia 50 tahun itu dibuat kira-kira jam 8.30 malam tadi oleh Bahagian Penguatkuasaan JAINJ dibantu Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.*
*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Tumpat 29 Mei: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengenal pasti 57 lokasi panas kemalangan di negeri ini menjelang sambutan Aidiladha. Pengarah JBPM Kelantan Farhan Sufyan Borhan berkata daripada jumlah itu, jajahan Gua Musang mencatatkan lokasi terbanyak iaitu 15 lokasi diikuti tujuh lokasi Kuala Krai. "Kita (JBPM Kelantan) tidak buat pemantauan secara berterusan, bagaimanapun kita akan mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) berdekatan untuk melakukan pemantauan di lokasi dikenal pasti.*
*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Kuala Lumpur 29 Mei: Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak mendakwa sekurang-kurangnya tujuh surat dihantar kepada individu dan institusi bagi mengesahkan kewujudan Titah Adendum supaya bekas Perdana Menteri itu menjalani baki tahanan dalam rumah. Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak terbabit.*
*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Kuala Lumpur 29 Mei: Naib Presiden PKR Datuk Seri R. Ramanan membidas tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan fitnah menggunakan namanya dalam bentuk kenyataan media palsu. Dalam satu kenyataan hari ini, Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata tindakan itu, jelas menunjukkan sikap terdesak pihak berkenaan demi kepentingan politik.*
*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Kuala Lumpur 29 Mei: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengamal media atas jasa dan dedikasi yang tidak ternilai dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Menerusi hantaran di Facebook sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 hari ini, Fahmi berharap pengamal media meneruskan komitmen dan amalan beretika dalam menyampaikan maklumat sahih. "Ini demi membina sebuah negara yang bermaklumat dan berintegriti," katanya.*
*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Gua Musang 29 Mei: Dua gajah liar jantan yang berkeliaran dan memusnahkan kebun penduduk di sekitar Kampung Pulai di sini, berjaya ditangkap kelmarin. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata, kejayaan tangkapan gajah liar itu sekali gus sedikit-sebanyak melegakan penduduk di kawasan terbabit.*
*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Kuala Lumpur 29 Mei: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menegaskan, tiada isu pemansuhan atau pemotongan subsidi gas petroleum cecair (LPG) oleh kerajaan hari ini, sebaliknya usaha mengekang isu ketirisan barang kawalan dan manipulasi dalam aktiviti perniagaan sedang giat dijalankan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata subsidi LPG akan terus dapat dinikmati oleh golongan sasar iaitu pengguna kerana ia adalah subsidi dapur rumah rakyat, bukan subsidi sektor komersial.*
*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Puchong 29 Mei: Sebuah pusat hiburan di Taman Bandar Puteri, di sini, dikesan memasang pintu besi dua lapisan dan banyak pintu rahsia di bahagian atas premis berkenaan bertujuan memudahkan usaha melarikan diri ketika serbuan pihak berkuasa. Bagaimanapun, helah itu tidak berjaya apabila Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor berjaya 'mengepung' premis berkenaan ketika serbuan kira-kira jam 10 malam tadi.*
*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Seremban 29 Mei: Padah merokok di kawasan mahkamah, seorang remaja berusia 18 tahun didenda RM400 oleh mahkamah. Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah menjatuhkan hukuman selepas tertuduh mengaku salah melakukan perbuatan itu dalam prosiding yang dijalankan di belakang Mahkamah Khas Trafik di sini hari ini. Mengikut pertuduhan, tertuduh orang belum dewasa didapati melakukan kesalahan apabila merokok di kawasan larangan di premis kerajaan.*
*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Kuala Lumpur 29 Mei: Dua Naib Presiden PKR dilihat calon berpotensi untuk mengisi kekosongan jawatan Kabinet yang ditinggalkan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad. Mereka adalah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri R Ramanan serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari.*
*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 29 Mei: Seorang lelaki warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan di lif sebuah apartmen, minggu lalu. Sohanur Rahman Anik, 23, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa 15 tahun semasa kejadian, bagi tujuan seksual di dalam dan luar lif sebuah unit apartmen di Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Sentul di sini pada 10.39 malam, 21 Mei.*
*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Putrajaya 29 Mei: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) memberi jaminan bekalan lembu, kerbau dan kambing bagi keperluan ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini mencukupi. Ketua Pengarah Veterinar (DVS), Dr Akma Ngah Hamid berkata secara keseluruhannya permintaan bagi haiwan korban tahun ini sebanyak 34,451 lembu dan kerbau, manakala kambing serta bebiri pula dianggarkan sebanyak 22,453 ekor.*
*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Kuala Langat 29 Mei: Lebih 10 lori dikesan berhenti di bahu jalan berhampiran susur keluar Plaza Tol Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Bandar Saujana Putra, pagi tadi, dipercayai selepas menyedari kehadiran pasukan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor di lokasi. Pemeriksaan mendapati beberapa lori yang membawa pasir ditinggalkan tanpa pemandu manakala sebuah 'ekor' treler membawa muatan dipercayai sisa elektronik (e-waste) turut ditinggalkan tanpa pengawasan.*
*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Georgetown 29 Mei: Tiga lelaki warga China dan seorang wanita Vietnam direman selama empat hari selepas dipercayai terbabit dalam sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang menyasarkan mangsa kalangan rakyat Republik China. Perintah reman terhadap kesemua suspek berusia 21 hingga 34 tahun itu dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi bermula tadi sehingga 1 Jun depan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=
🇵🇸 *Baitulmaqdis 28 Mei: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hari ini mengumumkan pemimpin Hamas, Mohammad Sinwar yang paling dikehendaki terbunuh dalam serangan Israel.*
*Adik kepada Yahya Sinwar itu menjadi sasaran serangan Israel di sebuah hospital di selatan Gaza dan berkemungkinan terbunuh pada 21 Mei lalu.*
*"Kami sudah membunuh Mohammad Deif, (Ismail) Haniyeh, Yahya Sinwar dan Mohammad Sinwar," kata Netanyahu mengesahkan kematian itu di parlimen Israel, Knesset.*
*Katanya, sejak dua hari kebelakangan ini berlaku pusingan dramatik ke arah kekalahan Hamas dan Israel juga kini mengawal pengagihan makanan, iaitu merujuk kepada sistem agihan bantuan baharu di Gaza yang dikendalikan oleh kumpulan disokong Amerika Syarikat.*
🇵🇸 *Gaza 29 Mei: Pemimpin Hamas, Mohammed Sinwar yang paling dikehendaki Israel dipercayai terbunuh dalam serangan tentera rejim itu di Gaza.*
*Berita itu didedahkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada sidang media semalam.*
*Adik kepada Yahya Sinwar itu menjadi sasaran serangan Israel di sebuah hospital di selatan Gaza, dan berkemungkinan terbunuh pada 21 Mei lalu.*
*Hamas masih belum mengesahkan laporan itu.*
*Jika betul, Mohammed meninggalkan rakan rapatnya, Izz al-Din Haddad, untuk menyelia operasi kumpulan itu di utara Gaza, yang bertanggungjawab ke atas sayap bersenjata Hamas di seluruh wilayah itu.*
🇵🇸 *Gaza 29 Mei: Ribuan penduduk Palestin yang kebuluran menyerbu sebuah gudang milik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di tengah Gaza, Rabu lalu, dipercayai bagi mendapatkan bekalan makanan selepas lebih dua bulan wilayah itu dikenakan sekatan penuh oleh Israel.*
*Rakaman diperoleh AFP menunjukkan orang ramai memecah masuk ke gudang milik Program Makanan Sedunia (WFP) di Deir el-Balah, sebelum membawa lari beg dan kotak bantuan makanan ketika kedengaran bunyi tembakan dilepaskan.*
*"Orang ramai yang kelaparan menyerbu gudang Al-Ghafari milik WFP di Deir el-Balah bagi mendapatkan bekalan makanan yang sepatutnya diagihkan," kata kenyataan WFP di platform X.*
*Menurut kenyataan itu, laporan awal menyebut dua individu maut dan beberapa lagi cedera dalam kejadian tragik berkenaan.*
🇵🇸 *Tel Aviv 29 Mei: Kejadian berebut bantuan di sebuah gudang milik Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Semenanjung Gaza mengakibatkan beberapa orang maut, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Rabu.*
*Sumber perubatan di Hospital al-Aqsa di Deir al-Balah melaporkan dua individu maut akibat dihimpit dalam kesesakan orang ramai, manakala dua lagi terbunuh akibat tembakan.*
*WFP mengesahkan insiden berebut bantuan di sebuah gudangnya yang terletak di tengah-tengah wilayah Gaza yang dilanda konflik.*
*Menurut kenyataan yang disiarkan di platform X, "gerombolan orang ramai yang kelaparan" dilaporkan menyerbu gudang itu untuk mendapatkan bekalan makanan yang disediakan lebih awal untuk diagihkan.*
🇺🇸 *New York 28 Mei: Video yang memaparkan ribuan penduduk Gaza dalam keadaan terdesak meluru untuk mendapatkan bantuan yang tiba amat menyayat hati, kata jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa, lapor Xinhua.*
*"Kami menonton video dari Gaza yang dirakam di satu daripada pusat agihan bantuan yang dikendalikan oleh Gaza Humanitarian Foundation (GHF), dan sejujurnya, rakaman ini amat menyentuh hati," kata Stephane Dujarric, Ketua Jurucakap kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.*
*GHF ialah operasi bantuan dikendalikan Amerika Syarikat yang mendapat sokongan Israel dan bertujuan menggantikan usaha kemanusiaan yang dikendalikan PBB untuk menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza.*
🇹🇷 *Istanbul 29 Mei: Kumpulan Palestin Hamas pada Rabu mengumumkan bahawa pihaknya mencapai persetujuan dengan utusan Amerika Syarikat (AS) ke Timur Tengah Steve Witkoff mengenai rangka kerja umum bagi pelaksanaan gencatan senjata kekal di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).*
*"Kami telah mencapai persetujuan mengenai rangka kerja umum bersama Witkoff yang memastikan gencatan senjata kekal, pengunduran sepenuhnya tentera pendudukan Israel dari Gaza, serta kemasukan bantuan kemanusiaan tanpa halangan," kata Hamas dalam satu kenyataan.*
*Persetujuan itu turut merangkumi penubuhan sebuah jawatankuasa profesional bagi menguruskan hal ehwal Gaza sebaik sahaja gencatan senjata dilaksanakan, menurut kumpulan berkenaan.*
🇹🇷 *Ankara 28 Mei: Pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa di ibu negara Yaman, kata Menteri Pertahanan Israel Katz.*
*Dalam satu kenyataan, Katz mendakwa serangan itu memusnahkan "pesawat terakhir yang masih digunakan Houthi" sebagai sebahagian daripada apa yang disifatkannya sebagai Operasi Hiasan Emas, lapor Anadolu Ajansi (AA).*
*"Pelabuhan di Yaman akan terus diserang, dan lapangan terbang Sanaa akan dimusnahkan lagi," dia memberi amaran.*
*TV Al-Masirah yang dikendalikan Houthi mengesahkan serangan Israel ke atas lapangan terbang itu tetapi tidak memberikan butiran mengenai kematian atau tahap kerosakan.*
🇺🇸 *New York 29 Mei: Seorang jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menolak dakwaan Israel bahawa badan dunia itu gagal mengambil bekalan bantuan kemanusiaan untuk Gaza di lintasan sempadan, lapor Xinhua.*
*Jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, Stephane Dujarric berkata petugas kemanusiaan PBB di Gaza terus mempertaruhkan nyawa mereka untuk mengambil bantuan dari Kerem Shalom/Karem Abu Salem, satu-satunya lintasan sempadan yang dibuka ketika ini.*
*Beliau membuat kenyataan itu sebagai respons terhadap dakwaan Duta Israel ke PBB Danny Danon yang mendakwa bahawa PBB telah gagal mengambil lebih 400 muatan trak bantuan di bahagian Gaza lintasan sempadan berkenaan.*
🇨🇭 *Geneva 28 Mei: Kira-kira 47 orang cedera, sebahagian besarnya disebabkan oleh tembakan yang dilepaskan oleh tentera Israel, dalam kejadian huru-hara di pusat pengedaran bantuan baharu di Gaza, kata seorang pegawai kanan PBB.*
*Beribu-ribu rakyat Palestin bergegas masuk ke pusat kendalian Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) yang disokong AS, lapor wartawan AFP, ketika Israel melaksanakan sistem pengedaran baharu yang memintas PBB.*
*Insiden di Rafah di selatan Semenanjung Gaza berlaku beberapa hari selepas pelonggaran sebahagian daripada sekatan bantuan ke atas wilayah Palestin yang dikenakan Israel pada 2 Mac, membawa kepada kekurangan makanan dan ubat-ubatan yang teruk.*
🇨🇭 *Geneva 29 Mei: Sebahagian besar penempatan Blatten di Banjaran Alps, Switzerland musnah dalam kejadian runtuhan glasier semalam, menyebabkan seorang lelaki dilaporkan hilang, menurut pihak berkuasa.*
*Penempatan di terletak di lembah Lotschental itu menjadi tempat tinggal kepada kira-kira 300 orang, Mereka dipindahkan lebih awal minggu lalu susulan ancaman bencana berkenaan.*
*Runtuhan besar dari Glasier Birch di selatan wilayah Wallis itu pada 3.30 petang.*
*Pihak berkuasa memaklumkan, lelaki berusia 64 tahun yang hilang itu bukan dalam kalangan penduduk yang sudah dipindahkan.*
🇨🇦 *Ottawa 29 Mei: Lebih 17,000 penduduk di wilayah Manitoba tengah Kanada diarahkan berpindah serta-merta semalam, selepas kawasan itu dilanda musim kebakaran hutan paling buruk dalam tempoh beberapa tahun.*
*Premier Manitoba, Wab Kinew dalam sidang media berkata, kerajaan wilayah itu mengisytiharkan darurat di seluruh Manitoba susulan situasi kebakaran yang semakin membimbangkan.*
*"Ini adalah pemindahan terbesar yang pernah disaksikan dalam ingatan hidup kebanyakan penduduk Manitoba," katanya.*
*Kinew memaklumkan, beliau sudah meminta Perdana Menteri Kanada Mark Carney untuk mengarahkan tentera membantu operasi pemindahan dan pemadaman kebakaran.*
🇲🇽 *Mexico City 29 Mei: Mexico bakal menjadi satu-satunya negara yang membenarkan pengundi memilih semua hakim, mencetuskan perselisihan faham sama ada pembaharuan itu akan mengurangkan atau mengukuhkan pengaruh penjenayah ke atas mahkamah.*
*Kerajaan berkata, undi popular yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk hakim dan majistret di semua peringkat - termasuk Mahkamah Agung - diperlukan untuk menangani rasuah.*
*Pengkritik berpendapat, ia akan menjejaskan kebebasan badan kehakiman dan memberi amaran kepada penyertaan calon kontroversi - seperti bekas peguam untuk raja dadah terkenal Joaquin "El Chapo" Guzman.*
🇷🇺 *Moscow 28 Mei: Suruhanjaya Eropah sedang merangka pelan untuk mewajibkan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) mengurangkan penggunaan air sebanyak 10 peratus menjelang 2030, di samping menggalakkan pelaburan lebih besar dalam infrastruktur rawatan air, lapor Sputnik yang memetik akhbar Financial Times pada Rabu.*
*Pelan yang dijangka diumumkan bulan depan itu menggesa negara-negara EU mengurangkan penggunaan air bagi menangani kemarau yang semakin teruk dan meluas di seluruh blok berkenaan, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti.*
*Ini merupakan sasaran kecekapan air pertama pernah digariskan oleh Suruhanjaya Eropah, mencerminkan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap susutnya rizab air bawah tanah di EU, menurut laporan akhbar itu.*
🇫🇷 *Paris 29 Mei: Seorang bekas pakar bedah Perancis dijatuhi hukuman penjara 20 tahun pada Rabu selepas mengaku mendera 299 pesakit, kebanyakannya kanak-kanak, lapor agensi berita Jerman dpa.*
*Dalam perbicaraan penderaan kanak-kanak terbesar di Perancis, Joel Le Scouarnec, 74, yang telah bersara, mengaku mendera 158 pesakit lelaki dan 141 pesakit perempuan dengan purata umur 11 tahun antara 1989 hingga 2014.*
*Pendakwa raya menuduh tertuduh memperlakukan mangsanya seperti objek tidak bernyawa tanpa sebarang empati, sambil mengambil kesempatan daripada kedudukannya sebagai doktor.*
*Beliau sering melakukan penderaan ke atas pesakit yang masih di bawah kesan bius atau kanak-kanak yang tidak mampu mengenal pasti tindakan tersebut sebagai penderaan.*
🇳🇱 *The Hague 28 Mei: Siasatan antarabangsa membawa kepada penahanan sekumpulan penjenayah yang dipercayai terlibat dalam siri letupan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Belanda.*
*Menurut polis pada Selasa, seramai 18 suspek yang kebanyakannya warga Belanda telah ditahan, lapor agensi berita Jerman dpa.*
*Kumpulan itu dipercayai bertanggungjawab ke atas beberapa siri letupan ATM, terutamanya di Jerman. Terbaru, lima lelaki berusia antara 20 hingga 48 tahun ditahan di wilayah Utrecht dan Amsterdam. Tangkapan lain pula dibuat beberapa hari sebelum itu.*
*Dalam operasi geledah, polis merampas wang tunai berjumlah kira-kira €360,000 (sekitar AS$410,000 atau kira-kira RM1.7 juta), selain mata wang kripto yang kini dianggarkan bernilai lebih €600,000 (kira-kira RM2.8 juta).*
🇸🇦 *Riyadh 29 Mei: Lebih 1.18 juta jemaah haji dari seluruh dunia tiba di Arab Saudi menjelang Hari Arafah dan sambutan Aidiladha, menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA) yang memetik Direktorat Am Pasport.*
*Direktorat itu melaporkan sehingga akhir Selasa, sejumlah 1,180,306 jemaah memasuki negara itu melalui pintu masuk udara, darat dan laut.*
*Daripada jumlah itu, 1,115,663 jemaah tiba melalui lapangan terbang, 60,365 melalui pintu sempadan darat, dan 4,278 melalui pelabuhan laut.*
*Pihak berkuasa menegaskan komitmen mereka untuk memastikan kelancaran proses kemasukan jemaah, termasuk penggunaan teknologi canggih dan penempatan kakitangan pelbagai bahasa di semua pintu masuk antarabangsa.*
🇸🇦 *Makkah 29 Mei: Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi meramalkan keadaan cuaca panas hingga sangat panas di kawasan Tanah Suci sepanjang musim haji tahun ini, 1446 Hijrah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).*
*Suhu maksimum dijangka antara 40 hingga 47 darjah Celsius, manakala suhu minimum dijangka sekitar 27 hingga 32 darjah Celsius. Kelembapan pula dijangka antara 15 hingga 60 peratus.*
*Ketua Pegawai Eksekutif Pusat itu Dr Ayman Ghulam berkata angin semasa musim haji dijangka bertiup dari arah utara ke barat laut dengan kelajuan antara 25–35 km/j. Angin ini berpotensi membawa debu dan mengurangkan jarak penglihatan mendatar, terutamanya di kawasan terbuka dan lebuh raya.*
🇰🇷 *Seoul 29 Mei: Sebuah pesawat Jeju Air Co. yang membawa 183 penumpang dan enam kru dilaporkan terkeluar seketika dari landasan selepas mendarat di sebuah lapangan terbang di Vietnam, namun tiada kecederaan dilaporkan, menurut syarikat penerbangan itu pada Khamis.*
*Menurut Agensi Berita Yonhap, Penerbangan 7C2217 Jeju Air yang menggunakan pesawat B737-800 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang kira-kira 12.50 tengah malam Rabu (waktu tempatan).*
*Ketika bergerak di atas landasan, pesawat itu dilaporkan terkeluar seketika ke zon keselamatan di sebelah kanan landasan sebelum kembali ke laluan utama.*
*Satu daripada tayar pada gear pendaratan pesawat itu mengalami kerosakan dalam insiden berkenaan.*
🇨🇳 *Beijing 29 Mei: China, semalam, melancarkan kapal angkasa kecil tanpa kru, Tianwen-2, dalam misi pertama negara itu untuk mengambil sampel dari asteroid dan membawanya pulang ke Bumi bagi tujuan penyelidikan, lapor agensi berita rasmi Xinhua.*
*Pelancaran bersejarah itu adalah sebahagian daripada usaha besar-besaran Beijing melaburkan berbilion dolar dalam program angkasa lepas negara, selaras dengan visi Presiden Xi Jinping yang menyifatkan pencapaian angkasa lepas sebagai "impian angkasa" China.*
*China sebelum ini berjaya membina sebuah stesen angkasa yang mengorbit Bumi, dan kini merancang untuk menghantar misi tanpa warga ke Bulan menjelang akhir dekad ini, sebagai persediaan untuk menubuhkan pangkalan tetap di sana.*
*Tepat 1.31 pagi waktu tempatan, roket Long March-3B yang membawa Tianwen-2 berlepas dari tapak pelancaran Xichang di wilayah Sichuan, barat daya China.*
🇨🇳 *Beijing 28 Mei: Sebuah bank di China disiasat susulan kematian seorang wanita warga emas di luar salah satu cawangannya, baru-baru ini.*
*Insiden itu berlaku di cawangan Bank Pertanian China di Zhuzhou, wilayah Hunan, pada 14 Mei lalu.*
*Pelanggan yang sakit itu dibawa oleh anak perempuan dan menantunya untuk mengeluarkan 50,000 yuan (kira-kira RM29,000) bagi menampung perbelanjaan perubatannya.*
*Salah seorang anak perempuan Peng tiba di bank petang itu dengan kad pengenalan dan buku deposit ibunya, tetapi tidak dapat menyempurnakan transaksi kerana memasukkan kata laluan yang salah beberapa kali.*
*Anak perempuan itu kemudiannya menghubungi kakaknya, yang bersama-sama suaminya, membawa Peng ke bank dengan kerusi roda.*
*Anak perempuan Peng kemudian membawanya ke luar bank untuk mendapatkan udara segar, namun ibu mereka meninggal dunia di pintu masuk.*
🇹🇭 *Bangkok 28 Mei: Umat Islam di Thailand akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun, iaitu sama seperti Malaysia dan Singapura.*
*Presiden Jawatankuasa Ulama Sheikhul Islam, Waederamae Mamingji berkata umat Islam di seluruh negara diminta melihat anak bulan selepas waktu maghrib pada Rabu bagi menentukan tarikh 1 Zulhijah.*
*"Anak bulan telah pun kelihatan.*
*"Sehubungan itu, saya mengisytiharkan Khamis (29 Mei) sebagai 1 Zulhijah 1446 Hijrah dan Hari Raya Aidiladha akan disambut pada Sabtu (7 Jun)," katanya dalam satu kenyataan.*
🇹🇭 *Narathiwat 28 Mei: Seorang anggota polis maut manakala lima lagi cedera diserang sekumpulan lelaki bersenjata di Balai Polis Chanae di sini, awal pagi Rabu.*
*Ketua Polis Chanae, Kol. Pol. Wirasak Pesaena berkata dalam kejadian kira-kira 8.40 pagi (waktu tempatan), anggota polis dan sukarelawan pertahanan sedang menjalani latihan di pintu masuk balai polis itu.*
*"Sekumpulan lelaki bersenjatakan senapang termasuk raifal AK-47 melepaskan tembakan ke arah anggota polis dan sukarelawan pertahanan.*
*"Insiden berbalas tembakan berlarutan hampir 15 minit sebelum suspek melarikan diri," katanya kepada pemberita di tempat kejadian pada Rabu.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L MEDSOS, POPULAR*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+
👑 *Kuala Lumpur 29 Mei: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa di sini, hari ini.*
*Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada 5.20 petang disambut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.*
*Turut hadir bersama kira-kira 600 jemaah ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.*
😡 *Tokyo 29 Mei: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memulakan siasatan terhadap video siaran langsung di aplikasi TikTok yang memaparkan individu memijak gambar Jalur Gemilang.*
*Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang mempersenda dan menghina Jalur Gemilang yang menjadi lambang kedaulatan, perpaduan serta identiti negara.*
*"Tindakan tegas akan diambil," katanya kepada Bernama sejurus tiba di sini pada Khamis.*
*Menurut laporan portal berita tempatan, video siaran langsung itu didakwa distrim dari Sri Lanka serta berada dalam talian selama lebih empat jam, yang turut dipercayai menjadi medan perang siber antara pengguna di Malaysia dan Sri Lanka.*
👏🏻 *Kuala Lumpur 29 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pasukan Asean All-Stars yang menewaskan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dalam perlawanan persahabatan, malam tadi.*
*"Aduh! Gagal lagi Man United menang piala. Pening kepala juga hangpa (kamu semua) musim depan. Harap tak turun Championship.*
*"Tahniah Asean All-Stars, hangpa (kamu semua) memang padu!!," kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook, hari ini.*
*Pada aksi persahabatan pascamusim yang dikenali sebagai Piala Cabaran Maybank di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, Asean All-Stars menewaskan Manchester United 1-0 menerusi jaringan Maung Maung Lwin dari Myanmar pada minit ke-72.*
🛴 *London 29 Mei: Amad Diallo berdepan masalah dengan pengangkutan tempatan di Malaysia - hanya beberapa jam sebelum satu lagi kekalahan mengaibkan buat Manchester United.*
*Penyerang Ivory Coast itu sebahagian daripada skuad Red Devils yang kini mengharungi jelajah pascamusim di Asia.*
*Beberapa jam sebelum itu, pemain berusia 22 tahun itu menyertai rakan sepasukannya, Alejandro Garnacho dan Ayden Heaven untuk keluar bersiar-siar.*
*Trio itu yang menyarung jersi latihan United menaiki beberapa e-skuter Beam untuk dibawa bersiar-siar.*
*Namun mereka berdepan masalah apabila cuba membayar perkhidmatan itu.*
*Rakaman yang tular asalnya dikongsi di platform TikTok menunjukkan seorang warga tempatan terpaksa membantu Diallo dan rakannya membuat pembayaran.*
*Penyerang itu kelihatan memberikan telefonnya kepada seorang peminat, manakala yang lain mengambil swafoto bersama Garnacho dan Heaven.*
*Seorang peminat ketawa membalas hantaran itu: "(Jim) Ratcliffe tidak membayar gaji pemain."*
🤦🏻♂️ *Kuala Lumpur 29 Mei: Suasana meriah di Stadium Nasional Bukit Jalil bertukar sedikit tegang apabila pemain bintang Manchester United, Amad Diallo menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong selepas kekalahan mengejutkan pasukannya kepada Asean All Stars, malam tadi.*
*Insiden memalukan itu berlaku sejurus tamat perlawanan persahabatan pascamusim yang menyaksikan kelab gergasi England itu tewas 0-1 kepada pasukan pilihan Asia Tenggara.*
*Rakaman video serta beberapa gambar tular di media sosial seperti Facebook, X dan TikTok menunjukkan Diallo mengangkat jari tengahnya secara jelas ketika berjalan menuju ke bilik persalinan.*
*Selain itu, seorang lain pemain United, Alejandro Garnacho dirakam menunjukkan isyarat lucah kepada jurukamera ketika berjalan menuju ke bilik persalinan sebaik tamat perlawanan.*
🚲 *Kuala Lumpur 29 Mei: Pelakon Amar Baharin dan Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin menerusi kembara berbasikal mereka ke Tanah Suci kini sudah sampai ke Madinah, hari ini.*
*Isteri Amar iaitu pelakon dan pengacara, Amyra Rosli ketika dihubungi berkata, suaminya dan Qobin teruja apabila kayuhan mereka akhirnya sampai ke Madinah dengan selamat.*
*Difahamkan Amar dan Qobin tiba di Masjid Nabawi Madinah, jam 10.45 pagi (waktu tempatan Arab Saudi) dalam misi *JourneyToTanahHaram mereka selepas berkayuh dari pekan Henakiyah hingga Madinah sejauh 115 kilometer.*
*Terdahulu, Amar dan Qobin yang juga pendaki pertama Gunung Everest dari Malaysia, memulakan kayuhan dari Perlis dengan merentas ke beberapa negara lain seperti Thailand dan Iran, sebelum tiba di Arab Saudi.*
🎨 *Batu Gajah 29 Mei: Lukisan mural sepanjang 80 meter yang memaparkan aktiviti harian tahanan (prospek) di Pusat Koreksional Batu Gajah menjadi tarikan baharu di sini.*
*Lukisan pada tembok dinding pusat koreksional di Jalan Hospital itu menceritakan perjalanan dan aktiviti yang dilakukan oleh prospek sepanjang berada di pusat berkenaan seperti bercucuk tanam, bertukang di bengkel, mengaji al-Quran dan beberapa kegiatan lain.*
*Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) Mohamad Razif Ramli berkata lukisan itu adalah inisiatif majlis daerah berkenaan yang bertujuan memperindahkan pemandangan bandar dan diwartakan sebagai rancangan pembangunan produk dalam kawasan pentadbiran.*
*"Lukisan sepanjang 80 meter itu dihasilkan oleh sekumpulan pensyarah, mahasiswa dan pakar mural alumni Program Seni Halus Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak Cawangan Seri Iskandar.*
👦🏻 *London 29 Mei: Seorang budak luar biasa dari United Kingdom (UK) mencipta sejarah apabila diterima masuk sebagai ahli termuda lelaki dalam persatuan IQ tinggi terkemuka dunia, Mensa, pada usia hanya dua tahun dan 182 hari.*
*Portal NDTV melaporkan, Joseph Harris-Birtill, yang dilahirkan pada 23 November 2021, digelar sebagai "berbakat luar biasa" oleh ibu bapanya dan komuniti akademik.*
*Seawal usia tujuh bulan, Joseph sudah mengucapkan perkataan pertamanya, dan pada umur setahun setengah, dia mampu membaca buku dengan kuat.*
*Kemasukan Joseph ke dalam Mensa menjadikannya lelaki termuda pernah menyertai kelab elit itu yang hanya terbuka kepada individu yang berada dalam kelompok dua peratus teratas IQ tertinggi dunia - dengan ambang minimum IQ sebanyak 132.*
🪂 *Beijing 29 Mei: Seorang pemain luncur layar (paragliding) nyaris maut selepas terbang ke paras 28,208 kaki (8,598 meter/ m) iaitu altitud pesawat penumpang.*
*Lebih malang, lelaki China itu, Peng Yujiang, digantung lesen selama enam bulan daripada sebarang aktiviti itu kerana melanggar prosedur keselamatan, menurut pihak berkuasa.*
*South China Morning Post (SCMP) melaporkan Peng dilaporkan mengalami kerosakan peralatan ketika melakukan aktiviti paragliding dari banjaran Gunung Qilian, di sempadan wilayah Qinghai dan Gansu, Sabtu lalu.*
*Kerosakan peralatan itu menyebabkan dia melayang di udara sehingga lebih sejam, pada altitud hampir menyamai ketinggian puncak Gunung Everest.*
*Kamera di papan 'glider' milik Peng merakam seluruh detik cemas itu, termasuk saat dia meredah suhu ekstrem -40 darjah Celsius dengan paras oksigen yang sangat rendah.*
*Susulan video insiden itu tular di media sosial China, pihak berkuasa sukan bandar Jiayuguan tampil menjelaskan insiden itu bukan percubaan rekod dunia, sebaliknya kemalangan.*
*"Manusia biasa tak boleh bertahan pada ketinggian 8,000 m tanpa oksigen. Ini bukan aktiviti yang boleh dilakukan secara sesuka hati," kata jurucakapnya kepada media tempatan.*
🐻 *Bratislava (Slovakia) 28 Mei: Pembangkang di Slovakia mengkritik rancangan untuk menggunakan daging beruang perang buruan bagi tujuan pemakanan manusia, lapor agensi berita Jerman dpa.*
*Pada Selasa, ahli politik pembangkang Tamara Stohlova dilaporkan oleh agensi berita TASR sebagai menuduh Kementerian Alam Sekitar negara itu telah "bertukar menjadi kedai daging".*
*Kenyataan itu dibuat susulan pengumuman oleh Setiausaha Alam Sekitar Filip Kuffa pada Isnin bahawa daging beruang yang diburu secara sah tidak lagi akan dibuang, sebaliknya dimanfaatkan sebagai makanan.*
*"Apa-apa haiwan yang dibunuh dan memenuhi syarat tertentu akan dibenarkan untuk dimakan. Kenapa? Kerana daging beruang boleh dimakan," kata Kuffa menerusi hantaran di Facebook.*
💸 *Abuja 29 Mei: Seorang selebriti TikTok terkenal Nigeria dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah kerana menabur wang kertas ketika berparti, satu amalan sambutan yang biasa di negara itu tetapi dilarang oleh undang-undang.*
*Murja Kunya, bintang TikTok dari bandar Kano di utara Nigeria yang mempunyai lebih sejuta pengikut, dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tinggi Persekutuan di bandar berkenaan, menurut dokumen mahkamah.*
*Hakim Simon Amobeda turut memberi pilihan kepada Kunya untuk membayar denda sebanyak 50,000 naira (kira-kira RM134), serta mengarahkan beliau menjalankan kempen kesedaran dalam talian menentang penyalahgunaan wang kertas, memanfaatkan pengaruh besarnya di media sosial.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L ARENA SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=
🐯 *Kuala Lumpur 29 Mei: Skuad Harimau Malaya membuktikan taring mereka cukup berbisa apabila mengikat pasukan di ranking 72 dunia Cape Verde dalam perlawanan persahabatan Tier 1, sebentar tadi.*
*Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras itu menyaksikan skuad kendalian Peter Cklamovski dilihat mampu memberikan saingan sengit kepada pihak lawan dengan melakukan serangan berbahaya bagi mencari gol pembukaan.*
*Namun, skuad kebangsaan ternyata tersentak dengan jaringan awal lawan menerusi Sidney Cabral seawal minit kesembilan untuk kedudukan 0-1.*
*Jurulatih Harimau Malaya memasukkan Paulo Josue, Endrick Dos Santos, Stuart Wilkin, Shahrul Saad Quentin Chen dan Corbin Ong untuk memperkuatkan pasukan.*
*Ternyata keputusan terbabit membuahkan hasil apabila sentuhan pertama Josue berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit 80.*
🥳 *Wroclaw 29 Mei: Chelsea bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Real Betis 4-1 di final Liga Konferens, awal pagi tadi, sekali gus menjadi kelab pertama melengkapkan koleksi penuh trofi kelab Eropah.*
*Betis yang dibimbing Manuel Pellegrini bermain secara menyerang sehingga mengejutkan pilihan utama itu dengan gol awal daripada Abde Ezzalzouli, padaa ketika Chelsea kelihatan lesu dan tidak bermaya.*
*Chelsea kini menjadi kelab pertama yang menjuarai kelima-lima kejohanan kelab utama Kesatuan Bolasepak Eropah iaitu Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Liga Europa (UEL), Liga Konferens, Piala Super UEFA dan Piala Pemenang Piala yang kini tidak lagi dianjurkan.*
*Ini adalah trofi pertama mereka sejak konsortium Todd Boehly mengambil alih daripada pemilik terdahulu, Roman Abramovich pada 2022, selepas era kejayaan luar biasa buat kelab itu.*
🤩 *Wroclaw 29 Mei: Bintang utama Chelsea, Cole Palmer yang agak tenggelam pada separuh kedua musim dengan hanya satu gol dalam 22 perlawanan dan beberapa bantuan jaringan, tetap menunjukkan prestasi cemerlang apabila kreativiti dan kebijaksanaannya membantu mereka memenangi Liga Konferens.*
*Chelsea ketinggalan 0-1 kepada Real Betis pada separuh masa dalam perlawanan akhir, awal pagi tadi selepas dikuasai oleh tenaga dan tekanan tinggi lawan dalam 45 minit pertama.*
*Chelsea memerlukan jalan untuk bangkit semula dan Palmer melakukan dua bantuan gol sempurna dalam tempoh lima minit yang mengubah momentum memihak kepada mereka.*
🤬 *London 29 Mei: Penyokong Manchester United yang marah mengejek kelab itu selepas mereka kalah memalukan 0-1 di tangan ASEAN All-Stars, malam tadi.*
*United mencecah paras terendah baharu apabila mereka tumpas aksi pertama daripada dua perlawanan persahabatan pascamusim di Malaysia dan Hong Kong sekalipun Bruno Fernandes, Amad Diallo, Harry Maguire, Andre Onana dan Alejandro Garnacho semuanya turun bermain.*
*Difahamkan kelab itu dibayar sekitar £8 juta (RM45.4 juta) bagi kunjungan itu, yang menyaksikan mereka bermain di Kuala Lumpur sebelum ke Hong Kong.*
*Garnacho tampil sebagai pemain gantian menentang ASEAN All-Stars sekalipun diberitahu dia perlu 'berdoa' untuk mendapat kelab baharu di depan rakan sepasukannya oleh Amorim minggu lalu.*
*United akan melengkapkan jelajah mereka menentang pasukan kebangsaan Hong Kong di Stadium Hong Kong dengan kapasiti 40,000 malam esok.*
🗣️ *Kuala Lumpur 29 Mei: Sesi latihan singkat selama dua hari yang ditempuhi skuad Asean All-Star nyata mengejutkan pengendali pasukan, Kim Sang-sik yang tidak menyangka mampu menewaskan kelab gergasi Eropah, Manchester United.*
*Jelas jurulatih pasukan kebangsaan Vietnam itu, beliau menghargai persembahan dipamerkan para pemainnya walaupun berdepan persiapan singkat.*
*"Beraksi menentang salah satu kelab terbaik dunia, ia satu perlawanan yang hebat serta persembahan yang cukup menakjubkan oleh pasukan kami.*
😎 *Paris 29 Mei: Dalam pasukan Paris Saint-Germain (PSG) yang berwajah baharu dan mara ke final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) hujung minggu ini, bintang utama kini bukan lagi di atas padang, tetapi di bangku simpanan.*
*Dalam usaha mengubah sebuah pasukan yang tidak selalu dipandang serius oleh pesaing mereka menjadi pasukan mungkin paling digeruni di benua ini, jurulatih PSG, Luis Enrique turut berjaya memulihkan reputasinya sendiri selepas dipecat daripada jawatannya sebelum ini.*
*Kini berusia 55 tahun, Enrique dilantik pada Julai 2023, sejurus selepas Lionel Messi meninggalkan kelab Perancis itu selepas dua tahun yang kurang memberangsangkan. Neymar pula meninggalkan pasukan itu pada musim panas berikutnya.*
*Bekas jurulatih Barcelona itu disingkirkan oleh pasukan kebangsaan Sepanyol enam bulan lebih awal selepas penyingkiran mengecewakan dari Piala Dunia 2022 kepada Maghribi di peringkat 16 terbaik.*
🤕 *Suzuka 29 Mei: Pelumba Honda, Luca Marini mengalami kemalangan teruk ketika sesi ujian di Jepun, menyebabkan kecederaan pada bahagian pinggul, lutut, dada dan bahu serta kerosakan paru-paru, menurut kenyataan pasukan Jepun itu, semalam.*
*Marini pergi ke Litar Suzuka selepas Grand Prix (GP) Britain yang berlangsung hujung minggu lalu, dan pelumba Itali itu sedang menguji jentera Honda untuk perlumbaan ketahanan Suzuka 8-Jam apabila dia terjatuh dengan kuat pada hari kedua ujian.*
*"Beliau mengalami terkehel pada pinggul kiri, kerosakan pada ligamen lutut kiri, retak pada tulang dada dan tulang selangka kiri serta pneumotoraks (paru-paru rosak) di bahagian kanan.*
🏎️ *Barcelona 29 Mei: Pesaing McLaren dalam Formula Satu (F1) berharap ujian lebih ketat terhadap sayap depan kereta akan membantu merapatkan jurang dengan pendahulu kejohanan itu di Grand Prix (GP) Sepanyol, hujung minggu ini.*
*Walaupun dua rakan sepasukan yang memburu gelaran, Oscar Piastri dan Lando Norris, yakin perubahan itu tidak akan memberi kesan besar, pasukan lain masih meragui.*
*Pasukan F1 dimaklumkan sejak Januari bahawa ujian kelenturan pada sayap depan akan dikuatkuasakan mulai 1 Jun, susulan pemeriksaan ketat terhadap sayap belakang selepas musim bermula pada Mac lalu.*
*Ini memaksa pasukan mereka bentuk semula sayap depan agar lebih kukuh, yang akan memberi kesan terhadap aerodinamik.*
🎾 *Paris 29 Mei: Juara bertahan, Carlos Alcaraz meneruskan kemaraannya ke pusingan ketiga di Terbuka Perancis dengan penuh bergaya selepas menundukkan pemain Hungary, Fabian Marozsan dalam aksi empat set, awal pagi tadi.*
*Selain itu, bintang utama wanita, Iga Swiatek dan Aryna Sabalenka tampil dominan dalam laluan mudah ke pusingan seterusnya.*
*Alcaraz yang juga pilihan kedua kejohanan mencatat kemenangan 6-1, 4-6, 6-1, 6-2 ke atas Marozsan, menjadikan rekod kemenangannya di gelanggang tanah liat musim ini kepada 17 kemenangan daripada 18 perlawanan.*
🎾 *Paris 29 Mei: Juara bertahan Terbuka Perancis, Iga Swiatek terus menunjukkan taring apabila mudah menewaskan bekas juara Terbuka Amerika Syarikat, Emma Raducanu untuk mara ke pusingan ketiga Roland Garros.*
*Bintang Poland itu hanya memerlukan satu jam 19 minit untuk mencatat kemenangan 6-1, 6-2 dalam pertembungan yang jelas memihak kepada pilihan utama kejohanan itu.*
*Iga kini bakal berdepan sama ada pemain kelayakan dari Republik Czech, Sara Bejlek atau wakil Romania, Jaqueline Cristian bagi merebut tiket ke pusingan keempat.*
🏌🏻♂️ *Miami 29 Mei: Charlie Woods yang juga anak kepada juara 15 kali kejohanan utama Tiger Woods, mencipta kejayaan sulungnya dalam kejohanan Persatuan Golf Remaja Amerika Syarikat (AJGA) apabila muncul juara Jemputan Team TaylorMade di Florida, semalam.*
*Remaja berusia 16 tahun itu menamatkan pusingan akhir dengan catatan enam di bawah par 66 di padang golf Streamsong Resort Black, sekali gus mengumpul keseluruhan 15 di bawah par 201 untuk merangkul kemenangan dengan kelebihan tiga pukulan.*
*Ia adalah kemenangan pertama Charlie dalam lima penyertaan AJGA.*
🚵🏽♀️ *Bormio 29 Mei: Pelumba muda sensasi Mexico, Isaac Del Toro dari pasukan UAE Team Emirates-XRG, terus menampilkan aksi cemerlang di Giro d'Italia 2025 apabila memenangi peringkat ke-17 semalam, sekali gus melebarkan penguasaannya dalam kedudukan keseluruhan.*
*Dalam perlumbaan sejauh 155 kilometer (km) dari San Michele all'Adige ke Bormio itu, Del Toro menamatkan saingan dengan kayuhan bertenaga selepas mendaki dua laluan mencabar, Passo del Tonale dan Passo del Mortirolo, yang mencatatkan keseluruhan ketinggian mendaki mencecah 3,800 meter.*
*Pelumba berusia 20 tahun itu melancarkan serangan pada pendakian terakhir, memisahkan diri daripada dua pencabar terdekat, Romain Bardet (Picnic-PostNL) dan Richard Carapaz (EF Education-EasyPost) dengan baki lebih dua kilometer ke garisan penamat.*
🏸 *Kuala Lumpur 29 Mei: Sekurang-kurangnya satu tempat ke separuh akhir Terbuka Singapura sudah pasti menjadi milik Malaysia apabila dua beregu lelaki negara bakal bertembung sesama sendiri di suku akhir, esok.*
*Ia susulan kejayaan pasangan utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menunaikan janji untuk membalas dendam terhadap beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi yang menewaskan mereka di Piala Sudirman lalu dalam aksi pusingan kedua, hari ini sekali gus mengesahkan tempat ke suku akhir.*
*Manakala gandingan Tee Kai Wun-Man Wei Chong terlebih dahulu mengesahkan kemaraan ke suku akhir selepas menundukkan beregu China, Huang Di-Liu Yang 21-16, 21-16.*
🏸 *Kuala Lumpur 29 Mei: Beregu campuran negara yang juga pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai meneruskan retak kemenangan apabila mara ke suku akhir Terbuka Singapura selepas menewaskan pasangan dari China.*
*Dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung selama 34 minit di Stadium Tertutup Singapura, Soon Huat-Shevon menewaskan Feng Yan Zhe-Wei Ya Xin 21-11, 21-19.*
*Pasangan China itu baru sahaja digandingkan bersama, namun tetap memberi saingan sengit di set kedua sebelum akur kepada kelebihan pengalaman beregu profesional negara.*
🛫 *Kuala Lumpur 29 Mei: Selepas mengharungi malam penuh kekecewaan dengan tewas mengejut 0-1 kepada pasukan Asean All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil, skuad gergasi Manchester United difahamkan terus 'mengemas beg' dan berlepas meninggalkan bumi Malaysia.*
*Destinasi seterusnya bagi anak-anak buah Erik ten Hag ini dilaporkan adalah Hong Kong, di mana mereka dijadualkan mengharungi satu lagi perlawanan persahabatan dalam siri jelajah Asia kali ini, menentang pasukan negara terbabit esok.*
*Namun, episod duka di Kuala Lumpur pastinya menjadi satu tamparan hebat dan kenangan pahit yang sukar dilupakan, bukan sahaja buat pemain bintang seperti Bruno Fernandes dan Harry Maguire, tetapi juga seluruh kem The Red Devils.*
🥳 *Kuala Lumpur 29 Mei: Malam yang luar biasa buat bola sepak Asia Tenggara apabila skuad Asean All Stars mencipta kejutan besar dengan menewaskan gergasi England, Manchester United 1-0 dalam aksi Piala Cabaran Maybank, malam tadi.*
*Dengan barisan pemain terbaik dari rantau Asean dan Australia, pasukan itu membuktikan mereka bukan calang-calang lawan apabila Maung Maung Lwin muncul wira dengan jaringan tunggal pada minit ke-71.*
*Gol epik itu hasil rembatan kemas Lwin yang menerima hantaran tepat daripada Adrian Segecic sebelum menewaskan penjaga gol United, Tom Heaton, menyebabkan 'gegaran' besar dalam Stadium Nasional Bukit Jalil.*
*Lwin yang kini beraksi bersama Lamphun Warriors di Liga Thailand, menganggap jaringan menentang kelab gergasi dunia itu bagaikan mimpi, sekali gus sukar untuk mempercayainya.*
🐯 *Kuala Lumpur 29 Mei: "Kita belum lagi siap." Itu pengakuan jujur pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski yang mengakui skuad negara masih dalam proses pembentukan menjelang aksi penting Kelayakan Piala Asia 2027.*
*Jurulatih dari Australia itu berkata, masih banyak kerja perlu dilakukan sebelum skuad negara benar-benar mampu bersaing di peringkat tertinggi dan menjadi pasukan digeruni di rantau ini.*
*"Tiada jalan pintas untuk berjaya. Kalau kita nak pergi lebih jauh, kita kena hadap lebih banyak cabaran.*
🎌 *Kuala Lumpur 29 Mei: Liga Jepun sememangnya 'kelas tersendiri'. Itu pandangan pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski yang menyifatkan saingan di negara matahari terbit itu mampu mencabar dan memajukan mana-mana pemain termasuk Dion Cools.*
*Spekulasi mengenai perpindahan Cools ke kelab J1 League, Cerezo Osaka, terus bertiup kencang apabila kelab asalnya, Buriram United sendiri mengesahkan pemain kebangsaan itu sudah menerima tawaran rasmi.*
*Biarpun enggan mencampuri keputusan peribadi anak buahnya, Cklamovski mengakui Jepun menawarkan suasana bola sepak paling kompetitif di rantau Asia iaitu pentas yang mampu mengasah potensi pemain ke tahap lebih tinggi.*
🤩 *Kuala Lumpur 29 Mei: Aksi persahabatan menentang Manchester United baru-baru ini memberi impak besar kepada pemain naturalisasi Harimau Malaya, Sergio Aguero, yang kini semakin yakin dengan kemampuannya di pentas antarabangsa.*
*Aguero diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai ketua pasukan Asean All Stars dalam perlawanan menentang gergasi Liga Perdana Inggeris itu, sekali gus mencipta sejarah apabila skuad gabungan Asia Tenggara itu menang tipis 1-0.*
*Jaringan tunggal perlawanan yang disumbangkan pemain Myanmar, Maung Maung Lwin pada minit ke-71, sudah cukup untuk mengejutkan Red Devils yang menurunkan sebahagian barisan bintang mereka.*
⚽️ *Kuala Lumpur: Pendatang baharu Liga Super, Imigresen FC (IFC) dijangka bakal diperkuatkan beberapa pemain bintang dan berpengalaman bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2025/2026.*
*Meskipun belum ada kata putus secara rasmi daripada pihak kelab, namun menurut sumber dipercayai, pemain yang akan menyertai skuad IFC itu bukanlah nama asing lagi dalam kancah bola sepak di negara ini.*
*Malah, beberapa pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC juga dipercayai akan bersama pasukan itu selepas juara 'double treble' itu gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan selepas permohonan mereka tidak memenuhi kriteria kewangan ditetapkan dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2024-2025 (MFL CLR), iaitu Sukan, Infrastruktur, Personel & Pentadbiran, Perundangan, Kewangan, dan Perniagaan.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*